Hola dear readers! Semenjak dua menjak sejak air di Johor kena catu ( haritu aku cuti seminggu , balik kampung ) muka aku break outs se-break break nya. (amenda ayat macam ni? haha) Aku syak muka aku jadi macam ni disebabkan air kurang bersih . Nak kata muka floles ( ewah floles sangat ) memang idok ler. Kebiasaannya jerawat kalau setakat seketul dua tu , aku boleh terima . Tapi kalau dah tepi pipi dekat dekat dengan rahang tu , atas dahi semua jerawat berlumba lumba nak tumbuh , ianya sudah menjadi sesuatu yang wajib aku gelabahkan.
Disebabkan aku mula menggelabah , maka aku pun terlalu berhempas pulas mencari produk yang elok untuk kulit berjerawat . Meskipun pelbagai spesis ubat jerawat aku dah pakai , tapi result nya tetap hampeh. Aku pun terus dan terus menggelabah ( macam cerita apa je ? hihi )
Aku pun mulakan buat research , eceh research lah sangat kan? Kiranya study sikit sikit lah pasal kulit ni . Aku daripada dulu nya kulit tak ada masalah , sekarang kulit makin kusam dan kering. Tambah pula issue air kotor, membuatkan kulit aku makin ditimpa pelbagai masalah. Dah lah pening dengan problem pores besar & blackhead. Halamak jerawat pun sibuk nak join juga . Pffttt !
Maka nya setelah diselidik selidik , aku syak yang kulit aku ni mungkin memerlukan pembersihan secara lebih mendalam. Yela , kita pun taktahu macam mana keadaan kulit kita kan. Rasa macam dah bersih dah sebab cuci hari hari . Tapi what's underneath kita tak nampak . Mungkin tersumbat ke apa kan? Jadi daripada aku beli produk pencuci muka mahal mahal , aku rasa cara alternatif nya ialah ubah teknik bersihkan muka.
Conventionally kalau nak deep clean , kita kena wapkan muka -buka pores - cuci muka - bilas dengan air sejuk pula untuk tutup pores blablabla , leceh kan? Di era kemodenan wacana ini (amboi ayat komsas) , terdapat pelbagai produk kecantikan di pasaran. Kadang tu kita taktahu pun sebenarnya terdapat macam macam beauty tools ada dijual taw. Tapi sekarang dah ada banyak , contohnya macam yang tengah femes sekarang , POBLING.
Sekarang ni aku tengok ramai yang gunakan berus Pobling tu tapi aku notice , mostly yang dijual secara online ke , di kiosk kiosk barang kecantikan ke , dekat MR.DIY ke (aah Mr.Diy ada jual) semuanya bukan yang original . Nak kata aku mengada sangat tak pakai yang fake tu tak lah. Tapi sebab Pobling tu melibatkan berus halus yang masuk kedalam liang liang kulit tu , aku jadi risau pula nak pakai . Sebab taktahu berus tu diperbuat daripada apa? Elok ke? Efektif ke yang fake tu sama macam yang ori punya? Material berus tu ada tindak balas tak elok ke kalau in contact dengan skin? blablabla. Macam macam aku fikir. Murah tu memang murah , tapi bab bab kulit ni kena lah cerewet sikit kan?
Biasanya dalam dunia kecantikan , menjadi topik hangat sesama beauty gurus ataupun beauty expert , sonic facial cleansing device yang highly raved ialah "Clarisonic Facial Cleansing Device" . Benda alah ni dah ada macam macam version dah , Aria , Mia2 etc. Based on review , memang cleansing device daripada brand Clarisonic ni bagus , disebabkan system rotating brush dia tu berfungsi lain daripada device lain yang ada di pasaran. Bagus memang bagus , tapi setiap satu tu berharga +- RM800 satu , bergantung pada version yang mana . Tapi katanya kalau di Sephora , harga lebih murah . Yeke?
Disebabkan harga clarisonic ni boleh bayar sewa rumah aku 4 bulan , so kirim salam sayang ajelah kan? Aku cuba cari alternatif , mencari cleansing device yang murah tapi bagus.
Satu lagi cleansing device yang hangat diperkatakan ialah Olay Regenerist Megasonic Specialist Cleanser . First time nampak benda alah ni di website luxola , lama dah . Tahun lepas lah kot? tapi aku tak ambil kisah pun. haha sebab masa dulu memang tak ambil port pasal nak jaga kulit sangat. Kali ni bila aku nak beli , SOLD OUT lah pula di Luxola. Korang boleh juga dapatkan Olay Regenerist Megasonic Specialist Cleanser secara online di LAZADA , RAKUTEN , & 11STREET. Range harga dalam RM112-RM200+ bergantung pada version juga. Ada yang Olay X-Pro , itu spesis yang lagi advance. Tapi kalau nak dapatkan di Watson & Guardian pun boleh. Cuma harga tu berbeza. Kena rajin rajin survey. Aku beli di Carousell pada harga RM80 je , sebab beli yang 2nd hand. Ghasak lah 2nd hand pun asal boleh guna . Kau memang kedekut kan Farah? haha
Berbeza dengan pobling tak ori (aku taktahu lah kalau ori pun sama juga) , brush head olay punya ni berpusing pusing berbanding dengan pobling yang cuma setakat vibrate je . Bila rotating lagi bagus sebenarnya , dah kerja kerja pembersihan lebih menyeluruh dan sempurna. Korang boleh tengok video ni macam mana Olay Regenerist Megasonic Specialist Cleanser berfungsi ye.
Dengan penggunaan kerap juga dapat membantu serum atau krim krim mahal korang untuk berfungsi dengan lebih baik disebabkan kulit pun dah bersih , makanya memberi laluan kepada produk tu untuk penetrate kedalam lapisan kulit sekaligus membantu serum dan krim untuk mula melakukan tugas masing masing dengan lebih efisyen. Selama ni bila pakai serum atau krim rasa macam tak ada perubahan je kan? Haa itu mungkin disebabkan oleh terlalu banyak kotoran pada lapisan kulit tu , menghalang daripada serum dan cream tu untuk masuk lebih dalam. Sebab tu lah deep cleansing ni penting.
Berus nya pulak memang sangat lembut dan sesuai untuk siapa siapa yang berkulit sensitif. Tapi disarankan untuk jangan gunakan lebih daripada 2 kali seminggu. Bagi yang kulitnya tak sensitif, nak pakai hari hari pun boleh tapi jangan lama lama ye. At least 2-3 minit je.
Bolehlah dapatkan satu untuk keperluan kecantikan korang . Beauty tools orang kata hehe. At least dengan cara ni dapatlah bagi kulit kita bernafas sikit , dan tak ada lah masa pergi facial dekat spa jadi pedih pedih muka sebab beautician tu korek keluar segala macam yang tersumbat dekat kulit korang tu.
Cubalah! Nanti share feedback taw. Dah 2 bulan pakai, hasil memang best sangat. Kulit rasa bersih, hidung pun tak bersisik , bergerigi (sebabkan blackhead) , serum & krim muka juga lagi mudah serap. Yeay!
Berus nya pulak memang sangat lembut dan sesuai untuk siapa siapa yang berkulit sensitif. Tapi disarankan untuk jangan gunakan lebih daripada 2 kali seminggu. Bagi yang kulitnya tak sensitif, nak pakai hari hari pun boleh tapi jangan lama lama ye. At least 2-3 minit je.
Bolehlah dapatkan satu untuk keperluan kecantikan korang . Beauty tools orang kata hehe. At least dengan cara ni dapatlah bagi kulit kita bernafas sikit , dan tak ada lah masa pergi facial dekat spa jadi pedih pedih muka sebab beautician tu korek keluar segala macam yang tersumbat dekat kulit korang tu.
operated using 2 AA batteries.
Cubalah! Nanti share feedback taw. Dah 2 bulan pakai, hasil memang best sangat. Kulit rasa bersih, hidung pun tak bersisik , bergerigi (sebabkan blackhead) , serum & krim muka juga lagi mudah serap. Yeay!
Related search : Olay regenerist megasonic specialist cleanser,Olay regenerist megasonic specialist cleanser review, Olay regenerist megasonic specialist cleanser price, Olay regenerist megasonic specialist cleanser lazada, Olay regenerist megasonic specialist cleanser murah,Olay regenerist megasonic specialist cleanser malaysia, Olay regenerist megasonic specialist cleanser harga,Olay regenerist megasonic specialist cleanser cara guna, Olay regenerist megasonic specialist cleanser benefit
Post a Comment