Main mekap mekap di Laura Mercier , Sunway Pyramid!

Saturday, September 10, 2016

Hi

Alamak! banyaknya cerita basi haha . sejak sejak dah start intern ni, aku jadi busy semacam . Tak sempat langsung dah nak update blog, apatah lagi nak tatap wajah pakwe pakwe kpop iols kat laptop tu . Sobs.

Ada banyak benda nak cerita ni. Tapi mula mula kita start dengan cerita pasal aku dengan wani main mekap mekap dekat Laura Mercier ehehek 

sebab apa? sebab aku punya sukalah hahaha .

Ekceli aku dah dimaklumkan yang bila aku dah start intern , working hours aku ialah daripada pukul 9 pagi sampai lah 6 petang , setiap Isnin sampai Sabtu. Bila dah tahu macam tu, aku jadi panik! haha panik sebab nanti takde masa nak pergi jalan jalan . Kalau balik tu dah pukul 6, entah bila masa pulak sempat nak pergi merayap kan . Aku ni secara lahiriah nya memang spesis tak boleh duduk diam in other words, kaki merayap haha . Kalau shopping mall tu , seploh juta kali pergi pun aku belum tentu boleh jemu .

Jadi dikesempatan seminggu sebelum nak mula intern, aku gunakan sepenuhnya dengan attend bermacam macam blogging event, dan jugak pusing habis semua mall dekat pelusuk PJ ni haha . Yang dekat belah belah KL tu pun aku gigih pergi . Sampai ke mall Shamelin yang sepi gila tu pun aku gigih pergi haha .


So bersempena sambutan kemerdekaan haritu , banyak lah promosi besar besaran diadakan . Aku pun gunakan masa yang ada tu sebaiknya untuk 'promotion hunting!' Termasuklah ke Sephora . Mula mula tu aku memang dah excited dapat newsletter daripada Sephora, ada promotion eyeshadow . Harga asal daripada RM120+ jadi RM40+ je weh. Gila tak gila?

Maka mengigihlah aku pergi Sephora Paradigm. Sekali tu tengok tengok habis dah . Memang hampa gila. Tapi dengan tak mengalahnya, aku gigihkan diri ke Sephora Sunway Pyramid pulak . Dannnn macam kau boleh expect lah , aku hampa juga lagi sekali hahaha. kecewa gila weh . Promoter tu cakap, pepagi Sephora bukak , orang dah sambar siap siap dah . Cilapet sungguh! Aku dah emosi dah masa tu haha . Tapi , nak marah pun tak jadi apa lah kan . So aku yang tabah dan bersabar orang nya ni , cuma terima kenyataan dengan berlapang dada *tepuk bahu

Taklama lepas tu, Wani tunjuk dekat aku ada satu poster promotion Laura Mercier dekat Twitter. Daripada harga RM170+ , dapat harga RM59 je for selected items . Berbaloi sangat kan?

merdeka special laura mercier


So mengigihlah pulak aku cari kek mano Laura Mercier ni. Pusing punya pusing, lastly jumpa jugak . Penat gak ah nak cari. Sunway Pyramid tu bukannya bersaiz macam Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang wakakka. Bergetar gak sendi sendi aku dalam proses nak mencari tu .

Bila dah sampai depan counter Laura Mercier tu, nak tanya pun jadi segan segan . Sebab rasa cam cheapskate sangat, datang sebab nak dapatkan promo tu semata mata kakakaka . Tapi buat muka tebal, tanya jugak .

laura mercier national day promo 59 years

Yang ada promo masa tu khusus untuk 4 barang je. RM59 je. Kalau harga retail biasa, semuanya RM170+ . Banyakk weh diskaun . Rugi lah kalau tak sambar ni .

laura mercier sunway pyramid

Promo yang ada tu untuk blusher, cream illuminator, quad eyeshadow pallete dengan lipstick . Aku rasa macam nak beli semua je . 

Rasa macam nak beli eyeshadow tapi eyeshadow aku dah melambak . Nak beli lipstick pulak shade dia tak banyak . So aku decide nak beli antara blusher tu atau cream illuminator.

Dengan terkial kial aku tanya promoter tu 

"err ni boleh tak cuba kat muka?" 


haha awkward weh. Rasa macam gadis desa masuk kedai MAC . Tapi MUA (promoter) tu baik je. Dengan berbesar hatinya dia tolong apply kan. Bukan takat apply kan blusher and cream illuminator tu je. Tapi siap pakaikan aku eyeshadow lah bagai . Kemahen seronok dia. Nampak sangat tadi dia boring haha .

So atas sebab dia pun layan aku baik baik . aku decide nak beli dua dua lah . Both blusher & cream illuminator tu . Sekali nak bayar guna debit card, tak boleh pulak! aihhh tak memasal kena pergi cari atm cucuk duit . Punya kalut takut orang lain beli (sebab dah tinggal last pcs) , berlari aku dengan Wani pergi cari ATM machine hahaha . Macam amazing race dah rasanye

Bila dah settle cucuk duit, and kitorang pun naik semula keatas , bayar bayar apa semua tu .. tetiba MUA tu offer 


"dik , you nak tak I makeupkan?" ditujukan kepada Wani. 

Wani lak buat muka senyum kambing dia 

"eh eh nak makeup I ke? Boleh ke? " 


haha nyampah gila tengok muka dia menolak tapi nak . Bermuka muka sangat. Rasa nak ketuk dahi . Kau nak, cakap jelah nak wehh *facepalm

Haa part ni yang aku jeles ni . Dia makeupkan Wani full pakej. Start daripada primer sampailah dilukisnya kening, eyeshadow, siap shading shading mak nenek semua dia buat . Eh eh eh nak jugakkk! ini tidak adil tidak adil bagi ku *tipikal lagu Yuna


Aku pun sebagai seorang kakak yang redha dan bertimbang rasa, aku tabah je tengok adik aku cantik cantik dimakeupkan haha. Naluri keji seorang kakak tu macam nak terkeluar gak ah. Rasa nak lap lap je makeup dia guna minyak zaitun (syaitonirrojim sangat perangai tuh haha)


Dan hasilnya memang melethopppp sangat . Wani suka sangat si Ben tu makeup kan. Amboi selama ni aku makeup kan kau, takde pulak suka cam ni eh *sentap


laura mercier sunway pyramid

Maybe ni lah bezanya pakai mekap mahal dengan mekap murah wakaka. 

Ke sebab aku yang tak reti makeupkan? *sentap

Anyways, thankyou Ben sudi makeupkan kitorang. Masehhh



laura mercier sunway pyramid,laura mercier blusher,harga laura mercier,range harga laura mercier,laura mercier primer,laura mercier murah,laura mercier review,laura mercier high quality,laura mercier factory outlet,laura mercier blusher,laura mercier lipstick,promo merdeka,national day promotion, promosi merdeka laura mercier, laura mercier merdeka

12 comments

  1. bestnya pandai makeup ... =) and nice blog dear =)

    ReplyDelete
  2. cantiknya. murah hati betul MUA tu tolong mekapkan ye. kakak yang beli, adik yang dapat full mekap. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. x aci kan? haha kite yg beli, adik plak dapat mekap full pakej. ciss haha

      Delete
  3. wahhhh...dah mcm muka artis adik...cantikkkk...hihiih

    ReplyDelete
  4. cantik gilaa dia make up ! serius . tp mmg adik farah dh centik tu bertambah tmabh serinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi aah anys. adik tu mmg dh lawa dh. bila mekap, makin letop lah dia

      Delete
  5. Untunglah Wani.. Kak Ju nak make-up jugakkk.. Cepat meh balik Melaka cepat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ha kak tunggu fara menuntut ilmu byk2 sikit kt sini. kang balik melaka kite make over k?

      Delete
  6. That brows though! on fleek betul! :D :D

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete

On My Instagram