Markets21 & POP store by Jaya One | 14-15 Jan 2017 Wajib pergi!

Friday, January 13, 2017



Hello!

Masa aku study dekat Melaka dulu, aku cukup gigih ulang alik ke KL bila hujung minggu. Macam macam benda aku buat dekat KL ni termasuklah photoshoot (zaman zaman kurus dulu) , dan juga sertai bazaar . 3-4 tahun lepas, rasanya hampir setiap minggu mesti ada organizer yang anjurkan event dan yang selalu aku pergi ialah Frinjan , Urbanscape dan Chic Pop . Frinjan selalunya diadakan dekat Shah Alam, kalau Chic POP Market ni pulak di Petaling Jaya, specifically di Jaya One.



Masa pergi bazaar macam ni lah aku berpeluang jumpa dengan ramai fashionista yang femes femes termasuklah masa tu jumpa Maria Elena, Shea Rasol, arwah Ami Schaheera dan juga adik beradik hot ; The Farah's . Sekarang diorang ni semua dah jadi business woman yang power. Tak sangka dulu sama sama buka booth, sekarang dah jutawan dah diorang . Aku kat sini? Masih mereput hahaha .

Bila dapat tahu Markets 21 akan berlangsung Sabtu dan Ahad , 14-15 Januari 2017 ni , aku rasa eksaited gila nak pergi! Masa ni lah dapat shopping macam macam jenis kraftangan, baju baju, homemade natural cosmetics dan juga kek! haha . dulu, kalau aku pergi bazaar macam ni , aku wajib akan beli kek. Sebab dulu susah tau nak jumpa cupcake atau kek yang pelik pelik. Masa bazaar ni je dapat beli red velvet cake lah, brownies lah apa bagai . Tapi sekarang, dekat mana mana cafe pun dah ada jual kan . Takdelah kena tunggu waktu bazaar je hehe .

Bawah ni antara gambar gambar masa Markets 20 (edisi ke 20) tahun lepas . Meriahhhhhh





Jomlah kita ramai ramai pergi Market 21 weekend ni di Jaya One, Petaling Jaya. Sambil tu boleh singgah POP retail store yang ada dekat The School, Jaya One. POP retail store ni ala ala macam vendor concept shop. Menghimpunkan pelbagai barangan dalam satu kedai . Kalau korang pemilik bisnes, boleh lah apply untuk jadi vendor dekat POP retail store ni . Ramai dah mula ambil langkah bijak dengan sertai POP ni sebagai vendor . Korang bila pulak ? #haveyoudoneit







Beberapa lagi info untuk korang tahu tentang Markets 21 :


  • Merupakan bazaar yang terbesar di Lembah Klang
  • Bazaar yang ke 21 yang telah dianjurkan oleh Jaya One
  • Satu bazaar yang memberikan korang pelbagai pilihan untuk membeli belah barangan baru mahupun yang terpakai , barangan kraftangan , dan turut ada food truck serta pelbagai persembahan hebat!
  • Markets 21 bakal disertai oleh sekurangnya 80 peniaga daripada pelbagai jenama

Senang cerita, korang datang je Jaya One sabtu dan ahad ni , jangan lupa bawa duit banyak banyak juga sebab ada macammmmm macammmm benda untuk korang beli dekat sini heheh . Sambil jalan jalan dekat Markets 21, sambil singgah masuk POP store juga . See you there!


Facebook :


Post a Comment

On My Instagram