Friday, June 24, 2016

Harga tiket cuma RM8 bagi pengguna Redone di MBO Cinema setiap hari selasa!




Hi.

Macam aku yang aku pernah cerita dalam entry INI ,  kalau nak tengok wayang aku memang suka ke MBO Melaka Mall . Meskipun nampak haunted dan spooky , aku tetap prefer untuk tengok wayang dekat situ . Tambah pulak baru baru ni aku dapat tahu MBO Cinema mengadakan promosi redOne Tuesday, lagi lah bertambah tambah sukanya nak tengok wayang dekat MBO!




redOne Tuesday ni ialah promosi special untuk para pengguna RedOne . Pada setiap hari selasa, kau boleh dapatkan tiket wayang pada harga RM8.00 sahaja! Berbaloi kan? Tak kisah lah cerita apa sekali pun. Yang baru baru keluar yang kebiasannya harga RM11-RM12 , dapat pada harga RM8!



Disebabkan teruja dengan promosi ni dan memandangkan hari selasa haritu aku tak de keje ekekeke yeke takde keje? :p tambah pulak senarai cerita yang aku over sangat nak tengok pun dah berjela .... makanya ku gagahi jua menapak ke MBO Melaka Mall tu .



tak . kita bukan nak beli popcorn . jangan fitnah eh haha

Proses pembelian tiket berjalan dengan lancar walaupun kena beralih alih kaunter. Mulanya pergi dekat kaunter jual popcorn tu sebab tiket dijual dekat situ, bila cakap nak beli tiket promosi redOne, kena pula beralih ke kaunter lain sebab katanya kaunter lagi satu tu baru boleh keluarkan tiket promosi redOne tu . Well, okay foinee . Demi diskaun, sis sanggup kikiki dasar cheapskate! :p


wajah seorang cheapskate hahahaa


So untuk pengguna redOne, jangan lepaskan peluang dapatkan promosi redOne Tuesday setiap selasa di MBO Cinema berdekatan korang ye . Tertakluk kepada terma dan syarat yang boleh di baca disini :
redOne Tuesday Promotion


ehhh lupa bagitau , tak termasuk GST kehkehkeh




Thanks for reading gais! Bye :)

tiket redone rm8, redone tuesday rm8, redone tiket promosi, promosi mbo cinema, mbo cinema promotion, mbo cinema tiket, mbo cinema ticket, mbo cinema promotion, melaka mall mbo, mbo melaka mall, wayang melaka, wayang ayer keroh, panggung wayang melaka, harga tiket mbo wayang

Thursday, June 16, 2016

Resepi Sotong Buttermilk Sedap dan Senang gilee : #siscubamasak




Hi gais!

Aku suka betul kalau masakan buttermilk ni . Kalau pergi restoran lagi lagi yang ada masakan cina muslim, mesti order punya lah. Tak kisahlah sotong ke, ayam ke , janji ada!

Dah lama sebenarnya nak cuba masak sendiri , tapi biasalah hidup penuh dengan alasan kahkah . Bahan takdelah, takde masa lah, nak cepatlah .. Walhal point utamanya ialah MALAS ekekeke . So maksudnya, dengan termasaknya sotong buttermilk aku ni harini , kira diisytiharkan RAJIN lah kan? Syabas syabas! *tepuk bahu sendiri*

Selama ni rasa macam leceh je nak buat sotong ni. Sebab katanya kalau nak dapdap kena tambah cheese lah, kena ada susu lah .. rumah bujang nan hado bahan bahan ni. Setakat sardin, telur, nugget berbungkuih bungkuih tu banyak lah . Tambah pulak bahan pentingnya DAUN KARI! time tu nak masak, time tu kalut cari daun kari . Ahh stress!maka ku lupakan aja hasrat tu kekeke .

Ni alang alang dah balik Johor, semua jenis bahan ada. Nak daun kari limaploh tangkai pun boleh, kemain besar pokok kari kat depan rumah . Petik je! 

Without further due (Eceh!) ayuh kita terus ke acara masak masak dalam segmen #siscubamasak


Resepi Sotong Buttermilk



Bahan bahan

(sorry semua versi campak, takde sukatan hehew)

Sotong
Serbuk Kari
Tepung Jagung
Telur sebiji
Daun kari
Butter
Cheese
Susu cair (freshmilk boleh gak)
Cili padi
Bawang (putih, besar)
garam
gula

Cara caranya


Menggoreng Sotong

Pertama sekali, yang paling mustahak ialah siang dulu lah sotong tu . bersihkan , potong potong dan toskan . Aku siap gigih keringkan guna kitchen towel sebab nak kurangkan kadar meletop letop saat menggoreng tu .

Bersihkan dan tos . Nak lagi gigih, lap satu satu guna tisu cam aku buat kekekee

Lepas dah bersihkan , perap sekejap dengan serbuk kari dan sedikit garam . Bagi rasa dia mesra mesra gitchu . Serbuk kari toksah banyak sangat, agak agak je untuk lumur kat sotong tu semua . Sotong aku guna dalam 6 ekor . Gemuk gemuk juga, aku pakai dalam 1 sudu setengah serbuk kari .


Perap sotong bersama garam dan serbuk kari

Lepastu, pecahkan telur untuk process mencelup dan menggoreng sotong tu . Mula mula aku pecah sebijik je, tapi last last tak cukup, kena pecah seketoi lagi . 

Masa nak goreng tu, cam biasa lah -- celup dalam telur, gaul masuk tepung jagung dan goreng . Ada yang pakai tepung gandum . Aku gatal gatal pakai tepung jagung . Ghasak lah mana kau nak. Jangan tepung pelita sudah *tak lawak kan?

Goreng dengan api sedang sedang je sampai ah garing . Lepas dah garing , angkat dan toskan .
Dah setel goreng semua sotong ,  dah boleh terus ke proses sediakan kuah Buttermilk pulakk .

Kuah Buttermilk

Nak buat kuah ni homai sonang bonar! haha eksyen sangat kan mentang mentang dah reti masak ekekek .

Ambil butter dan cairkan dalam kuali , ikut lah sesuai dengan berapa banyak sotong korang masak . Cairkan tu jangan lama lama pulak, nanti hangit .

Lepastu masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan daun kari . Tumis sampai daun kari tu garing dan wangi . 

Tumis bawang, cili padi dan daun kari bersama butter

Kemudian boleh mula masukkan susu cair. Ni aku dok baca dekat resepi orang lain, diorang pakai susu cair banyak gak sampai 2-3 tin ikut berapa banyak sotong . Kalau nak berkuah banyak, elok letak banyak . Aku letak sikit, sudahnya kering pulak sotong aku takde kuah kahkah .

Dalam kes ni, aku letak freshmilk dan susu cair gabungkan . Ekceli ikut korang lah nak consistency macam mana . Yang penting nak dapatkan rasa kuah tu yang sedap . 

Cheese ialah optional . Nak letak sedap, tak letak tak dosa kekeke

Lepastu potong cheese cheddar, dan campak dalam kuali. Campak dengan berhemah , takut tersasar keluar tingkap ekekeke . Taknak tambah cheese pun takpe sebenarnya . Tapi bagi mendapatkan rasa sotong mewah umppphh , kugigihkan letak cheese.


Last sekali sebelum masukkan sotong , perasakan dengan garam dan gula . Adjust lah bagi rasa dia balance dan sodapp . 

Masukkan sotong dannn siapp! Macam tak percaya je aku berjaya masak ekekeke tapi tak confirm lagi sedap ke tak ni, taktahu apa rasa sotong aku tu . Maklumlah, puasa kan . Harap harap sedap gilaaaa , boleh eksyen depan Hilmi kehkeh .


nampak kering je kan, kuah sikit bebenor . ish! jadilah ni



Selamat mencuba! dan selamat berbuka puasa :D

resepi sotong buttermilk, cara masak sotong buttermilk, resepi ayam buttermilk, resepi sotong buttermilk mudah, bahan bahan sotong buttermilk, resepi sotong masak buttermilk, resepi sotong masak butter, resepi senang sotong. resepi sotong, cadangan resepi sotong, resipi buttermilk squid, buttermilk prawn, buttermilk sotong, buttermilk sedap, resepi senang gila sotong buttermilk, resepi bujang


Monday, June 13, 2016

Apa Izeara Xtravaganza Body Serum buat kat aku ni??

Hidup ni penuh dengan pilihan . Kadang boleh jadi ada 2 pilihan , kadang 4 kadang seploh . Kadang nak makan KFC, kadang nak makan teppanyaki . Kadang nak makan kaki (eh!)

Bila cakap pasal makan, dilemma terbesar bagi perempuan ialah , nak makan banyak tapi taknak gemuk . Nak kurus tapi tak nak diet . Nak 'body goals' tapi tak nak workout . Eh kenapa semua ni macam cakap dekat diri sendiri jee ekekeke huhuk k diam .


Aku ada kawan yang makan banyak mana pun tak gemuk gemuk . Katanya kalau golongan camni maksudnya dia bela jin dalam perut kahkah, makanan semua jin dalam perut tu makan sebab tak gemuk gemuk ekekeke tak tak gurau jee.  Ekceli orang cemni maintain kurus je hatta melantak seketul lembu sekali pun , sebabkan metabolisma dia yang tinggi . Ahh tension pulak dengan metabolism aku tak tinggi tinggi ni . Cepat ah tinggi woi!

Bagi golongan penternak lemak macam aku , dan berhasrat nak kuruskan badan -- perlukan usaha yang tak berkesudahan . Pilih samada nak belanja ratusan ringgit untuk ke slimming centre, atau disiplinkan diri lari keliling taman tiap tiap hari , mahupun buat pelaburan lebih sikit untuk beli produk kurus . Semua nya bunyi macam susah kan? Biasalah bak pepatah orang putih cakap "No pain, No gain" dah nak kurus tu pepandai lah usaha kan?

Sebenarnya aku tak prefer sangat nak makan ubat kurus, walaupun katanya berkelulusan KKM tapi aku risau kot kot ada memberi kesan jangka masa panjang . Jadi , bila ada nya produk kurus dalam bentuk krim, dan lotion , aku lah orang paling gembira ekeke . Nak nak pulak ada dalam bentuk serum macam Izeara Xtravaganza 6 inch serum, lagi lah elok . Sebabnya serum lagi cepat meresap ke dalam kulit . Bila cepat resap, cepatlah ia bekerja maka cepatlah aku boleh kurus . Yeayy!



Aku tak faham apa yang Bella nak kecohkan sangat cakap Izeara Xtravaganza serum ni tak panas . Bagus lah kan tak panas ? Aku pernah je guna produk kurus yang jenis krim , panas gila kot . Nak buat kerja pun rasa tak selesa. Rasa macam melepuh je kulit pedih pedih panas . Nak panas sangat kau masak ah serum tu sapu kat perut kau . Bukan setakat lemak kau je cair, sekali dengan usus besar dan usus kecik kau kecut gak kak .

Masa aku mula mula dapat tahu pasal Izeara Xtravaganza serum ni , aku jadi eksaited sebab dikatakan "Cool Serum" . Maksudnya boleh la aku lumur satu badan tanpa perlu rasa pedih dan panas . Nak sapu kat area double chin boleh , peha , perut , lengan . Pendek kata nak sapu semua tempat dalam satu masa pun takpe . Kalau tak dulu, aku mampu sapu dekat satu bahagian je sebab kalau sapu kat semua nanti rasa panas dan tak selesa. Lagi lagi bila dah berpeluh .





Ekceli dah 3 minggu aku pakai serum Izeara Xtravaganza ni . Aku perasan ada pengurangan inci pada bahagian peha (+- 1.5 inchi camtu ) sebab aku pakai pun skip skip . Agaknya kalau konsisten aku pakai , mesti peha aku dah se-slim dan slender kaki Cara Delevingne kehkeh .

Ni pun dah nak habis dah , nak kena beli lagi sebotol dengan target nak kuruskan lagi badan sebelum raya menjelma . Boleh lah eksyen masa balik kampung nanti dan tunggu pujian singgah ke telinga "ehh farah dah kurus lah" ekekeke awalnya aku berangan mihmihmih .






Jawapan kepada soalan ini ialah : YA  Berkesan!

Ekceli aku pun tak sangka produk ni menampakkan kesan dengan cepat . Tapi nyesal gak sebab aku pakai skip skip . Kalau konsisten confirm dah ni confirm confirm pada saat dan ketika ni aku dah pakai seluar size 2* ekekeke .



Antara beberapa sebab aku suka serum ni ialah :
  • Tak panas, cuma ada cooling sensation . Macam mandi pakai sabun dettol ice cool tu .
  • Sangat cepat meresap . Dan tak melekit bila berpeluh . Masalah yang selalu aku bengang bila pakai krim kuruskan badan ni ialah , lambat resap . Bila sapu kat peha ke, time berpeluh rasa melekit lekit dan belengas . Memang langsung tak selesa . Tapi Izeara Xtravaganza serum ni cepat gile resap . Dah berpeluh langung tak melekit . Good good!
  • Kesan boleh nampak seawal 48 jam penggunaan . Ni daripada pengalaman aku sendiri lah . Lagi lagi kalau masa sapu tu, buat urutan membulat dan tepuk tepuk sekuat hati bagi serum tu resap ke dalam , lagi cepat nampak kesan inch loss tu .
  • Botol tak gedabak . Memudahkan untuk nak bawa kemana mana . Size botol walaupun panjang tapi ngam je masuk dalam handbag . Lepas melantak steak , steamboat , topokki -- masuk tandas senyap senyap sapu serum dekat perut kahkah :p



Antara keistimewaan Izeara 6 Inch Serum

  • Merupakan serum kurus yang PERTAMA di pasaran yang tidak panas, tidak melekit 100% dan pastinya harga serum ini MAMPU MILIK!
  • Serum kurus pertama di Asia yang ada Cafeisilane C..Ini adalah bahan yang paling pantas mencairkan lemak di bawah kulit..
  • Lemak tertanggal dan terhapus dalam masa 48 Jam di mana korang akan kehilangan 6 Inci dalam masa 48 jam..
  • Melawaskan permbuangan air besar selepas 1 jam menggunakan Serum Izeara Extravaganza ni.. Hilang stretchmark lama dan baru melahirkan sekiranya korang menggunakan secara konsisten selama 7 hari
  • Lemak-lemak tepu dan degil akan disingkirkan dengan cepat!



Aku cakap lebih lebih nanti korang kata aku sembang lebat hewhew . Kalau tak percaya , klik terus ke instagram @izearaxtravaganza dan tengok ratusan testimoni yang dah berjaya . Kalau degil gak , lantak . Biar aku kurus sorang sorang ekekek .


HARGA ASAL
RM 149.00

HARGA PROMOSI
RM 109.00 sahaja!

Untuk maklumat  lanjut  boleh rujuk:

Instagram: 
#izearaxtravaganza

Facebook:

Tempahan (Whatsapp):
013-777 3617







 izeara xtravaganza serum, izeara xtravaganza serum 6 inch,izeara xtravaganza serum 6 inch review, izeara xtravaganza serum 6 inch testimoni, izeara xtravaganza serum 6 inch murah , izeara xtravaganza serum 6 inch berkesan , izeara xtravaganza serum 6 inch cod, izeara xtravaganza serum 6 inch elok ke , izeara xtravaganza serum 6 inch bahan bahan , izeara xtravaganza serum 6 inch testimoni berjaya , kurus izeara xtravaganza serum 6 inch , izeara xtravaganza serum 6 inch untuk kurus , produk kurus, krim kurus, serum kurus ,





Friday, June 10, 2016

'Port' power untuk peminat masakan cina halal | Restoran Mohammad Chow


Amaran : Digalakkan membaca dengan jarak 20cm daripada skrin, dikhuatiri terliur dan menganggu gugat puasa anda. Kalau baca masa dah berbuka, nak jilat skrin pun takpe


Kalau lah segala keputusan dibuat menggunakan perut, maka kehujung dunia pun aku sanggup jalan jalan cari makan ahaks! Kalau korang nak tahu, tekak aku ni memang tak melayu langsung . Nak kata tekak mat salleh pun tak juga , tapi lebih cenderung kepada tekak korea , jepun , itali , india (eh) dan cina . Taktahu lah masa mak aku mengandung kan aku dulu dia kuat makan apa . Dengar dengar asyik mintak KFC je dengan bapak aku dulu ekekek .

Dua tiga menjak ni tekak aku cenderung kearah masakan korea, jepun dan cina . Tapi antara ketiga tiga ni, yang paling feveret - masakan cina . Sebab tu lah bila kak SS mesej ajak gi makan ramai ramai dekat Restoran Mohammad Chow | Chinese Muslim Kitchen , aku bersorak kegembiraan . Dah terbayang bayang kan masakan cina yang ada cendawan dan udang . Biasanya kalau ke restoran chinese muslim , aku paling suka kan masakan sayur , macam sayur park choy ataupun apa apa lah yang ada cendawan . Dan lagi satu, segala spesis masak butter especially udang . 

Memang sepanjang aku drive nak ke restoran tu, aku doa doa je 'Ya Allah Ya tuhanku , perkenankan lah aku sepinggan besar udang masak butter tatkala tiba di restoran itu , Amin'


Ko ghase ghase, doa aku tu makbul ke tak? 



Nak tahu? Baca sampai habis ekekeke .






Sesampainya dekat situ, aku tengok tengok dah terhidang dah segala macam makanan penuh atas meja untuk kitorang . Antaranya :








Claypot Tofu // RM12.00


Sotong Salted Chili // RM18.00

Kerapu Ala Thai Fried // RM6.00 (setiap 100g)

Ying Yang Kailan // RM15.00

Omellete Prawn // RM10.00





dan akhirnya yang ku cari cari telah ku temui ,


Prawn Butter Floss // RM35.00




Alhamdulillah!! Udang masak butter idaman qalbu kini tersedia untuk dijamu, Yass! Ko cuba tengok, kalau dah macam ni rupa dia, siapa yang terliur? You tell me .



Tengok dari sini je dah tahu betapa crunchy dan kruk kruk krukkkk nya udang ni . Bakul luar ni dibuat menggunakan su'un yang digoreng . Fuh, nampak keunikannya disitu . Kalau rasa tak cukup makan udang , bakul su'un ni juga boleh dijadikan santapan . Boleh tanya Mar sedap ke tak bakul tu, sebab dia makan haritu haha .



Keterharuan aku jumpa udang ni tak berakhir sampai disini , bila tiba tibaaaaaa ....

.
.
.
.




Salted Chili Crab - Ketam nipah // RM5.00 (setiap 100g)




Salted Chilli Crab ni pulak muncul !



Peh peh peh , kenapalah datang makan ramai ramai ? Takboleh aku bolot semua . Dahlah duduk depan Razi dengan Afiq, terpaksa aku control ayu kehkeh, makan sambil tersipu - mencerminkan keayuan wanita melayu asli lah mihmih .


Aku mampu makan sikit sikit je, nyesal lah sebab terlalu utamakan control ayu daripada kehendak perut . Sambil tatap gambar chilli crab ni, sambil penyesalan aku tak berkesudahan , sobs! weh kenapa entry ni drama sangat ? Pasni cuba tulis novel la pulak kahkah .


Komen keseluruhan


Setelah mencuba kesemua menu diatas, aku dapati antara kesemuanya - ofcos lah aku bagi markah tinggi untuk Prawn Butter Floss dan Salted Chilli Crab . Bukan semata mata sebab aku suka seafood , tapi sebab aku rasa cara masakan untuk kedua dua menu ni ngam dan cukup rasa


Salted Chilli Crab tu punya sos/kuah tak terlalu masin dan tak terlalu masam . Pendek kata hebat hebat rasa , ketam cukup rasaa ... gitu . Yang buatkan ketam tu lagi best ialah sebabkan ketam digunakan ialah spesis ketam nipah, isi nya gemuk gemuk dan padat . memang puas hati nak makan . tapi macam aku cakaplah, aku ngada sangat nak control cun kan , jadi tak dapatlah aku nikmati ketam tu to the fullest, kalau tak ... memang ku korek korek ku sedut sedut sampai isi terakhir . 

Menu yang aku suka seterusnya ialah Salted Chili Cuttlefish . Hidangan ni bagi aku masin sikit, tapi takde lah masin tahap potong uri .Walaupun masin, aku tetap suka kikiki . Maybe sebab boleh rasa 'kecinaan' dalam masakan tu ekeke kecinaan pun boleh .



Kailan goreng dekat sini unik sikit , mula mula aku ingat dia tabur bunga rampai atas sayur tu . Kot lah hiasan ke apa kan . So aku tak makan pun, aku tolak tepi dan makan bahagian lain. Lepastu budak budak ni cakap 'eh sedap lah benda ni (sayur yang aku cakap bunga rampai tu) , macam rasa seaweed' . Bila aku dengar 'seaweed' , I was like "ohhh mannn, nak ghasee gak" tapi tengok tengok dah licin dah . Tinggal yang lekat lekat kat celah gigi diorang je . Sobs . Next time datang aku nak order dan rasa . Tak kira, nak jugak! 

Ekceli benda yang aku refer sebagai 'bunga rampai' tu sebenarnya daun kailan yang dihiris halus dan di 'deep fry' . Menarik kan?



===============


Lagi satu, kalau dah ke restoran masakan cina, tak syok lah kalau tak pekena itik kan? Dekat sini ada disajikan beberapa jenis masakan itik . Yang aku sempat rasa haritu ialah Rendang Itik dan Itik Panggang. Aku sebenarnya tak pernah makan itik, megi perisa itik tu pernah lah. Jadi aku taktahu pula daging dia berspesis liat. Mula mula makan, rasa macam 'hmm apa nii, liat woii' tapi bila dah makan dua tiga suap , baru ku sedari - 'lezzaaatt rupanya itik ini' .

Roasted Duck 


kak SS, pinjam gambaq naa- Rendang Itik

Antara Rendang Itik dengan Itik panggang, aku lagi prefer itik panggang. Maybe sebab aku bukan penggemar itik, jadi aku rasa macam pelik sikit bila makan rendang yang isinya itik . Lagipun , sejujurnya aku tak suka rendang kehkeh . Aku tekak omputih weh lupa ke ekekek . Rendang rendang ni kan melayu hahaha statement minta kena maki ni :p

Tak tak, penjelasannya ialah aku kurang gemar masakan yang terlalu berempah . Macam beriani ke, ayam masak kurma ke, apa apa yang rasa rempah tu kuat sangat aku memang kurang suka .

Dah paham dah?

Pendek kata semuanya bergantung kepada tekak, perut dan kesukaan masing masing . Yang aku boleh simpulkan, kalau korang sukakan masakan cina dan tercari cari restoran mana yang menyajikan masakan cina yang 'authentic' wah aunthentic gitu , Restoran Mohammad Chow lah jawapannya .

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia lagi barokah, mesti korang tercari cari restoran yang ada tawarkan pakej buka puasa yang best kan? Dekat sini pun ada!Ajak sekali kawan kawan dan famili untuk berbuka bersama .


PAKEJ SET RAMADHAN

Set A – RM98.00 (3-4 orang)
Chicken Butter Milk Sos
Fish Fillet Nyoya
Sotong Salted Egg
Chip Choy Soup

Set B – RM198 (4-6 orang)
Rendang Itik @ HK Roasted Duck
Prawn Butter Floss
Fish Fillet Ginger
Tomyam Seafood
Brocolli Mushroom Oyster Sauce

Set C – RM298 (6-8 orang)
Siakap Ala Thai Steam
Rendang Itik @ Hk Roasted Duck
Chicken Ying Yong
Hot Plate Tofo
Sotong Salted Egg
Prawn Butter Milk Sos
Tomyam Seafood

Set D –  RM398 (8-10 orang)
Kerapu Ala Thai Fried
Ketam Nipah
Prawn Nestum Butter
Sotong Nyoya
Tofo Claypot
Mix Vege Garlic
Ying Yong Garlic
Omellet Fu Yong




Selain tu, sepanjang bulan Ramadhan ni Restoran Mohammad Chow turut dibuka pada waktu sahur . Daripada pukul 3.00 pagi sampailah masuknya waktu imsak . Tapi ini khusus untuk di cawangan Damansara Perdana je .

Kalau rasa macam malas nak bergerak sampaikan terpaksa berguling , better korang call je untuk delivery . Servis ni namanya servis Tapoww! XL. Syaratnya ialah tertakluk untuk order menu yang minimum 8-10 pax dan perlulah buat tempahan 1 hari lebih awal . Untuk order masa berkumpul ramai ramai dengan famili memang sesuai sangat .


Thankyou Mohammad Chow Restaurant . Nanti iols datang lagi :*


Untuk maklumat lanjut:

Mohammad Chow Restaurant


Alamat: 

3-1, Jalan PJU 8/5H,
Damansara Perdana Business Center,
47820 Petaling Jaya, Malaysia.

No Telefon: 

+603 773 16383
+6010 701 5221

Email: mohammadchow@gmail.com



Instagram : mohammadchow



restoran mohammad chow damansara perdana, restoran mohammad chow  cawangan, restoran mohammad chow sedap, restoran mohammad chow review, restoran mohammad chow harga, restoran mohammad chow menu,restoran mohammad chow pakej,restoran mohammad chow  surau,restoran mohammad chow servis,restoran mohammad chow sedap ke tak,restoran mohammad chow sedap,restoran mohammad chow mahal,restoran mohammad chow murah,restoran mohammad chow itik,restoran mohammad chow halal, masakan cina halal, restoran masakan cina halal kl, restoran masakan cina halal selangor, restoran masakan cina halal, restoran masakan cina sedap, masakan cina best, resepi butter prawn, resepi butter chicken

Tuesday, June 7, 2016

Cadangan Hadiah Untuk Ibu Tersayang



Perempuan memang biasanya berhati lembut. Sekecil kecil benda boleh buatkan seorang perempuan jadi gembira, ataupun sedih. Betapa fragile nya hati perempuan ni kan? Kadang kadang ada moment angin monsoon datang, sharp eyebrow pencil lepastu patah pun boleh nangis kikiki sensitip sangat .

Mak kita pun seorang perempuan/wanita juga. Hati diorang ni lagi lah selembut buih dilautan dan kena kita jaga dengan penuh berwibawa. Masa kurang matang dulu , memang tak pandai sangat jaga hati emak . Sekarang dah matang sikit ekeke matang lah sangat kan, dah pandai cuba jaga hati mak dan kalau nak marah ke apa dah pandai control. Tapi kadang kadang baran tu tak boleh nak adjust , tertinggi juga la suara. Iskkk durhakanya diri ini .

Ekceli, mak mak kita ni tak minta intan permata mahupun Birkin dan Louboutin , cukup saja kita pandai cuit cuit hati mereka dengan sekecil kecil perkara. Contoh, tolong bantu ringankan kerja dia ; macam boleh ambil alih tugasan rumah yang selalu dia buat, dengan rela hati dan tanpa disuruh. For sure mak kita akan happy je dan senyum simpol , terus dia offer nak masakkan sup merah gearbox dan roti jala (feveret Iols!) . 

Boleh juga datang dan picit picit bahu masa dia tengah layan cerita drama melayu petang petang di TV3. Walaupun dia tak sakit dan tak ada pula mengeluh lenguh lenguh, tapi apa salahnya tolong pamper dia sikit sikit kan? Kalau aku kadang kadang orang ter ketuk ketuk sikit bahu dan rasa sedap , dalam hati meminta minta "jangan lah stop janganlah stop" kikikik . Kalau buat pada emak kita, pasti diorang rasa lebih happy dan lega setelah seharian berpenat, ada anak tolong urutkan. 'Anak yang baik' , doa mak dalam hati. Kan best camtu

Selain tu, boleh juga tiba tiba datang pada mak dan cakap "Mak, bak sini kaki" dan tiba tiba mula 'pedicure' kan kaki mak guna Scholl Velvet Smooth Express Pedi . Terkejut mak, terharu dia disitu . Terus lagu 'ibu .. ibu .. engkaulah ratu hatiku'  berkumandang kikiki . 




Nak guna pun senang, cuma pusingkan suis dan ON. Fokuskan pada kawasan kaki yang keras je. Masa ni lah rasa sayu, pegang dan belai kaki mak yang dah keras ni. Keras sebab terlalu work hard untuk besarkan anak anak. Sampaikan tak ada masa nak pergi spa ke apa untuk manjakan diri . Tskk *menangis dalam hati* .


Sekali sekala buat sesi bermesra mesra macam ni kan seronok , mak happy , kita pun happy . Tak susah pun nak ambil hati mak mak ni. Cukup dengan perhatian dan kasih sayang, samalah macam caranya mak besarkan kita. Dengan perhatian, dan kasih sayang .


Happy mama kite dapat Scholl Velvet Smooth Pedi Express ni


Thank you Scholl Velvet Smooth Express Pedi , sangat mudah digunakan dan masa bersama dengan Mama rasa lebih berharga! Aku dapatkan yang berwarna Pink, gigih order warna pink ekekek padahal Mama tak suka pun warna pink. Ni nak bagi diri sendiri ke bagi Mama sebenarnya?



Asia's next top model pun pakai ni weh , persis model terus bila guna ni

Color pink yang sangat menawan qalbu

Dalam masa 2 minit je, tapak kaki Mama dah jadi lebih lembut . Dengan adanya kepingan diamond kecil pada roller ni memudahkan kerja kerja menghilangkan kulit keras dan kasar. Wow, siap diamond weh! Memang sangat sangat bagus untuk mendapatkan tapak kaki yang lebih lembut dan hilangkan kulit mati yang menyebabkan kekasaran. Korang pun patut dapatkan satu .


Ma, jom selfie sekeping!

Untuk menjadikan hadiah tu extra bermakna dan Mama pun happy berganda , aku hadiahkan sekali dengan Kinohimitsu Collagen Drink

.



Kinohimitsu bukan jenama yang jarang jarang kita dengar. Rasanya daripada aku kecik lagi dah selalu nampak jenama Kinohimitsu ni. Paling aku ingat, dulu ada macam pelekat kaki yang boleh keluarkan toksin tu. Pakai waktu sebelum tidur, bila bangun pagi tengok pelekat tu hitam . fuh jakun aku tengok benda tu ekekek. takde ke pelekat sedut lemak? bangun pagi semua lemak dah melekat . kalau ada memang syok hewhew .




Kinohimitsu Collagen Drink ni memang dah dirumus khas untuk kulit matang bagi mengembalikan keremajaan kulit , gitew . Untuk mak mak kita memang sesuai lah . Dan yang penting, collagen drink ni tanpa bahan pengawet dan bahan kimia berbahaya, di proses di kilang yang berkelulusan GMP dan disahkan HALAL. Mama memang penting kan sangat bab bab halal ni, lagi lagi pula collagen sekarang taktahu sumbernya daripada apa. 





Aku dengan Mama sama sama kongsi minum collagen ni . Cakap beli untuk Mama tapi aku sibuk minum gak ekekeke . Kata nak cantik, ye tak? Rasa collagen drink ni manis manis masam, sebab ada laici, lemon & epal dalam collagen drink ni . Nak lagi sedap, letak dalam peti . Minum sejuk sejuk lagi best .  Wani pun cuba minum juga , dia kata sedap. Maksudnya , semua orang pun suka kan rasa Kinohimitsu Collagen Drink ni. Semua pun boleh jadi cantik hihi . 

Dah paksa suruh Mama minum hari hari , "Ma, minum ni tau! Cakap nak chhhhannteks" . Mama sengih je . Comel.

Tak sabar nak tengok Mama makin cantik . Sayang mama kite .







Semua orang pun sayang mak kan?




Scholl Velvet Smooth Express Pedi review, Scholl Velvet Smooth Express Pedi harga, harga Scholl Velvet Smooth Express Pedi, cara guna Scholl Velvet Smooth Express Pedi, kinohimitsu collagen drink review, kinohimitsu collagen drink rasa, kinohimitsu collagen drink  sedap, kinohimitsu collagen drink  harga, kinohimitsu collagen drink  cara minum

Tarikan terbaru di Afamosa Safari Wonderland : Alpaca dan ....

Hi .

Sebelum memasuki bulan puasa, aku dengan team #melakablogger memang busy nau . Kesana kemari pergi attend food review, event dan macam macam lagi lah . Wah , blogger berkejaya sangat kan? kehkeh .


Dalam pada busy ber-food hunting dan mencari spot power untuk berbuka puasa, aku sempat beriang ria raya bersama flora dan fauna di Afamosa Safari Wonderland . Apa ke hal nya tiba tiba seronok nak jalan jalan tengok haiwan disaat semua orang busy buat tart nenas ni kan? - soal kau kepada aku .

Lalu aku jawab ...

" Nak beramah mesra dengan kawan baru sampai sini haa. Alpaca namanya"

Lantas dalam hati kau berkata  "Alpaca? Alpaka? Ahcaner nak nyebutnya tu?"

Ekceli, aku pun taktahu nak sebut macam mana. Tapi aku rasa kalau sebut "Alpaca" dengan sebutan "cha" macam sedap lagi daripada "ka" . Get it ? get it?

Alpaca? Apa Alpaca ni?? Alpaca ni merupakan sejenis haiwan yang penempatan asalnya di Amerika Selatan. Terdapat dua jenis Alpaca , Suri Alpaca  dan juga Huacaya Alpaca. Alpaca dewasa mempunyai ketinggian antara 80-100 cm dan mempunyai berat antara 50-90 kg dan mampu hidup sehingga 20 tahun.  -   Sumber dari Mummy Julia

Comel tak saya? Comel la weh! Nak picit mulut tu!

Alpaca ni comel gila. Aku tengok dah macam unta pakai bulu kambing, setuju tak? Hebat betul ciptaan Allah kan? Semuanya cantik cantik . Macam ..... aku . (eh!) :p

Alpaca ni merupakan tarikan terbaru yang ada di Afamosa Safari Wonderland ni. Jauh dia datang ye daripada Amerika nun. Sekarang ada dokat Melaka jo jang . Eh ternogori sembilan pulak kehkeh . 


Afamosa Safari Wonderland 


Harga tiket (including Lunch)

Weekday  
Dewasa RM 56
 Kanak-kanak RM 43

Weekend
Dewasa RM 59
Kanak-kanak RM 57

Masa lawatan 
10.00 pagi - 6.00 petang

Nak harga promosi? Baca sampai habis ... 




Tepi tepi, kakak swag nak lalu :p

So bagi sesiapa yang nak tengok sendiri Alpaca ni dengan dua mata biru ber-contact lense- mu itu, datang lah ramai ramai dan lihat sendiri Alpaca ni. Alpaca ni spesis yang jinak jinak , macam kambing je. Selagi tak kacau dia, takdelah dia bertukar jadi agresif. Unless kau menggatal pergi pintal bulu dia, kerat sikit sikit nak bawa balik isi dalam bantal - ada kemungkinan kau dapat tendangan maut berskala super sonik daripada cik Alpaca ni .



Ekceli, ada bermacam lagi tarikan best dekat Safari Wonderland ni selain daripada jalan jalan tengok hewan . Antara nya ialah Elephant Show, Multi Animal Show , Colours of The Birds Show dan Wild Wild West Show. Sebelum ni kalau datang Safari Wonderland ni aku suka tengok Wild Wild West Show. Syok! Memang real pelakonnya siap ada main tembak tembak dan kapal terbang terhempas lagi, fuh! Tapi kali ni aku datang tak sempat nak tengok show tu. Maybe lain kali lah ya. *kesat air mata*




Satu lagi benda wajib korang cuba bila ke Afamosa Safari Wonderland ni ialah "Safari Adventure" . Ala-ala macam dalam cerita Madagascar, pengunjung akan menaiki truck yang dah dibina khas dan lalu di laluan haiwan bebas . Maksudnya, masa kita naik truck tu , boleh tengok haiwan dengan jarak yang tersangat lah dekat . Sebab kita masuk kedalam habitat mereka . Memang boleh mata ke mata , hati ke hati dengan cik rimau . Boleh nya lagu "Eye of the tiger" sekali ahaks!


Truck belakang tu lah kitorang naik. 

Masa ni lalu kawasan rusa , lembu , kambing , kancil 

Cantik harimau malaya ni, kulit dia memang mahal buat handbag haha kejinya niat!
Lindungi dan sayangi Harimau kita!


Seronok macam ni. Kalau tak , biasanya pergi Zoo tengok kebanyakan haiwan tidur, takpun menyorok. Tapi , dengan Safari Adventure ni memang puas hati dapat tengok haiwan dengan jarak dekat ; termasuklah haiwan mangsa dan pemangsa. Masa ni lah nak dekat dekat dengan Singa, Harimau dan Beruang Matahari. Syok weh!


Wajah eksaited tengok singa memadu asmara :p

Tarikan terbaru yang seterusnya di Afamosa Safari Wonderland ni ialah cik Hippopotomus, atau bahasa kodiang nya "Badak ayaq" hahaha suka hati je .

Seperti kita sedia maklum, badak ni spesisnya memang besar. tapi aku tak sangka pulak beratnya mencecah 1500kg untuk badak jantan dan 1300kg untuk badak betina. Pergh! kalau bergurau main geletek geletek guling guling dengan dia memang kena lenyek macam nuget jatuh dekat kantin sekolah lepastu kena pijak .



Gambar pinjam dekat Mummy Julia

Badak ayaq ni merupakan mamalia ketiga terbesar selepas gajah dan badak sumbu . Cara hidup badak air ialah secara berkelompok, biasa nya satu group ada 5-30 ekor. Taknak lebih lebih nanti semak sebab ada yang kuat tacing macam dalam group whatsapp. So , ketua badak air putuskan untuk maksimum ahli, kita ambik 30 orang ekor je. Bagus , ada sistem . Dan lagi satu nak kongsi bagi korang tahu ; badak air mempunyai jangka hayat selama 40-50 tahun. Kalau bela sekor kat  parit belakang rumah , mungkin aku yang 'pergi' dulu kot ihiks .


Tengah eksaited tengok badak air diberi makan


Sekali sekala, seronok bila jalan jalan mendekati alam semulajadi macam ni. Asyik pergi mall je, bosan juga kan ? (kecuali pergi Sephora :p) Alang alang tengh cuti sekolah ni, bawa lah anak anak dan keluarga berjalan kat Afamosa ni. Ada promosi best tau kalau menginap dan beli tiket masuk ke Safari Wonderland, Old West dan Water World. Pulak tu, sedang berlangsung Buffet Iftar dekat sini. Memang ngam dah tuu . Jalan jalan dan berbuka puasa terus di Afamosa Resort ni .

Tapi kalau korang nak kan tiket masuk sahaja, pun ada harga promosi juga bersempana bulan Jun ni .


Amacam? Best kan? Untuk sebarang pertanyaan mengenai Safari dan juga theme park yang lain boleh lah hubungi :

No telefon :
03-2781 8888 / 06-552 0888

Website :  

Facebook : 

Email : enquiries@afamosa.com

afamosa resort, afamosa melaka, harga tiket afamosa, harga tiket safari world afamosa, tiket afamosa, tiket water world, tiket theme park afamosa, harga bilik afamosa, promosi tiket afamosa, promosi safari afamosa, harga promosi afamosa, afamosa waterworld, afamosa ticket promotion, afamosa bufet ramadhan, afamosa pakej bercuti, pakej bercuti afamosa, afamosa cheap package

On My Instagram