Tuesday, April 11, 2017

Kenzo Kids Bash By Junior Lookbook Pavilion KLChaim



Dalam kotak memori ni masih boleh ingat (ececeh .. ), masa kecik kecik dulu Mama Ayah selalu belikan baju jenama Kiki Lala, Bubblegummers & kalau mahal sikit pun jenama Osh Kosh Bgosh . Range harga dulu dulu, aku tak sure lah tapi mungkin lah murah daripada sekarang kan?

Dekat sini, dah boleh nampak dah . Daripada dulu lagi , ramai pereka dan pengeluar produk fashion dah aware yang mak mak dan ayah ayah ni memang semangat dia lain machiam sikit bila membeli barang barang untuk anak . Kalau tanya kawan kawan aku yang dah ada anak pun, mesti diorang cakap ;

"Aku sejak ada anak ni, tak fikir nak beli baju untuk diri sendiri pun. Sibuk belikan untuk anak je"

Anyonyonyo comel sangat kan statement ibu ibu . Tengok jelah mak and ayah kita, daripada kita kecik sampailah besar, mesti nakkan yang terbaik untuk kite kan? Nak kita pakai baju yang selesa, baju yang cantik ..  diorang pun nak tengok kita cantik cantik .

Sambil boleh dengan bangga nya tunjuk dekat kita

"Haa tu anak aku lahh tu, yang pakai gown pink kembang kembang ada bunga warna kuning tu.. cantik kan? " 


------------------------


Sekarang ni pun, jenama jenama mewah dah mula ketengahkan fashion untuk kanak kanak . Mak mak yang sandang beg Chanel, berkasut  Salvatore Ferragamo mestilah nakkan anak anak nya berfashion mewah juga kan?

Terbaru, di Pavilion KL , terdapat satu butik fashion mewah untuk kanak kanak tau iaitu Butik Junior Lookbook . Dekat butik ni , menghimpunkan pelbagai jenama mewah yang selalunya kita dengar dan femes cuma dalam versi untuk kanak kanak pulak . Contohnya ;  FENDI KIDS, LITTLE MARC JACOBS, AIGNER KIDS, CHLOE, DKNY, STELLA MCCARTNEY, dan juga PAUL SMITH JUNIOR . Ada banyak sebenarnya jenama jenama yang terdapat dekat Junior Lookbook ni .. kalau nak tahu, korang kena pergi tengok sendiri lah ehehehek .

CEO Junior Lookbook Malaysia ; Mr.Brian John Yim

Masa 9 Mac 2017 haritu, satu jenama baru dah pun selamat sertai team Junior Lookbook ni, iaitu KENZO KIDS. Jenama Kenzo ni diasaskan oleh seorang pereka bernama Kenzo Takada dan butik nya yang pertama dibuka pada tahun 1970 , di Paris. Gaya dan elemen yang selalu disampaikan dalam setiap koleksi Kenzo ialah menggambarkan "West meets East" dan banyak diketengahkan corak corak yang nampak funky, ada ciri ciri etnik dan banyak lakaran bunga .



Kalau korang tak familiar dengan jenama Kenzo ni , rasanya korang akan tahu bila tengok signature produk dia yang selalu orang pakai iaitu dia punya jumper & sneakers . Yang ada logo kepala rimau tu . Cantik! Aku suka gilaaa tapi ehem pitis nya takde haha .

junior lookbook pavilion

So lepasni, untuk ibu ayah yang bergaya sakan dengan Kenzo punya jumper atau pun sneakers, boleh lah bergaya sedondon dengan anak anak pulak . Kiranya koleksi Kenzo yang orang dewasa pakai, akan ada dalam versi mini . gittew 


kenzo kids



Rasa teruja pula bila masuk butik ni . Sambil termenung termenung memikirkan adik adik yang pakai pakaian pakaian ni ;

"untung kau dik, kecik kecik dah pakai baju harga RM1,200 . akak kau nak beli tshirt bundle RM12 pun fikir banyak kali "

hahaha . 

Takpe, sambil belek belek gown Aigner berharga RM1,200 , sambil tanamkan keazaman nak berjaya dan kumpul duit banyak banyak untuk kesenangan anak anak iols nanti . InsyaAllah


Tunggu ye nak, nanti mak pakaikan kau lampin jenama Gucci . Ko tunggu eh , ko tunggu!








Related search :  Kenzo kids pavilion, junior lookbook, junior lookbook kenzo kids, junior lookbook pavilion

1 comments:

  1. mak aih, baju gaun camtu rm1200, kopak mak naakkk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...