Sempena Sambutan Merdeka, 'McD' Bukit Bintang Sekarang Di Kenali Sebagai 'Mekdi'

Thursday, August 29, 2019
"Hello, ye? Nak jumpa dekat mana? 'Mekdi? Ha okay okay".

Conversation yang biasa antara kita dengan kawan-kawan. Kalau time aku study dulu, ni conversation dengan pakwe hahaha. Kemain ye dating dekat McDonald's. Konon-konon buat study group or assignment. Yela, McDonald's Malaysia kan ada ruang tempat duduk banyak, selesa nak berkumpul dan siap ada FREE WIFI yang laju giloss. Memang jadi tempat tumpuan la bagi student  - student nak berkampung time nak siapkan assignment atau thesis.

Makin membesar, aku rasa menu kegemaran aku dekat McDonald's Malaysia ni pun bertukar-tukar. Kalau masa kecik dulu suka sangat Double Cheeseburger. Kenapa? Sebab tak ada lettuce haha. Sejenis tak makan sayur ye dulu! So kalau order Double Cheeseburger, cuma kena keluarkan timun tu je. Tak banyak yang nak kena di 'bedah'. Bila dah masuk zaman study, aku suka GCB. Sedap! Masa dapat tahu GCB dah dijadikan menu permanent, aku lah antara rakyat Malaysia yang happy tu haha.

Kalau nak cerita pasal makan apa best dekat McDonald's, eh rasanya banyak nak kena cerita. Tu tak masuk lagi part ice cream favourite lagi tu hehe. Pendek kata, McDonald's ni dah sinonim dengan kita rakyat Malaysia. 


'Mekdi' di McDonald's Bukit Bintang


Tahu tak restoran McDonald's pertama di Malaysia, terletak di Bukit Bintang tu dah pun berusia 37 tahun? Yasss! Restoran pertama McDonald's di Malaysia dibuka pada tahun 1982. Fuhh! Aku pun tak lahir lagi ye masa tu. 


Baru baru ni signage 'Mekdi' dah  diletakkan besar besar terpampang dihadapan McDonald's Bukit Bintang. Kalau kebetulan jalan jalan dekat kawasan Bukit Bintang tu, singgah lah bergambar depan signage 'Mekdi' ni kejap.  'Mekdi' ialah singkatan kepada 'McD' yang selalu kita guna bila borak dengan kawan-kawan kan? Panggilan 'Mekdi' ni terasa lebih mesra dan lebih 'lokal' je kan? Feeling Malaysian sangat hehe. 


Seiring dengan nak jadikan McDonald's lebih berjiwa Malaysia, memang diorang cuba memastikan semua berkaitan dengan McDonald's semuanya tempatan. Macam mana tu?




Inisiatif McDonald's kearah lebih 'tempatan'

Contoh antaranya, memastikan tenaga kerja di semua restoran McDonald's Malaysia ialah tenaga kerja Warga Malaysia. Up to this date, McDonald's sedang menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia sebagai pekerja di restoran yang dimiliki terus oleh Gerbang Alaf Sdn.Bhd. Sebab tu macam tak ada nampak warga asing bekerja dekat McDonald's kan? Selain daripada tu, pemegang francais McDonald's Malaysia pun turut dipegang oleh 100% warga Malaysia. 


Selain daripada pilihan menu yang lebih bersifat tempatan, sebagai contohnya Nasi Lemak ni, McDonald's Malaysia juga titik beratkan sumber bahan yang digunakan. Buat masa ni, 80% daripada bahan-bahan McDonald's diperoleh daripada sumber tempatan iaitu di Malaysia sendiri. Takpe, soon akan jadi 100% tempatan pulak kan?

Lagi satu yang aku puji pasal McDonald's Malaysia ni ialah, badan kebajikan pilihan McDonald's adalah Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) yang mana banyak menjalankan program inisiatif amal untuk bantu ramai kanak kanak di Malaysia. Banyak juga aktiviti amal yang McDonald's Malaysia jalankan dimana bantuan yang diberi disalurkan kepada pelbagai badan amal tempatan. Sepanjang 2018 sahaja, McDonald's Malaysia dah pun menganjurkan sebanyak lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan. Dahsyat kan?


Good job McDonald's!


Nasi Lemak McD dah jadi menu tetap


Pernah cuba tak Nasi Lemak McD? Tak pernah? McDonald's Malaysia dah pun menjadikan menu Nasi Lemak McD sebagai menu tetap. So lepasni kalau nak makan Nasi Lemak McD pada bila-bila masa pun boleh. Termasuklah teringin nak makan tetengah malam pukul 12 takpun, rasa-rasa nak makan untuk sarapan pukul 8 pagi. Menu Nasi Lemak McD ni available 24 jam sehari dan boleh juga beli melalui Drive-Thru. Senang kan?




Set Nasi Lemak McD berharga cuma RM5.99 untuk sarapan pagi, dengan Milo Ais. Untuk waktu lain pula, harga set Nasi Lemak McD ialah RM12.99. Ha tapi kali ni, set didatangkan sekali dengan 1 ketul Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau. Kalau rasa seketul ayam tak cukup, boleh ambik 2 pcs set yang cuma RM15.99 sahaja. So kalau masa lunch tu pening-pening taktahu nak makan apa, boleh la pergi walk-in, call for delivery atau Drive-Thru untuk order set Nasi Lemak McD ni.



Setiap Nasi Lemak McD dihidangkan bersama dengan ikan bilis rangup, timun segar, telur goreng dan sambal yang padu! Belum cuba ke sambal Nasi Lemak McD? Ishh rugi! Kena cuba dulu baru tahu. Memang padu!


Jom iktirafkan Nasi Lemak sebagai makanan kebangsaan Malaysia


Sebenarnya, aku baru tahu yang rupanya Nasi Lemak belum lagi diiktirafkan secara rasmi menjadi makanan kebangsaan Malaysia. Yela, kalau orang tanya

Namakan bunga kebangsaan Malaysia
- Bunga Raya!

Namakan haiwan kebangsaan Malaysia
- Harimau

Namakan makanan kebangsaan Malaysia
- Nasi Lemak!

Ha tapi rupanya tak official pun lagi.


Makanya, McDonald's Malaysia mengambil inisiatif untuk usulkan perkara ni bagi pihak berwajib untuk dapatkan pengiktirafan Nasi Lemak sebagai makanan kebangsaan Malaysia. But to do so, kita kena la ramai-ramai join petition. Cara nak join senang je. Cuma pergi ke link http://chng.it/LDfjGDJsQs . Simple!

Jom kita sama sama dapatkan 1,000,000 signatures untuk petition ni sebelum 16 September 2019 bersempena sambutan Hari Malaysia. 

For more info untuk promotion menarik bulan ni, ataupun nak tahu aktiviti terbaru yang McDonald's  Malaysia anjurkan, boleh check di website www.mcdonalds.com.my






















Related search : Nasi Lemak Mcd pedas sangat tak, Nasi Lemak pedas ke, Nasi Lemak mcd sedap, ayam 3x pedas mcd, ayam goreng mcd 3x pedas, ayam goreng mcd review, ayam goreng mcdonald's, nasi lemak mcd review




2 comments

  1. My all time favourite would be Spicy Chicken Mcdeluxe and Mcflurry Oreo hehe. Of course dengan ayam goreng Mcd sedap gilaa XD

    ReplyDelete
  2. skill mekdi nak blend in malaysian culture.. very good marketing skills. Btw nice sharing.

    ReplyDelete

On My Instagram