Alkisahnya aku sedang berdiet - kah! nak kurus kan badan - kah! eh statement ni lucu lah . Sebab tak sangka aku boleh gemuk . Padan muka sebab dulu keji sangat membangga banggakan metabolism badan sendiri yang susah gemuk. Siapa tahu, bila bila masa je metabolism tu boleh berpaling tadah. Contohnya, apa yang terjadi pada aku .
Aku dulu cekeding , kalau siapa yang kenal memang akan tahu badan aku sepapan , sekeping , cekeding macam tak cukup sifat - eh tak cukup lemak . Dulu eksyen sebab selalu orang cakap "untunglaa makan banyak pun tak naik naik badan" , lepastu aku akan tepis dengan "eh mana ada, tak best la kurus.. kita nak berisi macam awak... " walhal dalam hati berlonjak gembira rasa happy diriku ramping kurus langsing bergaya memakau wah! (over) sambil flip tudung
Rekod berat aku yang susah nak cecah 40kg telah zuppp memintas laju sehingga ke angka angka yang aku tak boleh sebutkan secara terbuka disini (haha!) dimana angka itu sangat memeranjatkan , bukan sahaja aku , malah family aku , kawan - kawan aku , jiran yang jarang jumpa , pakwe lama (ops! haha) dan sedara mara. Agak tension jugak bila orang jumpa kita dan cakap "Ehh dah berisi lah sekarang" . Dah faham dah apa korang korang rasa , ehhh? :p
Aku ada lah pergi gym - selalu juga tapi berat tak turun turun . Fedap juga lah ceritanya . Mana lah berat tu nak turun kalau makan tak jaga , betul tak? Hari hari minum air manis, makan goreng pisang cheese, pavlova order online , air kopi ais cawan besar blablabla - fuh! memang dikelilingi makanan nikmat . Tak pelik lah kalau lemak makin menepu .
Akhirnya haritu aku ada lah come across cerita pasal sorang lelaki ni yang viral dekat facebook , dia berdiet sebab nak muatkan baju untuk pakai masa kawen . Diet dia tu spesis diet Atkins . Mula mula aku macam tak ambil port sangat, tapi bila fikir balik - hm nak cubalah! Rasa terinspirasi gituu .
Aku sebenarnya tak berapa faham sangat diet Atkins ni. Yang aku tahu, kena hadkan pengambilan gula dan karbohidrat. Sampai harini aku tengah bingung lagi apa patut aku makan. Asyik grill ayam , rebus telur, goreng telur - jiwa kacau juga macam ni hari hari .
Ada lah juga aku ber-eksperimen masak beberapa masakan aneh yang outcome dia - kelihatan hodoh! kahkahkah . dia tak hangit , cuma hodoh . Kau faham tak makanan yang yang presentation dia buatkan kau mengomel "ni makanan ke apa?" ha , itu lah hasil kerja aku kahkahkah .
Tapi pencapaian harini , aku dapat masak sesuatu yang kelihatan seperti makanan hahahaha. sebab selama ni dia umpama sesuatu yang tergolek depan kereta - kereta langgar - bersepai - hancur dan hodoh! macam tu perumpamaan aku boleh bagi . Sadis kan?
Ini dia Cheesy Grilled Salmon , main belasah je aku buat . Yang menggembirakan aku ialah , ia masih kelihatan seperti potongan salmon dan bukan nampak seolah seolah sehelai plastik yang sedang mereput . Syabas untuk diri sendiri!
Dah tahu masak satu benda, setahun masak benda sama je la hahaha . Hm esok nak masak apa pula eh?
Diet atkins, menu diet atkins,cara diet atkins,resepi salmon atkins,resepi atkins,menu atkins,tips diet,tips kurus
2 comments
Nak diet? Eh sekarang pun dah nampak ok dah kot....
ReplyDeleteOmg...I understand your feeling..I used to be like you too..then hahahhaha gained weight..now I have flabby tummy...but trying my best to workout...hahhahaha I think you cook just fine...
ReplyDelete