Wednesday, January 13, 2016

Dapatkan 1/2 Dozen Muffin Kenny Rogers Roasters secara Percuma! hari ini sahaja (13/1/2016)


Anda sukakan muffin kenny rogers roasters? Tak kisahlah perisa coklat , vanila mahupun pisang. Ghasak. Anda tiba tiba terasa macam 'eh nak pakai baju merah lah harini' ataupun 'hm taknak taknak, nak pakai handbag merah , hah kelas!' ataupun 'aaaahh harini aku rasa berkobar kobar, nak pakai one set atas sampai bawah semuanya merah' , hatta anda memakai lipstik berwarna merah sekalipun , anda layak untuk mendapatkan 1/2 dozen muffin Kenny Rogers Roasters secara PERCUMA hari ini!!

******
13 Januari 2016
RED - ROASTERS Eating Day Kenny Rogers ROASTERS



Promosi daripada Kenny Rogers Roasters ni dinamakan | PROMOSI RED - ROASTERS Eating Day Kenny Rogers ROASTERS. Memang promosi ni selalunya dijalankan secara tahunan, dan kali ini untuk tahun 2016, bakal berlangsung hari ini! Ha jadi yang tengah terfikir fikir nak lunch apa, boleh lah ke Kenny Rogers Roasters hehe .

Promosi ni sah dengan setiap pembelian yang berikut :

PERCUMA 1/2 DOZEN MUFFIN dengan setiap 1 hidangan RED HOT MEAL #red2016.

PERCUMA SEDOZEN MUFFIN dengan setiap 2 hidangan RED HOT MEAL #red2016.

Untuk korang melayakkan diri menikmati promosi ni, lagi satu SYARAT UTAMANYA ialah korang kena lah berpakaian ada elemen berwarna merah. Tak kisah lah baju merah ke, seluar merah, tudung merah, lipstik merah also can. Tak susah kan? Sedap tu dapat 1/2 dozen muffin percuma. Kalau beli 2 hidangan, dah dapat 1 dozen - 12 biji la kan? wahhh best nya! Kejap lagi Kenny Rogers Roasters punya restoran nak buka dah. Pergi tunggu depan pintu hihi .

Ingat, promosi ni untuk HARI INI SAHAJA ya, 13 Januari 2016. Tata!

Tuesday, January 12, 2016

Perodua Axia Hadiah Utama Peraduan Bonanza OK 2015!



Selalunya bila pergi supermarket, lagi lagi section produk makanan selalunya ada disediakan borang borang peraduan untuk jenama jenama tertentu . Memang rajin nak koyakkan satu dua keping borang kononnya semangat nak 'join' peraduan tu. Tapi lastly bila balik rumah, borang entah kemana, resit bukti pembelian pun awal awal dah hilang hahaha. Eh tapi rugi taw kalau tak join peraduan peraduan ni . Mana lah tahu ada rezeki kan? Bukan susah pun, cuma isi borang - sertakan bukti pembelian dan hantar je borang tu. Sekarang ni ada macam macam bentuk peraduan . Peraduan melalui SMS pun ada, hashtag hashtag gambar dekat Instagram pun banyak. Cuma terpulang pada kita samada rajin atau tak nak join contest tu.

******
Peraduan Bonanza OK 2015

Bercakap pasal peraduan, korang tahu tak tentang satu peraduan best yang seringkali dianjurkan oleh syarikat produk Tradisional Orang Kampung? Kalau korang perasan, syarikat Orang Kampung memang selalu taw anjurkan peraduan khas untuk semua pengguna dan penyokong setia produk keluaran Orang Kampung. Dan sehingga tahun 2015 (sejak 2004), dah masuk kali ke 8 pertandingan macam ni diadakan. Hadiahnya pula bukan biasa biasa ye. Untuk tahun 2015 terdapat dua edisi peraduan ni taw! Yang pertamanya berlangsung pada 15 Mac hingga 14 Mei, dan fasa keduanya pada 15 Mei hingga 15 Julai 2015. Untuk pemenang fasa pertama dah pun selesai acara penyampaian hadiahnya pada 13 Jun 2015 di Hotel Seri Malaysia. Hadiah utama untuk peraduan fasa kedua ni ialah sebuah kereta Perodua Axia taw! manakala dua lagi hadiah utama ialah sebuah Motor Vespa LX 150 dan motorsikal Modenas Kriss. Eh bukan tiga hadiah ni aje taw, turut ditawarkan macam macam lagi hadiah menarik termasuklah loket emas, tv Samsung Led 32' dan handphone jenama OPPO. Semua semua hadiah ni dianggarkan bernilai RM150,000!! Nak tahu siapa yang menang? Teruskan baca sampai habis ye hehe

Saturday, January 9, 2016

Nak belajar asas fotografi? Ha jom belajar dengan En Adhadi!



Bila bercakap tentang fotografi , memang ramai yang boleh ambil gambar. Well, senang je. Point and shoot - hala dan tembak (haha!) lebih lebih lagi sekarang ni rata rata handphone semuanya canggih canggih dan 'application' mudah untuk ambil gambar cantik cantik pun dah banyak tersedia. Tapi! tak ramai yang tahu asas sebenar dalam fotografi ni kan. Main ambil je gambar, kalau di tanya apa itu ISO? Aperture? Shutter speed? Haa menganga lah masing masing . Bukan kau je, aku dulu pun tercengang cengang taktahu. (sekarang dah tahu cewah hehe)

Sejarah aku mula memiliki seketul DSLR bermula 6 tahun lepas...

Friday, January 8, 2016

Boleh rabak poket shopping di Carousell ni!


Carousell : Applikasi shopping yang mudah dan best! | Assalamualaikum gais! Secara tipikal nya wanita dan shopping macam tak boleh dipisahkan. Meskipun poket tidak berduit, nafsu dan keinginan yang at least "alaa tengok tengok je" mesti ada. Tapi biasanya kalau 'tengok tengok je' dekat shopping mall ke apa, masih boleh selamat lagi. Sebab mampu belek belek, tenung tenung price tag, jeling jeling dompet, usap usap dada kuss semangat dan letakkan semula barang tu ketempat asalnya tanpa menoleh kebelakang lagi.

Tapi macam mana pula kalau tak boleh belek belek, jeling jeling dompet, tenung tenung price tag sebab semuanya dihujung jari je. Kalau tenung dompet banyak nampak duit warna biru je boleh lah consider 'oh aku tak ada duit dah' , tapi kalau beli online? Kalau dah tahu memang ada duit dalam akaun cuma tinggal nak transfer je? Haaa ini bahaya!

Maka nya ini lah gejala tidak sihat yang aku sedang amalkan hahaha! Pantang ada masa terluang mesti aku curi curi 'tengok tengok je' . Daripada 'tengok tengok je' , boleh start 'tanya tanya je' dekat seller tu. And the story goes on, dah boleh agak jadi apa ahaks!

Carousell ialah aplikasi telefon bimbit terbaru sebagai medium untuk membeli belah. Dia ala ala Mudah.My macam tu. Kita boleh create account & start selling , apa apa yang kita rasa nak jual . Jual barang terpakai ataupun baru, terpulang. Terdapat pelbagai barangan yang diiklankan dekat Carousell ni. Termasuklah daripada barangan kecantikan, kelengkapan sukan, hiasan dan perabot rumah, pakaian wanita, gadget terkini dan macam macam lagi. Semuanya dah di asingkan mengikut kategori.


Aku paling paling paling sukaaaa kategori "Beauty Products" . Dekat sini lah mudah nak cari produk produk kecantikan atau makeup yang dah lama duk berkenan nak beli tapi mahal kalau beli retail di kaunter. Sebab rata ratanya barangan yang dijual tu sudah dipakai tapi masih lagi ada banyak (due to impulsive buying - beli tanpa sebab ) , ataupun jual yang brand new with tag dan packaging masib belum buka lagi. Kosmetik macam NAKED pallete, Too Faced Chocolate Bar, Benefit Porefessional , semua tu boleh dapat pada harga murah. Tergantung pada budi bicara si penjual tu juga. Nak cari skincare produk jenama Clinique, Kiehls dan Philosophy pun banyak juga taw. Kena rajin rajin scroll lah.


Contoh hasil carian 'clinique'


Tekan 'chat' untuk PM seller atau Buy Now kalau rasa tak ada soalan atau tawar menawar

Kalau korang suka barangan lain pun boleh juga survey survey, macam yang aku mention tadi; kategori barangan memang ada banyak. Rasa rasa nak cari baju wanita , tengok dekat kategori "For Her" . Rasa nak cari kasut sukan, click je kategori "Sporting Gear" .Macam macam ada .

Menariknya di Carousell ni, kita boleh request "Make An Offer" . Kiranya macam nak nego further lah , minta minta kurang . Misalnya ada barangan kita berkenan tu harga nya RM50, kita rasa macam "eh nak cuba minta kurang lah" , dan click "Make an offer" contohnya nak dapatkan pada harga RM42. Sekiranya seller rasa offer kita tu munasabah, dia akan accept offer. Tapi seeloknya korang memang confirm nak beli lah, sebab sekali dia dah 'accept offer' , dah dipersetujui untuk satu urusniaga. Andainya korang nak cancel, kena maklumkan pada seller , jangan MIA (missed in action) atau backout terus (blah terus) sebab bila dah make offer, seller dan buyer boleh mula bertukar tukar feedback. Sekiranya korang cancel dan blah macam tu je, seller tu boleh tulis feedback di profile korang. So nanti mestilah dia tulis feedback yang negatif negatif je kan . Bilamana dah ada feedback negatif tu, jadi tak cantik pula korang punya ranking as seller/buyer. Seeloknya berniaga dan membeli lah dengan berhemah, semua orang pun senang hati. Ye kan?


Dah banyak kali juga aku terperdaya dengan bisikan nafsu membeli di Carousell ni. Tapi ada juga masa masa nya bila aku berhati cekal dan tabah menahan diri daripada terjebak untuk membeli. *Tepuk tangan* good job Farah! Antara barang yang aku pernah beli termasuklah:



Bare Mineral All Over Face - RM10 
BH Cosmetics Day And Night Palette - RM38 jer
Maybelline Instant Age Rewind Treatment Concealer - RM40!
Benefit Roller Lash Mascara - RM15
NYX Soft Matte Lip Cream - RM15

(semua original - ha tak percaya kan?)



Victoria's secret body mist ni aku dapat RM25 je

ada banyak lagi i kenot rekol (cannot recall) . Kemain seronok membeli belah dekat Carousell ni. Bila semua dihujung jari, parah parah hehe . Rata rata barang yang aku beli ni samada masih baru, atau tinggal dalam 70-90% lagi daripada full size. Bagi barangan seperti berus mekap tu biasanya penjual akan cuci terlebih dahulu sebelum dijual. Bagi sesiapa yang ada isu dengan hygiene tu toksah risau okay. Tapi unless kalau korang terlebihhh lebihhh lebihhhh concern sangat, pi beli dekat kaunter. tak payah bising bising! haha

Sekarang ni duduk sepuluh kali buka apps ni, scroll scroll sambil terkenan kenan dekat Morphe punya brush set . Tapi sekejap rasa macam nak beli Real Technique, sekejap berkenan Sonia Kashuk. Amboi gedik kau eh. Setakat ni dah seminggu aku survey survey tapi belum beli lagi. Kita tengok berapa lama boleh bertahan hehehehew.


Bagi yang berminat nak dapatkan applikasi Carousel ni senang je, terus pergi ke Google Play Store atau Apple Apps Store dan taip "CAROUSELL" . kemudian , INSTALL . Dan selamat datang kedunia penuh pancaroba hahaha.






Wednesday, January 6, 2016

Resepi Pisang goreng cheese (versi malas)


*Photo credit : google*


Resepi Pisang goreng cheese (versi malas) : Buat sendiri lagi jimat! | Salam. Kisahnya semalam aku duk tiba tiba teringin nak makan pisang goreng cheese. Walaupun aku tahu hakikatnya mana mana pisang cheese seantero Malaysia ni takboleh lawan pisang cheese di Bandung, tapi sebab kan teringin, ghasak lah mana ada.

On My Instagram