Thursday, September 29, 2016

Easy Parcel : Cara mendaftar dan bagaimana ia berfungsi?

Hello!

Okay sebelum ni aku pernah cerita cerita pasal macam mana nak buka akaun kontrak dengan Poslaju kan? Boleh baca kat sini : http://blog.farahdafri.com/2015/09/cara-buka-akaun-kontrak-poslaju.html .

Dalam entry tu aku ada mention yang deposit untuk pembukaan akaun ialah RM500. Tapi nampak gayanya macam dah jadi RM1000 pulak . So sebagai alternatif untuk korang yang baru berjinak jinak nak bisnes tu, boleh lah gunakan EASYPARCEL .

EASY PARCEL ialah sebuah syarikat yang ala ala macam orang tengah antara client dengan courier company. Maksudnya, easy parcel ni bukan lah sebuah syarikat courier pun. Bukan diorang yang pos kan barang korang. Sebaliknya dia tolong manage kan je, dan jadi perantara antara kita dengan syarikat courier besar besar tu .


EASY PARCEL ni menggunakan sistem prepaid. Maksudnya kita kena topup akaun kita, dan setiap kali pengeposan dibuat , akan tolak directly daripada baki akaun kita.

Masa aku mula mula guna EASYPARCEL dulu, tengah ada promosi flat rate RM5.00 je untuk pos item bawah 1kg seluruh semenanjung. Tapi sekarang dah jadi RM6.00 dah. Mungkin masa tu promosi penganalan kot. Tapi , bagi aku RM6.00 tu masih lagi murah lah. Sebab kalau direct dengan Poslaju, untuk 500gm pertama dah RM5.95 , lepastuu kalau contoh berat barang tu 0.70 kg, harga pos mungkin dah jadi RM6.00+ atau RM7.00+ . So , dekat sini lah kelebihan EASY PARCEL ni .

Korang pun tak gaduh nak beratur dekat POSLAJU tu panjang panjang, sebab dengan EASY PARCEL ni, korang boleh request untuk pickup . 

So, macam mana nak gunakan EASY PARCEL ni? ha meh nak ajar .

Mula mula, korang ke website rasmi EASY PARCEL : http://easyparcel.my/

Lepastuuuu macam biasalah, kena daftar daftar dulu. Boleh create account menggunakan email, atau pun login menggunakan facebook. So, bergantung lah korang selesa macam mana .

Macam aku, aku suka semua benda guna Facebook je. Sebab malas menaip muahahaha .



Okay, sekarang nak ajar korang cara untuk request postage pulak .

Nampak tak kotak warna maroon atas tu? ha, isi kotak tu . Masukkan poskod selengkapnya . Ini berfungsi untuk bagi sistem easyparcel ni dapat estimate berapa kos postage korang nanti . Tapi kalau below 1kg, dan nak pos within semenanjung , konfem konfem RM6 jurrr .

Lagi satu yang menariknya EASY PARCEL ni, dia bekerjasama dengan banyakkkkkkk courier company termasuklah POSLAJU, SKYNET, AIRPAK dan Nationwide Express. So, korang boleh lah pilih courier mana yang bersesuaian ikut suka kehendak qalbu masing masing . Tapi paling common, guna POSLAJU lah .


Dalam kes ni, aku masukkan poskod untuk poskan barang daripada Selangor, ke Melaka. Bila dah isi isi semua details tu, boleh terus tekan "QUOTE & BOOK" . Lagi satu .... pastikan eh korang declare berat barang tu betul betul  . Jangan lah barang berat 3kg kau tulis 0.8g pulak . Kalau salah, nanti ada additional cost pulak ye. Nak senang, beli lah penimbang satu khas untuk timbang parcel korang kat rumah .



Ini antara senarai courier yang ada . ANTARA eh .. ada lagi bawah bawah tu POSLAJU, AIRPAK semua .. tapi aku malas nak screenshot satu satu kakakakaka . 

Rate tu tulis RM7.80 kan? Tu sebab aku tak login masa buat ni . Nanti kalau dah login dan request pos , korang akan dapat rate RM6.00 tu . Don't worry. Kalau tak dapat gak, kau gi complaint kat facebook dorang eh . Kat sini : https://www.facebook.com/easyParcel.my/ . Tapi makesure dah topup / beli pakej baru boleh dapat flat rate tu .

Nanti dekat bawah bawah sikit, iols cerita pasal PAKEJ dia pulak .




Okay , ni pulak form untuk korang isi details customer.  Pastikan isi selengkapnya ya, dan ALWAYS ALWAYS double check poskod . Sebab kalau salah poskod, barang akan dihantar ke hub yang salah . Sama ada salah pusat atau pun salah negeri teros haha . Kang mula lah kasteme bising "eh saya duk Paya Jaras, dah kenapa bila track barang saya kat Langkawi pulekk?" .


"Kalau saya request pickup , pukul berapa orang courier datang rumah?"

Takde specific masa ya. Diorang akan allocate masa dari pukul 1pm sampai 6pm . So dalam range masa tu juga lah abang courier akan datang ambik . Pastikan ada orang kat rumah lah ye . Sebab diorang ada banyak tempat nak singgah dan collect item pickup. So bertabahlah dan menunggu dengan kesabaran setinggi broga .



Dalam sistem , akan ada semua detail dan rekod pengeposan yang kita buat. Siap tulis lagi status barang tu dah selamat di terima atau pun belum .

Nampak tak ada tracking number dekat column kiri sekali , tulisan biru biru? Okay tu tracking number. Nombor ni lah korang bagi pada customer untuk diorang check status item dorang . Bila click dekat tulisan biru tu, automatik sistem akan paparkan secara detail korang punya shipment status . Macam dekat bawah ni ...



Sangat sangat detail kan? Tak susah susah dah nak copy paste tracking number dan trace dekat website poslaju/skynet etc. Cuma click je dekat link tracking number tu. Senang gila babas alagapasss!



Ini pulak contoh untuk korang tengok baki dalam akaun korang ada berapa , berapa total item dah dipos dan macam macam lagi lah . Boleh tengok ni dekat bahagian 'MY DASHBOARD" . Lepastu, kalau rasa rasa macam baki dalam akaun dah tak banyak , boleh lah topup .

Ada disediakan dua pakej . Pakej VIP dan pakej biasa. Kalau pakej VIP tu memang sembang ribu ribu lah cerita nya . Yang pakej biasa, seperti yang berikut . Serendah RM100 . Campur GST, jadinya RM106 jurrr .


Aku biasanya topup RM100 je haha kedekut gitu . Biar sikit sikit dulu . Kalau korang topup RM500 terus, dapat lah 50 pcs flyers percuma. Flyers tu sejenis plastik untuk bungkus barang. Easyparcel punya flyers comel gila weh, warna pink! Memang comel . Tapi kalau nak, kena ambik pakej RM500 keatas. Kalau bawah daripada tu tak dapat free dan dorang pulak takde jual flyers tu . Sobs .


Comel kan warna pink!


Untuk urusan topup pun mudah, sebab dah tersedia payment gateway. Takdelah nak kena bayar manually masuk maybank2u dah. Tekan tekan je akan terus redirect ke bahagian payment . Mudahh sangat .



--------------------

Kesimpulannya , Easy Parcel ni memang sangat membantu para peniaga yang baru berjinak jinak nak bermula dalam online business. Dapat flat rate, dan dapat pulak privilage boleh request pickup .

Lagi satu nak highlight, kalau korang nak dia pickup , nak senang better place order sehari sebelum nya. Sebab kalau tak, dia akan pickup hari esoknya . Ada cut off time, kalau tak silap pukul 11 pagi kot . Paling lewat request order 11 pagi untuk pihak courier datang collect pada hari yang sama .

Dah, jelas?

Kalau tak jelas .. comment lah kat bawah ni . Nanti kak faa reply k saiyangggg :*



easyparcel malaysia, easy parcel, easyparcel murah, cara daftar easy parcel, cara guna easy parcel, easy parcel vs poslaju, poslaju contract, easy parcel mudah, easy parcel daftar, easy parcel flyers, easy parcel senang, cara pickup easy parcel, easy parcel pickup, easy parcel pakej, pakej easy parcel, courier easy parcel, easy parcel courier,  easy parcel lembang klang, easy parcel pakej murah, easy parcel murah, easy parcel mendaftar, easy parcel rm5, easy parcel rm6

49 comments:

  1. Salam kak, nak tanya. kalau kita pilih below 500, flyersnye macam mana kite nak beli? Takkan masa dia sampai time tu kita packing? πŸ˜‚πŸ˜‚Hehe sorry kak, sedang cuba memahami si easy parcel niπŸ˜€ Apa apa pun, didahulukan TQ πŸ˜πŸ’•

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,
      dorang xde sediakan flyers. awk kena bungkus sendiri. dorang datang collect je nnti :)
      utk plastik tu rasanya online seller kt ig ada byk jual plastik poslaju. awk boleh cuba tgok2 kt ig

      Delete
    2. Untuk makluman, sekarang ini easpyparcel ada jual flyers 100 keping dengan harga RM49.00. Boleh rujuk laman web mereka.

      Delete
    3. Baru beli flyers easy parcel size L 100pcs RM49.00. Nak test dulu okay ke tak. Tapi rasenye pakai plastik biasa lagi murah.

      Delete
    4. hehe tpi plastik dia comel kaler pink

      Delete
  2. Kan kiya beli plastik bungkus sendiri. Untuk details customer tu kena tulis kat bungkusan tu ke macam mana ?

    Dan macam mana nak tahu dia datang pick up area rumah kita ke tak ?

    Sorry. Baru nak cuba juga😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Izzati!

      macam dekat atas tu kan, ada part kita kena isi details customer? haa nanti details tu system akaun automatik generate kan satu consignment note. consignment note ni kira macam borang poslaju tu. so awak tinggal print je. xyah tulis tangan dah. pastu bila dah print, akan ada 4 borang dalam 2 keping kertas. awak potong jadikan 4 keping. satu keping (salinan pengirim) *boleh tengok ada tulis kat tepi kertas , awak simpan. lagi 3 tu awk kepilkan bersama parcel.

      untuk kawasan tu mybe awak boleh call sendiri poslaju/skynet etc. kalau dorang ada cover area awak, dorang akan boleh buat pickup juga.

      harap membantu :)

      Delete
    2. Sorry nak tanya sikit... So kalau rumah tak ade printer susah lah nak buat nie kan sebab Kena print selepas isi detail customer.. Kalau print dlu kertas tu bile ade nak pos baru isi boleg ke?
      Baru nak berjinak dalam easy parcel.. Tq

      Delete
    3. Yup susah sikit sebab kena print.
      Xleh print dulu. Hanya bila dah isi detail customer baru form tu akan dibuat dan boleh di print. One order at a time. Dia xde print borang kosong

      Delete
  3. jika guna flyer poslaju dan kertas poslaju utk tulis detail customer tkpe ke? And macam mana easy parcel nak bg flyer jika kita topup rm500?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi umi :)
      tak boleh. kena print dri website easyparcel tu. sebab setiap tracking yang di generate tu khas untuk easy parcel sahaja.

      kalau topup tu nnt easy parcel bg flyer by pos

      Delete
    2. Farah, nak tanye la. Kalau kita guna plastik Pos Laju yang kita beli 50 keping size S tu RM3 ++ tu boleh tak eh. Tapi kita hantar gune easy parcel. Tak guna timbang dekat kaunter dah.

      Delete
    3. Boleh je. utk guna easy parcel ni xkisah nk bungkus cmner2 pon. pakai plastik sampah pon boleh haha (fara pnah buat) . lepastu, request pickup dekat website easy parcel mcm yg fara jelaskan kat atas :)

      Delete
  4. Assalamualaikum,kak farah. :)
    maksudnya service easyparcel ni xde kena bayar deposit mcm kontrak poslaju

    1-LOG IN - Daftar kat website easyparcel, lepas dh daftar baru dpt VIP Rate? [Harga]
    2-PREPAID - Topup online memang kena guna kad kredit je ke.? banking online boleh x.?
    3-TEMPOH - Topup tamat tempoh, baki duit akan hangus atau tetap ada selepas topup baru.
    4-CONSIGNMENT NOTE - print kat kertas A4 @ ada kertas khas nya.?

    Maaf kak farah sbb byk sgt yg saya xthu...terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam hi :)

      yup xde deposit mcm poslaju. cuma perlu topup kredit dlm akaun sahaja
      topup online ada online banking, xsemestinya card credit shj :)

      credit validity tu tak pasti. tapi rasanya tak hangus. cuma ada tempoh kalau xguna kredit tu, xleh pakai. awk kne topup baru, baru boleh guna semula.

      consignment note HANYA boleh guna yang diorang dah generate online.setiap kali nk pos barang, kena key in detail cstomer pastu print. xleh guna kertas sendiri

      Delete
  5. On demand Pickup kena charge x...kalau pos laju RM5.00...atau harga rm6.00 tu termasuk charge on demand pickup..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ON DEMAND PICKUP kena charge RM5.00 (dulu, sekarang xpasti sebab dah lama). Tu caj utk pickup sahaja. x termasuk harga kos postage

      kalau guna easy parcel, free pickup

      Delete
  6. Kalau kita ambik yg package rm100 tu memang tak dapat flyers eh? kalau tkda macam mana nk dapatkan eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat. kena beli sendiri. samada dekat poslaju ataupun seller2 yg ada jual secara online

      Delete
  7. utk package rm500 tu dpt flyers kan? flyers nya dlm ada bubble wrap tak? atau kosong je xde bubble wrap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde bubble. bubble tu poslaju punye prabayr je cmtu.

      Delete
  8. Kalau gne easyparcel without pickup method just hantar to poslaju manually, bleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes boleh. nnt mnx kertas pink dekat pihak poslaju utk serahkan bersama masa drop parcel. form PL9

      Delete
  9. Kalau saya hantar sendiri parcel kat pos laju, saya kena bayar lagi ke kat pos laju? Sebab time kita nk print consignment note tu easy parcel dah tolak kredit kita kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takk perlu. just hantar sahaja. credit dah tolak dah

      Delete
  10. salam..lama tak penghantaran dia?bpe lama boleh sampai kat customer eh?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.
    Nak tanya , klau x guna flyer or plastik poslaju boleh ke ?

    Bungkus dengan plastik kita sendiri , pstu yg kita kena print out tu kena salotape di bungkusan kita or kita bgi kat org poslaju yg ambk brg kita ?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum , detail yg prlu d print tu , nanti kepilkn brsama parcel mcm mna ye ? Msukkan dlm parcel skli n salotape ke mcm mna ? Sorry bru nk try , uhu

    ReplyDelete
  13. Assalam,kk macam mana ye kalau kita dh pack barang,dh bayar semua .tp nak cancel pickup sbb ad urgent,xada org kt umah ..kita boleh pos trus ke pos laju x esoknya?/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam puteri, awak boleh anta sendiri ke pejabat pos. bawak semua salinan 4 keping borang dia tu and serahkan kt poslaju. xperlu byr dah sbb dh tolak kredit

      Delete
  14. Salam awak, kita macam lost pulak bab yg nak tulis details kita and customer tu. kita akan bungkus dari rumahkan, then yg kertas untuk isi form tu macam mana ye?

    Then nak tanya, untuk diorang pick up barang kita tuuu, ada minima berapa parcel ke? mcm kalau kita nak post 1 or 2 parcel sahaja boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi baithi

      yes, bungkus dri rumah. ikut arahan dekat atas, masukkan detail customer etc lepastu akan keluar PDF FILE, awk kena print file tu. itu borang poslaju yg dah siap tulis alamat customer. tinggal print dan gunting dan letak je dekat parcel.

      xde minimum. pos 1 pon boleh

      Delete
  15. Replies
    1. Thank you juga sudi ambil masa untuk comment dan baca :)

      Delete
  16. Kak fara klu nk pos ke sabah serawak pun blh ke.ke smnanjung je? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dik! Yas boleh juga. Semenanjung dan sabah sarawak. tapi kos pos berbeza ya. boleh tengok web easy parcel untuk senarai caj pos

      Delete
  17. As salam..saya nak tanya..kalau sy nk pos 1 atau 2 barang je dan minta pihak easy parcel ambil barang saya di rumah, saya kena bayar kos utk pos saja atau kos pick up pon kena bayar? Berapa ye kalau kos pick up?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Jasmira
      kalau easy parcel dia akan pickup free. maksudnya nnti akan tolak dari kredit je
      dia dtg cuma collect parcel shj

      Delete
  18. Salam. Nak tanya, kertas consignment note dia nak print pakai kertas apa? A4 biasa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam shah,
      ya guna A4 paper biasa shj

      Delete
  19. Brape rate tuk setiap gram... Ada detail x... Maximum brape kg?

    ReplyDelete
  20. Terima kasih kak...akk sangat2 membantu org mcm sy...☺☺☺☺

    ReplyDelete
  21. Hi farah. Nak tanya, kalau kita hantar sendiri kat pejabat pos, nnti kita letak mcm kita hantar pos prabayar je ke? Atau kene cakap pape dekat org pejabat pos? Ada salinan untuk pejabat pos sekali x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nufa!

      Awak akan kena isi satu borang ni, warna pink. x ingt plak nama dia apa. nnt kepilkan borang tu bersama dengan salinan yang ketiga (warna biru) . salinan last sekali (warna oren) awak simpan sbgai rujukan.

      Delete
  22. Salam, kak..biase kite post gune poslaju kan dia masuk consignee note tu dlm satu plastics. then kalo gune easypacel kite mcamane? perlu beli plastic tu utk msk consignee note? atau tampal jer kat parcel kite guna glue?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      kalau awak guna easy parcel, plastik apa smua awk kena beli sendiri. ramai seller ada jual juga plastik poslaju ni. tapi utk setengah cawangan poslaju, awk boleh dapatkan plastik poket tu secara free. tgok budi bicara dorng jugak lah mcm mana.

      sbb tu sy prefer buka akaun kontrak sbb semua aksesori termasuk borang, plastik, stiker fragile semuanya dibekalkan

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...