Thursday, August 29, 2019

REVIEW : Obsess Cosmetics Cushion Foundation + Lagi 3 Produk Obsess Cosmetics Yang Korang Patut Cuba


So, ceritanya haritu aku dapat jemputan ke Obsess Cosmetics Makeup Party. Majlis ni sebenarnya diadakan untuk raikan semua stokis dan agen Obsess Cosmetics yang dah sama sama jadi tulang belakang selama ni. Dengar dengar jumlah agen Obsess Cosmetics ni dah mencecah 2000 orang. Ramai! Dan masa majlis haritu pun memang 80% jemputan ialah agen Obsess Cosmetics. Selebihnya ialah blogger, MUA dan influencers.


Tema event kali ni memang cantik betul. Lovin all the setup! Nak ambil gambar pun cantik je. Cuma sebabkan ramai masa tu, aku pulak sejenis malas serabut nak bergambar time orang ramai ramai. Makanya aku bergambar dekat tempat duduk sendiri jela haha .



Selain daripada meraikan agen agen Obsess Cosmetics ni, lagi satu highlight of the event ialah sesi pelancaran packaging baru untuk Obsess Cosmetics Cushion Foundation. Kali ni bertukar ke bentuk empat segi pulak. Satu kelainan yang menarik Obsess Cosmetics cuba tampilkan. Sebab kalau perasan, dekat pasaran, banyak cushion foundation dalam bentuk bulat je kan. 

Design terbaru ni memang nampak lagi exclusive, nampak internasional gituuu. Pilihan warna pun cantik, dan kemasan metallic tu buatkan packaging nampak mahal hehe. Padahal RM59.90 je satu ni. Affordable kan?



Selain daripada cushion foundation, Obsess Cosmetics ada produk lain juga termasuk eyebrow pencil, loose powder, mascara, lip cream, lip tint dan makeup remover. Sepanjang 4 tahun penubuhan Obsess Cosmetics ni, dah macam macam pembaharuan dan penambahbaikan yang dibuat. Daripada bermula dengan cushion foundation je, sekarang dah ada lagi banyak produk SKU.


Packaging semua cute!

Aku sebenarnya sebelum ni memang dah familar dah dengan jenama Obsess Cosmetics ni. 2 produk yang aku pernah cuba - Cushion Foundation & Mascara.

Cushion foundation sebelum ni aku salah pilih code. Patutnya aku pakai light tapi aku terpilih medium. Makanya agak gelap la untuk kulit aku. So kadang aku guna untuk buat shading atau bronzing je. Tapi yang aku perasan, texture dan finishing cushion foundation yang terbaru ni lagi best daripada sebelum ni. So, yayy to better improvements!



Alang alang tu, jom la buat short review sikit untuk some of the Obsess Cosmetics punya products yang aku suka & recommend untuk korang cuba jugak. 


Dimulai dengan, ofcourse lah diorang punya star product ;




===========================================


Obsess Cosmetics Bite Me Cushion - DD Cushion Treatment Foundation SPF50

INGREDIENTS :
Aqua, Cyclopentasiloxane, Titanium Dioxide, Propylene Glycol, Diisostearyl Malate, Talc, Isononyl Isononanoate, Caprylic / Capric Triglyceride, Glycerin, Polyglyceryl-4-Isostearate, Iron Oxides, Squalane (Olive), Dipentaerythrityl Tri-Polyhydroxystearate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Hexyl Laurate, Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxystreate, Polyglyceryl-3 Diisostearate, Hydrogen Dimethicone, Stearic Acid, Alumina, Phenoxyethanol, Fragrance, Disteardimonium Hectorite, Aluminum Hydroxide, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Propylene Carbonate, Arctostaphylos Uva Ursi (Bearberry) Leaf Extract, Geranium Maculatum (Geranium) Oil, Ethylhexyl Glycerin.


Kenapa treatment foundation? Sebab cushion foundation ni also work as skincare. Ada infused with olive oil, geranium dan bearberry untuk bantu redakan kulit sensitif dan boleh bantu membunuh bakteria pada kulit punca masalah jerawat. So dengan penggunaan kerap, boleh bantu hilangkan parut jerawat dan cerahkan kulit juga.

Ini apa yang diorang claim lah.

Since aku pun pakai jarang jarang, so part ni aku tak dapat nak review lebih lebih. Apa aku boleh share, generally on how it works as a makeup base.

Ayuh?



Seksi kan packaging baru? Nampak exclusive gila. Nak guna buat flatlay pun cantik haha. Size ngam untuk pegang. Tak besar sangat, tak kecik sangat. Dan lengkap sekali dengan cermin. Cuma aku tak suka bila sponge warna putih. Cepat kotor dan nanti nampak selekeh bila dah pakai banyak kali hahaha. Tapi tu bukan isu besar. so untuk packaging, aku bagi 9/10.




Cushion foundation ni berfungsi sama jela dengan foundation biasa cuma tekstur lebih ringan, dan lebih senang control. Jadinya sesuai untuk daily makeup yang taknak pakai tebal tebal. Rasa rasa nak kan coverage yang lebih menyeluruh, cuma dab je lagi sampai lah capai tahap coverage macam mana yang dihajati. Sangat easy to blend, tak perlu nak dab beria sangat. Sekali tekan dekat cushion tu dah cukup sebenarnya nak ratakan untuk satu muka. Seeloknya tekan sikit dulu supaya korang boleh control amount of foundation yang korang pickup tu. Kalau tak nanti terlebih putih berlayer pulak korang pakai. Jangan tonyoh macam pakai bedak pulak.


Cushion foundation ni juga bantu tolong minimize the appearance of pores by blurring it. So makeup nampak lagi fresh dan kemas. Dan yang penting, foundation ni tak nampak bercapuk atau cakey after awhile. Kalau nak bagi lebih tahan lama, boleh set kan dengan loose powder. Overall, aku suka cushion foundation ni. Great for daily makeup base!


===========================================

Obsess Cosmetics Liquid Matte Lipstick

INGREDIENTS : 
Cyclopentasiloxane, Trimethylsiloxysilicate, Dimethicone, Isododecane, Polymethylsilsesquioxane, Diisostearyl Malate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Talc, Silica Dimethyl Silylate, Cera Alba (Bees Wax), Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Flavor, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Macadamia Integrifolia (Macadamia) Seed Oil, Argania Spinosa (Argan) Kernel Oil May Contain +/- Titanium Dioxide (CI 77891), D&C Red No 28 (CI 45410) D&C Red No 6 (CI 15850), D&C Red No 7 (CI 15850), Iron Oxide Red (CI 77491), Iron Oxide Yellow (CI 77492), Iron Oxide Black (CI 77499)

Next kita cerita pasal diorang punya liquid lipstick pulak. Ada 7 warna semuanya buat masa ni. 

Bandung, Ribena, Bunga, Katira, Carrot, Sirap dan Dodol. (Mine in Dodol)

Code: Dodol (orange with a hint of nude brown)

This liquid lipstick infused with argan oil and vitamin E makanya ia membantu memelihara kelembapan bibir dan elakkan daripada bibir kering dan merekah. Part ni diorang claim, dan aku setuju. Sebab memang selesa pakai liquid matte lipstick ni. Texture ringan, tak melekit, dries up fast senang nak remove. Color pun cantik! Texture yang ngam dimana one coat/ layer dah cukup untuk buat bibir plump.

One layer application


===========================================


Obsess Cosmetics Chocolate Paste Mascara


Aku suka mascara Obsess Cosmetics ni. Daripada first generation punya pun aku dah suka. Yang ni pun aku suka. Antara pembaharuan dibuat ialah part wand tu. Sebelum ni jenis macam sikat halus je dan kali ni punya version, lebih sesuai untuk buatkan lashes lagi voluminize dan nampak tebal. Nak apply pun senang sebab hujung wand tak terlalu gemuk. Tapi personal preference aku lagi suka wand mascara yang lama.



Lagi satu pembaharuan bab scents. Mascara sebelum ni bau tak best hahaha macam bau pelik sikit. Tapi mascara version baru ni bau vanilla manis manis. Tenang sikit nak pakai haha. Another thing aku suka tentang mascara Obsess Cosmetics ni ialah ianya sangat mudah dicuci so mudah nak tanggalkan bila nak solat.

Before and after (one coat)

===========================================


Obsess Cosmetics Eyebrow Definer


Ini lagi satu produk Obsess Cosmetics yang aku suka. Eyebrow pencil ni comes in dual end. Ada sekali spoolie so senang nak guna dan bawa travel. Takpayah nak usung brush atau spoolie asing. Bab color pun terang, senang control dan sesuai untuk warna kulit wanita di Malaysia ni.


Bentuk tip eyebrow definer ni pun aku suka sebab ada part yang nipis, untuk lukis frame. dan ada part tebal untuk mudahkan kita fill in the brow. Bagus! This small small details yang kita perlukan bagi sebatang pensel kening! Berbaloi juga sebab sebatang ni boleh tahan lama. Cuma yang penting jangan pusing keluar banyak sangat la, takut patah. Jenis pensil kening camni la syok sebab tak pening nak kena sharp haha .



===========================================

Ada lagi beberapa produk Obsess Cosmetics yang aku belum cuba. Tapi buat masa ni, memang 4 ni la yang aku dah cuba dan aku recommend. So boleh la korang cuba juga lepasni okai?

Kalau nak tahu lebih lagi tentang produk Obsess Cosmetics, boleh terus tengok dekat website rasmi. Takpun cari je agen Obsess Cosmetics. Seluruh Malaysia ada tau. 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...