Masalah Dengkur : Atasi Dengan Rawatan Laser di TOSCANA Medi Clinic

Saturday, April 11, 2020


Cakap pasal dengkur ni kadang orang ramai ambik remeh. Sebab kita rasa benda ni "alaaa biasa la tu dengkur" "alaa sebab penat sangat kot" "alaaa orang lain pun berdengkur juga, apa masalahnya?"

Tapi tahu tak, kalau di biarkan masalah dengkur ni berlarutan sebenarnya boleh menjurus kepada masalah yang lebih serious. 

Aik? apa yang serious nya dengan dengkur?

Sebenarnya, bila kita berdengkur, kualiti tidur kita terganggu. Bukan kata kita je, pasangan atau kawan sebelah yang tidur sekali pun turut terganggu. Dengkur dah la macam macam bunyi. Kita yang tidur ni mana sedar. Orang lain yang dengar ni yang berasap jee telinga sebab nak tidur tak boleh. So tak pelik la ye ada kes kes penceraian berlaku disebabkan masalah pasangan berdengkur.

Dengkur juga boleh menyebabkan kepada kematian. Wait what? How?

Sebenarnya dengkur ni terjadi disebabkan ada blockage dimana udara tidak dapat lalu dengan lancar pada rongga hidung dan tekak kita. So bila kita tidur, kalau blockage tu makin serious, kita akan susah nak bernafas lah. Itu yang boleh jadi mati masa tidur tu. Risiko lain yang boleh terjadi disebabkan dengkuran ialah strok dan sakit jantung. Ngeri kan? 



Sebab tu kalau korang ada masalah berdengkur, jangan dibiarkan. Kena rawat sebelum jadi lagi parah.

Antara simptom yang menandakan masalah dengkur korang tu dah makin serious ialah :

☾ Terlalu mengantuk pada waktu siang
☾ Sakit dada pada waktu malam
☾ High blood pressure
☾ Sentiasa rasa tak cukup tidur, dan lesu
☾ Rasa tercungap cungap bila bangun tidur
☾ Pasangan perasan yang korang berhenti bernafas untuk beberapa ketika semasa tidur
☾ Sakit tekak bila bangun tidur
☾ Sakit kepala pada waktu pagi


Kalau ada simptom ni dan korang tahu korang jenis yang berdengkur, cepat cepat dapatkan rawatan. Ok?

Tapi, rawatan apa yang sesuai untuk atasi masalah dengkur ni?

Terkini ada teknologi baru cuma menggunakan laser je. Teknologi ni dah mula diguna pakai di TOSCANA Medi Clinic. Rawatan ni tak sakit yee kawan kawan so jangan takut. Kita cuma akan rasa sedikit haba je masa proses rawatan di jalankan. Untuk lebih faham tentang proses ni, boleh tengok video kat bawah 




Rawatan ni biasanya doktor akan sarankan buat 3-4 kali sesi. Dan untuk setiap kali sesi tu, peratusan 'severity' dengkuran korang tu akan berkurangan. 

Tak banyak lagi klinik yang ada teknologi ni tau. So far yang aku tahu cuma dekat TOSCANA Medi Clinic ni je. Klinik ni bukan setakat rawat masalah dengkur je semata mata, tapi sebenarnya banyak memfokuskan pada aesthetic - iaitu rawatan kecantikan menggunakan mesin tanpa sebarang pembedahan (non surgical) .

Kalau ada masalah jerawat, masalah parut berlubang, ada masalah eye bag ke apa, semua boleh dirawat dekat sini. Banyak lagi jenis jenis treatment yang ada dekat sini, and yang famous ialah gunakan teknologi laser Fotona untuk rawatan berikut : 

⌦ FOTONA 4D Face Liftting 
⌦ FOTONA Tightsculpting Laser Body Sculpting and Skin Tightening 
⌦ FOTONA Nightlase Snoring dan Apnea Treatment 
⌦ FOTONA Intimalase Laser Vaginal Tightening 
⌦ FOTONA Incontilase Stress Urinary Incontinence Laser Treatment 

You name it sis. Nak cantik macam mana, Dr. Lashela Dharmadass (certified doctor di Toscana Medi Clinic) ,  boleh buatkan. Consult je dengan dia. 



Dekat Toscana Medi Clinic ni ada juga rawatan macam PRP (Platelet Rich Plasma), Threadlift, Filler dan Botox. Ha bila dengar macam seram je kan? Terus terbayang wajah ........... yang pakai botox hahaha. Heyy jangan risau. Dengan ada nya guide daripada doktor bertauliah, tak kan jadi macam tu. Yang muka jadi menyeramkan tu sebab guna bahan terlarang atau low grade. Dan sebenarnya ramai orang ada misconception pasal filler, dan botox semua tu. Termasuklah aku. 

Aku fikir benda ni macam benda kekal, ala ala masukkan susuk ke apa tu kan so dosa la. Tapi since benda benda ni semua medical, bila inject masuk kulit dia akan terurai. Macam filler tu sebenarnya hyaluronic acid, yang kita dok pakai dalam facial cleanser kita tu. Hyaluronic acid pulak menampung air. So basically filler ni kita macam masukkan air untuk tambahkan hydration. 

Threadlift pula gunakan benang surgical yang selalu doktor guna untuk jahit perut orang tu. Ada ke benang tu stay je kat perut macam ko jahit baju? Haha ianya akan terurai dan menjadi lemak (kalau tak silap la, aku lupa dia terurai jadi apa, haritu doktor ada cerita)

So point dia, kalau nak kan lebih pemahaman pasal rawatan ni semua, contact je Dr Lashela. Dia willingly untuk consult korang. Katanya consultation free je. Yeay! Boleh la kemukakan apa korang punya concern.




Btw sesi bersama Dr. Lashela ni sebenarnya masa aku pergi Staycation dekat Swiss Garden Genting Highlands haritu. Sebelum sesi ni, kitorang siap berzumba lagi taw. Power ye Dr. Lashela ni, boleh jadi zumba instructor juga hehe.




❐ Contact 

Toscana Medi Clinic Publika Solaris 
Block D5-G4-01 & 02, 
Solaris Dutamas (Publika) 
No:1 Jalan Dutamas 1, 
50480 Kuala Lumpur 

▸ Website : www.toscanamed.com/











Related : cara atasi masalah dengkur, petua hilang dengkur, dengkur boleh bawa mati? , risiko penyakit disebabkan dengkur, faktor berdengkur lelaki, faktor berdengkur perempuan, kenali jenis dengkur, jenis jenis dengkur, tidur berdengkur tandanya, kenapa kita berdengkur, punca dengkur, rawatan dengkur, rawat dengkur guna laser, rawatan dengkur kekal

Post a Comment

On My Instagram