Hm tahu tahu, tempoh PKP dilanjutkan. Tapi marilah kita doakan semoga semuanya cepat berakhir. Takboleh bayangkan lah sepanjang Ramadhan nanti langsung takde solat terawih beramai ramai. Rasa kosong dan tak lengkap sebab itu sinonim dengan cara kita raikan Ramadhan, kan?
Ada juga la orang cakap "Ala sedih la nanti takdapat berbuka puasa dengan keluarga, takde bazaar ramadhan, takde buffet ramadhan..."
hmmm *kesat air mata
Takpela apa mampu kita buat sekarang, ikut arahan kerajaan. Duduk rumah, jangan degil dan jaga kesihatan dengan baik. Jom kita putuskan rantaian COVID-19 ni ok?
Bila semuanya dah ok, boleh la kita pergi makan makan Bufet Ramadan di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands. Kisahnya haritu sebelum PKP diumumkan, aku sempat pergi sesi sampling untuk bufet ramadan di Swiss Garden ni. Tapi baru sekarang aku sempat nak share.
Bufet Ramadan Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands kali ni bertemakan Sajian Warisan Budaya. Dengar pun dah menarik, dah boleh imagine jenis jenis menu yang bakal disajikan , kan? Mesti ada lauk lauk kampung yang rare. Yumms!
Lagi satu yang special nya dekat sini, korang kena pekena Teh Tarik tau. Memang padu dia dibuat LIVE, on the spot. Baru lah feel!
And macam biasalah, kalau dah namanya bufet ramadan, mestilah ada Kambing Bakar. Baru lah onz! Sedap tau dia punya perapan kambing bakar ni. Wajib cuba. Layan sekali Nasi Biryani Gam Kambing. Nyumms!
Berikut ialah detail harga untuk bufet ni. Tapi since kita tengah berhadapan dengan isu negara ni, aku tak sure kalau bufet ni masih diteruskan atau tak. Tapi aku share jela yee harganya.
〘 Harga Biasa 〙
✰ Dewasa : RM78nett
✰ Kanak-kanak : RM34nett
〘 Harga Istimewa 〙
‘EARLY BIRD’ (Book sebelum 20 April 2020)
✰ Dewasa : RM55nett
Kalau rasa rasa nak datang menginap sekali dekat sini, boleh baca entry ni【 STAYCATION : PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES GENTING HIGHLANDS 】Bagi korang yang menginap dekat sini, turut disediakan perkhidmatan sahur dibilik bermula jam 4.00 pagi.
Masa sampling haritu, tema nya tradisional. Maka gigih la sis berkebaya haha. Tapi kalau gigih lebih sikit lagi, ada potensi nak menang best dress. Boleh dapat hadiah penginapan free dekat sini. Macam yang 3 orang bawah ni dapat hehe (Pika, Rawlins & Mahadi)
Masa sampling haritu, tema nya tradisional. Maka gigih la sis berkebaya haha. Tapi kalau gigih lebih sikit lagi, ada potensi nak menang best dress. Boleh dapat hadiah penginapan free dekat sini. Macam yang 3 orang bawah ni dapat hehe (Pika, Rawlins & Mahadi)
❐ Contact
Sebarang tempahan boleh melalui email atau whatsapp
► Whatsapp :
016 - 670 0743 (Ravi)
017 - 542 8790 (Firdaus)
► Email :
ravindra.chantira@shrgh.swissgarden.com
fnb@shrgh.swissgarden.com
Related search : Buffet Ramadhan 2020 , senarai buffet ramadhan 2020, bufet ramadan 2020, buffet ramadhan selangor, buffet ramadhan pahang, buffet ramadhan kuala lumpur, buffet ramadhan harga early bird, pakej company buffet ramadhan
Post a Comment