Pengalaman Kehidupan Desa di Banghuris Homestay | Senarai Pakej dan Aktiviti

Monday, August 10, 2020


Selalu kalau orang sebut homestay, apa yang korang faham? sekarang ni definisi homestay tu orang dah sama kan dengan konsep Airbnb. Yang jenis kita sewa satu rumah & duduk ramai ramai. kan?

Tapi konsep sebenar homestay ialah, kita menumpang/ menjadi tetamu dekat sesebuah rumah & ada host yang akan raikan kita.

Konsep homestay macam ni, masih lagi wujud dan diterapkan di Banghuris Homestay. Terletak tak jauh dari KL, di Sg Pelek, Sepang Selangor. Kira kira 35 kilometer dari KLIA, 50 km dari Putrajaya, 70 km dari Kuala Lumpur, 40 km dari Port Dickson dan hanya 15 km dari Sepang Gold Coast, sekarang semua orang pun boleh alami pengalaman 'homestay' sebenar.

homestay kami untuk 3 malam


Program kerjasama UPEN, Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Gaya Travel


Banghuris Homestay dah mula beroperasi dan sebenarnya terkenal di kalangan pelancong luar tau. ha heran kan? kita orang Malaysia sendiri pun taktahu kewujudan pusat aktiviti macam ni. Aku pun first time dengar pasal Banghuris Homestay ni. Terima kasih kepada program #KitaKeKampung anjuran Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dengan pengurusan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan sokongan dari Gaya Travel, ha merasa la pengalaman ber- homestay selama 4hari3malam dekat sini. Baru la feeling vibe desa tu. Tapi desa bukan sebarang desa ye. Disebabkan populasi penduduk dekat sini ramainya dalam kalangan orang Jawa. Makanya merasa la pengalaman jadi orang Jawa kejap hehe.

Dari zaman aku sekolah dulu lagi, mesti excited bila dengar cerita kawan kawan pergi program anak angkat. Dapat family angkat baru. Kalini, turn aku pulak dapat family angkat hahaha. Dah umur senja baru merasa weh.

feeling feeling gadis desa pakai baju kurung kedah hehe

Untuk peserta program yang lain, untuk satu homestay ada yang duduk bertiga, berempat. Tapi kes aku ni, aku cuma berdua je dengan Syafiqah Hashim. Nama mak angkat kitorang ialah Kartinah. Tapi kitorang panggil dia Mama je. Mama ni memang dah selalu jadi host. Katanya, pelancong dari Jepun yang suka join program ni. so ramai la anak angkat dia yang dari Jepun. Best kan dapat tambah kenalan macam ni. kalau zaman belum ada phone tu, syok la main balas balas surat hehe.

Penubuhan Banghuris Homestay


Sedikit info untuk pengetahuan korang. Banghuris ialah gabungan nama 3 buah kampung. Iaitu;

Kampung Bukit Bangkung
Kampung Hulu Chuchoh
Kampung Hulu Teris

Ha bila digabungkan semua, jadilah Banghuris. Kata Mama, bila digabungkan 3 buah kampung ni, Banghuris Homestay mempunyai 80 buah rumah penginapan dan 100 buah bilik penginapan kesemuanya! dan Banghuris juga telah dinobatkan sebagai 'Best Homestay in Malaysia' pada tahun 2004 dari Tourism Malaysia. Wow!

So kalau kita join program ni, macam mana nak tahu korang dapat rumah yang mana? Boleh pilih ke?

Untuk bab arrangement rumah ni, akan dibuat oleh pihak pengurusan. Bergantung pada availability dan jenis jenis aktiviti yang korang akan buat. So akan jadi random la. Ada 100 lebih kot homestay nya haha. Untuk aktiviti contohnya macam perusahaan kerepek, buah naga etc, pun ada banyak dekat sini. Jadi dalam usaha nak bagi peluang dekat semua pengusaha dapat same amount exposure, diorang akan gilir gilir la. Takkan dibawa ke tempat yang sama.



lawatan ke ladang buah naga


Cakap pasal aktiviti, ada banyak aktiviti menarik boleh kita buat dekat sini. Antara aktiviti yang aku sempat cuba (dan tengok demo) ialah permainan gasing, menyumpit, memasak rebung, lawatan ke ladang buah naga, membuat wau, menerbangkan wau, tengok proses pembuatan belulang lembu dan macam macam lagi. Nanti aku share full itinerari dalam post lagi satu.

Sementara aku siapkan entri tu, ha ni senarai pakej yang tersedia untuk korang yang berminat nak alami pengalaman 'berkampung' di Banghuris Homestay.

Tersedia dalam pakej 3 hari 2 malam, 2 hari 1 malam dan Day Trip.


demo permainan gasing 

Senarai harga pakej penginapan dan aktiviti di Banghuris Homestay, Sg Pelek Sepang

========================================================


Pakej 3 Hari 2 Malam | Banghuris Homestay - RM260

➥ Hari 1

- Welcome drink, briefing; berkenalan dengan host family
- Agro visit :

  • Lawatan ke ladang kopi - demo proses kopi secara tradisional
  • Lawatan ke ladang kelapa sawit - demo kait buah kelapa sawit
  • Lawatan ke ladang getah - demo menoreh getah
  • Lawatan ke dusun buah (AGROTEK)


- Makan malam bersama keluarga angkat

➥ Hari 2

Lawatan ke pusat pusat IKS (Industri kecil sederhana)

  • - Kilang pembuatan kerepek
  • - Kilang produk sejuk beku
  • - Kilang snek tradisional (Cakar ayam)


Sesi petang ;

  • Permainan tradisional :
  • Congkak
  • Batu Seremban
  • Sepak raga


Sesi malam ;
Malam kebudayaan

➥ Hari 3

Lawatan ke kilang

  • - Mee kuning
  • - Tauhu
  • - Tempe


Special souvenir programme (Tree planting di Homestay Activity centre)

Pakej 2 Hari 1 Malam | Banghuris Homestay - RM160

➥ Hari 1

- Welcome drink, briefing; berkenalan dengan host family
- Agro visit :

  • Lawatan ke ladang kopi - demo proses kopi secara tradisional
  • Lawatan ke ladang kelapa sawit - demo kait buah kelapa sawit
  • Lawatan ke ladang getah - demo menoreh getah
  • Lawatan ke dusun buah (AGROTEK)


- Makan malam bersama keluarga angkat

➥ Hari 2

Lawatan ke pusat pusat IKS (Industri kecil sederhana)

  • - Kilang pembuatan kerepek
  • - Kilang produk sejuk beku
  • - lawatan ke pusat aktiviti homestay



Pakej Day Trip 1 Hari | Banghuris Homestay - RM70

- Welcome drink, briefing
- Agro visit :

  • Lawatan ke ladang kopi - demo proses kopi secara tradisional
  • Lawatan ke ladang kelapa sawit - demo kait buah kelapa sawit
  • Lawatan ke ladang getah - demo menoreh getah
  • Lawatan ke dusun buah (AGROTEK)


Lawatan ke pusat pusat IKS (Industri kecil sederhana)

  • - Kilang pembuatan kerepek
  • - Kilang produk sejuk beku
  • - lawatan ke pusat aktiviti homestay


========================================================

So ini dia berita baik untuk korang sama sama rasai pengalaman desa bersama kawan kawan atau pun keluarga. Selalu jalan jalan hotel je kan? Ha ini baru la rare hehe.

For more info dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor ni :

Tel : 013-3003942 / Fax : 03-31421010 (Haji Basir Bin Wagiman)
Tel : 019-3919547 (Puan Misriah Bt Natijo)
Tel : 019-6497655 (En. Azizi Bin Haji Basir)








Related search : Senarai pakej Banghuris Homestay, Aktiviti di Banghuris Homestay, cara daftar Banghuris Homestay, program homestay malaysia, program exchange student malaysia, program anak angkat malaysia, program kampung stay malaysia, pengalaman desa di malaysia, pengalaman kampung malaysia, village experience malaysia


2 comments

  1. Terbaik la Blog ni. Saya pulak tgh buat case study dekat Banghuris, memang best bila baca.

    ReplyDelete

On My Instagram