Saturday, March 9, 2019

SKIN1004 Zombie Pack : Pore Tightening & Lifting Pack [REVIEW]






Okay post kali ni nak review Zombie Mask Skin 1004 pulak. Sebelum ni aku pernah review Skin 1004 punya Centella Asiatica Ampoule. Boleh baca dekat sini : Skin 1004 Madagascar Centella Asiatica Ampoule   . SKIN1004 ialah sebuah jenama produk kecantikan daripada Korea. Sekarang dah makin dapat perhatian daripada peminat Kbeauty sebab produk dari SKIN1004 ni semua boleh tahan best tau! Biasanya kalau nak cari produk SKIN1004 or other Korean skincare brand boleh beli dekat WAKO (https://wako.com.my/)


Pore Tightening & Lifting Pack (ZOMBIE PACK)


Kenapa dipanggil Zombie pack? Sebab bila mask ni dah start kering, akan cracking and muka nampak berkedut buruk macam zombie haha LOL.



What's in the pack?





Dalam Zombie pack ni ada 3 items :
1. Zombie pack powder (8packs)
2. Zombie pack activator (8packs)
3. Brush


Cara nak guna gila senang! Cuma koyakkan activator dan tuangkan + mix dengan powder. Sebabkan powder ni dah di packing dalam bekas macam ni, terus bancuh dalam ni je . Takpayah nak cari bekas lain untuk bancuh.




Lepas bancuh, sapu rata diseluruh kulit muka. Tapi elakkan terkena bahagian mata, bibir dan rambut. Mask ni mainly untuk pore tightening & lifting. So make sure masa apply mask ni, sapu secara keatas (for lifting) and mana mana kawasan yang rasa pore problem tu, apply banyak sikit.

Bila mask dah start kering. Memang macam zombie dah rupanya haha



Dalam 10-15 minit , mask akan mula kering. Time start kering ni memang rasa tegang sangat kulit muka. Macam kena tarik dari semua angle hahaha. Tapi best sebab menandakan effect lifting dia ni menjadi. Lagi satu yang best bila guna Zombie pack ni, kita boleh tengok dekat kawasan kulit kita yang mana ada kedutan dan yang mana kurang elastic. So boleh lah tahu kawasan mana yang kita kena bagi extra attention.






Mask ni bukan jenis peel off/pull off tapi wash off. So bila dah 15 min (maximum), boleh la slowly bilas dan cuci bersih bersih. Lepas je bilas memang rasa bersih muka and surprisingly kulit jadi lembut gilaaaa! And nampak brighter. Setel bilas, boleh continue apply toner pula dan teruskan routine skincare macam biasa.
​​



So far pakai mask ni memang best. Cuma part yang tak bestnya ialah BAU dia hahah. Zombie powder ni bahan utamanya Albumin. Yang mana diekstrak daripada putih telur. So memang bau telur la ceritanya haha . Tapi walaupun bau dia tak berapa nak best, overall functionality and effectiveness mask ni memang aku puji. Lagi key ingredients dalam mask ni ialah Centella Asiatica (pegaga) dan Panthenol.




Selain daripada untuk tegangkan kulit dan pori, zombie pack ni juga bagus untuk :
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Menegangkan kulit
  • Merawat masalah jerawat
  • Menegangkan pori pori
  • Melembapkan kulit
  • Memperbaiki tekstur kulit dengan membersihkan sel kulit mati
  • Mengimbangkan pH level
  • Mencerahkan kulit


It's a fun mask for me. Sebab boring la asyik pakai sheet mask je haha. Lagipun mask ni senang gila nak bancuh and tak messy. Takde dripping dan tak perlu nak cari mangkuk untuk bancuh. Plus , dalam setiap pack, disediakan sekali brush. Zappp setel, takpayah pening pening pergi Mr.Diy cari brush untuk mask haha .




I'll definitely repurchase this! Sebab effect lifting & brightening tu instantly! Dalam satu set ada 8 packs. So boleh guna 8 kali. Berbaloi!


=============================================



Untuk bulan ni , ada promosi untuk produk SKIN1004 di website WAKO [Click to purchase ] . And promosi untuk Zombie Pack ni cuma RM40 je per 4EA! Promosi sah dari 11-13 Mac 2019. Produk SKIN1004 juga boleh didapati di ONE PHARMACY. Dan untuk setiap pembelian minimum RM30, korang boleh dapat free 1xSKIN1004 Mask (untuk 50 orang pertama) dengan cara screenshot atau tunjuk je post ni dan boleh dapat juga extra 10% diskaun untuk mana mana produk SKIN1004  masa nak bayar tu, okay?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...