Saturday, April 6, 2019

Yuran Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Yang Rendah : Pekerjaan Segera di Singapura!


Institut CECE Buka Pengambilan Pelajar | Selaras dengan perkembangan sistem Pendidikan Awal Kanak-kanak yang pesat mutakhir ini, semakin ramai ibu bapa kini lebih mengutamakan konsep pembelajaran yang lebih profesional dan holistik pada peringkat pendidikan awal anak-anak mereka. Pendidikan prasekolah berperanan penting dalam keseluruhan sistem pendidikan kanak-kanak. Perkembangan mental kanak-kanak pada usia awal semakin dititikberatkan. 

Oleh demikian, permintaan untuk tenaga pengajar yang berkualiti serta profesional pada tahap perkembangan awal kanak-kanak adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan zaman sebelum ini.



Peringkat awal kanak-kanak merupakan fasa perkembangan intelektual dan asas perkembangan keperibadian seseorang insan. Pendidikan pada tahap awal ini amat penting bagi pembentukan persepsi dan nilai murni serta  penyemaian tabiat mulia dalam sanubari anak-anak kecil.

Dalam proses pembelajaran, kanak-kanak memerlukan seorang pendidik yang boleh membimbing mereka secara komprehensif. Maka, pengajar pada tahap pendidikan prasekolah wajiblah memiliki pengetahuan dan kemahiran pengajaran yang bertaraf tinggi. 




Institut CECE yang ditubuhkan pada tahun 1993 kini dikenali sebagai kolej latihan guru khusus dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Pasukan pensyarahnya terdiri daripada pengajar-pengajar yang memiliki ijazah sarjana dalam pendidikan prasekolah. Program latihan akademik dan peluang latihan praktikal di tadika dan taska yang disediakan oleh Institut CECE dapat memberi asas pendidikan yang kukuh kepada pelajar-pelajarnya. Para pelajar dilatih untuk mengembangkan potensi dan kreativiti kanak-kanak secara berkesan. Diperlengkap dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam menangani perkembangan fizikal dan mental anak-anak kecil, pelajar-pelajar Institut CECE mampu memupuk generasi muda yang penyayang dan penyabar.



Sehingga hari ini, Institut CECE telah berjaya melahirkan lebih daripada 3,500 pendidik prasekolah yang berkelayakan. Program-program diploma Institut CECE diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) di Singapura.

Pendekatan pengajaran Institut CECE yang menjamin hasil pembelajaran yang efektif mendapat reputasi yang tinggi dalam kalangan tadika dan taska di Malaysia serta Institusi Antarabangsa KLC (KLCII) di Singapura. Malahan graduan-graduan Institut CECE dapat memulakan kerjaya mereka sebaik sahaja tamat pengajian. 



Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Institut CECE termasuk: Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Diploma Pendidikan Khas. Pelajar boleh mengikuti pengajian secara sepenuh masa, separa masa atau modular. Kursus jangka pendek mengambil masa 2.5 tahun manakala kursus jangka panjang mengambil masa 4 tahun. Walaupun Institut CECE menyediakan program yang berkualiti tinggi, yuran pengajiannya hanya RM13,560. Yuran pengajian ini boleh dibayar secara ansuran pada kadar faedah 0%.



Kursus diploma ini merangkumi pembelajaran subjek seperti asas pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan awal kanak-kanak, kaunseling kanak-kanak, program prasekolah kebangsaan, penjagaan bayi dan permainan, pendidikan khas, kurikulum tadika dan perancangan, seni visual, muzik, matematik, bahasa dan literasi. 

Menerusi program pemindahan kredit, graduan yang telah memperoleh Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak boleh meneruskan pelajaran mereka ke peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) atau mana-mana universiti tempatan lain. Selain itu, mereka juga boleh melanjutkan pengajian mereka di University College Birmingham di United Kingdom.

Jika anda beraspirasi menjadi seorang pendidik kanak-kanak prasekolah, anda dialu-alukan untuk menghadiri Hari Terbuka Institut CECE!




======================================

EVENT DETAILS:
Date: 14th April 2019
Time: 9am – 5pm
Address: INSTITUT CECE
 Tingkat 1 & 2, Lot 9094, Jalan Malinja,
Taman Bunga Raya,  53000. Kuala Lumpur.
**Light refreshment will be served. 

======================================



EVENT HIGHLIGHTS:
  • CECE Early Childhood Education Talk
  • Understand the Early Childhood environment through a Centre Tour
  • Career Talk Singapore
  • Trial Class
  • Consultation Hour


ENTRY REQUIREMENTS:
  • SPM 3 Credits in any subject (Pass in BM & SEJARAH) or Equivalent; CECE Certificate in Pre-school Education.


FINANCIAL ASSISTANCE:

  • Interest-free Study Loan from Chang Ming Thien Foundation (Upon meeting stipulated requirements).
  • PTPTN Study Loan (for Full Time Class only).

================================


For more information:

Contact number: 03-4142 6362
Email: inquiry@cece.edu.my 



















Related search : peluang pekerjaan singapore, kursus perkembangan awal kanak kanak, senarai kolej diploma kursis perkembangan awal kanak kanak, diploma pendidikan kanak kanak kolej, kolej ptptn, syarat kelayakan institut cece, yuran pendidikan diploma pendidikan kanak kanak

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...