Dilemma seorang wanita : Beli atau tidak?



Aku ialah seorang wanita yang berspesis "semua nak cuba" dalam bab bab memilih produk kecantikan haha. Tapi! kalau satu satu produk tu aku dapati bagus dan berbaloi untuk dibeli, aku akan terus menerus repurchase despite the price mahal mahupun murah.

Bercakap soal , 'Ai tak kisah mahal ke murah' , aku jadi fikir 2-3 kali semula statement tu bila dah sampai waktu untuk aku top up stok skin care aku yang dah habis. Kenapa? Haa sebabnya ialah aku gatal gatal pakai skincare mahal kahkah. Bila dah serasi, rasa macam taknak lah tukar jenama lain. Tapi nak repurchase balik ni, memang kena berkira kira.

Aku pakai set Clinique, yang basic je la tapi nya. Dulu ada satu entry aku share pasal Clinique ni [KLIK] , aku beli yang trial punya. Dah lama dah habis trial set tu, dan aku dah pun upgrade ke full size punya. Masa first time beli full size punya tu pun dah habis dekat RM400. kuikuikui , nak flawless lah katakan . Sebab terpengaruh dengan Kak Paten Liyana & Cik Epal duk pakai kahkah. Baru Clinique weh, belum SKII lagi. Itu lagi riban punya cerita.

Aku ni Alhamdulillah lah mempunyai spesis kulit yang tak sensitif dan mudah sesuai dengan produk baru. Sebab tu aku selamba je campur krim malam lain, krim siang lain, pencuci muka lain ahaks. Ghasak kau lah farah! Tapi buat masa ni aku cuma gunakan cleanser, toner dan moisturizer je. Serum dah berkurun habis, day cream & night cream pulak lama gila dah tak pakai. Sejak sejak makan vitamin c paweeerr ni dah tak heran dah nak berskin care sangat. Konon konon rasa kulit dah elok dah haha . Cuma cleanser, toner dan moisturizer tu penting lah untuk pastikan kulit bersih je, tak ada kotoran tersumbat - baru lah jerawat tak menyemak . ha 3 bersaudara ni penting ya! kena ingat tu .


Alkisahnya aku punya cleanser dah habis. Aku beli yang size 250ml dulu. Lama juga nak boleh ke benda tu habis, ada lah dalam 5 bulan kot. Tu pun sebab ada beberapa ketikanya aku terlebih gelojoh picit sampai terkeluar banyak. Rugi weh. Kalau boleh kutip aku kutip dah, tapi apakan daya, terpercik sampai tepi lubang jamban . Sobs

Cleanser dia saja dah RM98 . Untuk size 250ml . Tapi yang ni limited edition, jadinya dalam bentuk tube dan isipadu macam ni memang tak ada jual dah. Yang ada size 200mL je , RM89 sebotol. Tapi sebenarnya berbaloi je pakai clinique ni sebab boleh pakai lama. Kalau dibahagi dengan hari, berapa sen je sehari aku spend untuk pakai ni hehe. Tapi apakan daya, kan bagus kalau aku menabung sehari seposen. Cukup bulan dah cukup untuk beli cleanser baru.


Nasib lah moisturizer dan toner ada banyak lagi. Ngam kot untuk lagi 1-2 bulan punya penggunaan. Kalau tak, memang kena spend RM400 lagi lah . Matilanak! Last time masa beli tu sebab tengah masyukk duit kekepok . Sekarang duit kekepek , nak beli cleanser pun kena fikir banyak kali. Rasa nak pakai sabun buku je huhuhu .


Apakah wajar untuk aku laburkan sedikit duit untuk pakai produk yang diyakini elok untuk aku, atau aku perlu bertukar kepada produk yang lebih pocket-friendly? Wah ayat novel sangat . Aku sendiri dalam dilemma. Ni pun aku picit cleanser ni dengan segigih yang mampu, picit kiri picit kanan sampai bekas tu keluakan bunyi aneh seakan akan tercirit (korang boleh agak kan bunyi macam mana) , memang dah kategori nazak dah . Tak ada isi dah dalam cleanser tu . Kejap lah aku nak bermeditasi sebentar ; fikirkan nak beli ke tak cleanser Clinique yang baru (RM89) sambil sync kan dengan baki dalam akaun bank (RM30.79) hewhewhew.

Kalau korang, agak agak macam mana? Apa pendapat korang?







3 comments

  1. kan farah..etceli muka kite kan cam dah sesuai pakai produk nanafa tu sbb cam dh hilang sikit parut jerawat tp nk beli baru tu duit plak takdok..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zatieeee elok eh zatie pakai? yg tu x ngam dengan skin kite. sobs! dah ok tu xyah la tukar dah. teruskan je dgn tu hehe . tp tula agak mahal jugak kan?

      Delete
  2. Akak dulu sebelum ada anak anak, sanggup kluar duit beli skincare & bedak Shiseido, pencuci muka saja dah RM100++ kalau tak silap. Lepas dah ada anak anak, pikir berpuluh kali sebelum belanjakan duit banyak semata mata untuk cuci muka hehe. Sekarang ni guna produk Cosmoderm je, best & mesra poket hehe

    ReplyDelete

FOLLOWERS