Apa ada di Klang Parade? | Makan, Shopping dan ... karaoke?

Thursday, April 13, 2017

Melihatkan pada kedudukan aku dekat Kota Damansara ni , yang boleh aku katakan ; aku selesa untuk kalau nak shopping ke, jalan jalan ke .. di sekitar Shah Alam , PJ dan KL . Kalau Klang tu, aku kureng sikit sebab aku sendiri taktahu apa yang ada dekat sana . Sekali sekala pergi Klang pun semata sebab nak pergi GM Klang je . 

Tapi tetiba pulak si Lili ajak pergi Klang Parade sabtu lepas, katanya nak pergi support Reef masuk karaoke contest . Ah sudah, 

Lili siapa? Reef siapa?



Okay , brief introduction ;


Lili / Aqalili Azizan ni rakan blogger yang aku baru kenal . Kitorang kenal masa dia join trip #bloggertalkxSabah . Memang mereput dengan budak ni sepanjang 6 hari dekat Sabah tu ha . Muka je inesen (innocent) tapi masyaAllah sistur, dia punya level masuk air memang se-spesis dengan aku hahaha . Ngam sangat! So lepasni, untuk entry jalan jalan sababah , akan ada banyak nama dia terselit .



Reef / Reef Official ni blogger jugak . Aku tak pernah jumpa in person , selalu tengok instagram dia je . Dia like gambar aku, aku like gambar dia. Gitulah kekdahnya daripada dulu hinggalah ke hari Sabtu haritu, baru bersua muka, borak borak dan bertentang mata ahgittew . Reef ni selalu masuk karaoke competition . woi suara sedap wey lelehhs . Itulah ceritanya macam mana Reef ni boleh tetiba ada dekat Klang Parade pulak untuk karaoke competition yang Lili ajak aku join tengok sekali ni .


Okay sambung cerita .


Rupanya, ramai lagi blogger blogger turut sama berkumpul dekat Klang Parade tu semata mata nak bagi support dekat Reef. Amboi amboi amboi , nampak tak blogger pun pandai bersosial tau . Jangan kau ingat blogger ni cuma reti duduk depan laptop dan mengomel je ekekeke .

Pertandingan tu start pada pukul 2, tapi aku dengan Lili seawal pukul 11 pagi dah terpacak dekat situ . So sementara menunggu tu, kitorang pusing pusing dalam Klang Parade tu lah dulu .


Baju ala Neelofa, harga tak masuk akal



Sementara pusing tu, terperasan lah satu butik ni ada banyak baju baju ala ala neelofa, lepastu blouse yang ada chunky beads bagai . Aku dari jauh dah nampak display mannequin dia pakai baju baju cantik camtu, terus aku tarik Lili singgah kedai tu kejap .

Bila masuk, tertanjat kite tengok harga harga baju dia .

Apeniii RM20?
Apeniii RM39?
Apeniii  RM40?

Baju baju yang aku tengok dekat online shop atau dekat mall lain , dijual pada harga RM60-RM80, dekat sini boleh dapat serendah RM20 je. 


Dekat mana?

Dekat NEXT Ladies

next ladies klang parade

Korang sampai je Klang Parade tu, korang terus ke tingkat 1, kedai dia berdekatan dengan KAMDAR. Ala senang je carinya. Pusing pusing confirm jumpa. Kedainya pun boleh tahan besar, sampai 3-4 lot juga NEXT Ladies ni punya area. 

Facebook: www.facebook.com/NEXTLadiesMY
Instagram: www.instagram.com/nextladiesmy


Memang banyak sangat pilihan yang ada . Palazzo, cardigan, blouse , jubah semua ada . Lawa pulak tu . Kualiti pun helok . Aku dengan Lili dah excited lain macam . Sekali pusing tengok si Lili tu dah hilang. Rupanya dia dah siap pergi fitting room cuba cuba baju bagai. Kemain laju dia ni eh .

next ladies klang parade

next ladies klang parade harga

Aku terjebak juga beli sampai 3 helai dekat situ . Lili pun sama . Masing masing siap beli seluar sehelai , baju pulak 2 helai .

Photo : Curitan Aqalili

Pulak tu, bila pusing dekat tepi Next Ladies, ada kedai La Miss pulak . Dekat sini si Lili dah tersangkut dengan satu cardigan . Aku pulak cuma beli inner je 2 helai .

Lepas dah sakan bershopping dekat Next Ladies tu, tengok jam dah pukul 1 lebih . 

It's lunch time!

Sebenarnya tak perasan langsung kitorang duduk dalam Next ladies tu ada dekat sejam lebih gak kot hahaha . Perempuan kalau dah shopping tu, takdenya 15 minit. Tak sejam, tak sah LOL 


Next Food Junction - macam macam ada



Sebabkan malas nak gaduh gaduh "aku nak makan ni, kau nak makan ni blablabla" , aku dengan Lili decide untuk pergi makan dekat Next Food Junction je.

next food junction klang parade

Senang cerita . Macam macam pilihan dekat satu tempat .


Dekat food court ni ada macam macam jenis masakan ditawarkan . Western ada, Italian ada, yang selera timur pun ada . Tapi, macam biasalah seorang Farah yang diva sentiasa idamkan makanan western wakakaka makanya seorang Farah pun orderlah seketul Grilled Chicken Chop .

next food junction klang parade
Photo credit : Curitan Aqalili

Harga makanan dekat sini pun semuanya berpatutan . Jadinya kalau korang ke Klang Parade, nak makan makan ke apa.. terus je ke Next Food Junction . Murah dan banyak pilihan .

next food junction klang parade

Okay lepas dah kenyang makan, hari pun dah dekat pukul 2 petang , competition karaoke pun dah nak start . Terus aku & Lili cepat cepat turun pergi dekat pentas utama . Masa kitorang sampai tu, tengok Reef dah dapat nombor giliran dah . Juri juri pun dah ada, termasuklah Dina Nadzir, Riz Raizizi , dan producer Rafikoncept .


1 Min 2 Fame Karaoke Competition



Pertandingan karaoke "1 Min 2 Fame Karaoke Competition " ni dianjurkan oleh KSong. Ye dik, KSong karaoke tu ha yang anjurkan pertandingan ni . Masa haritu, ada 15 peserta kesemuanya yang mengambil bahagian . Semuanya dah lalui proses saringan dah . Kiranya yang bertanding haritu, semuanya yang memang power power dah tau .

Photo credit : Curitan Aqalili

Aku perhati je muka Reef tu . Amboi tenang je dia, takde gelabah gelabah pun . Macam powerr je macam powerr je haha .


Tapi ceritanya, memang dia power pun. Dapat tempat ketiga k!

Itu satu yang boleh dibanggakan. Sebab semua peserta semuanya suara sedap power lunak best namatey . Suara Reef pun memang bikin cair huhu .

Ni senarai nama pemenang untuk pertandingan 1 Min 2 Fame KSong Karaoke Competition ;

Champion : Faisal Md Saad
1st Runner-up : Ardi Gunsuh
2nd Runner Up : Shariffudin Azhar Bin Omar (Reef)



Tahniah Reef!



Memang bebetul "weekend well spent" lah kata orang . Dari pagi tu, dah sakan shopping , dah sakan makan , terhibur pulak tengok orang nyanyi nyanyi . Seronok! Tengkiu Lili ajak iols lepak sekali ehhee .

Kesimpulan dibuat, Klang Parade ni boleh jadi satu tempat yang sangat sesuai untuk korang beriadah, jalan jalan shopping , karaoke, tengok wayang , bersama sama dengan keluarga dan yang tersayang . Sangat selesa, parking mudah, toilet bersih, layout mall yang tak serabut (cuma kurang tempat duduk) . 

So, dah ada plan nak kemana minggu ni? Kalau takde, jom pergi Klang Parade nak? ;)








Related search : Klang Parade , Klang Parade food court, Klang parade floor layout, Klang Parade restaurant, Restoran Klang Parade, Klang Parade wayang, wayang Klang Parade, bowling Klang Parade, Karaoke Klang Parade, Food court Klang Parade, NEXT ladies boutique, butik NEXT Ladies, vendor butik di mall, peluang perniagaan, tapak niaga untuk disewa

6 comments

  1. Tahniah Reef. tak dapat nak pergi support sebab ada event lain hari tu. hehhe

    and cecantik baju kat situ. bolehlah singgah kalau balik kampung >,<

    ReplyDelete
  2. Mcm best je.. xpnh smpai sne lg.. hehe

    ReplyDelete
  3. Next Ladies tu range size macam mana? Ke semua free sizee je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg ada pilihan size. tp kbykannye free size

      Delete
  4. Ada bowling tak??

    ReplyDelete

On My Instagram