Salam penjimatan. Salam bijak berbelanja. Salam 1 Malaysia.
Haha tiber sangat ye pembuka ayat kali ni sebab yasss isi kandungan post yang ni semuanya tentang penjimatan dan kebijaksanaan dalam berbelanja.
Meh nak tanya, korang suka tak kalau setiap kali korang berbelanja, korang dapat something in return. Contohnya, bila korang spend untuk makanan, EH TIBER korang dapat redeem LEBIH BANYAK MAKANAN! acee cerita, suka ke idok?
Wajiblah suka dan melompat kegembiraan, ye dak ye dak?
Jika begitu, maka dengan berbesar hatinya aku nak eksplain (explain) sikit tentang kempen yang sedang Paradigm Mall Petaling Jaya jalankan.
Bermula dari 19 Ogos sehingga 17 November 2019, berlangsungnya kempen TASTE OF PARADIGM yang mana sepanjang kempen ni berjalan, korang boleh Belanja dan Tebus makanan dan minuman percuma.
Macam mana caranya?
SENANGGGG!
- Pergi ke Concierge Counter (Level CC) dan dapatkan 'Taste Of Paradigm' passport. Sejenis macam mini booklet yang dekat dalam tu ada section untuk korang kumpulkan 'stamp'
- Belanja minima RM30 dekat mana mana F&B outlet untuk melayakkan korang dapat 1 stamp
- Tebus makanan/minuman percuma bila korang dah dapat kumpulkan certain number of stamps
Makanya, untuk segala breakfast, lunch dan dinner, korang pergi la makan dekat Paradigm Mall tu. Datang pula jangan sorang sorang. Bawa la kawan dan family sekali. Baru la lagi banyak berbelanja, lagi cepat dapat kumpul stamp heeee. Nak lagi mulia, ha belanja kawan kawan dan family. Dapat pahala sedekah belanja orang makan. Murah rezeki korang juga nanti ihik ihik.
TAK TAHU NAK MAKAN APA KO KATA?
Hey jangan mengundang kemarahan kakak yeeee. Tahu ke taktahu? Taktahu meh nak bagitahu. Ada lebih 100 restoran dan kiosk makanan dekat Paradigm Mall PJ ni ye. Nak senaraikan kesemua 100 aku confirm korang tak baca hahaha makanya biar aku listkan sikit antara yang aku dah cuba dan suka repeat setiap kali aku jejak kaki di Paradigm Mall ni. So lepas baca ni jangan cakap "Alaa dekat Paradigm Mall nak makan apeee jeeeewwww asdhggasd!" -- sekeh kepala kang!
1. Warung Mama - Lot 59(P), Level LG
Terletak di level LG. Warung Mama menyediakan pelbagai juadah yang menepati tekak weols Malaysian ni. Siapa breakfast wajib nakkan nasi lemak tu, ha dekat sini ada. Pakej sekali dengan bermacam kuih muih lagi yee. Pilih je nak kuih spesis apa. Macam macam ada. Dekat sini, pagi pagi pun dah ada menu Mee Kari, Nasi Ayam Penyet, Laksam dan Cendol. Fulamak meriah yee menu dekat sini. Wajib cuba!
Pilihan menu di Warung Mama |
2. Seaweed Club - Lot 35(P), Level LG
Kalau rasa tak nak makan berat berat sangat, nak kan sesuatu yang mengenyangkan dan ala ala healhty food less calorie gitu, maka carilah Seaweed Club. Beliau kelihatan seperti sushi tapi sebenarnya bukan sushi ye. Berkonsepkan popia yang dibalut dengan seaweed. Sedap!Lepastu bila kunyah wuuu so crunchy! Ada banyak variasi popia roll ni tapi paling aku suka yang ketam & original.
Kalau rasa macam "Alaaa dalam tu sayur ke? I tak makan sayurr euwuwu" . Jangan risau. Jangan gaduh. Boleh cuba menu bubur & mee dia pulak. Ya Allah i tell you sis, bubur dia enak sekali. Sangat indah rasa tekak ni kalau makan bubur ni time sakit tekak or selesema. Sangat soothing. Portion pulak besar. Puas hati makan.
3. Molten Chocolate Cafe - Lot 02, Level G
INI PALING FEVERET! haha ofcos lah. Yang paling menggemukkan, yang paling manis, dan yang penting, COKLAT! haruslah menjadi yang paling feveret hehee.
Trust me bila aku cakap, one pro tip bagi lelaki yang nak cairkan hati perempuan dan gembirakan dia ialah, kau bawak dan belanja dia makan dessert. Tak kisah lah ice cream ke chocolate ke. Dekat Molten Chocolate Cafe ni, dua dua ada. Ada ice cream, ada chocolate .... yang di limpahkan keatas waffle panas yang rangup dan gebu .
Jap. Pause
Aku lapar hahahaha .
But you get the point. Ini lah port paling 'boek' kalau nak dating yee hehe. Sedap betul la semua benda dekat Molten Chocolate Cafe ni. Tak puas kalau datang sekali je. Kena datang berkali kalii.
4. Suki Cha - Lot 55A, Level CC
Makan berat berat dah, makan dessert dah.. eh rasa tekak haus pulak. Takpayah pening pening, kiosk minuman berlambak dekat dalam Paradigm Mall PJ ni. Kalau nak kan kelainan, korang cari pula Suki Cha dekat level CC. Suki Cha ni sejenis kiosk yang menghidangkan pelbagai jenis minuman berasaskan teh. Ada minuman panas dan sejuk. Pilih je teringin nak rasa yang mana.
----------------------------------------------------------------
Ni aku baru senaraikan 4 je ni. Itu pun macam macam jenis menu ada. Bayangkan lah untuk 100 outlet, berapa ribu menu pulak tu? Semuanya dibawah satu bumbung di Paradigm Mall PJ. Daripada masakan Melayu, Italian, Middle-Eastern, Thai, Jawa, Hong Kong dan Taiwan, semuanya ada.
Masa aku datang Paradigm Mall haritu, aku baru perasan yang diorang dah renovate sikit bahagian level LG tu dan lebih bertambah F&B outlet. Antara vendor yang baru beroperasi ialah Nene Chicken, Waffuru Café, Sedap Sedap, T Bun, SRK Noodle House dan Farmers Street. Dan akan datang pulak akan ada Mr. Chizu, An View, Harum Manis, Daboba, GinGer Thai and Salad Atelier.
Memang bebetul one-stop centre untuk makan makan la Paradigm Mall PJ ni kan?
Makanya, jangan lupa 3 steps ni bila ke Paradigm Mall nanti ;
- Pergi ke Concierge Counter (Level CC) dan dapatkan 'Taste Of Paradigm' passport. Sejenis macam mini booklet yang dekat dalam tu ada section untuk korang kumpulkan 'stamp'
- Belanja minima RM30 dekat mana mana F&B outlet untuk melayakkan korang dapat 1 stamp
- Tebus makanan/minuman percuma bila korang dah dapat kumpulkan certain number of stamps
Okay?
Ha lagi satu!
Kalau kebetulan korang datang Paradigm Mall PJ pada hari rabu (setiap minggu sepanjang kempen berlangsung) , pada pukul 11 pagi - 3 petang akan ada aktiviti "SPIN AND WIN". Boleh menang pelbagai hadiah menarik dan voucher. Wuu bestnya bestnya! So rancang la perjalanan korang sebijaknya hehe.
Website: www.paradigmmall.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmPJ/
Instagram: https://www.instagram.com/paradigmpj/
Related search : paradigm mall pj, paradigm mall jb. paradigm mall pj directory, surau paradigm mall pj, senarai restoran paradigm mall pj, paradigm mall monthly activity, aktiviti bulanan paradigm mall pj, senarai direktori paradigm mall pj, kaison paradigm mall pj, paradigm mall pj innisfree, paradigm mall pj location, harga parking paradigm mall pj
1 comment
tertarik dengan gambar makanan. buat orang lapo betul. haha
ReplyDelete