Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park) Dah Mula Beroperasi! Jangan lupa follow SOP ni

Tuesday, June 23, 2020

Mesti korang tengah bingung lagi kan, taktahu nak jalan kemana. Lagi lagi yang ada anak tu, takde idea nak bawa diorang kemana yang selamat dan dah bukak. So ni salah satu cadangan, apa kata korang jalan jalan ke Taman Burung Kuala Lumpur. 

Facts : KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) ialah free-flight walk-in Aviary terbesar di DUNIA! more facts - www.klbirdpark.com


Rasanya last time pergi Taman Burung ni masa darjah 5 kot, time lawatan sekolah hahaha. Lama betul yee tak ke sini. Bila pergi haritu, memang tak boleh recall memori datang sini. Tapi fun sebab create new memories.

Besar jugak taman burung ni, seeloknya allocate setengah hari dekat sini sebab nak jalan dan tengok satu satu attraction dekat sini.

Taman Burung ni terbahagi kepada 4 zon :

  • Zone 1
  • Zone 2
  • Zone 3 
  • Zone 4


Nak senang, masa sampai je dekat sini, minta maps dekat staff diorang. Supaya senang korang plan perjalanan dan boleh juga terus tumpu pada burung spesis mana yang korang berminat nak tengok.

Aktiviti dekat Taman Burung ni memang kids friendly. Anak anak boleh freely lari, burung burung pula banyak yang jinak jinak dan boleh tengok secara dekat sebab banyak burung yang dibiarkan bebas. Bukan budak budak je suka, orang besar pun excited datang sini taw.



Jangan lupa check juga jadual jadual show dan feeding time yang ada. Ambil peluang ni untuk cuba bagi makanan burung burung dan tengok burung burung ni buat show. Baru la lagi syok trip korang ke sini.

Taman Burung Kuala Lumpur ni dah mula beroperasi semula sejak 10 Jun 2020 haritu. Tapi ramai yang belum tahu kan? Ha dah tahu ni, boleh la pergi.



SOP yang dilaksanakan lebih kurang sama juga dimana mana premis lain.

1. Daftar & check suhu badan
2. Gunakan hand sanitizer
3. Jaga jarak sosial
4. Guna numbering system untuk monitor jumlah pengunjung pada satu satu masa

So far aku rasa tak susah nak jaga jarak sosial dekat sini sebab kawasannya luas, kita pun takde bersesak sesak dengan orang. Jadi nak bawa anak anak pun selamat je.




Okay, boleh la plan aktiviti hujung minggu ni. Bawa satu family jalan jalan pergi Taman Burung Kuala Lumpur, ok?







Post a Comment

On My Instagram