Kembara Taman Negara KBBA - Part 2 : Berkampung di Perkampungan Orang Asli | Assalamualaikum. Hai korang! Dah basi sangat dah cerita ni kahkah tapi wajib nak cerita juga supaya korang semua tahu betapa syoknya berjalan ke Taman Negara ni (sambil tu boleh eksyen hahaha - gelak keji*) Okay, sebelum tu nak tanya. Dah baca tak cerita yang aku tulis dalam entry Part 1? Kalau belum, jom baca dekat sini (KLIK).
Sepanjang ber-kembara ke Taman Negara dengan geng kbba ni, memang penuh dengan aktiviti. Pendek kata, tak ada harapan nak berdugung dalam bilik sambil main phone atau tidur. Balik bilik pun cukup masa untuk rehat , mandi dan solat je. Sepenuhnya masa dimanfaatkan dengan join bermacam aktiviti best! Yang pertamanya, kitorang ber-Jungle Trekking. Bila dah habis berpeluh masam meleleh hamis tu, masing masing pun balik lah ke bilik. Rehat, mandi mandi dan siapkan barang barang untuk dibawa ke tapak camping.
Kitorang bercamping di Perkampungan Orang Asli Dedari . Suku kaum yang tinggal dekat situ pula ialah suku kaum Batek . Kitorang bertapak dekat kawasan landai berpasir yang bersebelahan dengan sungai. Dekat sungai tu ada jeram . Nak boleh sampai ke kampung orang asli ni, kitorang naik bot. Ha masa naik bot tu lah kitorang ber-rapid shooting. Rapid shooting ni syok gila! tapi syok kalau datang ramai ramai lah. Kalau setakat kau datang berdua je agak hambar. Macam kitorang ni memang ramai. So total dalam 5 bot juga lah yang bawa. Masa berjalan melalui jeram tu memang sengaja driver tu bawa secara menggila dengan tujuan utama nya -- melencunkan kitorang! Siap saja halakan dan percikkan air dekat bot yang lain. Ala ala main perang air la gitu.
*****
Rapid Shooting di Taman Negara
Memang dah dimaklumkan awal awal aktiviti ni akan buatkan kitorang basah kuyup. Jadi beg beg baju kitorang semuanya di hantar terus ke kampung orang asli menggunakan 4x4 truck. So bila sampai kampung tu, beg kitorang dah memang siap siap ada dah. Haa bagus kan? Semuanya diuruskan oleh pihak Han Rainforest Resort. Sebelum nak naik bot tu, handphone dan barang berharga semua kitorang dah siap siap bungkus dalam plastik dan beg waterproof. Siapa yang ada casing waterproof la best, boleh ambil gambar. Yang ada go pro and action camera lagi syiok! Aku tak ada camera spesis mcm tu, so menumpang muka je lah dalam camera orang lain haha .
Hasilnya memang 100% lencun. Siapa yang dikenalpasti tak berapa lencun, akan dilencunkan oleh abang yang jadi tour kitorang tu. Dah prepare siap siap baldi dalam bot tu, memang dia kaut air satu baldi lepastu campak dekat siapa siapa yang kurang lencun tu hahha memang keji tapi best!
Rasa macam tak puas je main rapid shooting tu. Masa rapid shooting tu, kitorang lalui 7 jenis jeram tau. Memang best, beralun alun je. Air pun memang mengganas, habis merecik recik. Kalau korang pergi Taman Negara, tolonglah! Request untuk cuba rapid shooting ni. Memang recommended sangat.
*****
Perkampungan Orang Asli Dedari
Sesampainya kitorang dekat kampung orang asli tu, kitorang di beri briefing sikit tentang latar belakang kampung tu ; termasuklah tentang culture diorang, kepercayaan, cara diorang cari makan, dan diajar juga cari bersumpit. Aku sempat juga cuba menyumpit. Senang tu memang senang -- senang tiup jela haha. Nak bagi kena tepat pada sasaran tu yang payah.
Orang asli menggunakan sumpit untuk diorang memburu. Siap ada demo juga cara nak buat dia punya 'dart' tu. Demo nak hidupkan api pun ada. Tapi tu demo jela, diorang sekarang nak hidupkan api ke apa dah start pakai lighter dah .
Lepas dah diberi briefing serba sedikit, kitorang bergerak untuk dapatkan beg masing masing. Kena berjalan sikit sebab truck parking agak jauh , tak boleh nak masuk kedalam kawasan kampung sebab ada parit . Maka aku yang gatal packing bag besar gajah ni, mampu gelakkan diri sendiri je dalam hati . Nak merungut pun tak boleh, usung jelah kahkah.
Bila dah dapatkan bag masing masing, kitorang mula dapatkan khemah dan pasang. Nak pasang khemah sekarang tak leceh macam dulu . dah senang dah . tinggal cantum cantumkan je besi tu. Disebabkan daripada kecik dulu aku selalu buka cabut buka cabut khemah ikea yang permainan tu so aku kelihatan terer haha . agak pro disitu . cecehhh .. (eksyen)
Aku tidur bertiga dalam khemah tu, dengan Kak Julia dan Wendy. Khemah tu ngam untuk 3 orang je. Kalau lebih dari 3 agak sempit . Buat gegadis semuanya tidur dalam khemah. Yang lelaki pula tidur dekat luar je, beralaskan kanvas dan pakai sleeping bag sebab khemah tak cukup. Sanggup diorang berkorban demi gegadis. Aww gentleman sangat so shuwit! hihi .
Malam tu Manager Han Rainforest Resort , En Abu Bakar atau kitorang panggil encik burn, ha dia sendiri yang datang temankan kitorang semua dan masakkan untuk kitorang. Waa terharu taw, sanggup dia bermalam dengan kitorang dekat kampung orang asli ni semata mata nak pastikan kitorang semua dapat layanan yang baik dan semuanya dalam keadaan teratur. Dia siap masakkan juga untuk kitorang taw , masak nasi berlaukkan sardin, sayur goreng dan telur. Perghh menu macam ni memang syok bila camping kan?
Berkhemah dekat tepi jeram memang sangatlah sejuk. Sampai ke tulang rasa sejuk tu. Nak tidur pun asyik terjaga sebab sejuk. Bila dah sejuk ni, masalah keduanya ialah nak terkucil haha. Yang menjadi masalah paling utama ialah -- takde toilet! haha part ni lah lawak. Kitorang semua kena pandai pandailah cari port baekkk punya untuk lepaskan sebarang hajat. Masing masing gelakkan sesama sendiri. Memang pengalaman tak boleh lupa lah . Nasib baik aku tak ada rasa macam nak membuang ke apa. Kalau tak lagi jenuh nak korek lubang dan kambus bagai haha .
Seronok rupanya tidur berkhemah khemah ni. Lama sangat dah tak berkhemah , dah lupa macam mana rasa berkhemah . Last camping pun masa form 3 kot haha . Tiba tiba rasa berkobar kobar pulak nak pergi camping lagi , ewah haha . Malam tu aku tidur selesa juga sebenarnya, sebab dah siap ber-sleeping bag bagai, ditambah dengan aku siap usung bantal selimut aku lagi haha. Dah macam bercuti dekat mana je. Tidur pulak sejuk bukan main, macam pasang aircond temperature 17c haha . Memang sejukkkk . Pagi tu bangun memang masing masing liat nak mandi . Cuci muka pun dah sejuk yang amat . Postpone je mandi tu, tunggu balik resort baru mandi . Baru lah selesa dan rasa bersih sikit.
Bab membuang air besor pulak? memang dinanti nantikan bila sampai ke resort kehkehkeh . Makan pun berpada pada je sebab takut nak terbuang. Tak boleh bayangkan lah aku nak beroperasi dalam semak . Noooo!
Pagi nya tu, macam macam sarapan ada. Roti canai ada, nasi goreng ada. Terima kasih banyak banyakkkk sangat pada encik burn sebab sediakan semua ni untuk kitorang. Baru ingat breakfast kena makan choki choki 3 batang sorang haha. Nasib ada encik burn masakkan nasi goreang ikan pekasam. Wow spesial sangat!
Lepas selesai makan sarapan, kitorang mula mengemas dan cabut semula khemah. Packing barang barang dan bersihkan tapak perkhemahan. Masing masing angkut bag dan hantar ke bot khas yang akan bawa barang kitorang balik semula ke resort. Kitorang pula naik ke kawasan kampung orang asli untuk sesi beramah mesra. Masa ni lah kitorang berpeluang tengok secara dekat cara orang asli ni punya lifestyle dan dapat berinteraksi dengan diorang. Diorang reti je cakap melayu, even anak anak yang kecil pun tahu sepatah dua bahasa Melayu. Bila bercakap dengan diorang tak ada lah rasa kekok, nak berbual pun mudah.
Tapi kan setelah diteliti, gadis gadis orang asli ni cantik cantik juga tau. Manis je muka diorang. Memang betul la kan ciptaan Allah tu indah indah. Meskipun warna kulit dan cara berhias berbeza dengan kita, diorang tetap ada kecantikan dan daya tarik tersendiri .
budak busuk tak mandi haha
Pengalaman melihat sendiri cara orang asli bermasyarakat dan gaya hidup ni memang dapat mengajar aku rasa syukur. Syukur ada rumah berdindingkan batu. Syukur masih punyai baju yang cukup. Syukur masih ada kenderaan nak kemana mana. Hiburan pula jangan cerita. Banyak sangat nikmat Allah yang aku terima. Alhamdulillah :)
********
Seterusnya aktiviti kitorang ialah 4x4 offroad experience. Naik 4x4 jalan dekat kawasan tanah merah yang tak rata dan berbukit bukau. Best! tapi belum cukup extreme bagi aku meskipun dah tercampak campak dekat belakang truck tu. Eksyen sangat! ahaks!
Okay untuk 4x4 ni kita jumpa dalam entry Kembara Taman Negara KBBA Part 3 pula okay?
Thanks for reading gais! Bye
Tak lupa juga terima kasih untuk semua penaja
HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum.
Camelus : Produk berasas susu unta.
Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri.
YeosMalaysia : Penaja Minuman Berperisa.
PranJuice : Penaja Minuman Berperisa.
HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki
10 comments
syokkan rasa macam nak pegi lagi je kan..
ReplyDeleteaaah! dripada x suke hiking jd syok plak. jom g lagi
DeleteTapi rasa yg paling tak sanggup nak rasa tu... membuang yg kecil dalam semak.. adoii ngeri! ngeri! hahahha buat dlm semak ada ular.. mati lahhh mak.. hahahah :p
ReplyDeletehahaha. lawak la bila ingt balik. mmg klaka je. nsb lah xde rasa nak membuang besar2 sgt masa tu. leh tahan lg
Deleterapid shooting tu memang wahib buat kalo ke Taman Negara.. kali tak rugi tujug keturunan.. hahahah:p
ReplyDeletemmg syok! next time nk bawak go pro gak hehe
Deletewah rindu nya nak pi lagi.. memang best Taman Negara Pahang..
ReplyDeletesyok kan? ada rezeki jom gi lagi? hehe
Deletecool! nanti nak jugak rasa khemah kat sana! :)
ReplyDeletebest best. berkhemah dkt org asli. satu pengalaman baru :D
Delete