Tuesday, April 28, 2020

Daftar Sekarang Sebagai Penjual di PGmall.my dan nikmati pelbagai kemudahan percuma!




Semenjak kita duduk rumah ni, makin menjadi jadi pulak shopping online haha. Mana taknya, dah tak boleh keluar, masa pulak banyak. So habiskan dekat scroll semua online store jela kerjanya. Bila dalam keadaan macam ni, makin ramai dah orang yang pandai buat pembelian online. Kalau sebelum ni, makcik pakcik dekat kampung mana reti kan. Ha sekarang masing masing dah advanced ye! So secara tak langsung, purchasing power dalam kalangan pengguna internet dah makin tinggi. So ini la berita baik untuk para peniaga untuk ambil peluang komersialkan barangan jualan korang secara online.




Aku sendiri pun ada online store. Bagi aku memang senang bila ada online store sebab kita tak susah susah nak mulut manis promote barang pada customer. Tak susah susah cari customer, sebab customer yang cari kita. Lagi lagi bila kita menggunakan platform yang betul dan berkualiti.




Daftar sebagai seller di PGMall sekarang!

Untuk korang yang berniaga dan tak ada online store lagi, mula lah mendaftar dengan PG Mall di www.pgmall.my . Kalau korang nak tahu, PG Mall dah mula beroperasi semenjak 2017 lagi dan merupakan e-commerce no. 1 di Malaysia. Ianya juga merupakan platform e-commerce lokal di Malaysia. PG Mall mempunyai seramai lebih daripada 1,000,000 pelanggan dan makin bertambah merangkumi seluruh South East Asia (SEA).

Selain daripada menawarkan macam macam jenis barangan, PG Mall menjadi pilihan ramai pelanggan disebabkan ianya tersedia dengan macam macam jenis method pembayaran. Ha biasanya kalau kita nak beli online, tapi bank kita tak tersenarai, jadi takde mood nak beli kan? Lagipun semenjak ada e-wallet sekarang ni, orang ramai lagi prefer nak guna e-wallet sebab boleh kumpul cashback dan rebate. Jadi, di PG Mall, semua major e-wallet boleh digunakan termasuk Maybank QRPay, Touch n Go e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay dan banyak lagi. 

Dengan cara ni, korang dapatla memudahkan proses check-out untuk customer. Bila proses pembayaran mudah, lagi laju transaksi berjalan. 

Untuk tahun ni, PG Mall mensasarkan untuk dapatkan sekurangnya 10,000 peniaga/ seller yang baru. So apa tunggu lagi, sementara ada peluang ni.. baik register cepat! Lagipun, tak ada kos pendaftaran kalau nak jadi seller.

Pelbagai kemudahan dan 'support' tersedia

Di PG Mall juga, diorang ada support group yang terdiri daripada para pelanggan yang akan promosikan seller ke sosial media diorang. Bagus kan? Kira ni part of free marketing juga yang PG Mall dah sediakan. Ada juga promosi bulanan yang selalunya berlangsung dimana PG Mall berkolaborasi dengan e-wallet dan bank. So bila mana e-wallet dan bank ada buat promosi, automatik dapat promosikan online store korang juga.


Kalau korang tak reti nak set up kan store, tak reti nak buat creative campaign, jangan risau sebab semuanya akan di bereskan oleh PG Mall punya MIS team. Haa so jangan pening pening dulu. Daftar je dulu dan slowly korang akan faham cara cara nak navigate. Lagipun, interface dalam PG Mall ni semua nya straight forward dan senang nak faham. 

Selain itu, PG Mall bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada. Jadi ini akan memudahkan proses dilevery untuk seller di PG Mall.





Store korang di PG Mall juga boleh di integrate dengan SelluSeller, EasyStore, iStoreiSend, urStore, tresGo, Etailer Gateway, Red Dino. So in case la korang dah sedia ada online store, nak merge kan inventori tu senang je. Takpayah pening pening.

Berminat untuk mendaftar? Terus ke seller.pgmall.my . Cepat rebut peluang ni dan gandakan jualan korang. Lagi lagikan time PKP ni kan ramai yang shopping online. Sikit sebanyak dapat la bantu dapatkan income untuk raya nanti kan? hehee .





About PGMall:
Website: www.pgmall.my
Facebook: www.facebook.com/PGMallOfficial
Instagram: PGMall.my


#PGMall #PGMallSeller #PGMallMerchant #onlinebusiness #Selluseller #easystore #istoreisend #urstore #tresgo #etailergateway #RedDino




Friday, April 24, 2020

Bateri Kereta Cepat Kong? Ini Tips cara pilih bateri kereta yang terbaik



Korang semua sihat? Alhamdulillah bagus. Tapi nak tanya ni, kereta korang sihat tak? Lama tak bergerak tu kena jenguk jenguk juga lah. Kadang tu masalah yang paling common bila bab kereta ni , mesti bateri kan? Kadang tu macam rasa baruuuu je tukar bateri, tiba tiba dah kong pulak. Pelik betul.



Nak nak pulak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ni,  bengkel pun ada waktu waktu tertentu je buka. Satu hal pulak nak cari bengkel kalau dalam waktu waktu terdesak kan? Btw kalau korang nak beli bateri kereta, kena pilih elok elok tau. Jangan main belasah je. Sebab kalau salah pilih, rugi duit wak! Ni aku nak share sikit tips yang aku dapat daripada Amaron,  tentang cara cara nak pilih bateri kereta yang terbaik. Ha bila dah tahu tips ni, baru la kita lagi bijak bila buat pembelian. ye tak?



Tips Memilih Bateri Kereta Terbaik

1. TEMPOH JAMINAN (Warranti)
Tempoh jaminan biasanya dikaitkan dengan keyakinan produk. Biasanya garansi yang diberikan di pasaran kepada pengguna adalah masing-masing dengan tempoh jaminan 12 bulan atau 18 bulan; dengan kata lain, semakin lama tempoh jaminan diberikan, semakin baik produknya.


2. SPESIFIKASI BATERI
Spesifikasi bateri kereta yang berkualiti adalah berkaitan dengan keberatan dan model, iaitu pembenaran langsung amp-hour (AH) dan kapasiti simpanan tenaga (RC) yang terkandung dalam bateri kereta.


Fun Facts :
Lebih daripada 70% kereta di Malaysia biasanya menyesuaikan bateri kereta yang bersaiz di antara model 38b20l (berat: 10kg +/-) yang berharga RM250 +/- atau model 46b24 (berat: 12kg +, berharga RM295 +/-)

========================================


Macam aku cakap tadi la, bila pilih bateri kereta,  kena la teliti. Bab tengok pada tempoh jaminan yang diberikan tu aku setuju. Sebab tu tandanya jenama tu yakin dengan ketahanan produk dia. Sebab tu aku recommend korang pilih bateri kereta jenama Amaron. 



Sebab Amaron je aku rasa so far, satu satunya jenama bateri yang bagi jaminan 3 tahun (36 bulan). Biasanya kalau brand lain tu, selalunya jaminan 12-18 bulan je. Ni sampai 36 bulan dia bagi, tu tandanya dia yakin la dengan produk dia. Maksudnya bateri tu lagi tahan lama.




Tapi, untuk dapatkan jaminan 3 tahun (36 bulan) ni, korang kena pastikan yang korang beli dari penjual sah Amaron je. Jadinya, kalau korang memang dah beli bateri AMARON tapi tak dapat pun warranty 3 tahun (36 bulan), ha better check balik dengan seller tu. Sebab untuk warranty tu, cuma boleh didaftarkan secara online oleh penjual sah Amaron sahaja.




Aku rasa purata aku tukar bateri kereta macam setahun sekali je. Belum apa apa bateri dah kaput. Lepasni memang aku nak pakai brand Amaron jela. Jimat kot, 3 tahun sekali baru tukar. Kalau tak, tiap tiap tahun pun tukar. Bateri bukan nya RM10, RM20 sis, mau RM200 lebih juga. Kalau dah 3 kali tukar, tak ke RM600? Kalau boleh jimat, sebaiknya kita cuba jimat sebanyak mungkin. Kan?




Untuk jenama bateri lain, biasanya diorang offer warranty untuk 12 atau 18 bulan je. So kalau boleh dapatkan warranty 36 bulan, siapa tak nak kan? Kalau tak nak tu, hmm rugi rugi. Jaminan pula seluruh Malaysia.

Amaron ada sediakan khidmat delivery juga. Makanya dalam kita ber-PKP ni, boleh je order online dan diorang hantarkan. Takpayah pening pening fikir dah. Okay?




Jom mula buat pilihan bijak dalam memilih bateri kereta. Mari lah kita memilih Amaron, gituuu. Kerana kita berhak mendapatkan kualiti yang terbaik. Baru lah berbaloi baloi kita bayar, kan? And make sure, beli HANYA dengan penjual sah Amaron sahaja. Ok?



AMARON 36 bulan Jaminan pro-rata di seluruh negara boleh dituntut melalui Peniaga Rasmi Amaron, sila hubungi kami di https://www.facebook.com/amarontecxus untuk mendapatkan bateri anda dijamini selama 3 tahun.

* Terma & Syarat.





Monday, April 20, 2020

Legakan batuk, tingkatkan energi dengan jus SeraiMas Kurma Hidayah



Macam dah lost count dah berapa hari kita dalam PKP (perintah kawalan pergerakan). So far aku okay jela duduk rumah ni. Banyak juga benda aku dapat explore & buat. Cuma boring tu memang ada la sebab kadang sampai taktahu dah nak buat apa. Alih alih aku tidur makan tidur makan je hahaha. Tapi takpe, jangan mengeluh ye. Kita duduk je rumah diam diam and bersyukur. Kesian dekat orang lain yang kena keluar bekerja and terdedah dengan bahaya. Jom kita doakan keadaan pulih macam biasa. Okay?

So since kita duduk dekat rumah ni, jaga la diri baik baik ok. Amalkan penjagaan kebersihan dengan baik. Basuh tangan bersih bersih, gunakan hand sanitizer dan jaga jarak sosial bila kita dekat tempat awam. Antara simptom utama covid-19 ni ialah sakit tekak dan batuk. Aku jadi seram pulak sebab aku ni jenis mudah batuk. Ni pun aku dah rasa macam ada tanda tanda nak start batuk. Jadi confuse pulak ni memang batuk aku yang biasa ke atau simptom penyakit lain wuuuu.




Simptom batuk dah muncul?

Siapa yang kenal aku mesti tahu aku ni jenis mudah batuk. Sekali batuk tu memang tak boleh bawak bincang, melarat larat sampai boleh makan masa berbulan. Kadang tu aku beli ubat dekat farmasi, kadang tu memang pergi klinik and ambik ubat doktor and makan antibiotik. Tapi most of the time aku buat cara tradisional je sebab taknak biasakan diri bergantung dekat ubat. 

Sebelum ni aku pernah pergi jumpa pakar juga sebab takfaham apasal la aku senang sangat batuk ni. Doktor tu cakap antara puncanya ialah asid dari perut naik semula ke esofagus (kerongkong) yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD) and kadang tu sebab alahan juga cuma sampai sekarang aku tak sure aku alah dekat apa. Nanti la aku nak try buat allergic test tu. Sebab test tu mahal jugak kalau nak kira. Kena start menabung dulu haha.

Legakan batuk dengan SeraiMas Kurma Hidayah


Kalau sebelum sebelum ni aku suka buat air lemon suam and makan madu, sekarang ni aku lagi suka ambil jus SeraiMas Kurma Hidayah. Asalnya sebab aku tengok pakcik aku memang minum ni siap tengok bersusun kotak dekat rumah dia haha. Dia minum ni as supplement harian je untuk tenaga tapi bila dia mention kata elok untuk batuk juga, terus aku belek belek kotak nak tengok apa bahan bahannya.

Bahan utama dalam jus ni ofcos la kurma utamanya. Yang buatkan jus ni elok untuk batuk ialah sebab ada nya madu, buah tiin dan delima. 

  • Madu - bersifat anti-bakteria.Pengambilan madu untuk merawat batuk dan kahak adalah efektif untuk hindar dari bakteria dan penyakit. 
  • Buah tiin - yang boleh mencairkan kahak dan juga menjadi satu langkah pencegahan untuk melawan racun di tubuh kita. Mengubati penyakit kerongkong dan keradangan, 
  • Delima - kaya dengan pelbagai vitamin dan antioksida. Dapat membantu dalam mengurangkan radang dan meningkatkan sistem imun badan. Mempunyai vitamin C yang tinggi untuk membantu melawan batuk, selesema.
*lagi satu bahan utama dalam Jus SeraiMas Kurma Hidayah Plus
  • Goji – Kaya antioksidan. Salah satu fungsinya yang utama ialah menguatkan sistem imun tubuh agar tidak mudah diserang penyakit. Selain itu, antioksidan dapat menghapuskan radikal bebas dan mengelakkan tubuh kita dari serangan kuman dan bakteria. Goji berry mempunyai 4 kali lebih besar kandungan antioksidan berbanding buah Blueberry.


Jus ni sesuai untuk korang yang ada masalah gastrik juga. Pendek kata aku rasa jus ni macam patut ada dalam setiap rumah. Lagipun bahan bahan dalam jus ni pun bahan makanan sunnah kan. So takde salahnya kalau kita amalkan. Bagus pun bagus, dapat pahala sunat juga bila niat ambil untuk ikut sunnah Rasulullah.



Nasib baik la dah stock up siap siap jus ni masa before annoucement PKP haritu. Takdela kalut kalut nak cari dekat kedai ke apa. Kalau beli online pun takut lambat pulak sampai kan. Ni since aku dah start rasa tak sedap tekak, terus aku minum hari hari. Kalau masa hari aku puasa ganti pun, memang aku minum juga masa sahur. Rasa lagi energetic walaupun puasa. Nanti masuk bulan Ramadhan, memang tiap tiap hari sahur pun aku nak minum lah. So kena pastikan stok jus ni sentiasa ada je dekat rumah.

Cara nak minum pun senang je

Panduan Penggunaan 

Diambil 1 jam sebelum makan atau ketika perut kosong
 - Dewasa: 2 kali sehari iaitu 2 sudu besar (30ml)
*Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari / Sebelum makan malam 
- Kanak-kanak: 2 kali sehari iaitu 1 sudu teh (5ml)
*Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari / Sebelum makan malam
Goncang dahulu sebelum minum 
Jika ada mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan lain, jarakkan pengambilan selama satu jam
Untuk mendapatkan keberkesanan yang efektif, amalkan 8 gelas air putih sehari 


Satu lagi tentang jus SeraiMas Kurma Hidayah ni yang aku suka ialah, ianya tanpa tambahan gula sintetik. Rasa manis dalam jus ni semuanya dari rasa manis kurma, madu dan buah buah je. Jadi kalau ibu mengandung dan kanak kanak seawal umur 2 tahun pun boleh ambil sebab takde kandungan gula yang boleh memudaratkan. 

Produk HALAL dan selamat, amalkan tanpa was was

Jus ni juga dah dapat banyak pengiktirafan ye, so bukan produk biasa biasa. Even dekat farmasi pun ada jual tau. So boleh amalkan tanpa rasa ragu ragu. Diiktiraf HALAL oleh JAKIM, diluluskan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), kilang berstatus GMP (Good Manufacturing Practice) dan juga tersenarai dalam Asia Pacific Super Health Brand 2018-2020 .

Disebabkan jus SeraiMas Kurma Hidayah ni pun dah mula dikenali ramai, dah makin senang dah nak dapatkan. Boleh dapatkan produk SeraiMas Kurma Hidayah Plus di farmasi Caring dan toko-toko jamu berdekatan. Kalau korang perlukan pencerahan pasal produk boleh whatsapp hotline ni ws +60 13 782 5282 ( Seraimas). Mungkin nak tanya sesuai ke tak untuk korang punya personal concern ke apa kan? Tapi bagi aku, selagi korang takde alahan dengan mana mana bahan dalam jus ni, insyaAllah okay je untuk korang amalkan sebab jus SeraiMas Kurma Hidayah ni memang pure jus dari buah buahan je. Kalau dah cuba nanti share feedback korang pulak tau.


Website : https://kurmahidayahplus.seraimas.my

Sunday, April 12, 2020

DapurNoob : Resepi Sardin Roll / Roti Sardin Gulung yang senang untuk newbie (Step by step pictorial)




Sejak PKP ni, aku mula belajar nak variasikan penggunaan sardin haha. Selama ni buat sardin tumis je, makan dengan nasi panas and telur goreng garing fuhh sedapnya! Tapi sekarang, jadi favourite aku dengan Hilmi pulak makan sardin roll. Nak buat nya senang je kalau nak kira tapi ambik masa sikit la ko nak masak sardin nya dulu lepastu nak gulung pastu goreng pulekkk TAPI! Berbaloi bila kau buat sekali banyak. Bila dah siap tu, time makan memang uhuiii nikmat.

Sardin roll aku versi guna roti ye. Bukan pakai puff pastry tu. Kira nama lain dia, ROTI GULUNG SARDIN haha gittuh. Rasa macam nak buat ni mungkin ramai tahu je, tapi aku kena share juga resepi sebab aku yakin ada antara orang diluar sana, sama macam aku -- google resepi sardin roll juga kehkeh. Lagipun boleh naikkan trafik blog aku wakaka. 

Ayuh kita ke segmen resepiiii ~

Bahan bahan

➥ Roti 6-7 keping
➥ 1 tin sardin
➥ 2-3 ulas bawang putih
➥ 1 labu bawang besar (potong dadu halus)
➥ sos cili
➥ sos tiram (depends ikut rasa masing masing dalam 2 sudu pun ok)
➥ telur (untuk celup before goreng)


❏ Cara cara

✰ Masak inti




  • Mula mula keluarkan sardin - asingkan kuah
  • Lenyekkan sardin guna garfu. Kuah tu jangan buang lagi, nanti kita masukkan sikit masa masak inti

  • Tumis bawang putih dengan bawang besar sampai naik bau and layu
  • Masukkan sardin. Sambil tu kacau kacau lagi sardin bagi lagi hancur.

  • Masukkan sos tiram dan sos cili. Perasakan. Biasanya kalau dah masuk sos tiram, tak letak garam dah tapi depends kat selera korang macam mana. Masukkan sikit kuah sardin yang diasingkan tadi. Kalau taknak pun takpe.






✰ Bahagian roti

Untuk roti, potong kulit tepi lepastu nipiskan supaya senang nak roll nanti. Aku gelek guna lesung batu je haha. Kalau ada penggelek tu lebih afdhal guna penggelek



Sediakan telur. Pecahkan 2 biji telur dan pukul guna garfu sikit.

Next;

✰ Goreng!

Ambil roti dan letak inti dekat hujung. Lepastu roll kan. Ambil telur sikitt, sapu dekat hujung sebagai gam. Sementara tunggu nak goreng sebab taknak roll tu terbuka




Panaskan minyak. Aku tak buat deep fried. Just pan fried je, tapi minyak ala kadar cukup untuk garingkan gorengan. Jangan sikit sangat minyaknya.

Celup sardin roll dalam telur dan goreng.

Balik balikkan sampai semua sisi dah garing. Lepastu boleh angkat dah.

SIAP!



Ahaii setel. Ni sedap buat makan pagi atau minum petang. Tapi sebab aku dengan Hilmi jenis tak berapa nak sarapan, biasanya aku buat untuk makan lunch terus haha. Kenyang sampai petang. Selamat mencuba!

Itu sajorrr~ ternyata makanan simple simple, sardin ni juga sedap. Bagusnya masa PKP ni masing masing makin improve skill memasak hehe.

Stay safe everyone!








Related search : resepi sardin, resepi sardin roll senang, resepi sardin roll tak banyak bahan, resepi sardin roll mudah, resepi sardin roll roti, resepi sardin roll yang sedap, resepi sardin roll cik epal, resepi sardin roll simple, idea bekal anak sekolah, idea masak guna roti, idea masakan sardin







Saturday, April 11, 2020

Masalah Dengkur : Atasi Dengan Rawatan Laser di TOSCANA Medi Clinic



Cakap pasal dengkur ni kadang orang ramai ambik remeh. Sebab kita rasa benda ni "alaaa biasa la tu dengkur" "alaa sebab penat sangat kot" "alaaa orang lain pun berdengkur juga, apa masalahnya?"

Tapi tahu tak, kalau di biarkan masalah dengkur ni berlarutan sebenarnya boleh menjurus kepada masalah yang lebih serious. 

Aik? apa yang serious nya dengan dengkur?

Sebenarnya, bila kita berdengkur, kualiti tidur kita terganggu. Bukan kata kita je, pasangan atau kawan sebelah yang tidur sekali pun turut terganggu. Dengkur dah la macam macam bunyi. Kita yang tidur ni mana sedar. Orang lain yang dengar ni yang berasap jee telinga sebab nak tidur tak boleh. So tak pelik la ye ada kes kes penceraian berlaku disebabkan masalah pasangan berdengkur.

Dengkur juga boleh menyebabkan kepada kematian. Wait what? How?

Sebenarnya dengkur ni terjadi disebabkan ada blockage dimana udara tidak dapat lalu dengan lancar pada rongga hidung dan tekak kita. So bila kita tidur, kalau blockage tu makin serious, kita akan susah nak bernafas lah. Itu yang boleh jadi mati masa tidur tu. Risiko lain yang boleh terjadi disebabkan dengkuran ialah strok dan sakit jantung. Ngeri kan? 



Sebab tu kalau korang ada masalah berdengkur, jangan dibiarkan. Kena rawat sebelum jadi lagi parah.

Antara simptom yang menandakan masalah dengkur korang tu dah makin serious ialah :

☾ Terlalu mengantuk pada waktu siang
☾ Sakit dada pada waktu malam
☾ High blood pressure
☾ Sentiasa rasa tak cukup tidur, dan lesu
☾ Rasa tercungap cungap bila bangun tidur
☾ Pasangan perasan yang korang berhenti bernafas untuk beberapa ketika semasa tidur
☾ Sakit tekak bila bangun tidur
☾ Sakit kepala pada waktu pagi


Kalau ada simptom ni dan korang tahu korang jenis yang berdengkur, cepat cepat dapatkan rawatan. Ok?

Tapi, rawatan apa yang sesuai untuk atasi masalah dengkur ni?

Terkini ada teknologi baru cuma menggunakan laser je. Teknologi ni dah mula diguna pakai di TOSCANA Medi Clinic. Rawatan ni tak sakit yee kawan kawan so jangan takut. Kita cuma akan rasa sedikit haba je masa proses rawatan di jalankan. Untuk lebih faham tentang proses ni, boleh tengok video kat bawah 




Rawatan ni biasanya doktor akan sarankan buat 3-4 kali sesi. Dan untuk setiap kali sesi tu, peratusan 'severity' dengkuran korang tu akan berkurangan. 

Tak banyak lagi klinik yang ada teknologi ni tau. So far yang aku tahu cuma dekat TOSCANA Medi Clinic ni je. Klinik ni bukan setakat rawat masalah dengkur je semata mata, tapi sebenarnya banyak memfokuskan pada aesthetic - iaitu rawatan kecantikan menggunakan mesin tanpa sebarang pembedahan (non surgical) .

Kalau ada masalah jerawat, masalah parut berlubang, ada masalah eye bag ke apa, semua boleh dirawat dekat sini. Banyak lagi jenis jenis treatment yang ada dekat sini, and yang famous ialah gunakan teknologi laser Fotona untuk rawatan berikut : 

⌦ FOTONA 4D Face Liftting 
⌦ FOTONA Tightsculpting Laser Body Sculpting and Skin Tightening 
⌦ FOTONA Nightlase Snoring dan Apnea Treatment 
⌦ FOTONA Intimalase Laser Vaginal Tightening 
⌦ FOTONA Incontilase Stress Urinary Incontinence Laser Treatment 

You name it sis. Nak cantik macam mana, Dr. Lashela Dharmadass (certified doctor di Toscana Medi Clinic) ,  boleh buatkan. Consult je dengan dia. 



Dekat Toscana Medi Clinic ni ada juga rawatan macam PRP (Platelet Rich Plasma), Threadlift, Filler dan Botox. Ha bila dengar macam seram je kan? Terus terbayang wajah ........... yang pakai botox hahaha. Heyy jangan risau. Dengan ada nya guide daripada doktor bertauliah, tak kan jadi macam tu. Yang muka jadi menyeramkan tu sebab guna bahan terlarang atau low grade. Dan sebenarnya ramai orang ada misconception pasal filler, dan botox semua tu. Termasuklah aku. 

Aku fikir benda ni macam benda kekal, ala ala masukkan susuk ke apa tu kan so dosa la. Tapi since benda benda ni semua medical, bila inject masuk kulit dia akan terurai. Macam filler tu sebenarnya hyaluronic acid, yang kita dok pakai dalam facial cleanser kita tu. Hyaluronic acid pulak menampung air. So basically filler ni kita macam masukkan air untuk tambahkan hydration. 

Threadlift pula gunakan benang surgical yang selalu doktor guna untuk jahit perut orang tu. Ada ke benang tu stay je kat perut macam ko jahit baju? Haha ianya akan terurai dan menjadi lemak (kalau tak silap la, aku lupa dia terurai jadi apa, haritu doktor ada cerita)

So point dia, kalau nak kan lebih pemahaman pasal rawatan ni semua, contact je Dr Lashela. Dia willingly untuk consult korang. Katanya consultation free je. Yeay! Boleh la kemukakan apa korang punya concern.




Btw sesi bersama Dr. Lashela ni sebenarnya masa aku pergi Staycation dekat Swiss Garden Genting Highlands haritu. Sebelum sesi ni, kitorang siap berzumba lagi taw. Power ye Dr. Lashela ni, boleh jadi zumba instructor juga hehe.




❐ Contact 

Toscana Medi Clinic Publika Solaris 
Block D5-G4-01 & 02, 
Solaris Dutamas (Publika) 
No:1 Jalan Dutamas 1, 
50480 Kuala Lumpur 

▸ Website : www.toscanamed.com/











Related : cara atasi masalah dengkur, petua hilang dengkur, dengkur boleh bawa mati? , risiko penyakit disebabkan dengkur, faktor berdengkur lelaki, faktor berdengkur perempuan, kenali jenis dengkur, jenis jenis dengkur, tidur berdengkur tandanya, kenapa kita berdengkur, punca dengkur, rawatan dengkur, rawat dengkur guna laser, rawatan dengkur kekal

Buffet Ramadhan 2020 : Swiss-Garden Genting Highlands Bertemakan Sajian Warisan Budaya



Hm tahu tahu, tempoh PKP dilanjutkan. Tapi marilah kita doakan semoga semuanya cepat berakhir. Takboleh bayangkan lah sepanjang Ramadhan nanti langsung takde solat terawih beramai ramai. Rasa kosong dan tak lengkap sebab itu sinonim dengan cara kita raikan Ramadhan, kan?

Ada juga la orang cakap "Ala sedih la nanti takdapat berbuka puasa dengan keluarga, takde bazaar ramadhan, takde buffet ramadhan..."

hmmm *kesat air mata



Takpela apa mampu kita buat sekarang, ikut arahan kerajaan. Duduk rumah, jangan degil dan jaga kesihatan dengan baik. Jom kita putuskan rantaian COVID-19 ni ok?

Bila semuanya dah ok, boleh la kita pergi makan makan Bufet Ramadan di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands. Kisahnya haritu sebelum PKP diumumkan, aku sempat pergi sesi sampling untuk bufet ramadan di Swiss Garden ni. Tapi baru sekarang aku sempat nak share.

Bufet Ramadan Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands kali ni bertemakan Sajian Warisan Budaya. Dengar pun dah menarik, dah boleh imagine jenis jenis menu yang bakal disajikan , kan? Mesti ada lauk lauk kampung yang rare. Yumms!





Ada lebih 100 jenis menu masakan yang akan dihidangkan. Antara menu wajib yang jangan di lepaskan untuk cuba ialah  Ikan Patin Tempoyak, Ayam Panggang, dan Rendang Ayam. Boleh makan dengan lemang dan ketupat palas. Fuhh terus rasa macam vibe raya.

Lagi satu yang special nya dekat sini, korang kena pekena Teh Tarik tau. Memang padu dia dibuat LIVE, on the spot. Baru lah feel!

And macam biasalah,  kalau dah namanya bufet ramadan, mestilah ada Kambing Bakar. Baru lah onz! Sedap tau dia punya perapan kambing bakar ni. Wajib cuba. Layan sekali Nasi Biryani Gam Kambing. Nyumms!




Harga Bufet Ramadhan Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands


Berikut ialah detail harga untuk bufet ni. Tapi since kita tengah berhadapan dengan isu negara ni, aku tak sure kalau bufet ni masih diteruskan atau tak. Tapi aku share jela yee harganya. 

〘 Harga Biasa 〙 
✰ Dewasa : RM78nett 
✰ Kanak-kanak : RM34nett 

〘 Harga Istimewa 〙 
‘EARLY BIRD’ (Book sebelum 20 April 2020)
✰ Dewasa : RM55nett 

Kalau rasa rasa nak datang menginap sekali dekat sini, boleh baca entry ni【 STAYCATION : PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES GENTING HIGHLANDS  】Bagi korang yang menginap dekat sini, turut disediakan perkhidmatan sahur dibilik bermula jam 4.00 pagi.

Masa sampling haritu, tema nya tradisional. Maka gigih la sis berkebaya haha. Tapi kalau gigih lebih sikit lagi, ada potensi nak menang best dress. Boleh dapat hadiah penginapan free dekat sini. Macam yang 3 orang bawah ni dapat hehe (Pika, Rawlins & Mahadi)







❐ Contact

Sebarang tempahan boleh melalui email atau whatsapp 

► Whatsapp : 
016 - 670 0743 (Ravi) 
017 - 542 8790 (Firdaus) 

► Email : 
ravindra.chantira@shrgh.swissgarden.com 
fnb@shrgh.swissgarden.com 














Related search : Buffet Ramadhan 2020 , senarai buffet ramadhan 2020, bufet ramadan 2020, buffet ramadhan selangor, buffet ramadhan pahang, buffet ramadhan kuala lumpur, buffet ramadhan harga early bird, pakej company buffet ramadhan

Staycation : Penginapan 3 Hari 2 Malam di Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands


Makin hari makin banyak keluar ye gambar gambar throwback dekat Instagram. Masing masing dah start rindukan trip trip bercuti dengan family dan kawan kawan hatta trip tu disaster sekalipun (contoh bergaduh pilih tempat makan, kawan ambilkan gambar tak cantik, member kau siap lambat lepastu tertinggal bas, tour guide cem harem dan contoh contoh lain) ; TETAP rindu itu membuak buak. Baru masing masing reti nak belajar erti mensyukuri nikmat kebersamaan dengan kawan kawan rapat dan ahli keluarga hahaha.

Jadinya objektif post ni mestila untuk throwback juga. Masa ngam ngam sebelum pengumuman PKP dibuat, aku sempat pergi bersuka ria di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands. Diorang baru je beroperasi. Masa aku pergi haritu, katanya baru masuk 8 bulan. Ha tak sampai setahun lagi la. Tempatnya cantik weh. Lokasinya takdela sampai ke puncak Genting Highlands tu. Kalau korang dah biasa ke genting, mesti perasan ada satu Petron yang ada Starbucks kan? Ha dekat situ je. Tak sempat ko nak pening pening pun naik ke atas, dah sampai!

Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands




Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands ni terdiri daripada bilik hotel dan juga apartment sebab ianya sekali dengan 'residences'. Since ada pilihan apartment, jadi lagi mudah la kalau korang datang ramai ramai satu family. Takdela susah susah nak ambil sampai 2,3 bilik kan? Masa aku pergi haritu pun, aku duduk dekat apartment. 

Apartment ada dua jenis - Executive and Premier. Dua dua jenis ada 2 bilik cumanya kalau executive tu ada satu bilik yang katil single. Kalau Premier, dua dua bilik katil Queen. Since aku haritu duduk berempat, jadinya kitorang pilih Premier 2 Room Residence. Ngam ngam la sebab setiap bilik memuatkan 2 orang. Tapi kalau rasa tak muat pun takde hal sebab nak tidur dekat ruang tamu pun onz je sebab selesa.

Bahagian ruang tamu yang luas. Nak tidur dekat sini pun boleh

Kelengkapan dan kemudahan yang disediakan pun serba cukup. Siap ada peti sejuk, mesin basuh with dryer, ada TV, wifi, hot shower, cerek, and even dapur memasak pun ada tau. So far aku cuba sedaya upaya memanfaatkan semua kemudahan yang ada. Mesin basuh tu berapa kali aku guna haha. Punya excited ye basuh baju siap kering. Tak gaduh nak cari tempat nak jemur.


Bilik utama ada attached bathroom. Lagi satu bilik toilet dekat luar bilik

Cumanya hair dryer aku jumpa masa dah nak check - out. Itu pun setelah aku bebel "amende ni takde hair dryer ke" dekat geng bilik sebelah. Lepastu kena bambu sebab bendanya ada, aku yang tak jumpa hahaha. lepastu ada hati nak complaint cehhh :p


So secara ringkasnya, di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands ni ada 2 pilihan bilik hotel dan 2 pilihan apartment residence.


Hotel

➥ DELUXE ROOM
➥ 1-BEDROOM SUITE

Deluxe room

1- bedroom suite 


Residence Apartment

➥ EXECUTIVE 2-BEDROOM RESIDENCE
➥ PREMIER 2-BEDROOM RESIDENCE

Executive 2- bedroom residence

Executive 2- bedroom residence




Garden Terrace

Antara soalan femes orang akan tanya bila ke genting ni mestilah "Senang tak nak cari makan?"

Okeh dekat Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands ni cuma ada satu saja restoran yang diberi nama Garden Terrace. Restoran ni terletak di tingkat 5. Sepanjang 3 hari 2 malam aku dekat sini, memang breakfast, lunch dan dinner dekat sini. Makanannya sedap sedap juga dan banyak variasi. Tapi kalau korang rasa taknak makan dekat hotel, boleh je cari makan dekat luar. Banyak kedai kedai makan yang berdekatan and korang boleh pergi jalan kaki je. Kedai mamak, kedai tomyam semua ada haha pilih jee.




Cakap pasal makan, Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands juga akan mengadakan  bufet sempena Ramadan yang bertemakan Sajian Warisan Budaya. Harga pun bagi aku agak berpatutan. Untuk early bird serendah RM55 je sis. More details nanti aku share dalam separate post.

Selain suasana bilik yang selesa dan cantik, dekat sini ada macam macam fasiliti menarik yang tersedia untuk semua guest gunakan.




Antaranya gymnasium, kolam mandi rooftop, jakuzi, sauna, taman permainan kanak-kanak, gelanggang squash, tenis, dan bilik karaoke. Memang puas la pusing pusing tawaf haritu sebab besar tauu. Landskap taman pun cantik and banyak spot best untuk duduk berehat, santai santai dan bergambar.







View tercantik di tingkat 41


Since namanya pun di genting, mesti terfikir "eh kalau nak swimming dekat pool tak sejuk ke?"


Jawapannya, "Tidak"



Sebab kolam renang yang terletak di bahagian rooftop hotel ni dilengkapi dengan air panas. Jadi bila nak swimming tu, lagi lagi waktu malam -- tak rasa sejuk pun. Nyaman je sebab rasa suam. Sepanjang aku dekat sana, 2 malam berturut juga la aku terjun dalam kolam tu haha. Bila baju basah apa ada hal, balik terus cuci guna mesin basuh hewhew.




View dari rooftop tingkat 41 dekat lokasi swimming pool ni memang iconic. Antara spot bergambar famous dekat sini ialah dekat glass house ni. Cantik kan? Berlatar belakangkan view gunung ganang, macam dekat luar negara pulak. So kalau korang datang bercuti dekat sini, bila check in tu, campak beg lepastu terus pergi tingkat 41 okay? rugi kalau tak bergambar.


❐ Additional info

Kalau korang bercadang nak datang sini dengan bas, boleh je. Turun di Genting Premium Outlet. Akan ada perkhidmatan shuttle untuk ke hotel. Kalau korang drive pulak,  ada lebih 300 parking kereta di bahagian basement hotel ini.

Amacam?? nice kann. Lepas habis kita ber-PKP ni, boleh la datang bercuti dalam Malaysia dulu. Kita pergi genting dulu ok? Faa pun plan nak repeat trip ke sini. kalini nak ajak satu family pulak. Boleh ambik apartment je. Senang duduk ramai ramai.



❐ Contact




















Related search : Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands review, hotel genting highland, senarai hotel genting highland, hotel murah di genting, cara untuk ke Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands, hotel berdekatan genting premium outlet




On My Instagram