The Entertainer : Jimat Banyak Dengan Deal Buy 1 Free 1 Gunakan Apps ni!

Monday, July 22, 2019
Siapa tak suka promosi beli 1 percuma 1? Kalau tak suka maksudnya korang kaya gilo wey. Tapi rasanya kaya cemana pun , kalau ada deal buy 1 free 1 for sure semua orang nak. Sebab tu menandakan perbelanjaan kita tu berbaloi. Dapat 2 barang pada satu harga. Kan penjimatan berganda tu?

Nak tak kalau aku share dengan korang cara macam mana nak dapatkan  BERIBU deals beli 1 percuma 1 especially untuk makan dan juga penginapan?

Tapi kalau korang taknak pun aku nak share jugak wakakak sebab benda baik haruslah dikongsi, tak gituuuuu?

Caranya sangat mudah! Cuma download apps Entertainer dan SUBSCRIBE! Subscription pula ikut tahun. Contoh untuk tahun ni, kita ada pakej Malaysia 2019

Harga asal subscription Entertainer ni ialah RM180 tapi sekarang ni ada promo sempena dah setengah tahun kan, cuma RM65 sahaja untuk pakej Malaysia 2019 . Pakej ni valid sampai 30/12/2019 . 



Aku mula subscribe Entertainer ni sejak November tahun lepas (Sebab aku ambik terus pakej 2018 & 2019). Dannnn dah macam macam tempat aku redeem dan guna deal 1 FOR 1 Entertainer ni. Sangat berbaloi. Meh sini aku senaraikan antara tempat best yang aku dah redeem. Best wooo makan fancy fancy dan mewah mewah tapi pada separuh harga.

Note : Ada satu entry aku dah pernah cerita pasal aku beli air Dream Color 


1. Beard Brothers BBQ , Tropicana Damansara



Ni memang tempat favourite aku dengan Hilmi. Dah habis guna dah pun haha. Tapi kalau dah habis guna, boleh claim semula untuk extra deals di restoran yang sama menggunakan Smile Points. Ok smile point ni nanti aku cerita lepas ni.



Beard Brothers BBQ ni menunya fokus pada masakan BBQ ala texas. Masak BBQ guna 'smoke' style. Daging biasanya dimasak lebih daripada 24 jam makanya memang juicy sangattt la dagingnya bila masuk mulut. Sangat lembut dan gebu! Daging lembu, kambing dan ayam semua ada dekat sini. Fave kitorang 'Texas Star' & 'Sheep Thrill' . So setiap kali makan dekat sini  kitorang akan gunakan Entertainer. Kalau biasanya 1 hidangan tu harganya RM28, kalau 2 orang mesti lah dah RM56 kan? Tapi dengan Entertainer , cuma bayar RM28 je.

Uwahhh best kan?



2. Delicious, One Utama




Dekat sini aku dengan Hilmi memang datang ulang ulang makan Lamb Shank dia je . Portion besar, sedap, plating cantik, ambiance restoran pulak best. Memang seronok makan dekat sini. Lamb Shank harganya RM30. Kalau 2 orang patutnya RM60, tapi dengan Entertainer, cuma bayar RM30.





3. Tut's Egyptian, 1 Utama Bandar Utama



Kat sini aku baru sekali je datang makan. Not bad. Datang pun makan kambing juga haha. Aku dengan Hilmi kalau nak pilih makanan tu, biar bebetul berbaloi. Hilmi marah betul kalau sibuk nak makan ayam sampai RM30. Tak berbaloi katanya. Well, he got point hehe.



Masa makan dekat sini pun 2 orang makan cuma RM20 sahaja.

Uwahhh best kan?

4. Krispy Kreme


Tak semestinya redeem dekat restoran je. Dekat kiosk kecik kecik dalam mall pun boleh. Aku selalu beli Krispy Kreme ni bebila ada family gathering. Sebab, beli 1 dozen FREE 1 dozen wohooo. Jimat dah tu kann. Kalau nak beli untuk makan ramai ramai memang sangat berbaloi.





5. Serendib , G Tower KL


Ini yang terbaru aku cuba. Haa kalini tukar selera sikit. Kitorang cuba masakan Sri Lanka pula. Unik tau masakan Sri Lanka ni. Dia macam ala ala masakan India tapi ada hint of Malaysian sikit. Masa aku pergi haritu bawak Wani sekali (adik). Dia memang sejenis suka ya masakan masakan macam ni. Seronok bawa dia makan dekat situ sebab bukan setakat dapat berjimat, tapi service dan makanan dekat situ pun superb!


Harga aku tak ingat pula total berapa sebab masa datang tu dah order macam macam hahaha tapi yang main menu tu dikira as 1 for 1 lah. Puas hati sebab walaupun order macam macam, tapi last last bila bayar, rasa macam bangga dengan diri sendiri sebab bijak berbelanja wakakak.


Cara gunakan apps The Entertainer 

So, macam mana caranya nak guna Entertainer ni bila korang dah install dan subscribe? Wokeh mari kakak terangkan ye adik adik .


  1. Go through apps Entertainer dan filter mengikut location. Bila filter ikut location, korang tahu lah merchant apa yang ada Entertainer ni. Bila dah locate dan decide nak pergi dekat merchant mana, pastikan ada sticker Entertainer ni di kaunter cashier atau di pintu depan restoran.
  2. Masa nak order, maklumkan pada staff/waiter/orang dekat kaunter yang korang nak gunakan Entertainer. So nanti diorang akan tunjukkan dekat korang, menu mana je yang applicable untuk deal Buy 1 Free 1 tu.
  3. It's time to choose! Korang boleh order apa apa sahaja yang dalam menu tertakluk pada buy 1 free 1 tu. Tak terhad kena order benda sama je. Tapi charge based on harga yang lebih tinggi la ye.
  4. Lepas dah order, staff akan minta korang tunjukkan code untuk diorang simpan sebagai rujukan. Code tu boleh dapat dengan cara :


Pergi dekat nama merchant >>  Click
Pilih Main Menu Item >>  Click

Akan keluar page yang staff kena enter code for redemption. 
Lepas staff tu dah masukkan pin code, akan keluar Reference Number. 
Diorang akan catit reference number tu.

So lepastu, setel! Untuk setiap restoran, akan ada 3 Deals, so korang boleh redeem sampai habis. Dan lepastu kalau rasa rasa nak claim balik deal tu, korang tebus gunakan Smile Point.

Smile point ni korang akan dapat setiap kali korang menggunakan The Entertainer ni. Setiap kali korang redeem satu deal, automatik akan dapat point. Point terkumpul tu bolehlah guna untuk claim semula mana mana deal yang dah habis guna tu. Ngerti kamu?

Kalau korang refer pada kawan kawan pun, korang boleh dapat extra smile points juga. Wehoo bestnya!


Total savings aku sepanjang guna The Entertainer
Redemption history 



Sementara tengah promo ni, cepat lah subscribe sekarang. Janji korang takkan menyesal. Dan good news untuk korang, ada extra discount 10% lagi kalau korang gunakan discount code ni masa nak subscribe :


"ENTERTAINERMY10"



Untuk deal hotel pun ada juga. Buy 1 Night, FREE 1 night. Tapi ni aku tak pernah cuba lagi, so tak boleh nak share lagi. Tapi mengikut pemahaman aku, untuk booking hotel ni kena buat via call. Jadi kena call dulu dan maklumkan yang korang nak gunakan deal The Entertainer.

Tapi harga tertakluk pada standard rate hotel ye. kalau korang booking harga promotion, deal 1 for 1 ni tak valid.

Antara senarai restoran halal yang korang boleh pergi



Siapa yang dah subscribe nanti cerita tau pengalaman korang macam mana. So far, aku dengan Hilmi memang betul betul enjoy gunakan semua deals yang ada dalam ni. Berbaloi baloi. Tak sabar nak tunggu The Entertainer bawa masuk lagi banyak merchants. Boleh la enjoy lagi banyak deals menarik!



















Related search : similar website to fave, cara dapatkan deals jimat makan makan, cara guna the entertainer, the entertainer review, bagus ke the entertainer, promosi makan buy 1 free 1, voucher makan beli 1 percuma 1, voucher makan buy 1 free 1, cara subscribe the entertainer, cara guna the entertainer, promosi beli 1 percuma 1 malaysia, deals of the day, 1 for 1 deals malaysia, tips jimat makan beli 1 percuma 1, restoran promosi hari jadi, restoran promosi birthday, birthday promotion buy 1 free 1, buy one get one free, the entertainer dubai, berbaloi beli the entertainer, 

2 comments

On My Instagram