FOOD REVIEW : Hot Pindang Kitchen Restaurant , Seksyen 10 Shah Alam



Aku suka makan , well siapa tak suka kan? Haha hambarnya pendahuluan entry kali ni. *tepuk tepuk dahi bagi datang idea* .Nak dipendekkan cerita, kalau bab makan je laju. Asal makan je laju, asal laju je makan hihi. Maka bila tersedia peluang untuk menghadiri jemputan makan makan daripada pihak Hot Pindang Kitchen Restaurant , I shall never say no no no . At first, I wondered .. Pindang tu macam telur pindang? Diorang serve telur pindang je ke? Masakan indonesia? Masakan jowo? Atau ada hint hint masakan Johor? Haa nak tahu apa yang special? Meh teruskan membaca ..


 Hot Pindang Kitchen Restaurant , Sek 10 Shah Alam

Restoran yang berlokasi di Seksyen 10 Shah Alam ni sekali pandang daripada luar , macam kedai kedai makan biasa yang sama macam restoran restoran lain disekitarnya . TETAPI! sebenarnya , Hot Pindang Kitchen Restaurant menyediakan kelainan dari segi pilihan makanan yang diorang sediakan.

Sebenarnya ada pelbagai menu yang boleh dipilih dekat sini . Bila ada pelbagai menu , senang lah nak makan ramai ramai . Masing masing boleh pilih mana yang berkenan ikut tekak . Tak ada lah bergaduh gaduh pilih restoran sebab sorang nak makan ayam penyet , sorang nak makan nasi ayam . Di Hot Pindang Kitchen Restaurant , kedua dua ayam penyet & nasi ayam pun ada taw. Haa , nak tahu lagi apa yang ada? ha meh scroll bawah bawah lagi

Nasi Ayam

Nasi Ayam Penyet

Signature dish di Hot Pindang Kitchen Restaurant ni ialah diorang punya 'Special Hot Pindang' . Ia merupakan nasi yang dimasak dengan rempah unik , rasa macam nasi arab sikit tapi bukan nasi arab , kemudian disajikan bersama dengan sayuran salad perahan limau , ayam goreng dan juga special gravy . Memang sedap! Korang kalau ke sini , mesti try yang ni okay?

Special Hot Pindang

Dekat sini juga menyediakan pelbagai pilihan masakan Asam Pedas! Yumsss! Memang favourite sangat asam pedas ni. Yang best nya asam pedas Hot Pindang Kitchen Restaurant tak terlalu pedas dan cukup rasa . Unlike certain asam pedas yang pedas semata mata , dan rasa masin manis tu tak ada. This , I give a thumbs up! *wink*

Pilihan menu yang pelbagai

Kalau korang ada isu dengan jenis jenis ikan, boleh lah pilih ikan mana yang korang rasa sesuai. Ada asam pedas pari, tenggiri dan ikan kembong. Kalau tak suka ikan , jangan gaduh gaduh , korang boleh cuba Asam Pedas daging. Pun sedap juga taw.

Asam pedas ikan pari // Asam pedas ikan tenggiri

Sebenarnya ada banyak sangat menu yang korang boleh pilih di Hot Pindang Kitchen Restaurant ni , tinggal larat dengan tak larat nak makan je haha. Aku order juga Sotong Goreng Tepung , and for this one, I nak bagi 4.9 bintang! 5 tak boleh bagi , 5 untuk aku masak sendiri hahahaha :p Sesuai dengar harga, sotong digoreng rangup menggunakan tepung istimewa. Masin masin sedap . Tak ada lah bayar mahal mahal dapat sotong goreng cekodok , ye dok? Nak udang sambal petai pun ada dik ! ha cakap nak apa lagi? Ikan singgang ? perghhh ada dik, jangan risau . hihihi

Sotong goreng tepung mencuri hatiku

Sambal udang petai , yums!

Ikan masak singgang


Another ayam penyet's shot :p

Pilihan air pun semua nya merambangkan mata , disebabkan nama 'Jus Shahdu' macam shahdu sangat je , aku pun pilih yang tu hehe. Rasa sama seperti ABC , cuma nya bukan crushed ice lah. Ada juga 'Jus Melodi' *tak sempat ambil gambar* , yang ni jus gabungan air tembikai dan mangga , huiyo sedapnya!



Fakta paling penting untuk korang ambil tahu ialah akan betapa bagusnya kebersihan premis ni dijaga. Hot Pindang Kitchen Restaurant dapat A tau untuk kebersihan. Haa nak pilih kedai makan, mestilah cari yang bersih ye . Untuk elakkan daripada jangkitan staphylococcus aureus (cewah berbahasa saintifik disini) .

Susun atur yang kemas dan bersih , staff semua pakai kasut. Bagus!

Tak lupa juga nak habaq kat kamu orang , Hot Pindang Kitchen Restaurant turut menyediakan servis katering okay! Siapa yang masih tercari cari katering untuk open house raya haji ke , birthday pak sedara ke,kenduri kawin anak jiran ke,boleh contact diorang ye. Contact number akan dinyatakan dibawah entry, boleh korang call untuk dapatkan quotation per pax , okay?


Yang tudung biru tu Puan owner , yang tudung kaler kuning tu cik Bella kite :*

Mera & pemilik Hot Pindang Kitchen Restaurant

Overall bagi aku makan makan kat sini sesuai untuk sambil sambil bersantai dengan seisi keluarga , makanan nya sedap , harga berpatutan dan portion agak bersesuaian dengan harga . Tapi servis mungkin boleh diperbaiki dari segi ketepatan order tu di'deliver'. Mungkin sebab kitorang tadi ramai ramai sangat, staff pun jadi kalut sampai kita order dulu, orang lain pulak yang dapat huhuhu . Pun begitu, dari segi servis biasanya boleh dipertambah baik lagi kan? yang penting , makanan tu sedap dan mengenyangkan . 

Dari segi keselesaan dalam premis pula alhamdulillah puas hati, kawasan premis bersih , ventilation pun elok dan susunan meja bersesuaian. Tak ada lah bersempit sempit dengan meja bersebelahan . Kesimpulannya out of 5, bintang yang diberi adalah seperti berikut .. jeng jeng jenggg 


Makanan : 4/5
Persekitaran : 4/5
Kebersihan : 4.5/5
Servis : 4/5
Saiz hidangan : 4/5
Harga : 4.5/5
Masa hidangan : 4/5
Keseluruhan : 4/5



Rating ni berdasarkan daripada apa yang aku nilaikan , sebagai seorang yang agak cerewet dan particular bab bab makan ni , ini rating yang agak impressive aku boleh bagi hihi . Jadi kepada sesiapa yang tinggal berhampiran , kerja ke dekat Shah Alam boleh lah singgah lunch dekat sini . Bawa satu office mai makan sini na ! Lokasi Hot Pindang Kitchen Restaurant berhampiran dengan kawasan perumahan , kalau nak waze pun boleh jumpa . Pilih waze -- > Hot Pindang Kitchen Restaurant -- > Foursquare . Memang akan jumpa sebab aku pun guna bantuan abang waze ni hehew.



Hot Pindang Kitchen 
Restoran dan Katering
No.11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11
Seksyen 10, Shah Alam Selangor
Tel : 03-5523 1259 / 012-2043773
Facebook :  Hot Pindang Kitchen
Instagram : @hotpindangkitchenrestoran






Hi cikgu sue! (eh? hehe)

Cikgu sue dan cik yaya cendana

With the kakaks of #kelabblogerbenashaari . Love you gais!


Kalau teringin makan kek pun boleh order , macam macam perisa ada

 Behind the scene, hihi


Okay gais, sampai disini saja. Till the next 'makan makan' review hihi . Thanks for reading!

4 comments

  1. Terasa lapar pula bila tengok makanan yang dihidangkan

    ReplyDelete
  2. comel sangat!! sebb ada pic bella idura ya.. hhaaha.. sedap kan restaurant ni. nak lagi...

    ReplyDelete

FOLLOWERS