VEET Sensitive Touch | Mudah, selamat dan tak menyakitkan

Monday, April 17, 2017




VEET Sensitive Touch | Pertumbuhan buluan buluan asing yang selalu wujud di beberapa anggota badan kita bukan lah benda yang pelik. It's normal, tapi tulah .. walaupun normal, kalau dah kau biarkan je merimbun, tak berjaga ... tak ke selekeh namanya?

Lagi lagi, untuk perempuan.

Wajib wajib wajib untuk jaga kekemasan dan merapikan diri .

So, bila bercakap pasal usaha usaha nak membanteras pertubuhan bulu yang berleluasa ni, ada banyak cara dan kaedah yang boleh digunakan termasuklah;

(Jap aku tulis dalam english)
  • Shaving
  • Waxing




untuk kedua dua kaedah ni, lazimnya bila di gunakan keatas kawasan kawasan 'private' , ianya boleh jadi helok, boleh jadi mimpi ngeri .

Untuk aku sendiri, aku pilih untuk mencukur. Sebab senang dan tak sakit. Tapi , bila dah mencukur; bila ada pertumbuhan bulu yang baru, bulu tu akan jadi lebih kasar dan makin cepat pulak tumbuh . Lagipun, kawasan kulit yang kita cukur tu lebih terdedah kepada potensi untuk terluka . lagi lagi spesis macam aku ni suka pakai razor blade murahan yang paket 5-6 batang dalam satu pack wakakaka . Nak lagi keji, rembat Ayah punya! hahahaha

Untuk waxing pulak , aku pernah cuba kaedah sugar waxing . Untuk sugar waxing, tak sama macam waxing dekat spa tu . Sugar waxing lebih mudah dan less pain sebab takde 'heating', tapi kalau waxing yang dekat spa tu, katanya ada guna bahan chemical yang dipanaskan . Bila dah panas panas ni, ada risiko melecur pulak . Matilanak kalau ketiak melecur, acaner? hahaha

Pengalaman ber-waxing?

Sumpah sakit! hahah . Puas hati tu memang puas hati, sebab ditariknya bulu bulu tu dari akar. Licin habis! Tapi .. memang sakit , pakej boleh berdarah juga . Dan kaedah waxing ni melambatkan proses pertumbuhan bulu baru . So, korang pilih yang mana?



-----------------------------



Kalau sebelum ni, aku tak pernah nak peduli beli benda benda macam shaver khas untuk mencukur, tapi sejak sejak Veet perkenalkan new beauty device dia ; Veet Sensitive Touch, aku rasa macam "alamakkk , nak kena beli ni!"

veet sensitive touch trimmer

Sesungguhnya aku ni spesis yang kedekut kalau nak beli benda benda camni . Kalau cukur bulu bulu tu boleh guna pisau lipat 20 sen tu pun aku guna hahaha . Tapi entah cemana, aku boleh terjebak pulak dapatkan satu Veet sensitive touch ni.

Soalannya, KENAPA??



Pertama tamanya, sebab benda alah ni warna PINK! lololol hahah .

veet sensitive touch trimmer

Dan kemudiannya, terdapat banyak sangat sangat sangat kegunaannya, tak terhad kepada nak mencukur dikawasan under arm je, tapi jugak boleh digunakan hampir kesemua kawasan anggota badan kita .

Termasuklah untuk merapikan , 

  • eyebrow
  • upper lips
  • sideburns
  • bikini line
  • underarm


Untuk buang facial hair a.k.a misai wanita pun boleh tau . Untuk cukur bulu kaki, bulu ehem ehem hahahaha semua boleh!

Tak bahaya ke? Tak luka ke guna VEET Sensitive Touch ni?

Tak lah! Veet Sensitive Touch memang direka khas dengan ciri eksklusif untuk memelihara kulit si pemakai . Ianya dijamin selamat dan proses penggunaan tak menyakitkan apatah lagi mencederakan terutamanya bila digunakan di bahagian yang sensitif .


Untuk kegunaan bahagian muka :
1 x 2 Sided Trimming head – 16mm and 6mm
1 x comb attachment (2mm & 4mm) to uniform hair lenth
1 x Styler cap


Untuk kegunaan kawasan yang lain :
1 x 1 sided Trimming Head (20mm)
1 x comb attachment to uniform hair length

Aksesori tambahan :

1 x Cleaning brush
1 x Beauty pouch 
1 x AA Battery


Veet sensitive touch ni siap didatangkan dengan travel pouch lagi, senang lah nak angkut sekali pergi balik kampung, pergi office, pergi shopping mall (tak semena mena haha) , pendek kata .. kau nak bawa pergi memana pun suka hati kau lah , gittew .


Tatkala kau merasakan kewujudan bebulu asing yang kau tak suka, guna je Veet sensitive touch ni dan cantas apa yang patut haha

Harga Veet sensitive touch ni berbeza beza, ada yang aku tengok RM90+, ada yang RM100+ , TAPI kalau nak berbelanja secara bijaksana macam aku, bolehlah dapatkan di LAZADA .

Kearah mendapatkan kulit mulus dan bebas buluan yang mencacatkan pemandangan . Gunalah VEET SENSITIVE TOUCH ahaks!


Untuk maklumat lanjut, sila layari 




Related search : VEET Sensitive Touch,VEET Sensitive Touch review, VEET Sensitive Touch blogger review, VEET Sensitive Touch price, VEET Sensitive Touch sale price, VEET Sensitive Touch how to use, VEET Sensitive Touch testimonial, VEET Sensitive Touch tutorial, shaving, sugar waxing, how to remove underarm hair, cara buang bulu, cara cukur bulu, kaedah menghilangkan bulu di badan

1 comment

On My Instagram