Monday, September 20, 2021

[Shopee Tutorial] Cara - Cara Nak Setting Airway Bill & Packing List Shopee Untuk Print Dalam Satu Page

Sejak sejak pandemik ni, ramai yang ambil peluang mula berniaga kan?Ada yang start pacak khemah, ada juga yang start buat online business.  Bagi aku la kan, meniaga online ni lagi senang. Sekarang semua benda boleh post. Sampai benda tak terfikir nak beli online pun boleh beli kan kan?


Kalau cakap bab meniaga online ni, ramai yang menjual dekat Shopee. Okay entry ni aku bukan nak cerita pasal macam mana nak setup kedai ke apa dekat Shopee. Tapi aku nak share cara macam mana untuk korang, sebagai 'seller/penjual' untuk lebih mudah nak print AWB (airway bill atau kertas yang kita print ada detail alamat customer semua tu). 


Biasanya kalau direct print dekat Shopee Seller Centre, kita cuma ada option untuk print Shopee punya packing list secara berasinganPacking list ni penting lagi lagi untuk seller yang jual bermacam barang. Tanpa packing list, akan jadi pening la nak double check customer tu order barang apa. So bila ada packing list, lagi teratur urusan kita nak membungkus parcel tu. Tak ada la nak ulang alik check dalam sistem shopee.


Macam aku cakap, kalau print direct dekat Shopee; packing list tu akan di print berasingan. Maksudnya untuk setiap customer, korang kena print 2 keping kertas :


1. Print AWB

2. Print Packing List


Contoh AWB dan packing list


Tak ke membazir kertas camni, kan? So demi mengurangkan penggunaan kertas, aku nak share la dengan korang caranya macam mana untuk custom kan AWB tu supaya lengkap, siap ada :


- Details pengirim

- Details penerima

- Senarai SKU, detail order

- Jumlah kuantiti order

- Buyer note (kalau pembeli ada remark apa apa)

- Boleh letak gambar produk juga


Ini contoh AWB yang korang boleh custom


Haa korang boleh custom ikut mana korang rasa sesuai la. 


Untuk dapatkan features ni, kita akan menggunakan 3rd party website iaitu : 


https://www.bigseller.com/



Bigseller ni apa? 


Bigseller ni ialah sebuah platform yang memudahkan untuk korang manage order dan inventory produk produk e-commerce korang. Contohnya korang ada menjual dekat Lazada & Shopee, korang takpayah pening pening nak adjust inventory or edit listing satu satu. Korang boleh buat directly dekat BigSeller ni je. Bigseller akan sync automatically dengan akaun Shopee & Lazada korang.


Jangan risau, BigSeller tak simpan password korang. Korang cuma bagi token access authorization je untuk sync kan semuanya.


Macam aku, aku takde pun menjual dekat Lazada. Aku cuma ada shop dekat Shopee je. Tapi aku guna BigSeller ni semata untuk print AWB ni je haha. Bagi aku, template AWB dekat BigSeller ni memudahkan urusan aku nak packing barang. Takpayah nak banyak kali double check dalam sistem, untuk tahu customer tu order item yang mana. Sebab semua akan dilistkan dalam satu page.


[Shopee Tutorial] Cara - Cara Nak Setting Airway Bill & Packing List Shopee Untuk Print Dalam Satu Page



1. Create account di https://www.bigseller.com/


2. Pergi ke Setting > Integrations



Cari Shopee atau Lazada. Click "Add New Store" dan ikut arahan untuk connect kan store korang.


3. Bila dah connect, pergi ke Setting > Shipping Settings




Click : "Shipping Methods for Shopee" Lepastu pilih Malaysia






Make sure toggle button "ON" lepastu click EDIT






Cargo carry method : Pilih Pickup atau Dropoff
Print Packlist : Biarkan off. Kalau tak nanti akan print 2 kertas

Bila keluar macam atas ni, click "CHANGE" , then akan pop up macam bawah ni :






Korang boleh pilih nak style macam mana. Sama ada TYPE 1 atau TYPE 2. Korang boleh pilih juga apa yang korang nak letak dekat AWB korang. Just tick tick je. Bila dah selesai, click "CONFIRM" and then "SAVE"


Macam tu je cara nak setting. Senang je kan? Untuk next post aku share cara macam mana nak process order pulak okay?


Semoga bermanfaat. Kalau ada apa apa soalan, korang boleh drop dekat bawah.





Related search : cara print awb shopee, cara print shopee, cara nak print order shopee, cara uruskan parcel shopee, cara nak pack order shopee, tutorial packing order 

Monday, June 14, 2021

McDonald's Malaysia Memberikan Penghargaan kepada para 'frontliners' medikal

McDonald's ni, seingat aku dari zaman kecik kecik lagi, memang sangat sangat giat dan aktif dalam menganjurkan program amal dan kebajikan. Aku ingat lagi dulu kalau kitorang makan dekat 'mekdi', bila masa dekat cashier, mesti aku mintak dekat mak aku baki duit syiling untuk aku masukkan dalam tabung dekat sebelah cashier yang ada logo bentuk senyum tu. Semangat tau nak support sekali. Aku suka tengok penggiatan diorang dalam usaha murni macam ni.



Bila aku dah start blogging, aku tak sangka aku berpeluang turut serta dalam majlis majlis amal yang McDonald's anjurkan. Sebelum ni, kalau masa bulan puasa tu, aku akan berpeluang join sekali program McDonald's berbuka dengan anak yatim. Kagum betul dengan inisiatif McDonalds untuk teruskan usaha 'giving back to community ni'.



So baru baru ni, McDonald's tengah aktif pula menaja makanan buat para frontliners medikal di lebih 70 buah hospital seluruh negara yang dianggarkan menjangkau kira-kira 30,000 petugas kesihatan. Inisiatif tajaan makanan sebagai tanda penghargaan kepada kita punya frontliners ni berlangsung selama sebulan iaitu dari 24 Mei dan bakal berakhir pada 30 Jun 2021 ni nanti.



Inisiatif terkini ini merupakan kesinambungan seruan #KitaBoleh yang telah dimulakan oleh McDonald’s Malayisa sejak dari awal PKP tahun lepas. Hashtag #KitaBoleh ni dilancarkan untuk para pengguna sosial media sama sama menggunakannya bagi memberikan tanda sokongan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kekal bersemangat berjuang memerangi pandemik Covid-19.



#KitaBoleh juga menjadi satu simbol penghargaan buat para frontliners yang berpenat lelah bertugas bagi memastikan kita semua kekal selamat. Good job McDonald's! Tajaan makanan ni katanya di sediakan sekurangnya seminggu sekali untuk setiap hospital.



Tahniah McDonald's atas usaha murni ni. Terubat penat lelah doktor doktor, nurse dan pekerja hospital yang bekerja keras tu kan? Good job juga untuk barisan team McDonald's yang turut serta turun padang untuk mengagihkan pek makanan ni semua. Kudos!


Kalau korang berminat untuk tahu apa lagi kempen kempen yang diusahakan oleh McDonald's Malaysia, boleh layari  www.facebook.com/My.McDonalds/.


Sunday, June 13, 2021

Wondercheese | Sekali dah layan memang susah nak stop!

 


Kalau cerita pasal Wondercheese ni rasanya ramai yang dah kenal. Antara jenama snek terawal juga la yang buat style cheesy cheesy ni. Walaupun sekarang dah banyak brand lain berlumba lumba nak buat lebih kurang sama, tapi Wondercheese tetap yang tersedap bagi aku.


Wondercheese ni memang favourite Hilmi. Ada satu fasa dulu, dia pantang nampak orang jual dekat kedai kedai ke, petrol pump ke, mesti dia nak beli haha. Dah la satu balang besar tu lek lek je dia habiskan sorang dalam masa berapa hari. Tapi takleh nak salah kan dia jugak sebab Wondercheese ni memang berhantu pun. Sekali makan tu dia cam eh eh eh tak boleh stop. Sedar sedar dah setengah balang woi. Nak menyesal tiada berguna hahaha.



Apa aku suka pasal Wondercheese ni, tak rasa muak dan tak buat kering tekak. Walaupun membalun setengah balang non stop sambil layan k-drama, memang syok. Cuma part tangan jela belemuih sikit haha. Tapi lepastu, dengan jari jari tu jilat sampai habis. Sedap punya pasal!



Aku sebenarnya pun tak faham, apa yang buatkan Wondercheese ni sedap sangat sampai boleh jadi ketagih. Sebab rasa lemak, masin, manis, pedas, cheesy, creamy dia tu serba cukup tau. Beliau cuma la sejenis snek kulit popia yang dia baluti cheese powder tapi adunan cheese powder dan kerangupan kulit popia tu uww memang sepadan and manthul bethul haha.


Sekarang ni Wondercheese dah ada new version tau, haa version 2.0. yang version 2.0 ni menggunakan keju yang berbeza dan kurang pedas. Jadi kalau siapa yang tak tahan pedas tu boleh la cuba yang 2.0. Aku kalau kerepek camni lagi pedas lagi layan haha. So ofcos laa aku punya preference ialah Wondercheese first edition. Tapi, version 2.0 punya rasa cheese dia lain sikit tau. Lebih berlemak dan sedap.


Ah sudah, confuse ye nak mana satu? Tapi takpayah pepening sebab Wondercheese sekarang ada another special version, kolaborasi bersama Rosix dan Bella iaitu Wondercheese Double Trouble.


Haa Double Trouble ni menggabungkan 2 in 1, Wondercheese first edition dan yang second edition dalam satu balang. Wohooo~ takpayah pening pening fikir dah, angkut satu balang Double Trouble ni, setel! 2 flavour dalam satu balang. Amacam? Onz tak onz?



Aku suka Wondercheese ni since jenama ni dah dikenali ramai, agent dan stockist pun ramai, so bila aku teringin nak makan tu, mudah je nak dapatkan dekat mana mana. Takpayah nak order online dan tunggu post. Kadang aku cari dekat Petronas area depan rumah ni pun ada. haa senang keje! Aku tengok ramai senang senang juga cari side income meniaga Wondercheese ni. Yela produk laku keras, senang jual weh. Korang kalau rasa nak cari side income tu, pergi la daftar jadi agent diorang. Kalau bab bab makanan ni orang suka beli and mudah jual tau. Lagipun brand pulak dah dikenali, takpayah nak susah susah marketkan. Sebab bab marketing ni aku confirm mesti HQ dah setelkan. Korang cuma tinggal promote dekat kawan kawan je.



Oh pumpang pumpang lupa nak mention harga pulak. Bagi aku harga Wondercheese ni berpatutan sangat. Dah la sebalang besar weh dia bagi.  Kalau yang version first edition tu ada dalam 2 size. 


400g - RM20

600g - RM25


Tengok macam tak berapa berat kan? Tapi satu balang tu mampat sedat tumpat haha. Puas hati beli. Ha yang version Double Trouble ni pulak cuma RM23 je. Dekat rumah ni dah jadi macam snek wajib ada dekat rumah. Ni time puasa pun, malam malam sambil tengok tv, cepat cepat curi masa nak mengunyah haha. Meskipun perut dah kenyang, nak jugak tu selit sikit Wondercheese hahaha. Untuk raya ni pun aku rasa memang ngam kalau korang jamu tetamu dengan Wondercheese. Confirm diorang suka! Tapi make sure jangan letak sebalang terus dekat depan la. Kang sedar sedar dah licin haha.


So kalau korang terliur tengok posting aku ni, pergi la cari agent dan stockist berhampiran korang untuk dapatkan. Takpun boleh contact HQ untuk dorang carikan agent berhampiran korang untuk hantarkan. Macam aku haritu pun sama, aku contact je HQ pastu diorang yang assignkan agent area office aku. Senang weh! Order pastu tunggu je. Setel!



Kalau nak order, or nak tahu maklumat lanjut, boleh pergi dekat Instagram rasmi Wondercheese ni ok?


Instagram : Wondercheese88


 



Okiee sekian aja cerita pasal Wondercheese. Beli tau jangan tak beli!









Related search : wondercheese, wondercheese doube trouble, wondercheese sedap, agent wondercheese, cara daftar agent wondercheese, kerepek cheese, harga wondercheese, bahan dalam wondercheese, kerepek viral, snek viral


Thursday, April 8, 2021

Buffet Ramadhan 2021 di S'lasih Padang & Asian Cuisine Menawarkan 100 Jenis Pilihan Juadah Memikat

 

Pejam celik pejam celik eh kejap je dah nak masuk bulan Ramadhan kan? Kalau bercakap pasal bulan Ramadhan ni, apa memori yang korang boleh recall semula?


Mesti teringat memori liat nak bangun sahur, memori mak marah pagi pagi sebab masing masing susah nak bangun, memori minum air paip masa kecik kecik (aku lah tu haha), memori pergi jalan jalan dekat bazaar ramadhan, memori semangat tunggu keluar senarai waktu berbuka puasa dekat tv lepastu jeles dengan sabah sarawak sebab berbuka awal.. lol !


dan banyak lagi!















Walaupun tahun lepas sambutan bulan Ramadhan kita memang totally berubah, Alhamdulillah tahun ni telah dikhabarkan banyak aktiviti aktiviti 'wajib' bulan Ramadhan dah pun diberi kebenaran untuk dijalankan. Solat tarawikh, bazaar ramadhan, buffet ramadhan... finally! Sebab benda benda ni la yang memeriahkan suasana kita sambutan bulan Ramadhan tu kan?



Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine sajikan masakan 'Padang' authentic


Walaupun nak balik kampung, berbuka dengan keluarga dan menikmati masakan kampung tu masih belum dapat direalisasikan, tapi bagi kita anak anak perantau di kota raya ni (ecehceh) jangan risau gais,  aku ada port baik untuk korang nikmati juadah masakan kampung yang authetic. Kalini, dengan gabungan citarasa dari seberang.



Korang penggemar masakan Padang? Kalau ya, korang wajib cuba masakan di Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine. Terdapat 2 cawangan; di Bangsar Shopping Centre dan Sunway Putra Mall. Dan bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine turut akan menawarkan konsep buffet.


Kalau dah namanya buffet, mestilah ada macam macam pilihan menu kan? Yass bethol tu wakk. Terdapat 100 jenis pilihan hidangan tau! sampai taktahu nak mula dengan yang mana haha.  Walaupun tak nyempat nak cuba setiap satu, tapi dari beberapa menu yang aku dah cuba, satu kesimpulan dan kata sepakat yang dapat dicapai, iaitu .... sedap!


Rasa masakannya serba serbi cukup. Aku ni walaupun asalnya bukan la orang kampung, dan tak reti nak compare masakan kampung sangat, tapi tekak aku masih boleh menganalisa bilamana sesuatu makanan itu sedap haha. Bila tanya kawan kawan yang lain pun rata rata nya setuju dan diorang cakap "kena dengan tekak" . 



Apa yang ditawarkan di Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine?



Yang membezakan Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine dengan restoran lain yang turut tawarkan menu masakan kampung ialah, di S'Lasih , tak terhad pada masakan melayu sahaja, terdapat juga pilihan masakan Padang dan masakan masakan Asia yang lain . 






Jadi dekat sini la korang berpeluang untuk mencuba semua jenis masakan ni. Antara menu yang wajib korang cuba dan menjadi signature S'lasih ialah Nasi Goreng Kambing Panas , Nasi Lemak Ayam Rendang Terjungkit, Ayam Gulai, Ayam Goreng Berempah dan Dendeng Balado Cabe Merah Kering. 









Lagi satu, biasa kita makan sate dengan kuah kacang kan? Ha dekat sini, Sate Kambing dihidangkan dengan kuah kicap manis pedas tau. Menarik kan? 


Lagi menu menarik untuk korang cuba di buffet Ramadhan S'Lasih Padang & Asian Cuisine ini ialah Roti Canai Burrito dan Rendang Daging. Rendang Daging ni di sediakan dengan penuh kasih sayang tau. Direbus selama lapan jam dalam santan dan dimasak perlahan sehingga kering. Haa baru la dapat hasilkan rendang daging yang terbaik.




Senarai Harga Buffet Ramadhan Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine


Banyak lagi menu best yang tersedia untuk korang nikmati di Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine ni. Tapi make sure untuk ambil pakej buffet la. Baru berbaloi dapat cuba semua jenis menu. Sekarang ni tengah ada promosi harga early bird tau. Jadi kalau korang berminat untuk booking makan sendiri ke, dinner company ke, kena book cepat. Baru la dapat jimat banyak. 

Harga buffet ramadhan di Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine ni berbeza mengikut outlet. Di Bangsar Shopping Centre :


HARGA EARLY BIRD:

Dewasa: RM75.00

Kanak-Kanak: RM25.00


HARGA NORMAL:

Dewasa: RM89.00

Kanak-Kanak: RM40.00



Manakala di Sunway Putra Mall :


HARGA NORMAL (tiada Early Bird Promo)

Dewasa: RM30.00

Kanak-Kanak: RM10.00



**Dari segi variasi menu, cawangan di Sunway Putra Mall menyediakan pilihana menu yang lebih terhad.




Buffet Ramadhan 2021 Restoran S'Lasih bermula dari 13/4/2021 hingga 3/5/2021 dari jam 5.30pm hingga 9.00pm setiap hari. 


=====================================


S'lasih Padang & Asian Cuisine 

Bangsar Shopping Centre

Lot T3, 3rd Floor,

Jalan Maarof,

59000 Bangsar,

Kuala Lumpur.


S'lasih Padang & Asian Cuisine 

Sunway Putra Mall

Level 4- 43C,

Kuala Lumpur.


Hubungi:

+60320115444

+60145114769 (Whatsapp)


www.instagram.com/slasih.cuisine | www.facebook.com/slasih.cuisine


Wednesday, February 10, 2021

Mega BiO-LiFE GLOW : Supplement kecantikan sesuai untuk yang lalui gaya hidup sibuk

Bila cerita pasal 'supplement', I know ramai yang sceptical. Lagi lagi kalau yang claim untuk cantikkan kulit. Yela, sekarang kan dekat pasaran penuh dengan lambakan macam macam supplement kecantikan yang tak berdaftar. Bahaya tau kalau ambil supplement tak berdaftar ni. Yela, tak lalui proses saringan KKM, tak ada buat lab test, bab hygiene masa proses penghasilan produk pun tak tahu bersih ke tak.


Sebab tu la kalau nak cari supplement sebaiknya cari yang memang ada dekat farmasi. At least boleh bagi 'ease of mind' sebab dah sah sah la produk dijual dekat farmasi ni semuanya berdaftar dan lalui proses saringan yang ketat sebelum boleh dijual. Sama la juga macam produk produk yang ada dekat drugstore macam Watsons. Dekat sana cuma dijual produk produk yang disahkan selamat.


Supplement kecantikan ni, bagi aku sendiri la; memang perlu. Sebab aku percaya yang kecantikan tu boleh dibina dari dalam. Maksud aku melalui proses pengam




bilan vitamin dan nutrisi yang diperlukan oleh kulit. Sebab kadang kadang pakai skincare semata pun tak cukup.


Korang pernah dengar tak jenama "MEGA We Care"? MEGA We Care ni dikenali sebagai jenama supplement la. Sebelum ni aku selalu beli vitamin C daripada jenama ni. Tapi kalini aku cuba pula diorang punya beauty supplemet ; GLOW.


Dah lama perhati masa lalu lalang dekat Watsons. Haritu masa window shopping dekat Lazada pun ada juga. Setelah sekian lama GLOW ni lalu lalang, finally aku decide nak cuba jugak.


Yang buat aku macam ter-convince untuk try GLOW ni, ofcos la sebabkan bila aku dah tengok senarai ingredients dekat dalam dia. Kalau setakat bahan biasa biasa, aku pun malas nak layan. Baik makan Vitamin C je hehe. Mula mula baca, aku tengok GLOW ni claim yang ianya diformulasikan dengan SKHN Complex.


Aku macam "amende SKHN Complex ni? tak pernah dengar pun?" 


Okay sambung baca. 



Rupanya SKHN Complex ialah kombinasi 11 jenis natural plant extract dan marine protein yang telah dipatenkan. Haa maksudnya, doses and amount of plant extract & marine protein yang dicombine sebagai SKHN Complex ni ialah menghasilkan formula unik yang bawa banyak manfaat pada kulit antaranya dapat membantu mencantikkan dan melindungi kulit dari dalam.



Yang aku suka pasal GLOW ni ialah sebabkan ianya datang dalam bentuk softgel. Aku pantang betul kalau supplement jenis bancuh bancuh sebab malas betul nak prepare. Kalau jenis pil segabak segabak tu pun aku tak suka juga. GLOW ni softgel nya sangat senang nak ditelan dan mudah dihadam. Lagi best, tak ada after taste pelik pelik lepas telan tu. Sekali rasa macam manis manis coklat pun ada juga. Pendek kata, bab nak consume hari hari tu, sangat memudahkan. Aku cuma bawa je siap siap sepapan kalau aku ada nak travel mana mana.


Seeloknya ambil GLOW ni 2 kali sehari untuk kesan maksimum. Tapi ada masa masa tu aku lupa juga nak makan 2 kali. Kadang tu ambil sekali sehari je. But surprisingly, still cepat nampak hasil.


So what can you expect bila amalkan GLOW ni?


GLOW ni bukannya buatkan kulit korang putih melepak. Ianya lebih memfokuskan untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat, lebih glow, yang tak nampak kusam & nampak 'lively'. Awal awal pengambilan tu pun dah boleh notice yang kulit nampak lagi moist and dewy. Tapi nak hasil lagi best, kena banyakkan minum air kosong juga.


So far sampai tarikh yang aku menulis ni, aku dah masuk kotak ke 3. Ni pun kadang aku tak consistent makan. Kalau korang consistent makan hari hari mesti lagi cepat nampak hasil. Aku sekarang dah kena start lagi ambil kisah bab kulit, lagi lagi nak buat apa je untuk galakkan kulit hasilkan lebih banyak kolagen sebab yela, sis dah masuk 3 series. Makanya kulit dah start lose elasticity, dah start nak ada kedutan. So kena la cepat cepat bertindak!


Lagipun kulit kita ni makin cepat kusam, nampak tak bermaya disebabkan faktor faktor macam ;

  • Tak cukup tidur
  • stress
  • pencemaran udara datang dari asap kenderaan
  • sinaran UV


Nak elakkan benda benda atas ni memang susah la. So apa yang aku boleh buat, ambil GLOW ni ha. Kulit nampak lagi bermaya & radiant, tanpa perlu pakai makeup tebal tebal.


Ah btw, yang 11 jenis natural plant extract & marine protein yang aku cakap tadi tu ialah ;


  • Marine Protein : 100mg
  • Silica : 5mg
  • Tomato Extract : 25mg
  • Green Tea Extract : 50mg
  • Lemon Bioflavonoids : 50mg
  • Hydrolyzed Collagen : 30mg
  • Vitamin C : 30mg
  • Grape Seed Extract : 20mg
  • D.Salina Extract : 15mg
  • Pine Bark Extract : 10 mg
  • Vitamin E : 7.5 IU


See? Haa banyak bahan bahan yang diketahui umum yang bagus bagus untuk kulit. Selalu kan dengar Tomato extract, vitamin c, vitamin e tu bagus untuk kulit? Now semua ada dalam satu capsule.


Kalau korang memang tengah tercari cari supplement apa yang bagus untuk kulit, cubalah GLOW ni. try dulu sekotak. I'm sure you'll see the difference! Buat masa ni yang aku tahu GLOW ni boleh didapati di Watson's dan Lazada. So boleh la try tengok dekat situ okay?

Tak pun korang boleh purchase guna Faa punya affiliate link untuk dapatkan diskaun 30% dekat MEGA BiO-LiFE’s Official Lazada Page!   ðŸ‘‰ http://Biolife.2.vu/frhdafri 




On My Instagram