Buffet Ramadhan 2021 di S'lasih Padang & Asian Cuisine Menawarkan 100 Jenis Pilihan Juadah Memikat

Thursday, April 8, 2021

 

Pejam celik pejam celik eh kejap je dah nak masuk bulan Ramadhan kan? Kalau bercakap pasal bulan Ramadhan ni, apa memori yang korang boleh recall semula?


Mesti teringat memori liat nak bangun sahur, memori mak marah pagi pagi sebab masing masing susah nak bangun, memori minum air paip masa kecik kecik (aku lah tu haha), memori pergi jalan jalan dekat bazaar ramadhan, memori semangat tunggu keluar senarai waktu berbuka puasa dekat tv lepastu jeles dengan sabah sarawak sebab berbuka awal.. lol !


dan banyak lagi!















Walaupun tahun lepas sambutan bulan Ramadhan kita memang totally berubah, Alhamdulillah tahun ni telah dikhabarkan banyak aktiviti aktiviti 'wajib' bulan Ramadhan dah pun diberi kebenaran untuk dijalankan. Solat tarawikh, bazaar ramadhan, buffet ramadhan... finally! Sebab benda benda ni la yang memeriahkan suasana kita sambutan bulan Ramadhan tu kan?



Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine sajikan masakan 'Padang' authentic


Walaupun nak balik kampung, berbuka dengan keluarga dan menikmati masakan kampung tu masih belum dapat direalisasikan, tapi bagi kita anak anak perantau di kota raya ni (ecehceh) jangan risau gais,  aku ada port baik untuk korang nikmati juadah masakan kampung yang authetic. Kalini, dengan gabungan citarasa dari seberang.



Korang penggemar masakan Padang? Kalau ya, korang wajib cuba masakan di Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine. Terdapat 2 cawangan; di Bangsar Shopping Centre dan Sunway Putra Mall. Dan bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine turut akan menawarkan konsep buffet.


Kalau dah namanya buffet, mestilah ada macam macam pilihan menu kan? Yass bethol tu wakk. Terdapat 100 jenis pilihan hidangan tau! sampai taktahu nak mula dengan yang mana haha.  Walaupun tak nyempat nak cuba setiap satu, tapi dari beberapa menu yang aku dah cuba, satu kesimpulan dan kata sepakat yang dapat dicapai, iaitu .... sedap!


Rasa masakannya serba serbi cukup. Aku ni walaupun asalnya bukan la orang kampung, dan tak reti nak compare masakan kampung sangat, tapi tekak aku masih boleh menganalisa bilamana sesuatu makanan itu sedap haha. Bila tanya kawan kawan yang lain pun rata rata nya setuju dan diorang cakap "kena dengan tekak" . 



Apa yang ditawarkan di Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine?



Yang membezakan Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine dengan restoran lain yang turut tawarkan menu masakan kampung ialah, di S'Lasih , tak terhad pada masakan melayu sahaja, terdapat juga pilihan masakan Padang dan masakan masakan Asia yang lain . 






Jadi dekat sini la korang berpeluang untuk mencuba semua jenis masakan ni. Antara menu yang wajib korang cuba dan menjadi signature S'lasih ialah Nasi Goreng Kambing Panas , Nasi Lemak Ayam Rendang Terjungkit, Ayam Gulai, Ayam Goreng Berempah dan Dendeng Balado Cabe Merah Kering. 









Lagi satu, biasa kita makan sate dengan kuah kacang kan? Ha dekat sini, Sate Kambing dihidangkan dengan kuah kicap manis pedas tau. Menarik kan? 


Lagi menu menarik untuk korang cuba di buffet Ramadhan S'Lasih Padang & Asian Cuisine ini ialah Roti Canai Burrito dan Rendang Daging. Rendang Daging ni di sediakan dengan penuh kasih sayang tau. Direbus selama lapan jam dalam santan dan dimasak perlahan sehingga kering. Haa baru la dapat hasilkan rendang daging yang terbaik.




Senarai Harga Buffet Ramadhan Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine


Banyak lagi menu best yang tersedia untuk korang nikmati di Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine ni. Tapi make sure untuk ambil pakej buffet la. Baru berbaloi dapat cuba semua jenis menu. Sekarang ni tengah ada promosi harga early bird tau. Jadi kalau korang berminat untuk booking makan sendiri ke, dinner company ke, kena book cepat. Baru la dapat jimat banyak. 

Harga buffet ramadhan di Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine ni berbeza mengikut outlet. Di Bangsar Shopping Centre :


HARGA EARLY BIRD:

Dewasa: RM75.00

Kanak-Kanak: RM25.00


HARGA NORMAL:

Dewasa: RM89.00

Kanak-Kanak: RM40.00



Manakala di Sunway Putra Mall :


HARGA NORMAL (tiada Early Bird Promo)

Dewasa: RM30.00

Kanak-Kanak: RM10.00



**Dari segi variasi menu, cawangan di Sunway Putra Mall menyediakan pilihana menu yang lebih terhad.




Buffet Ramadhan 2021 Restoran S'Lasih bermula dari 13/4/2021 hingga 3/5/2021 dari jam 5.30pm hingga 9.00pm setiap hari. 


=====================================


S'lasih Padang & Asian Cuisine 

Bangsar Shopping Centre

Lot T3, 3rd Floor,

Jalan Maarof,

59000 Bangsar,

Kuala Lumpur.


S'lasih Padang & Asian Cuisine 

Sunway Putra Mall

Level 4- 43C,

Kuala Lumpur.


Hubungi:

+60320115444

+60145114769 (Whatsapp)


www.instagram.com/slasih.cuisine | www.facebook.com/slasih.cuisine


Post a Comment

On My Instagram