Kembara Taman Negara KBBA : Part 1 - Jungle Trekking!

Friday, March 11, 2016

Kembara Taman Negara KBBA : Part 1 - Jungle Trekking!| Entry ini merupakan cerita sambungan tentang trip ke Taman Negara haritu . Aku dah janji kan nak buat entry pasal aktiviti dekat sana . Disebabkan aku seorang yang sangatlah menepati janji , nah ku sajikan disini meskipun entah berapa kerat je yang baca muehehe .

Sepatutnya nak pergi trip ni kitorang dimaklumkan untuk bawak 1 beg besar dan 1 beg kecik je tapi aku durhaka pergi bawak beg besar gabak kahkah lepastu sakit bahu nak usung kahkah lepatu tak habis habis kena bahan "hoi besarnya beg" "weh ko nak terus bermastautin duduk dengan orang asli ke" hewhew .

Aku pelik juga apasal beg aku besar padahal bawak benda benda essential je bantal , selimut , baju tidur , kain batik , play station haha ni tipu . Mungkin sebab aku suka pakai baju berlapis lapis yang membuatkan helaian pakaian yang aku bawa jadi double . campur pula aku bawa seluar track yang bunyi 'srek srek' tu kan macam bila lipat jadi tebal dan kembung tu - ha tu bawak 3 helai . Even dah gulung elok elok pun memang makan space . Buntu aku memikirkan cara nak kurangkan size beg aku tapi gagal . Maka nya usung lah beg kau tu hahaha gelak keji!


HARI PERTAMA


Kitorang berkumpul dekat MaTIC di jalan Ampang pada pukul 8.30 malam . Eh yeke? Lupa dah . Tapi aku sampai dalam pukul 6 lebih macam tu . Berkumpul dulu depan MaTic tu dan akak akak AJK mula edarkan tshirt dekat kitorang . Syok dapat tshirt sampai 4 helai . Semuanya cantik cantik . Paling suka tshirt KBBA9

Kitorang bertolak pun lewat jugak dalam pukul 9 lebih . Sampai sampai dekat Han Rainforest Resort around 2.30 am . Bila dah sampai tu tak peduli apa dah , memang kejar katil je . Tapi bila masuk bilik kak Jue tak bagi tidur lagi , di kerahkan suruh kemas beg untuk packing camping dekat kampung orang asli besoknya . Baik kak .

Saya yang menurut perintah .

Sambil tu kita ambil gambar bilik dulu. Photo taken at 2.50am haha




HARI KEDUA


Haa dah nak mula dah . Punya excited dan dalam masa yang sama cuak nak buat aktiviti. Kitorang dah memang dibekalkan dengan jadual so dah boleh agak lah lepas ni aktivit apa semua tu kan . Jadinya, mengikut jadual ; aktiviti pertama yang kitorang akan buat ialah ber -'jungle trekking'! Mulanya dimaklumkan yang kitorang ni kena packing barang terus siap siap sebab plan nak ke kampung orang asli terus tapi plan bertukar. Punyalah gigih packing barang malam sebelum tu haha , aku dengan kak Jue bengang je. Pukul 4 kot kitorang tidur , kemas beg punya pasal . Semangat tak semangat tu? Haha .

Kitorang pagi pagi dah gaduh tarik tarik tudung berebut nak naik pickup truck tu . Masing masing terlebih excited . Aku pun mengigih panjat cuba selit selit dekat mana mana truck yang muat lagi . Tapi masa tu naik sekejap je truck nya. Aku ingat kot terus masuk hutan naik truck tu. Tapi rupanya kitorang di hantar ke Jeti .

Antara yang berjaya rebutkan truck pertama (paling high class ni ada seat dan bumbung)


Dekat Jeti ni, kitorang dapatkan bot untuk menyeberang sungai . Dekat seberang ni ada Mutiara Resort. Kiranya dekat resort ni lah starting point untuk kitorang masuk lalu trek untuk jungle trekking punya. Bayaran untuk naik bot ni ke seberang ialah RM1 jee. Harga untuk aktiviti trekking pulak bergantu pada pakej yang korang ambik. Dalam trip ni, kitorang ambil pakej daripada Han Rainforest Resort. Boleh ke website diorang untuk tahu selanjutnya : HAN RAINFOREST RESORT



Katanya total distance perjalanan kitorang dalam 5km , wow wow wow sangat . Masa awal awal jalan tu memang rilek rilek je, rasa macam berjalan dekat taman . Bila dah mula ada jalan yang bertangga tangga sikit, mula dah rasa letih dia. Aku kena lah control dan berlagak tough sikit, sebab kepoh kepoh cakap pergi gym, takkan camni tak boleh handle kot, kehkeh (namun diakhir ku kecundang jua)

Ini Abang Jeni

Abang Zaini gigih siap kira lagi dah berapa jauh kitorang jalan pakai apps dekat fon . Turun naik bukit, macam nak fengsannnn bila tanya abang jeni "bang berapa jauh dah?" . Dia jawab "baru 1.7km"

"baru 1.7km"
"baru 1.7km"
"baru 1.7km"
"baru 1.7km"
"baru 1.7km"

slap on ma face!



haha aku macam dah nak surrender kot . tapi cerita nya kalau surrender pun jadi apa, kau nak pulak patah balik jalan 1.7 km kebelakang? Maka ku cekalkan hati ku tabahkan hati -- go go jalan lagi!

Laluan untuk trekking ni ada yang ber-trek dan ada yang tidak. Kalau yang ada trek tu memang mudah nak jalan, dan tak bergaduh dengan pacat. Aku memang kagum dengan geng geng pembuat trek ni. Terima kasih memudahkan hari hari kami . Tapi kenapa buat kerja tak habis? haha .

Kitorang punya tour guide, Sampua kalau tak silap nama dia .
 Dia ni terer speaking taw, merupakan salah seorang orang
 asli yang dah berjaya ni . Good job! hihi

Laluan yang tanpa trek kayu . Adventure gituu!


Bila sampai laluan yang tak ada trek, mula lah tension. Nak kena pijak dekat lopak lopak air yang aku sedar dan nampak dengan jelas pacat tengah menggeliat. Fuhhh !

Tapi akhirnya Alhamdulillah selesai juga misi menamatkan jungle trekking ni. Kak Jue cakap ni bukan trekking lagi dah, ni hiking! Tapi katanya kalau ke Kota Kinabalu punya hiking trek lagi mencabauu . Diajaknya aku pergi KK pulak . Oh no tidak kak Jue! cukup sampai disini haha .


Refresh kan badan dengan jus Pran!

Sebelum kitorang menamatkan trekking -- kitorang lalu di laluan Canopy Walkway . Seingat aku lah , aku ni tak ada lah gayat sangat . Tapi bila naik canopy walk tu, baru perasan yang aku ni memang spesis gayat . Oh nak bagitahu juga, tiket canopy walk ni RM5.00 sahaja, mungkin dalam pakej ada dah include sekali. Tapi kalau belum, better prepare bawa duit sikit untuk bayar tiket ya. Lagipun dekat sini ada jual air juga, sejuk sejuk tau. Gigih abang abang ni usung tong ais naik atas ni. Syabas! Bolehlah korang ganti balik air member korang yang korang dah habiskan tadi haha.


Sempoi lagi masa ni

Permulaan perjalaan dekat laluan canopy walkway tu rilek rilek je dulu , mula dengan ketinggian 10m , aku steady lagi. Bila dah capai ketinggian 50m tu, aku tak sanggup jeling kebawah dah. Kepala pun keras keras je pandang depan. Tu pun ada hati nak selfie lagi tu haha . Paling mencabar bagi aku, nak turun tangga dekat atas canopy walkway tu. Weh seriouslah atas canopy walkway ada tangga?! I cannot brain this! haha . menggigil gigil lutut aku turun tangga tu . Memang mencabar . Tapi bila dah habis tu rasa macam nak naik lagi je, haha gedik!


Selesai je mengigil dan melonggarkan skru lutut dekat atas canopy walkway tu, kitorang semua berkumpul untuk dapatkan bot untuk balik ke resort. Apalagi? Masa untuk makan lah! Balik makan, solat solat dan siap sedia ber -RAPID SHOOTING! wohoo lagi satu aktiviti paling aku suka masa trip ni. Dan dah boleh siap siap angkat beg yang aku gigih packing malam tadi tu untuk ke Perkampungan Orang Asli pulak hehe .



Jutaan terima kasih kepada Han Rainforest Resort atas penyediaan pakej penginapan dan aktivit i yang best sangat! Semuanya teratur dan sangat syok! Hassle free, cuma datang dan have fun je. Takperlu pening pening fikir sebab pihak Han akan uruskan semua. Thank you!

Tak lupa juga terima kasih untuk semua penaja

HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum. 

Camelus : Produk berasas susu unta. 

Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri. 

YeosMalaysia : Penaja Minuman Berperisa. 

PranJuice : Penaja Minuman Berperisa. 

HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki

Aku update entry ber-Rapid Shooting dan camping dekat kampung orang asli dalam entry lagi satu ye? Tengok macam dah nguap nguap je baca entry ni haha . Jangan lupa baca tau nanti , bye korang! Thanks for reading :D

aktiviti taman negara,han resort taman negara,han resort, han rainforest resort taman negara, taman negara aktiviti

4 comments

  1. Kat sini memang best. Ada masa, nak g lagi. Huhu

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya.. tringin nk pi lagi..

    ReplyDelete
  3. Bes amat. Rindu plak wpon pnt. Kasut koyak.

    ReplyDelete
  4. At long last,click this there are different visit administrators that offer in with no reservations trekking occasions.

    ReplyDelete

On My Instagram