Wangikanlah Hatimu : Berpotensi buatkan ramai jatuh cinta semula pada lagu Irama Malaysia?

Friday, January 13, 2017
Assalamualaikum .


Meh kita throwback dalam 10 tahun lepas, rasanya kalau sebut lagu "Hati Kama" , "Nazam Berkasih" dan jugak ;

"Bermohon sembah, sembah berhajat ...
hajat berasal kayangan puri
hamba puteri imbas berempat
turun bermalam serata negeri... "

DIKIR PUTERI!

... mesti korang tahu kan?

Lagu lagu ni lah femes dikalangan penari kebudayaan sekolah bila buat persembahan dulu dulu hahah . Memang suka sangat lagu lagu irama malaysia ni . 

Salah satu nama besar dalam genre etnik kreatif ni ofkos lah Noraniza Idris a.k.a Kak Ani kita! Ingat tak dulu kalau masa Juara Lagu, dia conquer satu pentas penuh dengan penari dia jeee hahaha . Meriah kan! Sekarang mana ada lagi dah . Sobs . Rinduuu lah!

But ... very soon  ...  Kak Ani akan buat kemunculan semula tapi kali ni jadi lebih mantop dan gempak dengan gandingan bersama Tyka , peserta rancangan 3 Juara dan single terbaru diorang tu akan dilancarkan serentak di media sosial pada hari Ahad, 15 Januari 2017, 9 malam semasa grand finale 3 Juara nanti . wohooo meriahnyaa!

Image may contain: 2 people, text



Tajuk lagu terbaru Kak Ani dan Tyka ni ialah berjudul "Wangikanglah Hatimu" dan berkonsepkan Pop Etnik dan Tradisional yang mana menggabungkan elemen nyanyian Dikir Barat dan Siam juga Sunda.

 Acaner lah gamaknya bunyi dia ye .. Aku pun tak sure , tapi rasanya confirm best ni . Lagu Kak Ani kot!

Beberapa lagi point korang perlu tahu tentang lagu ni ;


  • Lagu hasil karya Amir Jahari dan Ag Coco . Lirik pula oleh Ahmad Fedtri Yahya
  • Lagu ini cuma mengambil masa untuk dihasilkan dalam tempoh 2 bulan
  • Lirik diselitkan dengan unsur nasihat yang mendalam


Sambil tu nak cerita sikit lah latar belakang Kak Ani dan Tyka ni untuk makluman korang ;

NORANIZA IDRIS @ KAK ANI

NORANIZA IDRIS WANGIKANLAH HATIMU


  • 32 tahun pengalaman dalam industri muzik 
  • Wanita pertama Pengasas Pop Tradisional semenjak tahun 1996 dan diiktiraf oleh Majlis Wanita Johor pada tahun 2001
  • Duta kecil berbangsa Melayu yang mengangkat budaya masyarakat orang asli Negeri Pahang ke pentas Anugerah Industri Muzik Malaysia dan dikurniakan pingat Ahli Mahkota Pahang pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri Pahang
  • Tokoh Budaya dan penggerak program pembangunan belia menerusi budaya semenjak tahun 2014
  • Pengasas modul pembelajaran seni budaya dan akhlak suntikan modal insan melalui pendekatan akademik, sahsiah dan kokurikulum kepada 19,000 peserta bersijil dengan kerjasama Kementerian sepanjang tahun 2014 dan 2015 menerusi 12 lokasi seluruh Malaysia selama 2 tahun dalam program Akar Zapin Kita

TYKA 3 JUARA 

TYKA 3 JUARA

  • 17 tahun pengalaman dalam bidang nyanyian seawal usia 5 tahun dengan lagu-lagu irama Ghazal dan Asli
  • Artis kelahiran program realiti TV Seiras Seirama 2015 (final mewakili Misha Omar terbitan Astro), Bintang Klasik Kasih 2015 (Naib Juara terbitan RTM), 3 Juara 2016 (Terbitan TV3)
  • Minat dan kreatif menggubah lagu sedia ada dengan cara yang tersendiri
  • Suka membuat kajian tentang seni budaya kaum etnik selain Melayu untuk penghayatan dalam nyanyian dan boleh menyanyikan lagu gende balada dan R&B dengan baik
  • Mudah mesra dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira batas usia

Power sama power . Confirm lagu ni meletop habis! Aku duk ulang ulang je dengar kak Ani & Tyka nyanyi teaser lagu ni. Alahai best! Nak dengar juga teaser Wangikanlah Hatimu ni? Nah tengok video ni ; 

 


Ahad ni aku sendiri akan ke Grand Final 3 Juara tu . Tak sabarnya nak tengok semua performance secara live. Pulak tu, dapat tengok dan dengar sendiri depan depan lagu Wangikanlah Hatimu. Syoknya!

Nanti kalau tetiba nampak muka aku keluar tv ke apa, tolong snapkan eh hahah .

WANGIKANLAH HATIMU NORANIZA IDRIS DAN TYKA



K nanti iols update post event pulak . See youuu!



wangikanlah hatimu noraniza idris,lirik lagu wangikanlah hatimu, , biodata noraniza idris, biodata tyka 3 juara, 

1 comment

  1. tak pernah tgk 3 juara ni, nanti boleh tonton konsert akhir!

    ReplyDelete

On My Instagram