Salah ke tak pakai sexy masa workout?


Haip! Sexy yang salah, tak sexy tu yang sepatutnya . Dah 2 minggu juga aku rajinkan diri pergi gym , dan 2 minggu juga aku cuma ber t-shirt kelabu besar yang selalu didapati di kedai bundle , dan juga seluar tracksuit yang bila kau berjalan , peha kau bergesel , ada mengeluarkan bunyi. Ha yang tuu


srek srek - bunyi seluar trek haha


2 minggu dah pakai macam ni dan aku selesa . Dan sepanjang dua minggu juga , aku tak pernah nampak lagi gegadis melayu yang pergi gym ni . Kalau lelaki melayu ada lah beberapa orang . Nak dijadikan cerita ( memang jadi cerita ) , setelah sekian lama aku tercari cari "takde ke geng gegirl melayu dekat gym ni" , sampai persoalan tu pun aku dah lupa , makanya semalam ada 2 orang gadis melayu showed up. At first glance, diorang pandang aku 'atas bawah' , sekali tak apa . Tapi dua tiga kali juga lah . Aku , orang pandang pandang aku tak kisah . Ni pandang sambil cakap cakap , tunjuk tunjuk aku mula rasa tak best. Mungkin dia curious sangat nak tahu 'tak panas ke?' 'senang ke nak lari pakai baju macam ni?' atau 'weh apasal seluar kau bising sangat?' (haha kalau dia fikir camni memang mengundang kemarahan)

Tapi pendek kata pandangan yang kita semua tak suka bila orang pandang macam tu . Buat level confident aku jatuh berdebuk debuk . Aku amati pula pakaian diorang berdua . Memang dah macam omputih omputih fitness dalam pinterest tu . Top to toe semua nike . Tak Nike , adidas. Aku kasut cap Power Bata , seluar pinjam , baju bundle . OMS! (oh my style) haha fine agak sedih di situ , tapi tak perlu ku kesah . Janji kasut aku boleh dibawa berlari , baju aku tutup apa yang perlu , seluar aku masih ada getah dan tak terlucut .

They wore something like this tapi takde tank top la,
 just body hugging longsleeve tshirt

Kadang aku heran lah , pakai seluar ketat ( macam legging ) lari atas treadmill dan awak masih belum dalam kondisi 'kurus' , sah sah lah masa lari tu memang bergoyang habis semua benda , memang tak kisah eh? Aku zaman sekolah dulu , zaman zaman aurat pun tak berapa jaga , bila lari lari masa PJ gigih aku tarik tarik baju nak tutup punggung tak bagi obvious sangat masa berlari . Tu masa aku kurus tu, masa keding gila . Pun rasa nak tutup (apa benda nak tutup pun taktahu , isi pun tak ada masa tu haha) . Orang sekarang ni , lagi banyak tersembul lagi nak tunjuk . adehs

Pic credit : Pinterest

Part tak syok tengoknya ialah bila pakaian ketat sedemikian digayakan bersama tudung . Alaa tak best la macam ni kak . Baik kakak pakai key je , yang orang duk ikat kat kepala masa main bola jaring tu .

Takpelah awak nak pandang saya macam macam mana pun , saya doakan awak cepat kurus . Kurang sikit sembulan sembulan tu ihiks.



p/s: saya doakan awak dapat hidayah juga , dapat kesedaran macam yang saya dapat. Seksi seksi nak pergi mana?

5 comments

  1. Setujuuuu.. Kadang tu kite yg pompuan jugaq ni yg naik segan nengok dorang pakai camtu dok tergoyang sane sini, okbai~

    ReplyDelete
  2. @yien : hihi betul kan! dah tahu nak gi tmpt cmtu patut pakai la sweater ikat kt pinggang ke elok sikit. ni yang laki seronok jamu mata

    ReplyDelete
  3. Kehkehkehkehkeh kipidap! Moga cepat sembuh! Eh?

    ReplyDelete
  4. bese la kak..mnusia ni slgi ad mlut slgi tu mngata..ad je yg tk kne pd pndgn dorg..just let them be..yg pnting kte tw spe kte..n doakn dorg dpt hidayah..

    ReplyDelete
  5. oh qila pun beli gak leggings bagai tp pakai double haha. gi gym pakai jubah.
    pastu amik ko bukak jubah hahahahahaah!!!!
    sexy terus excited nak workout yeyeh!

    ReplyDelete

FOLLOWERS