Cara buka akaun kontrak poslaju

Thursday, September 17, 2015





Masa awal awal dulu sebelum aku buka akaun kontrak dengan pihak POSLAJU , aku selalu tertanya tanya macam mana nak apply? Apa kelebihannya ? dan pelbagai lagi soalan yang aku cuba cari jawapan di google tapi tak jumpa jumpa haha. Mungkin sebab masa tu tak ramai lagi yang buka akaun kontrak dengan poslaju, jadi perbincangan pasal ni pun susah nak jumpa secara online. Korek korek dalam forum forum pun tak berapa membantu . 


Oleh yang demikian, kita guna cara tradisional aje lah ye. Ada mulut , tanya! haha. apalah susah sangat , pergi je kaunter poslaju tanya akak tu "Kak, cemana nak buka akaun poslaju eh? "

Seraya kau bertanya , akak tu akan arahkan kau pergi ke bahagian belakang poslaju untuk  direct pergi ke office diorang. Sebab tadi tu kau tanya dekat akak bahagian serahan tingkap. Yang selalu tolong timbangkan barang korang tu , ha dekat situ. Sebab office diorang biasanya dekat bahagian belakang , kawasan orang duk punggah punggah barang . Kang terus masuk macam tak beradab pulak ye. At least kalau dah tanya akak depan tu , kau ada point la sikit nak masuk sebab nanti akak tu akan call orang dalam office , takpun bagitahu dekat korang "Dik pergi office kat belakang , cari Puan Latipah ye dik" . Okay Latipah . Pergi belakang cari Puan Latipah . Got it!

Sesampainya dekat office , biasanya pihak Poslaju akan bagi korang borang disertakan dengan penerangan tentang program kontrak Poslaju ni. Aku tak boleh nak recall apa benda pegawai poslaju tu bagitahu dulu sebab dah lama dah aku buka akaun kontrak ni. Tapi yang aku tahu korang perlukan salinan SSM , IC , kena isi borang sikit , lepastu kena bayar deposit RM500. Orang kata kalau dulu dulu tak payah pun deposit tu, tapi sebab banyak kes orang cabut tak bayar bill, so diorang letak kan deposit lah . In case jadi apa apa kan . Tapi tak pasti lah masih RM500 ke tak . Kot kot dah RM1000 ke , tak sure lah pulak . Tapi rasanya masih lagi RM500 .

Dengan adanya kontrak poslaju ni sedikit sebanyak dapat memudahkan kerja kerja nak handle parcel customers. Buat syarikat yang dah buka akaun poslaju, memang automatik akan dibekalkan dengan consignment note (borang poslaju yang korang duk tulis tu) dah siap ber-print kan nama syarikat & alamat kita. Tak kalut dah lah nak tulis satu satu or cop dekat atas borang tu . Tinggal nak kena tulis nama penerima je la. Kalau siapa ada carbon printer lagi senang , print je terus detail customers . Aku ada juga seketoi tapi malas guna , aku prefer tulis tangan (rajin lah konon , haha). Kalau borang dah habis, call je untuk order lagi. Esok lusa satu bundle 1000 keping posmen mai hantar. syok woo!

Bekalan plastik juga unlimited, terms kitorang panggil plastik plastik ni ialah 'Flyers' . Ada daripada size small , medium , large dan extra large. Biasanya kalau small tu muat la nak sumbat tudung sehelai , medium elok untuk baju / jubah . Large pula untuk jeans , atau baju 3-4 helai . As for extra large , macam aku selalu guna , sesuai untuk sumbat handbags . Menariknya bila buka akaun poslaju ni, boleh request sesuka hati je nak berapa keping hehe. Kalau dulu pihak poslaju ada bekalkan untuk customers yang walkin tapi sekarang dah kena beli kan? Yang satu paket ada 10 keping tu. Ada juga jual yang prabayar.

Paling syok bila dah buka akaun ni ialah , kalau nak hantar parcel dekat Poslaju takpayah beratur panjang dah. Boleh terus pergi drop je parcel. Tak susah susah nak timbang ke apa. dan tak perlu bayar apa apa. Semuanya akan direkod kan dan bil akan dihantar kepada kita setiap 15hb.  Haa sekarang dah bahagi dua dah , kalau dulu bil datang sebulan sekali . Sekarang ni dua kali sebulan. Motif? Aku pun taktahu. Yang tak syoknya dua kali bil sampai , dua kali terbeliak mata hahaha 

Boleh juga call untuk request pickup. Ni kalau tak buka akaun pun boleh call juga, (senang je , korang cuma perlu call " 1 300 22 LAJU  (5258) " sambil nyanyi ) cumanya agak leceh kalau tak buka akaun . Sebab korang kena sediakan cash dan sometimes staff poslaju tu tak bawa penimbang , jadi dorang akan collect dulu , ambil bayaran lepastu kalau ada terlebih terkurang dorang kena datang balik minta duit/ pulang balance. Macam banyak kerja pula kan? Kalau dah ada akaun , just datang pickup dan bagi nombor akaun je. Mudah sangat!


Bil poslaju boleh dibayar secara online juga. Sekarang semua urusan dah mudah. Tak perlu susah payah dah , semua dihujung jari , cewah! Tapi kalau nak guna cek pun boleh juga , bayar cash dekat kaunter also can . Mana mana yang korang prefer lah . Aku suka bayar online je , sambil sambil tengok korea , boleh bayar bill Poslaju lulz!

Yang bagusnya bila dah buka akaun ni , korang boleh keep track berapa banyak parcel korang pos , hantar ke mana, berapa berat etc semua nya lengkap tertulis pada bill korang yang dihantar bulan bulan . Kat situ akan jelaskan juga fuel surcharge , gst apa bagai . Memang telus dan jelas , serta menyakitkan hati sebab tengok nilai sebelum dan selepas gst haha!

Jadi sekiranya korang berhasrat nak buka akaun poslaju , bolehlah ke pejabat poslaju berhampiran ye . PEJABAT POSLAJU taw bukan pejabat pos . Kalau taktahu dekat mana boleh google atau tengok web rasmi poslaju , pastikan dekat mana lokasi pejabat poslaju yang dekat dekat dengan korang. Kalau nak lagi well prepared , siap sediakan semua ni senang boleh terus proceed buka akaun tang tang tu juga .


  • Deposit RM500
  • Pastikan syarikat korang berdaftar SSM 
  • Cop syarikat (cop getah tu ye, ada nama syarikat, alamat, no tel & no ssm pada cop tu)
  • 1 salinan SSM pendaftaran syarikat.
  • 1 salinan SSM maklumat perniagaan
  • 1 salinan SSM maklumat pemilik terkini
  • 1 salinan kad pengenalan


Senang je nak buka akaun ni , trust me. Tak se-tension nak buka akaun semasa syarikat , itu lagi buat aku rasa nak campak meja. All the best! Sebarang soalan atau perlukan lebih pencerahan boleh drop comment atau email je okay? 

Thanks for reading gais!

Tak nak buka akaun kontrak poslaju ? Ada cara mudah juga untuk korang pos barang kepada customer. Gunakan EASY PARCEL . Baca full entry dekat sini :







Related search : easyparcel.my, easyparcel.com, easy parcel malaysia, rate easy parcel, easy parcel faq, cara guna easy parcel, harga pos easy parcel, jenis kurier easy parcel, easy parcel courier, easy parcel murah, easy parcel mudah, easy parcel problem, easy parcel customer servis, cara poslaju mudah, poslaju easy parcel, easy parcel poslaju, courier selain poslaju, easy parcel feedback, easy parcel rating, easy parcel review


91 comments

  1. Hai, cuma nak memperkenalkan satu website panggil easyparcel https://goo.gl/hvtPlT .

    Biasanya kalau kita nak poslaju pickup kena buka akaun poslaju seperti yang sis buat dalam blog tapi kalau guna easyparcel tidak perlu deposit dan SSM. Bungkusan sama juga hantar melalui poslaju tapi buat booking pickup kat website tu je dan biasanya poslaju kita guna postpaid, website ni prepaid.

    Harga untuk 1kg hanya RM5 bagi semua shipment dalam penisula M'sia, jimat RM4 berbanding dengan guna poslaju seperti dulu.
    Cik boleh cuba guna, pendaftaran adalah percuma dan skrg meraka ada promosi, Percuma RM25 kredit bagi setaip customer yang daftar.
    Ini website mereka: https://goo.gl/hvtPlT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam sy check utk 0.5kg rm7.80 bg poslaju..

      Delete
    2. saya dah apply tp ada pros and cons juga. easy parcel mmg murah tp leceh sikit

      Delete
    3. Kalau utk syarikat boleh tak?
      Biasa hantar barang lebih lebih 20kg sekotak.
      Buat masa ni kami guna citylink. Tapi ada certain tmpt citylink x berapa masuk tmpat dia orang.

      Delete
    4. Anonymous : syarikat & personal semua boleh.
      penghnataran boleh pilih nak guna poslaju/skynet. sbb easy parcel ni ada JV dengan kedua dua courier ni

      Delete
    5. Kenapa sy test cek harga rm7.90? Mcm mana nk dapatkan rm5?

      Delete
  2. thanks sis for the info..skrg ni selang sehari kena p beratur pos office..
    tgh consider nak buka akaun dengan poslaju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tp kalau guna prabayar tak perlu beratur kan? awak cuba easy parcel pun okay sis :) boleh rujuk easyparcel.com.my

      Delete
  3. Assalam.. tumpang tnya... Kalau da bukak acc ngan poslaju, consignment note & flyers tu free ka bayar??? Thanks ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam en shahrul.
      tak perlu bayar. tu diberi percuma mengikut keperluan berapa banyak. kalau hbs, nnt ada hotline utk pelanggan yg buka contract, boleh call dan order. nt dlm masa 2 hri dorang akan hantar :)

      Delete
  4. customer boleh track ke tak barang yg dihantar kalau guna poslaju kontrak ni? sbb baru ni beli brg dan x sampai lagi..org tu kata dia punya account memang xmasok sistem...so betul ka ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi encik Hadi!
      Ofcos boleh. xde sebab utk yg buka akaun kontrak xleh track

      ada beberapa sebab kenapa bila track, tracking not found

      1. sebab memang sistem tengah jem atau bercelaru
      2. dia baru post pagi tadi tapi encik terus track - memang xkan jumpa. sekurangnya bagi masa 24jam sebab kadang2 sistem belum update
      3. seller bagi tracking nombor yang salah
      4. dia dah post, tapi pihak poslaju x proceed pada hari yg sama. contohnya pos jumaat, tapi dia pergi pos masa waktu agak petang. jadi masa tu van poslaju yg collect dekat pejabat2 poslaju utk dihantar ke main branch dah jalan dah, so akan di proceed post pada next working day (sabtu atau isnin) , so memang xkan boleh trace no tracking tu

      biasanya berikan tempoh 2-3 hari bekerja utk dpt brg. setengah kawasan ambil masa 4-5 hari. kalau xdapat within 1 week, terus contact poslaju utk check

      Delete
  5. Hai sis...camne cara sis bayar bil acc poslaju secara online?? Bleh share x?

    ReplyDelete
  6. Hai sis...camne cara sis bayar bil acc poslaju secara online?? Bleh share x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, awk email saya ya farahdafri@icloud.com
      nnt sy forward kan nombor akaun. dia transfer duit mcm biasa je, direct ke akaun pos malaysia berhad

      Delete
  7. hai sis..tumpang tanya pasal easy parcel..sy baru je bace2 komen disini n terus register easy parcel..sy kurang paham..die pakai borang apa,flyer apa, die collect dtg umah ke,bayar mcm mana,lepas daftar ni tgk ade rm25 kredit..huhu sori banyak soalan..jika tak keberatan,bantu sy ye utk soalan2 ni..boleh wassap +601111557382 @ email icoachmohd03@gmail.com .. terima kasih admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi en mohd noor :)

      kalau x silap dekat web easy parcel tu ada tutorial, boleh cuba rujuk sikit2.
      borang kena print sendiri, kena masukkan details customer selengkapnya. nnt dekat hujung proses submit borang tu akan keluar dalam PDF file, kita punya borang poslaju tu. so awk print dan gunting. Kemudian kepilkan dengan parcel.

      nnt boleh request poslaju dtg pickup, atau drop kan ke pos ofice berdekatan.

      nnt sy cuba buatkan satu entry khas utk easy parcel insyaallah :D

      Delete
  8. Nak tnya..kalau pos laju pick up di rumah ada charge ke..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde charge kalau berkontrak. charge RM5 kalau x ada contract.

      if x sign up contract dgn poslaju, guna servis 'ODP - On demand pickup' call 1300225258

      Delete
    2. sis kater xde cas klu berkontrak,ade cas Rm5 klu xde contract..jadi nk jimat pakai easy parcel ni,kena register akaun dkt pos laju jugak la kn sis?
      klu compare dua2 cara ni..mane yg paling murah sis?hehe.maaf bnyk tanya

      Delete
  9. Nak tanya

    1. Biasanya bil berapa ?
    2. Cop syarikat itu untuk apa ya?

    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. bil bergantung pada berapa jumlah parcel awak pos.
      cop syarikat tu utk masa isi borang, sebagai pengesahan

      Delete
    2. kalau pos byk boleh jadi beribu, kalau pos sikit ratus2 je

      Delete
  10. Salam. Thanks for the info.
    Saya nak tanya, yang deposit tu memang xkan dpt balik ke? sbb sekarang buka account utk SSM below 2years kena pay RM1000. Ke tiap kali kita pos tu dia akan tolak duit deposit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam hai elle :)

      oh sekarang dah rm1000 eh?
      deposit dpt bila nak close account. untuk tiap kali kita guna servis poslaju, akan masukkan dalam bil. end of month akan sampai bil dekat rumah.

      pendek kata, deposit tu on hold. unless nak close acc bru dpt balik. dia bukan prepaid system.

      Delete
  11. Salam Thanks for the info.
    Nak bertanya. Kalau sy dah daftar akaun poslaju & beli plastik flyers. Sy nak parcel dikutip dirumah. Adakah poslaju akan bagi consignment sticker pocket kat sy awal atau mcm mana ya? Ke plastic flyers tu dah siap ada pocket? Borang yg sy dah isi tu ada 4 salinan, yang mana perlu sy simpan & yg mana perlu letak dalam sticker poket ya? Confuse di sini. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt . Flyer tu beli dgn poslaju ke beli dkt luar yg xde poket tu? Kalau xde poket, and dh berdftr sebagai pemegang kontrak, boleh je mintak dia ckp nak plastik poket. Nnt dia akan bagi & lekatkan sendiri :)

      Borang ada 4. Dekat tepi borang ada tulis kecik salinan penerima , salinan pengirim & salinan pejabat .

      Salinan 1
      Salinan 2
      Salinan 3 (warna biru)
      Salinan 4 (oren cair)

      Salinan 4 cabut & simpan sendiri . Simpan elok2 maximum utk tempoh 4 bulan. Utk keep track jdikan bukti incase barang hilang mas poslaju uruskan

      Salinan 3 - cabut dan kepilkan bersama kertas pink (kertas pink wajib isi kalau guna kontrak. Isi masa setiap kali anta parcel samada drop kat kaunter atau poslaju dtg collect)

      Contoh nk pos 5 parcel. Pastikan ada 5 keping salinan warna biru tu. Pastu ambik borang pink , tulis no akaun , nama , nak fon. Kalau ada cop, guna cop. Pastu tulis bilangan parcel nk pos haritu. Stapler kan bersama dgn salinan biru tadi tu. Bagi masa serahan parcel di buat.


      If dah ada kontrak , boleh call poslaju utk order accessories .

      Call 1300885258 (utk org ada kontrak je)

      Bagi no akaun , pastu cakap 'saya nak order accessories boleh?'

      Pastu senaraikan awk nk apa. Contohnya nak plastik bungkus poslaju tu, (dipanggil flyer) bagitahu nak size apa dan brpe pcs.

      Contoh :

      Saya nak order
      Flyer medium 100pcs
      Flyer extra large 100 pcs
      Consignment note bertulis (ada tulis alamat kita ) 200 pcs
      Consignment note kosong (xde tulis alamat) 100 pcs
      Plastik poket berpelekat 100pcs
      Borang PL (xingat nama - cakap je borang warna pink ) - 2 buku

      Ha contoh mcm ni la .

      Harap dapat membantu :)


      Delete
  12. Halo, saya Mrs Nelly mulia, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang menawarkan pinjaman pada tingkat bunga hanya 2%. kami menawarkan, pinjaman pribadi, kredit mobil, modal usaha, pinjaman pribadi dll untuk individu dan perusahaan yang dalam kesulitan keuangan di bawah persyaratan pinjaman yang jelas dan dan dimengerti. hubungi kami hari ini melalui email sehingga kami dapat memberikan persyaratan pinjaman dan kondisi: (nellyperious@gmail.com)

    ReplyDelete
  13. Dah buat ke entry pasal easy parcel? Kalau dah, boleh bagi link? Nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf xsempat lg. insyaallah dalam masa terdekat :)

      Delete
  14. Macam mana nak tahu jam berapa easyparcel datang kutip ya? Boleh email sy di ainaanabilah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde masa specific . tapi dari 12-6pm. kalau poslaju pon sama, kite xleh request masa bila nk suruh dorng pickup

      Delete
  15. Hehe bagus betul entry ni.egt nk try kol la suruh amek parcel kat uma.tapi kalo berat parcel tu 10kg dea pick up jugak ke?bayaran cmner on the spot ke sbb ni nak buat pos domestik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah buka kontrak dengan poslaju, tak kisah berat berapa2 pon dia akan ambil juga.
      nanti akan masukkan dalam bil. so bayar bila bil sampai :)

      Delete
  16. Rate dia sama ker sis dengan normal rate timbang atau murah sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je rate sis :) kelebihannya cuma ada pickup dan boleh dapat free accessories (Flyers etc)

      Delete
  17. Kalo pick up ada min parcels tak?

    ReplyDelete
  18. klau xde contract dgn pos laju.. boleh kan klau kita call suruh pickup barang kat umah.. charge rm5 tu utk charge ape.. charge dia dtg pickup ke @ cas nk delivery ke customer.. confius ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sis sariah

      yup boleh boleh. tu namanya ON DEMAND PICKUP . Call 1 300 22 5258. tu chrge dorang collect barang.
      kalau barang ada 10, dia caj rm5. kalau 1 barang pun caj rm5.
      one time charge only.

      tapi ON DEMAND PICKUP ni leceh sikit kalau awak nak pos barang ikut timbangan berat. sbb nnt dorang kadang2 x bawak penimbang. jadinya, mungkin kena bagi average total berapa etc. kalau terlebih, esoknya posmen akan pulangkan baki. kalau x ckup, posmen akan collec utk baki.

      so untuk on demand pickup, lagi mudah kalau sis guna sampul prabayar. senang posmen datng amek je. xpening nak timbang etc

      Delete
  19. As salam sis..
    baru tbaca entry sis psl easy parcel..
    saya hari tue dh reg easy parcel, nie nk try shipment yg pertama.. tgk hege mmg ok sgt sbb kita bole pilih courier mana nk guna kan?? Utk 3kg poslaju& Nationwide rm30, airpack&skynet rm10.. jd, mmg berbaloi di situ, tmbhn pula dorg akan dtg pickup parcel dari kita..
    tp kalo tak reg, hege utk airpack&skynet tue utk 3kg dlm rm20.. just share..
    cuma tak paham bab beli insurance tue sbb brg lebih rm300.. kalo pilih amik ins, takde pic nk attach, dia tak leh nk proceed order.. jd, saya pilih jerr tak amik ins utk cover lebih.. standart dia hanya cover utk rm100 shj..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam zara :) hi tq sudi singgah baca

      maaf zara sy x pasti lah bab insurans sbb sy sendiri meniaga brg yg nilai x tinggi. mgkin awak boleh tanya sendiri pihak easy parcel utk pencerahan

      Delete
  20. tq sis... sgt membantu... 😊

    ReplyDelete
  21. Hi sis☺ Nak tanya sikit ttg ODP.. Kalau saya ada 30 parcels nak hantar (setiapnya lbh krg 500g-800g je) ODP pick up tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes boleh. diorang boleh pickup, u just call & dia akan charge rm5 (dulu lah, skrg xtahu berapa charge)

      Delete
    2. Okay~ Terima kasih ye😉😉

      Delete
  22. Sis easy parcel tu ada beza ke kalo tick for "business use"?. Semua erea dia pick up ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah. ada kot . maybe pakej berbeza.
      pickup kawasan yang poslaju memang cover utk pickup shj

      Delete
  23. Assalamualaikum sis farah..nak tanya ckit,kan sis kata easy parcel ni semua servis ada kan..tapi kenapa tadi saya cuba nak book,tapi yang ade nationwide & skynet je ye? Cari poslaju xde pulak😅 Ke better saya call poslaju terus je untuk ODP? Tapi consignment note xde pulak😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. tu bergantung pada poskod. ada poskod yang poslaju tak cover. sebab tu poslaju tak keluar dalam senarai. cuba kalau tukar poskod lain, senarai list courier akan berubah.

      Kalau nak call ODP pastikan awk dah pack barang siap2 dan ada consignment note. Consignment note boleh request kat poslaju tapi diorang akan limitkan. Takkan dapat banyak banyk. Mungkin dalam 5-10 helai pada satu satu masa sahaja

      Delete
  24. Assalamualaikum farah..boleh email sya ?? Sya nk dapatkn penerangan lebih jelas tentg pos mengepos ni...nursyafiq0709@gmail.com..thanks

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah. Tq sis buat entry ni. Nk kena reconfirm dgn poslaju je pasal latest charge.. moga Allah mudahkan urusan sis.
    -Momisense.blogspot.com-

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah. Tq sis buat entry ni. Nk kena reconfirm dgn poslaju je pasal latest charge.. moga Allah mudahkan urusan sis.
    -Momisense.blogspot.com-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Thank you sis sudi baca :) Glad i can help <3 insyaallah amin.

      Delete
  27. Asslm sis..nak tanya kalau kita daftar kontrak dgn poslaju mmg setiap hari bekerja ke diorg dtg pick up kerumah or setiap hari kita kna call utk dtg pick up?

    ReplyDelete
  28. Nak tanya, kalau kita xde bukak account ngn poslaju pastu kita beli flyers tu siap dia bagi consignment note sekali ke? Ke kena mintak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x contract, awk kena beli flyers berasingan. dan mintak borang berasingan.
      melainkan awak beli sampul prabayr, yang tu dah memang sekali dengan borang

      Delete
  29. FLYERS YG TKDE BUBBLE KAN?
    PLASTIK PRABAYAR YG ADA BUBBLE?

    KALAU KITE NAK KOTAK PRABAYAR DIA BAGI TAK JIKA KITE DAH REGISTER ADA CONTRACT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde. utk kontrak cuma dibekalkan flyers biasa sahaja.
      xde bubble. if nak yang ada bubble atau prabayar kena beli

      Delete
  30. nak tanye kn flyer semua free..kita cume kene byr brape byk kali kita pos..dia kira mcm mne? kalo yg x daftar kita beli flyer tu,tpi kalau daftar,flyer free..jdi kira ikut berat ke ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup , dikira ikot berat. Even yg prepaid pon ikot berat jugak. Kalau lebih berat, akan ada caj tambahan.

      Setiap bulan akan terima bill. Dlm bill tu akan dinyatakn dgn jelas detail hrge pos smua. Siap dgn jumlah berat n jumlah parcel di pos

      Delete
  31. nak tanye kn flyer semua free..kita cume kene byr brape byk kali kita pos..dia kira mcm mne? kalo yg x daftar kita beli flyer tu,tpi kalau daftar,flyer free..jdi kira ikut berat ke ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga ikut berat , sama macam timbang dekat pjbt poslaju. kelebihannya kita dpt supply plastik, borang bercetak etc tu je. harga tetap sama

      Delete
  32. Hi, poslaju akan pickup setiap hari ke? kalau kita tak ada parcel pada hari tersebut mcmana? sebab hanya bisnes kecil2an, tak setiap hari pun ada parcel nak pos :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, poslaju akan collect bila kita call utk request pickup je.

      Xde la dia tetiba dtg hari2 kalau x call hehe.

      Delete
  33. Hi, poslaju akan pickup hari2 ke? kalau kita tak ada parcel nak pos hari tu mcmana? sebab hanya bisnes kecil2an, tak setiap hari pun ada parcel nak pos :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poslaju dtg pickup bila kita request je. bukan dia datang hari2. x request xde la dia dtg :)

      Delete
  34. Siapa dh pernah guna service Owntime.my? Best jugak,bole booking delivery pakai app dia,nnt crew dia dtg amik kt rumah n hantar hari yang sama lg(kl&selangor) plastik flyers pon dia dia supply free. Harga pon not bad,3kg dlm rm 13 je.yg lg best bole tracking live gps tuu.. try la check kt fb page diorng (owntime.my)

    ReplyDelete
  35. salam..hai sis..betul ke klu kita nk buka pej pos mini kne jarak 15km dari pos laju yg ada di sekitar sini jgk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. aah awk kena tanya poslaju tu dia cover tak area awak duduk. sebab x semua poslaju dia cover & boleh pickup

      Delete
  36. Pos laju ada buat COD ke? Kalau ada macamana nak daftar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy x faham soalan tuan. Kalau cod kenapa nak kena daftar poslaju? COD tu maksdnya cash on delivery. Customer jumpa tuan face to face beli barang tanpa perlu pos

      Delete
  37. Hai.....blog ni byk membantu lah....terbaik👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, alhamdulillah terima kasih sudi singgah & baca. Semoga bermnfaat

      Delete
  38. Tumpang tanya, macam mana kalau nak buka akaun kontrak poslaju ni tapi bukan tak ada SSM? Harap ada yang dapat membantu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dzafieq

      Untuk buka kontrak poslaju wajib ada SSM.itu salah satu dokumen wajib diserahkan masa nk apply utk buka akaun kontrak. Kalau xde ssm xleh buka akaun

      Delete
  39. Kalau takde SSM boleh register tak akaun kontrak Poslaju nieh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf takde SSM xleh buka akaun kontrak ni. Wajib mendaftar ssm

      Delete
  40. salam nak tanya kalau kawasan tak cover pickup ,poslaju cakap kena buka account poslaju baru boleh pickup, soalan saya kalau guna easyparcel atau shopee sahaja kena request guna account kontrak poslaju lah kan tak perlu bayar bulan2 kan bill kontrak poslaju, maknanya bayar sekali account kontrak masa daftar account kontrak poslaju kan? sebab borang poslju kontrak tak digunakan maknanya tak perlu bayar bulan2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Under shopee tu antara awak dengan shopee je. Kalau dah berdaftar dengan shopee, awk tak perlu daftar kontrak poslaju.

      Delete
  41. Hy sis nk tnya jika kita ambil kntrak mcm mne nk thu kotak yg kita da balut kn x da kena volumatrick..sbb biasa walkin selalu kena ..jd kadng tukar ke prepaid..atau dia org da siap2 buat kn untk kita yer...hbis cam ne kita dgn cust harga lain kena duit kita pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, ini sy tak pasti sbab tak pernah pos barang besar. Tapi kalau barang besar biasanya ramai seller prefer guna skynet. Cuma skynet utk setengah kawasan servis agak kureng

      Delete
  42. Assalamualaikum..farah..sy betol2 xfaham mengenai kontrak pos laju dan easyparcel ni..leh x klau farah email pd sy secara detail..

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum..farah..sy betol2 xfaham mengenai kontrak pos laju dan easyparcel ni..leh x klau farah email pd sy secara detail..

    ReplyDelete
  44. Pleaseee saya ingin bertanya adakah jika kita menjadi agent postlaju ni akan mendapat untung bahagian, atau pun adakah pihak postlaju bagi kita discount harga, dan bagai mana cara untuk mendapat untung dalam barang2 penghantaran tersebut pleaseee.. pencerahan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Franklin. Nope ni bukan pendaftaran agent. Takde keuntungan dari segi wang ringgit yang kita dapat, dan tiada pengurangan harga.

      Manfaatnya ialah, poslaju bekalkan kita plastik, borang yang dah bertulis dan offer servis pickup percuma di rumah. Dan jumlah yang kita dah pos akan dibilkan dalam satu bil je. Boleh bayar pada tarikh di tetap kan. Xperlu beratur panjang untuk tunggu timbang di pejabat pos

      Delete
  45. His sis, nak tnya pos laju mana ye awak pergi? sy office di cyberjaya sy pergi pos laju area sini tapi pos sini kata cuma HQ je boleh buat betul ke? sy kol hq x jawab. sy kol 1300 ada jawab tp dia jawab pergi y berdekatan je n sy bgtahu lah y cawangan sini x terima dia cek lepastu suruh kol hq balik..maslah kol x jawab2..cuma nak pergi kat KL takut ada je masalah lg..sy kol nak tnya juga pembayaran secara ap? sebab mulanya dia ckp cek sahaja bila tnya by cash boleh ke x dia jawab ikut atas budi bicara sale person tu..huhu mcm x yakin,,kang pergi x bawa cek takut x terima..minta tolong sis jawab kalau sis tau..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy buat dekat seremban masa tu. Dekat melaka pun boleh. Mgkin awak pergi pejabat pos kecik kot. Yang dia maksudkan hq tu ialah pusat utama poslaju dekat satu satu kawasan tu. Biasanya kena pergi office dia. Tak buat dekat kaunter. Kne g bhgian dalam. Bayaran secara cek atau online banking.xde bayaran secara cash di kaunter

      Delete
  46. Salam sis. Saya berangan nk bukak kedai ala2 MAILBOX. Macamana nk jd agent poslaju @sky net. Apa yg operator dpt

    ReplyDelete
  47. Nak tanya sekarang kalau contract harga satu parcel berapa?still rm5 ke?

    ReplyDelete

On My Instagram