Monday, April 17, 2017
VEET Sensitive Touch | Mudah, selamat dan tak menyakitkan
VEET Sensitive Touch | Pertumbuhan buluan buluan asing yang selalu wujud di beberapa anggota badan kita bukan lah benda yang pelik. It's normal, tapi tulah .. walaupun normal, kalau dah kau biarkan je merimbun, tak berjaga ... tak ke selekeh namanya?
Lagi lagi, untuk perempuan.
Wajib wajib wajib untuk jaga kekemasan dan merapikan diri .
So, bila bercakap pasal usaha usaha nak membanteras pertubuhan bulu yang berleluasa ni, ada banyak cara dan kaedah yang boleh digunakan termasuklah;
(Jap aku tulis dalam english)
- Shaving
- Waxing
COCO Concept Store | Solusi membelanjakan RM50 untuk pakaian secara bijak
Sekarang ni, nilai RM50 tu macam dah kecik sangat sangat dah kan?
Kalau shopping dekat tesco tu, dalam troli alahai ciput je barangnya, setakat dapat body wash sebotol, makanan jajan jajan sikit .. kalau beli Ramen Samyang, confirm confirm lebih RM50 dah belanjanya . what a cruel world hahaha .
Tu baru cakap pasal barang keperluan .
Kalau benda benda lain macam baju baju, lagi lahai ... kalau RM50 tu sehelai je dapat . Itu pun dapat yang design outdated, tak pun masa masa sale je.
Macam mana, hamba hamba fesyen macam aku (ahaks!) nak survive dekat dunia penuh pancaroba ni? LOL
Satu solusi terbaru dah pun dijumpai, yay yay!
Thursday, April 13, 2017
Apa ada di Klang Parade? | Makan, Shopping dan ... karaoke?
Melihatkan pada kedudukan aku dekat Kota Damansara ni , yang boleh aku katakan ; aku selesa untuk kalau nak shopping ke, jalan jalan ke .. di sekitar Shah Alam , PJ dan KL . Kalau Klang tu, aku kureng sikit sebab aku sendiri taktahu apa yang ada dekat sana . Sekali sekala pergi Klang pun semata sebab nak pergi GM Klang je .
Tapi tetiba pulak si Lili ajak pergi Klang Parade sabtu lepas, katanya nak pergi support Reef masuk karaoke contest . Ah sudah,
Lili siapa? Reef siapa?
Okay , brief introduction ;
Lili / Aqalili Azizan ni rakan blogger yang aku baru kenal . Kitorang kenal masa dia join trip #bloggertalkxSabah . Memang mereput dengan budak ni sepanjang 6 hari dekat Sabah tu ha . Muka je inesen (innocent) tapi masyaAllah sistur, dia punya level masuk air memang se-spesis dengan aku hahaha . Ngam sangat! So lepasni, untuk entry jalan jalan sababah , akan ada banyak nama dia terselit .
Tuesday, April 11, 2017
Kenzo Kids Bash By Junior Lookbook Pavilion KLChaim
Dalam kotak memori ni masih boleh ingat (ececeh .. ), masa kecik kecik dulu Mama Ayah selalu belikan baju jenama Kiki Lala, Bubblegummers & kalau mahal sikit pun jenama Osh Kosh Bgosh . Range harga dulu dulu, aku tak sure lah tapi mungkin lah murah daripada sekarang kan?
Dekat sini, dah boleh nampak dah . Daripada dulu lagi , ramai pereka dan pengeluar produk fashion dah aware yang mak mak dan ayah ayah ni memang semangat dia lain machiam sikit bila membeli barang barang untuk anak . Kalau tanya kawan kawan aku yang dah ada anak pun, mesti diorang cakap ;
"Aku sejak ada anak ni, tak fikir nak beli baju untuk diri sendiri pun. Sibuk belikan untuk anak je"
Anyonyonyo comel sangat kan statement ibu ibu . Tengok jelah mak and ayah kita, daripada kita kecik sampailah besar, mesti nakkan yang terbaik untuk kite kan? Nak kita pakai baju yang selesa, baju yang cantik .. diorang pun nak tengok kita cantik cantik .
Sambil boleh dengan bangga nya tunjuk dekat kita
"Haa tu anak aku lahh tu, yang pakai gown pink kembang kembang ada bunga warna kuning tu.. cantik kan? "
------------------------
Sekarang ni pun, jenama jenama mewah dah mula ketengahkan fashion untuk kanak kanak . Mak mak yang sandang beg Chanel, berkasut Salvatore Ferragamo mestilah nakkan anak anak nya berfashion mewah juga kan?
Terbaru, di Pavilion KL , terdapat satu butik fashion mewah untuk kanak kanak tau iaitu Butik Junior Lookbook . Dekat butik ni , menghimpunkan pelbagai jenama mewah yang selalunya kita dengar dan femes cuma dalam versi untuk kanak kanak pulak . Contohnya ; FENDI KIDS, LITTLE MARC JACOBS, AIGNER KIDS, CHLOE, DKNY, STELLA MCCARTNEY, dan juga PAUL SMITH JUNIOR . Ada banyak sebenarnya jenama jenama yang terdapat dekat Junior Lookbook ni .. kalau nak tahu, korang kena pergi tengok sendiri lah ehehehek .
CEO Junior Lookbook Malaysia ; Mr.Brian John Yim |
Masa 9 Mac 2017 haritu, satu jenama baru dah pun selamat sertai team Junior Lookbook ni, iaitu KENZO KIDS. Jenama Kenzo ni diasaskan oleh seorang pereka bernama Kenzo Takada dan butik nya yang pertama dibuka pada tahun 1970 , di Paris. Gaya dan elemen yang selalu disampaikan dalam setiap koleksi Kenzo ialah menggambarkan "West meets East" dan banyak diketengahkan corak corak yang nampak funky, ada ciri ciri etnik dan banyak lakaran bunga .
Kalau korang tak familiar dengan jenama Kenzo ni , rasanya korang akan tahu bila tengok signature produk dia yang selalu orang pakai iaitu dia punya jumper & sneakers . Yang ada logo kepala rimau tu . Cantik! Aku suka gilaaa tapi ehem pitis nya takde haha .
So lepasni, untuk ibu ayah yang bergaya sakan dengan Kenzo punya jumper atau pun sneakers, boleh lah bergaya sedondon dengan anak anak pulak . Kiranya koleksi Kenzo yang orang dewasa pakai, akan ada dalam versi mini . gittew
Rasa teruja pula bila masuk butik ni . Sambil termenung termenung memikirkan adik adik yang pakai pakaian pakaian ni ;
"untung kau dik, kecik kecik dah pakai baju harga RM1,200 . akak kau nak beli tshirt bundle RM12 pun fikir banyak kali "
hahaha .
Takpe, sambil belek belek gown Aigner berharga RM1,200 , sambil tanamkan keazaman nak berjaya dan kumpul duit banyak banyak untuk kesenangan anak anak iols nanti . InsyaAllah
Tunggu ye nak, nanti mak pakaikan kau lampin jenama Gucci . Ko tunggu eh , ko tunggu!
Related search : Kenzo kids pavilion, junior lookbook, junior lookbook kenzo kids, junior lookbook pavilion
Subscribe to:
Posts (Atom)