Thursday, October 8, 2015

Resepi : Chia Seed Choc Pudding super sedapppp

Haritu dah bercerita tentang manfaat Chia seed kan? [KLIK SINI untuk baca : Manfaat Chia Seed] Ha kali ni nak share resepi pulak. Resepi ni memang sangat sangat mudah nak disediakan dan sedap sangat! Sesuai untuk korang korang yang prefer 'breakfast on the go'. Boleh mulakan penyediaan pada waktu malam, esoknya dah boleh makan dalam perjalanan ke kerja.

Ini memang dah jadi my recent favourite snacks/dessert/breakfast dah . Nak makan masa breakfast boleh , nak jadikan snack masa minum pagi boleh , nak buat satu batch simpan dalam peti untuk makan satu family pun boleh ! Bahan bahanya sikit je , kos nya pun tak ada lah mahal . Cumanya awal awal nak beli chia seed tu yang agak 'costly' sikit. Tapi yang menariknya cuma perlukan 2-3 sudu sahaja untuk setiap hidangan. Nak habiskan satu bekas chia seed tu dah boleh buat jamuan hehe


Photo credit : ifoodreal


Resepi : Chia Seed Choc Pudding super sedapppp

Memang sesuai untuk sesiapa yang penggila coklat (like me) . Masa untuk penyediaan kurang daripada 5 minit, hanya campur campur bahan , kacau dan simpan dalam peti .

Bahan bahan

3/4 cawan susu (tak kisah lah low fat ke, full cream ke , terpulang)
1-2 sb serbuk koko
2 sk madu/mapple syrup (as sweetener)
1 sk esen vanilla
3 sb chia seed*

*bergantung pada korang , kalau nak jadikan konsistensi lebih pekat , tambah lagi banyak. 3 sudu besar ni bagikan kepekatan macam bubur . Kalau nak lagi likat , tambah lagi 2-3 sudu ye.

Cara caranya

*Kalau korang nak buat untuk one serving je , boleh terus mixkan semua dalam satu bekas. Sebaliknya kalau nak buat banyak , boleh mix dulu dalam bekas lain dan tuangkan kedalam glass jar/cawan

Campurkan kesemua bahan ( masukkan yang jenis cecair dulu : susu, madu, esen vanilla ) , kemudian kacau sehingga sebati ( memang akan clumping sikit, berketul ketul . jangan risau , itu normal ) , kemudian sejukkan di dalam peti selama sekurangnya 6 jam . Boleh lah sediakan pada waktu malam sebelum tidur , pagi pagi dah tersedia sarapan. Tak ada lah kalut sangat kan?

Hasilnya memang super sedap! minggu ni memang hari hari makan Chia Seed Choc Pudding ni untuk sarapan. Memang mengenyangkan dan sedap. Dah lah penuh nutrisi dan mudah disediakan. Jom try buat satu harini?

Share lah apa pendapat korang tentang Chia seed choc pudding ni , sedap ke tak? hihi


p/s : Kalau tak suka chocolate pudding , atau rasa leceh . Boleh buat air detoks je . Cara nak buat ? Klik sini ;










Related search : manfaat chia seed, chia seed untuk kurus, pemborong chia seed ,  chia seed malaysia , dekat mana boleh dapatkan chia seed, cara makan chia seed, chia seed dalam air, kegunaan chia seed, kelebihan chia seed, chia seed untuk kurus, chia seed murah malaysia , chia seed menguruskan, chia seed untuk cantik,  resepi menarik chia seed, resepi chia seed untuk kurus, resepi chia seed mudah, resepi air chia seed, chia seed detox water, air detoks chia seed, chia seed untuk kurus, chia seed mengenyangkan, chia seed kelebihan, chia seed kebaikan, chia seed keburukan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...