Lokasi Riadah Sekeluarga Untuk Layan Air Terjun @ Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh Terengganu

Monday, August 10, 2020


Hello semuanya! 

Kalau korang ada follow aku dekat instagram, mesti tahu yang aku baru je balik dari trip ke Terengganu haritu. Kalau nak kirakan, aku ni asalnya dari Pantai Timur jugak. Mak aku orang Besut tapi kampung kitorang bukan dekat Terengganu dah la. So cerita pendeknya, aku tak pernah lagi la berjalan jalan makan angin dekat Terengganu tu. Kalau ada pun, setakat lalu je masa on the way balik dari Kelantan nak ke Kuantan haha.

Makanya, bila Bamzar & Pika ajak aku pergi #ExperienceTerengganu, ofcos lah sis onzz!


Special thanks to @amazingterengganu yang sama sama menjayakan #ExperienceTerengganu kali ni. Sebabkan diorang la, kitorang dapat explore banyak tempat best di Terengganu. Semua ceruk ceruk kami pergi haha.

Untuk keseluruhan aktiviti kitorang kalini, banyak yang melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang dan Setiu. So nak senang and tengah tengah, kitorang pilih untuk stay dekat hotel area bandar Kuala Terengganu je untuk aktiviti island hopping semua tu. Bagi aktiviti di daerah Marang dan Setiu, jarak perjalanan dari Kuala Terengganu biasanya ambil masa 40 minit ke 1 jam setengah. Tapi kalau korang taknak pening pening nak buat itinerari, ha ko follow jela itinerari kitorang ni.

Mari kita mulakan dengan ; DAY 1

Lata Kolam Air Deru Ecopark

Masa aku share pasal Lata Kolam ni, rata rata followers aku duduk dekat Terengganu pun tak pernah sampai lagi kat sini. Masa sihhhh?? Tempat ni best teruk oke! Kalau aku stay Terengganu, lagi lagi if area Jerteh tu, mau aku datang mandi sini hari hari.

Lata Kolam Air Deru Ecopark ni punya main attraction nya ialah Lata Kolam tu sendiri, atau nama lainnya; Pengkalan Raja (Emerald Pool). Dekat sini, ada 3 pengkalan kesemuanya. Bermula dengan Pengkalan paling chill dan sesuai untuk kanak kanak mandi, iaitu Pengkalan Suri.




Kemudiannya diikuti dengan Pengkalan Dua. Dekat Pengkalan Dua ni, paras air nya agak dalam. Untuk aku yang 158cm ni pun dah nak cecah paras leher dah. Untuk budak budak tak sesuai la. Tapi kalau nak feeling berenang, sini la syok.

Haa lepastu naik sikit baru la jumpa Pengkalan Raja/Emerald Pool/Lata Kolam ni. Haa amek, ada 3 nama ye haha. Tapi dekat Pengkalan Raja ni tak dibenarkan mandi (for now) dan kalau nak mandi kena pakai life jacket. Kedalaman air dari 3 meter ke 5 meter ye. Jangan buat hal. Kalau orang kata jangan, haa ikut je. Jangan banyak tanya haha. Demi keselamatan bersama, ok? Btw nak ke Pengkalan Raja ni kena jalan kaki ataupun naik 4x4. Kereta biasa tak lepas ye nak naik. Kena parking dekat pintu Pengkalan Dua and lepastu jalan. Tapi takde jauh mana pun. Dalam 15 minit perjalanan je. Lepastu, dah sampai :)



Dekat sini korang boleh datang day trip/ berkelah ataupun bermalam sekali. Ada banyak jenis penginapan yang boleh dipilih mengikut keselesaan korang.

1. Cabin Dorm
2. Tube Lodge
3. Glamping
4. Giant Tunnel
5. Dome Tent

harga semua berbeza mengikut jenis. Aku tak sure kalau ada beza harga ke tak bila peak or low season. Tapi yang aku tahu semuanya affordable.

Haritu kitorang stay dekat Tube Lodge jenis Exclusive. Untuk bahagian atas RM100/night, bawah pula RM80/night. Kalau korang tanya aku mana yang best? Atas ke bawah? ada pros and cons la.



Kalau bahagian atas, lebih privacy dan view cantik. Tapi waktu siang omo so panas hahahaha kering sis dalam tu bersauna. Kalau belah bawah pulak orang lalu lalang sikit la depan tube kita. Unless memang korang datang ramai ramai dengan family or member member je, so rilek sikit la.

Yang bestnya pasal Tube Lodge Exclusive ni, toilet dekat! haha. Kalau ambik tube lodge yang biasa tu, toilet ko kena menapak jauh sikit. Yang tube kitorang ni toilet dekat sebelah je. Toilet bersih dan selesa. 

Dekat sini ada cafe juga. So takyah pepening la fikir nak makan apa bila dekat sini. And makanan dekat sini fuhhh sedap sedap semuanya! Serious tak tipuuu. Ke memang makanan dekat Terengganu ni semua nya sedap? hehe.



Selain aktiviti mandi manda, ada banyak lagi aktiviti korang boleh buat dekat sini antaranya memanah, ATV dan juga hiking (with guide). Masa kitorang datang haritu, limitation untuk aktiviti ATV masih lagi dikuat kuasa. So tak dapatla kitorang nak cuba main ATV tu. Tapi kitorang dah cuba memanah! Bestt! Harga pun mur mur je, cuma RM5 untuk 7 arrow.

Dekat sini ada juga ditawarkan aktiviti water rafting dan walking ball pada korang yang berminat nak cuba. Anything just enquire je dekat diorang.

Overall memang pengalaman yang menyeronokkan dan memuaskan hati sepanjang dekat sini. Service tiptop, makanan tiptop, tempat pun cantik sangat. Memang ada rezeki nanti nak datang sini lagi. Tapi next time nak tidur dua malam pulak. Sebab 1 malam tak cukup hehe.


Kesimpulan;


  • Tiket masuk harian - RM2/seorang 
  • Memanah - RM5/7 arrow
  • Exclusive Tube lodge - RM100 (atas) RM80 (bawah)



Untuk booking dan sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp ataupun DM di facebook 


Mandi air terjun dah setel, next? Jom kita tubing di Sungai Berang! See you in the next post!















Related search : Lata Kolam Terengganu, pusat rekreasi terengganu, air terjun terengganu, senarai air terjun cantik terengganu, tempat menarik di terengganu, kawasan pelancongan terengganu, tempat melancong terengganu, tempat picnic terengganu, lokasi berkelah terengganu, tempat cantik berkelah terengganu, kolam air terjun best terengganu, tempat menarik di jerteh terengganu

2 comments

  1. Beautiful write-up, Faa! Alahai rindunya trip ni! And Lata Kolam ni sangat recommended kan!

    ReplyDelete

On My Instagram