Nak jalan jalan dekat mall Pavilion? SOP New Normal yang cekap dan teratur, rasa lebih selamat!

Tuesday, June 23, 2020




Sejak PKP dah lifted dan digantikan dengan PKPP, kita dah mula bebas dan mudah bergerak sikit. So masa ni ramai yang ambil peluang untuk teruskan aktiviti normal macam biasa contohnya pergi ke shopping mall, gym, dan beriadah. Tapi mesti ada je antara kita kita ni yang still lagi paranoid dan takut nak keluar rumah kan?

Bab berjaga jaga tu bagus, tapi mengikut saranan kerajaan dan dengan adanya SOP (standard operating procedure) yang rapi dan thorough, insyaAllah semuanya akan baik baik aja.

Bagi yang sampai harini pun rasa seram seram nak pergi ke shopping mall, meh sini Faa share sikit antara SOP yang di laksanakan di Pavilion, Kuala Lumpur. Confirm lepas korang baca ni, dah boleh rasa lega dan excited nak jalan jalan hehe. Lagipun, masa ni lah kita nak #CutiCutiMalaysia. Jom manfaatkan peluang ni untuk buka mata dan minda and explore kecantikan negara sendiri. So kita mula dengan bandaraya Kuala Lumpur dulu hehe.

SOP Keselamatan dan Langkah Pencegahan COVID-19 di Pavilion Kuala Lumpur

Sama macam mana mana shopping mall pun, kita sekarang dah diwajibkan untuk lalui saringan di pintu masuk utama.  Kena scan QR code (atau manually tulis) , check temperature badan, dan gunakan hand sanitizer.




Dekat Pavilion ni, yang bagusnya dorang gunakan thermal scan dekat beberapa entrance utama yang terpilih, jadi proses nak masuk tu lagi cepat dan smooth. Takde laa jenuh beratur tunggu giliran nak masuk. Yang penting sampai je pintu tu, terus cara QR code, scan dan isi details.




Jangan malas dan jangan merungut ye isi details tu. Sebab untuk kepentingan kita juga. In case tibe tibe ada kes covid, senang nak trace dan untuk kita dihubungi. Jadi, lagi cepat dapat cegah rantaian covid-19 ni. Ngerti?

Disepanjang Pavilion ni juga, kalau perasan memang ada banyak markings/stickers dekat lantai untuk bagi reminder dekat kita supaya sentiasa jaga jarak sosial. Ye la kadang dah jalan syok syok tu sampai lupa pulak kan jarak sosial tu.




Ada beberapa kedai pun mula upgrade SOP diorang bagi memberikan ease of mind untuk kita para customer ni. Antara yang aku puji, ialah. dekat satu saloon di Pavilion ni (tak ingat nama). Dari luar boleh nampak yang hair stylist dia memang semuanya pakai apron, face mask dan bila dorang handle customer, akan pakai face shield. Glove pun tak dilupakan. For customer pulak, dipakaikan disposable plastik apron. Biasa kan dekat saloon pakai kan kita macam kain hitam/putih. Ha dekat sini, gunakan plastik pakai buang. So takde la kongsi dengan strangers lain. Wuuu good job!




Aku sempat singgah masuk YSL (makeup) boutique, and cuba diorang punya ModiFace; iaitu sejenis AI features yang memudahkan kita untuk cuba makeup virtually. Biasanya kan kita guna tester untuk tahu foundation or lipstick warna apa yang sesuai. Tapi dengan ModiFace, cuma pilih dekat screen je. Untuk gunakan features ni, promoter je yang boleh usik screen tu and akan assist kita. Kita tak dibenarkan untuk usik apa apa bagi mengelakkan sentuhan/ contact dekat permukaan screen. So lebih selamatt~




Kalau ikutkan observation aku sendiri, orang Malaysia ni semua pandai pandai and ikut arahan hehe. Boleh tengok semua patuh, pandai beratur and jaga jarak sosial sesama sendiri. So kalau nak keluar tu, takde masalah dah. Yang penting, jaga self hygience. Sebelum makan tu, basuh tangan dengan sabun dulu, pakai face mask, elakkan pegang pegang muka and dah balik rumah tu cepat cepat la mandi. Insyaallah selagi kita jaga kebersihan, semuanya baik baik aja.

Btw dekat Pavilion sekarang ni ada beberapa ongoing promotions tau, antaranya :

Welcome Back Redemption
- Complimentary RM20 dining cash voucher limit untuk 1 redemption per person (ends 30 June 2020). Boleh redeem dekat Porte Cochere atau Fashion Avenue Concierge di Level 2

Other promotions

Ada banyak promotion juga dekat most outlets, tengok barangan couture pun ada sale (jarang jarang berlaku). Ted Baker ada end of season sale, Reta ada Buy 1 Free 1 promo dan The Coffee Bean and Tea Leaf boleh dapat free sliced cake bila topup TCB card minimum RM50.

Kalau korang ada sebarang soalan atau perlukan bantuan, boleh dapatkan 'Welcome Back' ambassador yang pakai sash pink ni untuk bantu korang. Dorang akan berada di sekitar mall untuk assist korang if ada soalan and untuk provide kan korang dengan face mask dan hand sanitizers. Good job Pavilion KL!

Update : Surau di Pavilion KL sekarang dah kembali dibuka, tapi takde sejadah/telekung disediakan. Sila bawa korang punya sejadah dan telekung sendiri ye. Surau terletak di B2 (bawah Kyochon) dan Level 5 (bawah Tokyo Street)



Website : Pavilion KL
Instagram : @pavilionkualalumpur
Concierge : 03 2118 8833




Related search : SOP pavilion kl, surau pavilion kl dibuka, lokasi surau pavilion kl, waktu operasi pavilion kl, pavilion kl directory, senarai kedai makan pavilion kl

Post a Comment

On My Instagram