Makin hari makin banyak keluar ye gambar gambar throwback dekat Instagram. Masing masing dah start rindukan trip trip bercuti dengan family dan kawan kawan hatta trip tu disaster sekalipun (contoh bergaduh pilih tempat makan, kawan ambilkan gambar tak cantik, member kau siap lambat lepastu tertinggal bas, tour guide cem harem dan contoh contoh lain) ; TETAP rindu itu membuak buak. Baru masing masing reti nak belajar erti mensyukuri nikmat kebersamaan dengan kawan kawan rapat dan ahli keluarga hahaha.
Jadinya objektif post ni mestila untuk throwback juga. Masa ngam ngam sebelum pengumuman PKP dibuat, aku sempat pergi bersuka ria di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands. Diorang baru je beroperasi. Masa aku pergi haritu, katanya baru masuk 8 bulan. Ha tak sampai setahun lagi la. Tempatnya cantik weh. Lokasinya takdela sampai ke puncak Genting Highlands tu. Kalau korang dah biasa ke genting, mesti perasan ada satu Petron yang ada Starbucks kan? Ha dekat situ je. Tak sempat ko nak pening pening pun naik ke atas, dah sampai!
Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands
Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands ni terdiri daripada bilik hotel dan juga apartment sebab ianya sekali dengan 'residences'. Since ada pilihan apartment, jadi lagi mudah la kalau korang datang ramai ramai satu family. Takdela susah susah nak ambil sampai 2,3 bilik kan? Masa aku pergi haritu pun, aku duduk dekat apartment.
Apartment ada dua jenis - Executive and Premier. Dua dua jenis ada 2 bilik cumanya kalau executive tu ada satu bilik yang katil single. Kalau Premier, dua dua bilik katil Queen. Since aku haritu duduk berempat, jadinya kitorang pilih Premier 2 Room Residence. Ngam ngam la sebab setiap bilik memuatkan 2 orang. Tapi kalau rasa tak muat pun takde hal sebab nak tidur dekat ruang tamu pun onz je sebab selesa.
Kelengkapan dan kemudahan yang disediakan pun serba cukup. Siap ada peti sejuk, mesin basuh with dryer, ada TV, wifi, hot shower, cerek, and even dapur memasak pun ada tau. So far aku cuba sedaya upaya memanfaatkan semua kemudahan yang ada. Mesin basuh tu berapa kali aku guna haha. Punya excited ye basuh baju siap kering. Tak gaduh nak cari tempat nak jemur.
Cumanya hair dryer aku jumpa masa dah nak check - out. Itu pun setelah aku bebel "amende ni takde hair dryer ke" dekat geng bilik sebelah. Lepastu kena bambu sebab bendanya ada, aku yang tak jumpa hahaha. lepastu ada hati nak complaint cehhh :p
So secara ringkasnya, di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands ni ada 2 pilihan bilik hotel dan 2 pilihan apartment residence.
Hotel
➥ DELUXE ROOM
➥ 1-BEDROOM SUITE
Residence Apartment
➥ EXECUTIVE 2-BEDROOM RESIDENCE
➥ PREMIER 2-BEDROOM RESIDENCE
Garden Terrace
Antara soalan femes orang akan tanya bila ke genting ni mestilah "Senang tak nak cari makan?"
Okeh dekat Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands ni cuma ada satu saja restoran yang diberi nama Garden Terrace. Restoran ni terletak di tingkat 5. Sepanjang 3 hari 2 malam aku dekat sini, memang breakfast, lunch dan dinner dekat sini. Makanannya sedap sedap juga dan banyak variasi. Tapi kalau korang rasa taknak makan dekat hotel, boleh je cari makan dekat luar. Banyak kedai kedai makan yang berdekatan and korang boleh pergi jalan kaki je. Kedai mamak, kedai tomyam semua ada haha pilih jee.
Cakap pasal makan, Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands juga akan mengadakan bufet sempena Ramadan yang bertemakan Sajian Warisan Budaya. Harga pun bagi aku agak berpatutan. Untuk early bird serendah RM55 je sis. More details nanti aku share dalam separate post.
Selain suasana bilik yang selesa dan cantik, dekat sini ada macam macam fasiliti menarik yang tersedia untuk semua guest gunakan.
Antaranya gymnasium, kolam mandi rooftop, jakuzi, sauna, taman permainan kanak-kanak, gelanggang squash, tenis, dan bilik karaoke. Memang puas la pusing pusing tawaf haritu sebab besar tauu. Landskap taman pun cantik and banyak spot best untuk duduk berehat, santai santai dan bergambar.
View tercantik di tingkat 41
Since namanya pun di genting, mesti terfikir "eh kalau nak swimming dekat pool tak sejuk ke?"
Jawapannya, "Tidak"
Sebab kolam renang yang terletak di bahagian rooftop hotel ni dilengkapi dengan air panas. Jadi bila nak swimming tu, lagi lagi waktu malam -- tak rasa sejuk pun. Nyaman je sebab rasa suam. Sepanjang aku dekat sana, 2 malam berturut juga la aku terjun dalam kolam tu haha. Bila baju basah apa ada hal, balik terus cuci guna mesin basuh hewhew.
View dari rooftop tingkat 41 dekat lokasi swimming pool ni memang iconic. Antara spot bergambar famous dekat sini ialah dekat glass house ni. Cantik kan? Berlatar belakangkan view gunung ganang, macam dekat luar negara pulak. So kalau korang datang bercuti dekat sini, bila check in tu, campak beg lepastu terus pergi tingkat 41 okay? rugi kalau tak bergambar.
❐ Additional info
Kalau korang bercadang nak datang sini dengan bas, boleh je. Turun di Genting Premium Outlet. Akan ada perkhidmatan shuttle untuk ke hotel. Kalau korang drive pulak, ada lebih 300 parking kereta di bahagian basement hotel ini.
Amacam?? nice kann. Lepas habis kita ber-PKP ni, boleh la datang bercuti dalam Malaysia dulu. Kita pergi genting dulu ok? Faa pun plan nak repeat trip ke sini. kalini nak ajak satu family pulak. Boleh ambik apartment je. Senang duduk ramai ramai.
❐ Contact
【 Website 】: https://www.swissgarden.com/residences-genting/
【 Facebook 】 : https://www.facebook.com/SwissGardenGentingHighlands/
【 Instagram 】 : https://www.instagram.com/swissgardengentinghighlands/?hl=en
Related search : Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands review, hotel genting highland, senarai hotel genting highland, hotel murah di genting, cara untuk ke Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands, hotel berdekatan genting premium outlet
Post a Comment