Bufet Ramadhan di A famosa Resort | Lebih 100 jenis juadah tersedia, wow!


Hi .

Salam Marhaban Ya Ramadhan . Harini ialah hari pertama berpuasa. So, 29 days to go . Hekleh sangat kan? siap countdown macam budak kecik pulak ? Haha . Harini aku rasa letih sangat berpuasa, sebabkan aku tengah batuk teruk. Memang gatal dan rasa berpasir je dekat lelangit aku ni. Tekak ni pulak mengada dok memanggil manggil suruh lalu kan air tembikai. Cis! Tapi aku mampu bertabah dan alhamdulillah "done 1st day puasa" (post dalam twitter) :p

Bila dah masuk bulan puasa ni, antara salah satu benda yang paling susah nak kawal ialah NAFSU . Lebih lebih lagi nafsu makan . Tengok jelah kalau ke bazaar ramdhan, semua benda nak beli kan? Nampak roti jala nak roti jala , nampak kambing golek nak kambing golek , nampak ayam percik nak ayam percik . Pantang nampak! (macam cakap dekat diri sendiri je kehkeh)

Tapi selalunya indah khabar dari rupa . Waktu beli nampak macam sedap je , tapi bila makan ... hmm OUT!! terus rasa menyesal ter-beli banyak. Dah lah tak sedap. Lepas tu, siapa yang nak habiskan? (Pandang sesama sendiri)

Selain daripada fenomena shopping di Bazaar ramadhan, turut femes masa bulan puasa ni ialah berbuka di hotel dan di restoran restoran yang sediakan bufet ramadhan. Untuk bufet ramadhan pun kena lah pandai pilih. Pastikan berbaloi dengan nilai yang dibayar. Ada bufet yang bayar mahal mahal tapi makanan tak sedap, ada juga yang pilihan makanan ciput jeee tapi bayar sampai dekat RM100 seorang! Sekali sekala bila nak berbuka dekat luar , elok lah pilih yang betul betul setimpal dengan apa yang kita bayar, betul tak?

Kalau korang berada di Melaka, ataupun bercadang nak ke Melaka sepanjang bulan puasa ni... korang boleh lah cuba berbuka puasa di Afamosa Resort. Afamosa menyediakan bufet khas untuk bulan Ramadhan ni. Jenis makanan yang ada pun BUKAN yang "alaaa dekat kenduri kahwin dah selalu makan" . Memang dijamin best dan berbaloi! Terdapat lebih daripada 100 juadah istimewa yang disajikan untuk bufet Ramadhan di Afamosa ni. 100 weh! Amacam, ada berani nak makan semua? hihih. 

Daripada appetizer, starter, main course, dessert semua serba serbi lengkap. Sampai pening taktahu nak mula dengan yang mana dulu. Menu power yang ada dekat sini ialah Kambing Golek dan Kambing Bakar! Yum yummm , dah boleh bayangkan dah rasa kambing yang 'juicy' tu lalu kat tekak (nasib baik masa tulis ni dah berbuka )

Daripada seat di kawasan luar, sampai lah ke area tempat duduk bahagian dalam .. memang penuh dengan makanan! Aku sempat rasa rasa serba sikit je. Nak cuba semua sekali tu boleh je pun, no problem ... cuma rasanya tak mampu berdiri dah nanti sebab perut penuh sangat kehkeh ..

Ayuh kita go through beberapa menu yang bufet ramadhan di Afamosa Resort sediakan :






Ini station masakan india . Macam macam adaaa

Dapnyee salmon roll :D

Wafle station. Tak sempat nak cuba yang ni sebab dah kenyang gile




  • Rojak buah-buahan dan pelbagai jenis jeruk ( Ulam-ulaman serantau , Pecal Parit Jawa dan Kerabu  Ayam Berulam Keledek etc.) - bermacam jenis sambal untuk korang yang hantu sambal pun ada jugak ( sambal tempoyak, cincaluk, sambal mangga pedas)
  • Home Made Fusion Bread Counter ( Assorted Bread Loaves & Roll , Grissoni Stick  & Lavash , Sticky Rice & Rendang Bread dan lain-lain )
  • Panggang dan Grill ( Otak-otak ,  Lamb Chop , Charcoal Grilled Chicken , Satay dan lain-lain) 
  • Incredible India ( Chicken Manja Kolambu , Meen Kolambu , Baigan Bharta & Dhall)
  • Tradisional Kampung Cuisine ( Nasi Tumis Kari , Ketam Kari Kandar, Ayam Rendang Minang Hijau dan lain-lain)
  • Dessert Station ( Chocolate Fountain dan pelbagai jenis pemanis mulut)





Juling juling mata ko tengok semua menu yang ada. Bawa bertabah lah, jangan sampai sesak napas gelojoh nak sumbat makan semua hikhik .

Kebiasaannya setiap tahun , bufet ramadhan di Afamosa Resort ni memang jadi pilihan orang ramai baik antara orang Melaka mahupun yang datang bercuti.Untuk elakkan daripada 'fully booked', amatlah di sarankan untuk korang tempah lebih awal.Lagipun, bagi yang menempah sebelum 10 Jun, dapat special price . 

Normal price : 
 RM68 (dewasa) RM48 (kanak kanak)

Promosi untuk tempahan sebelum 10 Jun 2016 :
 RM48 (dewasa) RM 38 (kanak kanak)

Banyakkk korang boleh jimat kalau tempah awal. Cepat cepat booking untuk satu family. Makan ramai ramai barulah meriah! Kemudahan surau dan tandas pun cukup lengkap dan selesa .

Tak senonoh pinggan bersepah haha. Chocolate fountain paling feveret! sepuluh kali topup

Satu lagi nak bagitahu, korang yang berjamu selera di Bufet Iftar Ramadhan di Afamosa Resort juga berpeluang untuk menang hadiah cabutan bertuah yang berjumlah keseluruhannya RM1300 . Best kan best kan? Ala ala peraduan 'melantak dan menang!' gituu . keh keh keh . Usah sia siakan peluang ni dan tempah lah sekarang .



Iftar Bufet Ramadhan Afamosa


Tarikh : 6 Jun-5 Julai 2016
Masa : 6.30 petang -10.00 malam
Lokasi : Golfer's Terrace , Club House

Harga Promosi 

( Tempahan Awal sebelum 10 Jun 2016)
RM 48 Dewasa RM 38 kanak-kanak

Harga Biasa

RM 68 Dewasa RM 48 Kanak-kanak

Tempahan Awal 

( 5 hari sebelum tarikh datang)
Golfer's Terrace  ext 88865
Isnin -Ahad ( 10 pg-6 ptg)

Tel no : 06-552 0888
Website : www.afamosa.com
Alamat : Jalan Kemus , Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah , Melaka




bufet ramadhan afamosa, harga buffet ramadhan afamosa, buffet ramadhan melaka, bufet ramadan melaka , buffet sedap melaka, buffet iftar ramadhan , buffet ramadhan murah, buffet ramadhan sedap, buffet ramadhan afamosa harga,

7 comments

  1. nampak sedap semua, apakan daya jauh nak p tu..tapi tgkkan pada harga berbaloi sangat RM68.00 adult.

    ReplyDelete
  2. ish..dekat je gan rumah ni..memang tiap-tiap tahun bawa family buka puasa dekat sini. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Perghhhh! Kalau dekat, lama dah mai makan sini bawa family.. Sedap tengok semua menu berbuka kat Famosa Resort.. Oh My! Terliur sudah

    ReplyDelete
  4. menyelerakan semua makanan ni/..

    ReplyDelete
  5. Lupa nak test semua sebab dah overhall.. tapi kalau makan semua mesti habis sampai kul 12 macam badak ayaq kann..hahaha :P

    ReplyDelete
  6. Kak ju waktu pi makan ni.. siap ada assistance tolong amik kan lagi tau.. kak jue kejenya ngap ngap dan ngap ! hahhaa :P

    ReplyDelete
  7. Desert oh! dessert ala rasa macam nak pi lagi jaaa..

    ReplyDelete

FOLLOWERS