Tuesday, August 30, 2016

My Braces Story : Part 1 - Seorang Farah bergigi besi!


Hello gais!

Kalau korang perasan lah kan , KALAU .. 

dalam post sebelum sebelum ni, aku selalu merungut pasal gigi aku yang tak allign dan tak cantik haha . Ekceli , daripada aku sekolah menengah lagi dah perasan dah gigi aku memang kelihatan aneh dan tak lawa .

Dulu, aku ada gigi susu yang macam senget sikit dekat belah kiri depan  . Kadang bila aku senyum , dia terkeluar sikit haha . Masa aku form 4, ada lah nurse datang sekolah untuk check gigi . Dan masa tu baru aku tahu gigi tu ialah gigi susu dan sepatutnya dah cabut lamaaaaaaa dulu dah tapi tak cabut cabut . Nurse tu pulak geram je tengok gigi aku terkeluar keluar melambai lambai, jadi dia terus paksa aku untuk cabut. Katanya kalau tak cabut nanti jadi lagi teruk .. blablabla . 


Walaupun gigi tu senget , aku sayang gigi tu tau . Aku macam lagi rela ada gigi senget daripada takde gigi. Bila dia suruh cabut, maksudnya aku kena terima kenyataan yang aku akan rongak bahagian depan untuk beberapa mingu . Sobs!

Bila dah cabut gigi tu, memang aku kurang bercakap untuk 3 hari haha . Tiga hari jelah mampuu . Lepas daripada tu, seorang Farah yang kepoh tetap terusan kepoh . Nothing can stop mehhh hahhaa . Tapi kena bahan gak lah seminggu dua tu, kawan kawan ejek cakap Farah rongak , gigi keluar angin haha .

senyum kepit cover gigi 

After a while, gigi aku mula merapat balik tapi tak betul betul rapat . Tetap ada gap dan mula lah episod aku bergigi jarang pulak haha . Sebelum ni gigi senget , berlapis dan tak rata . Sekarang, gigi jarang dan berterabur . Weh sadis sangat kisah gigi aku ni kan .

Niat nak pakai braces tu dah lama ada . Tapi selalu dapat halangan . Sedih ai tau . Dunia menentang ai daripada mencapai impian mendapatkan gigi cantik tersusun rapi . Bila usulkan pada mama ayah nak pakai braces, diorang cakap gigi aku dah cantik dah . I was like .... WHATTTTTT ? Ini macam cantik ke? haha murung aku tau tiap kali tanya soalan ni dekat diorang , and jawapan yang sama yang aku dapat .


Lagipun , aku faham .. mungkin mama ayah cakap macam tu dulu sebab cost nak buat braces tu bukannya seploh doploh ringgit . Tapi cecah sampai RM 4-5 ribu weh

Dulu, aku ingatkan bayar RM 4-5 ribu tu sedebuk terus . Memang aku kagum lah member member yang pakai braces . Cakap dalam hati "huii kayanya dia, gantung 5 ribu dekat gigi" hahaha 

Tapi sebenarnya, bukan bayar terus 4 ribu time time tu jugak . Bayaran tu secara berperingkat . Masa awal awal first visit mungkin bayar dalam 1 ribu dulu, lepastu bulan bulan masa follow up baru lah bayar RM200-300 pulak . Sampailah habis tempoh pakai braces tu which is range dalam 6 bulan ke 3 tahun , depends pada betapa seriusnya keadaan gigi kita tu .

Dan kini , Farah kembali dengan impiannya nak pakai braces muahahaha .

cak cak cakkk!

Alhamdulillah , tercapai juga wishlist nak pakai braces setelah menunggu dan berharap selama 24 tahun 8 bulan hidup ekekeke .

Aku buat braces dengan Dr. Raymond Singh Kler (Dr. Ray) . Kalau korang ingat lagi, aku pernah tulis satu entry pasal scaling dan polish gigi dekat Mahkota Medical Centre dulu. Boleh baca dekat sini :   http://blog.farahdafri.com/2016/03/rawatan-gigi-di-mahkota-medical-centre.html   Haaa, aku buat dengan Dr. Ray ni lah . Daripada masa buat scaling gigi dulu lagi dah mula consult dengan dia, tanya pasal braces. Dia cakap condition gigi aku takde lah disaster sangat, jadinya urusan nak pasang braces tu lebih mudah dan tempoh aku pakai braces pun mungkin tak ambil masa lama. 

wani pun akui dokter Ray ni ensem haha

Aku daripada dulu tak pernah suka nak pergi jumpa dentist. Mungkin sebab aku selalu dapat dentist yang tak best. Yang langsung tak greet, yang kasar , yang garang dan yang tak friendly. Aku jadi cam 'ahhhh malas ah nak pergi jumpa dentist'.

Mana perginya dentist yang friendly bagi gula gula lepas habis session macam dalam tv tu?? 

Tapi dengan Dr.Ray ni , aku jadi sangat sangat selesa dan suka. Memang enjoying the session sangat sangat. Dia banyak borak, friendly and most importantly - good looking . eekekekee . Memang menghiburkan pancaindera aku hahaha .

Dia suka cerita pasal gigi . Well ofcos lah, nama pun dokter gigi kan? dan cara dia explain tu, budak kecik pun boleh faham . Simple, straightforward dan interesting . Good job dokter!


Buat masa ni, Dr Ray ni based nya di Melaka, dekat Mahkota Medical Centre. Tapi aku buat braces ni dekat Kajang. Klinik Pergigian Deol, Sg Chua Kajang. Dr.Ray available cuma pada hari sabtu je dekat Kajang ni. Dan rasanya at the mean time, urusan buat braces hanya di Kajang dan bukan dekat Melaka. Katanya very soon dia nak buka klinik sendiri pulak . Hah kalau macam tu, lagi senang!

Untuk pricing buat braces ni, nanti aku senaraikan dalam entry lagi satu ok. Ni entry muqaddimah kepada cerita seorang Farah bergigi besi hewhew . Nanti kita story jugak , sakit ke tak sakit pakai braces ni? Susah makan ke? Macam mana cara bersihkan gigi dan macam macam lagi .

Okay gais, thanks for reading. Jumpa lagi next entry . Babai!

sakit tak pakai braces, my braces story, pengalaman pakai braces, braces gigi murah, braces gigi selangor, klinik braces selangor, klinik gigi melaka,klinik gigi selangor, klinik gigi kajang, klinik pergigian deol, braces sakit, tak sakit braces, braces murah, braces harga, range harga braces, cara pakai braces, prosedur pakai braces, cara pakai braces, step pakai braces, braces mahal ke, berapa harga braces, tempat bagus pasang braces, klinik servis braces, real braces, braces malaysia, 

13 comments:

  1. Wahh tahniah Farah finally dah pakai braces! Ingatttt kena berpantang tauu, dulu my bracket pernah tercabut sebab makan ayam hahaha menyesal lepastu. But after a year dah bebas :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi yass! finally pakai gak. skrg tgh pakai part atas je. bulan depan baru pasang bawah. hehe hritu dah tercabut dh sekali

      Delete
  2. yeah. akak nak sgt pkai. tapi, tua sgt tak agaknya utk age akak? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kak, cuma maybe kena pakai lama kot. akak gigi cm okay je kite tgk

      Delete
  3. salam...
    kak nieyl jenjalan pagi sini.. ♥

    ReplyDelete
  4. Makin cun la farah nanti... hehehehe... ena pun tunggu turn nak pakai benda ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. harap2 cun lah kan :p sementara pakai ni muka jadi pelik je

      Delete
  5. Replies
    1. boleh cuba consult dengan doc ray ni hehe. boleh la pakai sama dgn faa

      Delete
  6. Cun Melecunlah Farah lepas ni..pewittt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha harap harapnya cun lah kan. lagi2 doc ray punya air tangan :p

      Delete
  7. Hai farah. Nak tnye, klnik deol ni refer xray kt mne ye? Pastu klau follow up tiap bulan, kne tunggu lama tak giliran utk jmpa doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear! dekat sini ada xray dah. I punya dentist dr raymond ni dia based Melaka. Tapi melaka dia x buat ortho. so hari sabtu ahad je dia dekat Clinic Deol ni. Biasanya dia akan susun dah appoinment utk patient dia. so u datang ikut appoinment punya waktu lah, sampai2 je boleh terus masuk for treatment :)

      kalau berminat, boleh contact i personally dekat fb. later i forward contct dr raymond pada u :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...