Movie Review : Terlelap tengok The BFG

Tuesday, August 30, 2016

Hi gais!

I'm back for another movie review *melambai lambai*

Dan kali ni , aku nak review tentang cerita terbaru arahan Steven Spielberg pulak , iaitu THE BFG .


Apekebendanya BFG tu?



Bukan kau je tertanya tanya, aku pun sama . Bila dah tengok cerita tu , okay baru tahu . BFG tu ialah Big Friendly Giant .

Bagi aku , adalah satu kesalan sebab memilih untuk tengok cerita ni hahaha . Aku rasa macam cerita ni sesuai untuk kanak kanak je. Walaupun dia punya CGI semuanya kemas, teratur dan cantik ,... tapi jalan cerita dia slow , dan bosan . Untuk satu satu babak tu pun macam bosan gila sebab dia ulang ulang dialog , kononnya nak buat lawak tapi bagi aku -- tak kelakar langsung hahaha . Hambar ..

Permulaan cerita, serius bosan dan slow . Aku awal awal cerita pun dah menguap 4 kali dan ada one moment ni aku tak sedar aku terlelap . Dan tak lama lepastu , aku dengar ada budak kecik depan aku cakap kat bapak dia "Papaaa. ... papa tidur ke?" hahaha . Aku dah tahan gelak dah masa tu. Ingatkan aku je ngantuk tengok cerita ni. Rupanya ramai yang bersependapat merasakan cerita ni bosan .

Satu scene je yang best ..

Tapi bila dah dekat hujung hujung cerita tu ada lah satu scene ni yang lawak gila bila BFG ni & Sophie (pelakon utama) pergi jumpa Queen untuk bagitahu pasal ada satu kumpulan gergasi nak pergi makan manusia . Diorang tengah makan , dan BFG tu offer sejenis minuman pada queen dan ahli ahli istana yang lain . Dan tak lama lepastu , diorang kentut kuat kuat secara berjemaah . Kentut yang bukan biasa biasa, siap boleh buat badan terpelanting sekali . Aku cerita ni, bunyi dia macam tak kelakar. Tapi kalau korang tengok sendiri, serius lawak . Aku gelak sampai terbatuk batuk dan nak termuntah haha . Tapi scene tu jelah pun yang best . Yang lain , pffftt!

At least ada lah hiburan sikit bila ada scene macam tu . Cerita THE BFG ni nampak gayanya Steven Spielberg memang fokus kan pada penghasilan animasi dia je kot, dan tak ambik kisah pada jalan cerita dan skrip . Gambar memang cantik dan kemas. Cuma macam aku cakaplah, jalan cerita dia out .

Kalau korang tanya aku best ke tak cerita ni? Aku cakap TAK BEST . Dan bintang aku boleh bagi , 2 bintang je, ihsan untuk satu scene yang kelakar gila tu je . Kalau nak bawa anak anak jalan tengok wayang, boleh lah kot . Tapi kalau nak dating dengan shuben , takpayah lah. Maybe korang dua dua tertidur hahaha .


review the bfg, the bfg sinopsis, the bfg movie review, the bfg bosan, the bfg tak best, best ke the bfg, review cerita the bfg, the bfg steven spielberg

2 comments

  1. Nasib baik tak pi tengok.. Hero2 kak jue sibuk ajak tengok citer ni.. Selamat duit mummy..hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg baik takyah tgk kak. mmg bosan gilaaaa haha.

      Delete

On My Instagram