Wednesday, January 6, 2016

Resepi Pisang goreng cheese (versi malas)


*Photo credit : google*


Resepi Pisang goreng cheese (versi malas) : Buat sendiri lagi jimat! | Salam. Kisahnya semalam aku duk tiba tiba teringin nak makan pisang goreng cheese. Walaupun aku tahu hakikatnya mana mana pisang cheese seantero Malaysia ni takboleh lawan pisang cheese di Bandung, tapi sebab kan teringin, ghasak lah mana ada.



Pusing pusing sekitar Melaka nak cari dekat mana lah ada jual Pisang Cheese ni. Ada satu di Medan Selera Peringgit, dekat dekat area Melaka Sentral tu tapi mahal lah pula. Jual pula sekali satu set besar besar , harga RM7-RM20 . aih payah lah kalau pisang goreng pun dah di hipster kan. Semua jadi mahal . Pfftt!

Setelah pusing punya pusing, aku hampir pasrah. Jumpa tu memang jumpa tapi tak ada yang berkenan di hati. Sekali pandang pisang nya berminyak sangat lah, cheese nya kedekut lah, harga mahal lah. Dah susah susah buat je sendiri!

Disebabkan aku malas nak goreng pisang tu sendiri, atas sebab satu hal pulak aku nak pergi cari pisang dan goreng, makanya aku beli je pisang goreng dah siap area masjid depan rumah aku. Sonang cerita! Cheese dengan coklat dah ada . Cantik!


Cheese dengan coklat ni keduanya aku beli di Jakarta. Dap dapp coklat ni rasa macam Hershey punya chocolate syrup tu dah. Yang ni sepuluh kali ganda lagi murah, dalam RM1 ke RM2 macam tu harga nya. Aku kalau ke Jakarta memang rajin stock up benda benda macam ni. Murah murah dekat sana.


Cheese ni pula shelf stable punya cheese. Dia jual dekat rak letak roti je, tak perlu di sejukkan pun. Satu ketul dalam RM3 macam tu. Aku stock up 6-7 ketul terus simpan dalam peti. Best guna bila nak masak masak apa apa yang memerlukan grated cheese.

Makanya setelah berhempas pulas didapur selama 5 minit, tadaaaaa. ..


Dah siap!

Alhamdulillah lagi sedap daripada yang beli dekat luar, chocolate syrup plak aku kasi banjir lelebih sikit. Cheese pun bagi meliputi keseluruh kawasan . Perghh pueh hati! Cheese dengan coklat banyak lagi tu. Petang ni rasa macam nak buat lagi je. Yums! Ada yang letak susu pekat bagai tapi aku tak suka, macam manis sangat je nanti. Buat macam ni pun dah sedap dah .

Jangan kecam saya! haha ni bukan resepi :p ni cara cara sediaan pisang goreng cheese bagi orang malas (macam aku) hehe . 

p/s : siapa nak kirim cekelat dengan cheese ni boleh lah bagitahu, nanti aku pi Jakarta lagi aku belikan . Serius dap dap!

8 comments:

  1. Replies
    1. Sama lah kita! Selagi ada cheese & coklat tu gigih buat hari2

      Delete
  2. pehh..

    hang punya cerita..buat rasa nak makan pisang goreng je sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. tengah-tengah malam terpandang macamni...aihhh..hehhe...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...yaya dah follow sini....follow back yek...
    mohon kunjungi dan tinggalkan komen di sini
    http://www.yayacendana.com/2016/01/pergi-seminar-di-agrofarmstay-durian.html

    tq ^_^

    ReplyDelete
  5. Perghhh layan gak gorpis cheese wat sendiri!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...