Azz Dynamica Fitness : Gym eksklusif wanita di Ayer Keroh,Melaka | Salam. Cabaran nak mencari gym khusus untuk gegadis je memang agak sukar juga. Bila di google google asyik dekat KL je. Kesian kita kita yang duduk Melaka ni. Adalah juga jumpa satu dua gym tapi agak jauh la pula dari rumah. Nun di tengah tengah bandar Melaka tu. Sobs
Tak lama saat berduka dan dalam proses hibernasi dan bermalasan, akhirnya ada juga gym yang baru dibuka berdekatan dengan rumah. Yang lebih best nya, gym ni khusus untuk wanita sahaja! Sekarang tak ada lagi alasan seumpama "ala bahaya lah jogging dekat luar" "ala I suka lari atas treadmill je so kena lah pergi gym tapi gym tu ramai lelaki lah" "ala tak best lah workout pakai seluar trek srek srek*bunyi seluar trek bergesek" (rujuk entry ni : Salah ke tak pakai sexy masa workout ) .
Seronoknya bila pergi gym yang khas untuk wanita je, tak ada lah rasa segan nak buat senaman 'high intensity' yang memungkinkan kita kelihatan samada 'hot' ataupun 'hottuih' hahaha. Bila dah semuanya perempuan je, kebebasan nak bergerak tu ada. Nak 'jumping jacks' ke, 'burpees' ke hah lantak kau lah! Buat sampai bergolek pun tak apa.
Memang berbeza lah pengalaman pergi gym bercampur dan gym khas wanita. Rasa lebih selesa dekat gym wanita ni. Nak pakai pakaian sukan yang agak kurang longgar pun tak apa hihi. Baru lah boleh feeling feeling gadis gadis tumblr tengah workout *flip tudung*
Azz Dinamica Fitness
Gym exclusive untuk wanita di Ayer Keroh,Melaka
Menariknya Azz Dynamica Fitness ni, kelengkapan asas nak ber'work out' tu insyaallah cukup. Ada treadmill, ada tempat nak cycling dan beberapa equipment yang aku taktahu nama haha. Dekat sini ada juga ditawarkan kelas zumba, aerobic dan tabata. Haa syok taw! Kelas kebiasaannya setiap hari selasa dan khamis .
Sekarang ni Azz Dynamica Fitness sedang mengadakan promosi sehingga 31 Januari 2016. Hanya RM90 sahaja untuk 3 bulan keahlian. Maksudnya cuma RM30 sebulan sahaja lah. Haaa murah kan? Kalau lebih prefer nak walk-in, bayaran hanyalah RM5 sahaja. Kalau nak ber-kickboxing pun boleh juga. Ada disediakan tempat tumbuk tumbuk tu (sorry taktahu nama hihi)
Lagi kemudahan yang disediakan disini ialah locker berkunci , memudahkan korang untuk simpan barang masa bersenam. Bilik mandi pun ada beserta air panas, haa syok tu. Kalau nak terus direct ke gym daripada office pun boleh. Mandi dan tukar baju dekat sini je. Wifi pun ada juga . Ha lagi satu, water dispenser ada juga. Takpayah usung botol air besar besar dah nak ke gym . Siap ada air panas dan air sejuk taw, jenama coway lagi haa hehe .
Buat yang berminat nak mendaftar boleh lah hubungi pihak Azz Dynamica Fitness ni. Cepat sebelum promosi tamat, ok?
33 comments
wahhhhh bestnyaaaaa... jauh jugak ayer keroh tu ekkk. tapi one day nak pergi jugak lahhh.. eeheee. nak merasa jugak pergi gym. tak suka pergi gym yg ade lelaki..haahah
ReplyDeleteAah lg selesa bila tak ada lelaki hehe. Awk duk mana? Try la pergi gym. Best rasa puas hati & badan rasa cergas je
DeleteWoah there's even a gym for woman only , Tidakkk ! haha I mean yeay bagus nye . Haha based on your picture their facilities looks good , I'm impressed ! :) Good job Azz Dynamica ! :D
ReplyDeleteHihi yeap mmg ada. Memudahkan girls nak workout terutama skali utk yang muslimah kan. Xselesa nk bersenam ada lelaki sbb ada sesetengah senaman tu mcm seksi sikit hehe
DeleteSalam sya nk tnya jurulatih dia lelaki ke perempuan..sbb ada gym yg khas untk prempuan tpi jurulatih lelaki..tu yg susah
DeleteKt Tg. Malim ni pun dah banyak gym for women only.
ReplyDeletebagus kan dah skrg ni senang je.
ehhh duduk tg malim ke..MG pun kat tg malim ni..ha ahh ada gym utk perempuan kat sini
Deleteehh ada eh dekat mana eh gym utuk perempuan dekat tanjung malim ??? boleh bg thu takk ??
DeleteOMG BESTNYAAAAAAAAA AAAAAA dah la girls only aaaaa qila teringin sgt nanti habis study ececeh bila kerja nnt gi gym hahahahah.
ReplyDeletethank u for sharing anywaY!
<3333
Hi qila! Aah yg bestnya sbb girls only. Nak berzumba bagai nak rak pun xpe hehe. Nanti pergi taw
DeleteWah best tu Farah kalau for ladies only. boleh pergi. sebelum ni selalu verangan nak workout kat gym tapi tetiba ada kat hutan rekreasi ayer keroh je. pasni boleh pergi port baru ^^ hehe
ReplyDeleteCuba la pergi yang ni. Skrg tgh promosi lagi taw. Rm30 je sebulan. Walk in rm5. Exclusive utk ladies je hehe. Jom fit!
DeleteSalam, cuma nak confirm location gym ni dekat dengan Sek Men Sains Muzaffar Shah ke? Atau ada apa2 landmark yang sesuai berdekatan dengan gym ni? (Berminat nak pergi)
ReplyDeleteWaalaikumsalam wbt hi putrina! Yang ni berdekatan dengan balai polis besar yang dkt dengan bukit beruang tu. Nnt ada masa sy check in kat dengan foursquare. Senang awk search nnti.
DeleteThanks for the useful landmark! Rasanya macam dah boleh cari.
DeleteYou're welcome. Jumpa kat sana nnti hehe
ReplyDeleteSorry.. erm bleh bg specific tak tempatnya. Yg dkt area the height tu ke yg area thor fitness? Sbb slalu lalu mcm tak nmpak.
DeleteHai sofea!
DeleteOkay if awk nampak thor fitness tu, belah kiri ke kanan awk?
Kalau belah kanan , awak straight turun bukit , lalu depan polis tu kan lepastu ada jumpa traffic light. Dekat traffic light tu turn right. Lepastu jalan dalam 100-200m , akan jumpa simpang masuk kawasan perumahan. Tepi jalan tu ada deret kedai dalam 10/15 shoplot belah kiri awk. Gym tu dekat situ lah. Shoplot hujung sekali .
Yg tumbuk2 ( kick boxing) tu kalau join ade coach ke tak ek?
ReplyDeleteHidayah hai! Tak pasti lah awk. Coach rasanya tak ada tp ada akak yang jaga gym tu mmg boleh tlg ajar ajarkan juga. Cuba awk contct diorng direct.
DeleteI surprised with the analysis you made to make this particular post amazing. Great task! runnium
ReplyDeleteHi.thank you for sharing.tp nak tanya la u tau ke any ladies gym area bandar melaka? Sbb ayer keroh jauh pulak nk pg.I bukan org Melaka, tu yg tanya tu.
ReplyDeleteHi wann nabila!
DeleteThanks for reading ;)
Area bandar saya tak sure yang specific tapi dengar2 macam ada juga. Maybe area melaka raya .
Hai . Awk ada buat kelas yoga tak
ReplyDeleteHai . Awk ada buat kelas yoga tak
ReplyDeletehi ika, gym ni xde yoga .
Deletehi ika, gym ni xde yoga .
ReplyDeleteBukak dri pkul bp smpai pkul bp ?
ReplyDeleteSalam kak untuk lelaki punya dekat mana.Saya minat nak masuk kickboxing.
ReplyDeletewsalam. maaf tak pasti. tapi utk lelaki ada byk gym dekat area ayer keroh ni
DeleteSkrg ni bayaran utk masuk gym ni berapa ye? Sy berminat nk buat yg boxing tu....
ReplyDeletehi maaf x pasti sebab sy dah tak duduk melaka & dah lama x pergi gym ni
Deletethanks for sharing! Coach seems to have nothing to do with the gym that can teach you too. Try awk contct diorng direct.
ReplyDeletegoldenslot
gclub online
สูตรบาคาร่า