Hello Assalamualaikum
Aku kalau makeup memang rajin .
Tapi bila masuk bab nak cuci makeup .. alahai malasnya . Rasa macam kalau balik rumah tu nak terus tidur je . Tapi memikirkan kulit muka perlukan ruang untuk bernafas, dan nak elakkan daripada pori tersumbat dan jerawat untuk berpesta - maka kena lah rajinkan diri juga dalam diambang kemalasan untuk cuci dan sental mekap habis habisan sebelum tidur .
Tapi, kalau setakat cuci mekap je tapi makeup tools yang kita guna untuk makeup tak dibersihkan pun sama lah jugak . Berus atau span yang kita guna untuk apply foundation , bedak , blusher , eyeshadow semua tu pun WAJIB WAJIB WAJIB dibersihkan!
Eiiii tak geli ke pakai berus / span yang dah berhabuk , melekat lekat kotoran lepastu sapu pulak dekat muka!
Macam mana nak cuci berus mekap?
Sebelum sebelum ni aku suka guna shampoo 'Carrie Junior' untuk cuci makeup brush . Seeloknya guna shampoo baby ya sebab shampoo baby ni mild , jadi tak mengeraskan bulu berus kita tu . Dulu aku pernah jumpa tips cuci berus mekap dekat Pinterest . Tips tu suruh gunakan olive oil untuk cuci . Aku cuba sekali lepastu tobat taknak buat dah hahaha . Sebab bila guna minyak , susah nak bersihkan and end up jahanam berus aku tu -.-"
Sekarang ni jadi lagi senang bila ada brush washer. Ada macam macam brand yang available dekat pasaran tapi aku guna yang daripada brand ABBAMART. Aku dapatkan ni daripada Althea . Sebotol 300ml & harga pun tengah ada diskaun cuma RM24 jeee !
ABBAMART One Shot Brush Washer (300ml) - RM24
Nak bandingkan dengan sebotol shampoo Carrie Junior tu memang lah mahal sikit yang ni . Tapi aku rasa berbaloi je sebab isipadu banyak dan lagipun benda alah ni memang khas untuk cuci berus .
Nak guna untuk cuci span pun boleh juga . Yang bestnya brush washer ni ada Thorny Bamboo extract. Sebagai agen anti bakteria . Bila ada nya benda alah yang berfungsi sebagai anti bakteria , maksudnya berus yang dah kita cuci tu akan kekal bersih dan bebas kuman lebih lama . So sementara nak tunggu weekend untuk bersihkan , takdelah risau berus tu kotor dan penuh kuman sangat kan?
Cara nak guna pun senang sangat . Cuma celup celup dan bilas je . Senang nya!!
Disebabkan One Shot Brush Washer ni tak berbuih sangat , jadi kerja kerja nak membilas berus tu takdelah payah . Kalau guna shampoo baby atau sabun biasa, jenuh juga nak bilas banyak kali untuk hilangkan buih & sabun tu .
Lepas dah bilas, boleh lah perah perah sikit hujung sabun tu dan gantung berus korang untuk dikeringkan . Ada macam macam style nak keringkan berus ni . Lagipun sekarang ni siap ada jual tempat keringkan berus lagi macam ni ;
Tapi , kalau korang cheapskate a.k.a kedekut a.k.a "bersederhanalah , guna je apa yang ada nak" , korang hamparkan je atas tissue ke apa. Tapi kalau macam ni lambat sikit lah keringnya .
PENTING : Keringkan berus dengan cara terbalik . Kalau tegakkan ,
berus akan rosak & gam yang cantumkan kepala berus & handle akan hilang dan tercabut
Okay gais. Semoga entry ni bermanfaat untuk korang . Jangan lupa cuci makeup brush okay ;)
Post a Comment