Rugi besar kalau korang ketinggalan promo Bento & Onigiri RM1.00 dekat myNEWS ni

Friday, September 20, 2019
Hello, Assalamualaikum.

Haritu aku ada cerita dekat IG pasal Nasi Lemak singgit, kemain suka korang eh. Yela, seringgit kot, masa zaman semua benda mahal sekarang ni, nak makan sehari pun kena spend minimum RM10. So bila ada peluang nak dapatkan benda murah, takkan la nak lepas kan, betul tak?

Okay since haritu kita tekak Melayu, kalini kita tukar selera sikit layan makanan Jepun pulak. Nak lagi best, pada harga RM1.00 je!!



Kalau korang penggemar Bento dan Onigiri, ni memang berita baik untuk korang memborong Bento dan Onigiri pada harga RM1, setiap hari SELASA dan KHAMIS di myNEWS. (Bento pada hari Selasa dan Onigiri pada hari Khamis) Ye, myNEWS yang jual magazine, ada coklat coklat, ada jual air tu. 


Kalau perasan, diorang memang ada jual bento, onigiri, sandwich dan banyak lagi makanan yang on-the-go. Masa aku kerja dulu, memang pepagi aku pergi myNEWS je beli breakfast. Paling aku suka beli sandwich spicy tuna, susu coklat Good Day dengan Onigiri perisa Salmon. 







Onigiri dia sedap taw. Ada banyak variant korang boleh pilih. 

  • Onigiri Smoked Salmon Cream Cheese
  • Onigiri Garlic Teriyaki Mayo Chicken
  • Onigiri Teriyaki Salmon
  • Onigiri Tuna Mayo
  • Onigiri Tobiko Kani Mayo


Normal price dalam RM4.20 seketul. So alang alang ada promo RM1, masa ni la nak cuba semua perisa yang ada. 



Bento dia aku tak pernah cuba sebab bagi aku macam berat sangat pulak nak makan masa breakfast. Tapi kawan aku suka beli bento ni. Dia kata sedap. Nanti aku pun nak cuba jugak la. Bento pun ada banyak variant antaranya
  • Spaghetti Spicy Belado
  • Jumbo Chicken Cutlet Bento
  • Mapo Tauhu Bento
  • Salmon Salsa Bento
  • Curry Laksa




Harga bento aku tak ingat pulak berapa tapi lagi mahal sikit la dari Onigiri sebab portion lagi besar. So memang gilaaa la bila dijual pada harga RM1 je kan?

Promosi ni sah sepanjang bulan September je (pada hari SELASA dan KHAMIS) dan cuma berlaku di outlet myNEWS yang terpilih je. Untuk dapatkan promosi RM1 Onigiri dan Bento ni, korang kena bayar menggunakan applikasi myNEWS. Kira macam e-wallet la. Kena topup dalam apps tu, dan masa buat bayaran, scan je barcode. So, download siap siap applikasi myNEWS ni sebelum korang pergi buat pembelian okay? Senarai outlet yang ambil bahagian pun korang boleh semak dekat dalam apps tu nanti. Dan bergantung sementara stok masih ada. So siapa cepat, dia dapat. 


So kesimpulannya ialah

  • Promosi RM1 Bento pada hari Selasa
  • Promosi RM1 Onigiri pada hari Khamis
  • Promosi sah berlaku di outlet terpilih sahaja (semak senarai outlet di apps myNEWS
  • Promosi eksklusif untuk pengguna applikasi myNEWS sahaja (download apps dulu, baru boleh dapatkan bento dan onigiri RM1)
  • Terhad 2 item sahaja untuk setiap pembelian
  • Promosi berlangsung sepanjang September 2019
  • Stok terhad


Alang alang cerita pasal myNEWS ni, aku nak recommend korang untuk try diorang punya Maru Bakes jugaa . Maru Bakes ni sejenis macam bakery line yang ada dekat myNEWS. Ada roti, ada kek, macam macam lah. Lembut betul la roti roti dia, gebu and kalau ada filling tu, tak kedekut. Melimpah ruah haha. Aku suka roti coklat . Memang nikmat betul. Harga pun semua affordable dan murah murah. 





So next time korang jalan mana mana dan nampak myNEWS, singgah la dan cuba semua produk produk yang aku mention dekat atas ni. Memang highly recommend taw. Even kopi, ice cream dan oden pun dah ada sekarang ni taw dekat myNEWS. Jangan lupa cuba nanti k?





















Related search : mynews outlet list, senarai outlet mynews maru bakes, makanan di mynews, mynews kl, mynews selangor, oden mynews sedap tak, harga oden mynews, mynews promo rm1, bento dan onigiri mynews


7 comments

  1. Bestnya ada jual bendto semua. dkt area sini news dia jual biasa ja. takdak pun onigiri semua tu huhu

    ReplyDelete
  2. This is my first time dengar pasal mynews. Ruginya tak boleh beli bento murah macam tuu. Paling dekat pun 2-3 jam daripada rumah T-T

    Jemput join giveaway saya kalau berminat hehe
    https://itsninisblog.blogspot.com/2019/09/sayonara-stationery-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  3. Murah2 boleh pegi try bento Dan onigiri ni nanti

    ReplyDelete
  4. Wahhhh kenapa dekat penang xda mcm nie murah gilerre

    ReplyDelete

On My Instagram