Haluuu pipol!
Rasa keji pulak blog dah lama tak berupdate. Rasa macam mengabaikan tanggungjawab haha. Maafkan daku wahai belog. Lama sangat tak jenguk sampai macam macam keanehan berlaku dekat belog ni. Link not secure la apelaa. Cemana nak fix benda ni eh? any idea?
takpela tu cerita nanti. Sebagai muqaddimah pembukaan semula belog ni, kita buat summary sikit apa yang menarik dan event highlights sepanjang 2, 3 bulan lepas.
Signing off from PayPal
(2 April 2019)
Yas. Yo gal work PayPal no more. KL Site is closing down so babai. 1 tahun setengah aku dekat situ. Sedih juga la sebab dah selesa kerja situ, kawan kawan pun best, environment pun but takpela. Ada rasa lagi better dekat tempat lain. InsyaAllah
btw lanyard ni aku simpan buat letak access card rumah haha.
Bila pakai fefeeling macam pergi kerja lagi je. Uhuuu rindu :')
My first AirAsia Event
Excited masa dapat email dapat jemputan pergi event AirAsia hewhew. Sebab menagih dapat complimentary big point wakakak. Masa aku pergi ni sempena dia promosikan menu terbaru dalam range Santan. Best! Sebab dapat rasa macam macam menu yang ada atas flight and ada lebih lebih dapat bungkus bawa balik rumah haha. Burnt cheesecake dia sedap gilo!
Ada tema tema korea sikit sebab diorang promosikan menu from celebrity chef korea. So merasa la pakai hanbook ni. Omey tak?
Braces off
Ini rasa macam dah cerita tapi takpela, cerita lagi. Masa bulan Januari lepas lagi aku dah cabut braces, wehoo. Cuma yang tak bestnya, still kena guna retainer. Doktor cakap kena pakai lagi setahun dua. Tapi aku tak yakin la. Aku syak aku kena pakai benda ni seumur hidup. Sebab bila lupa pakai sehari pun, gigi dah gerak. huhuhu. So far , rasa lagi yakin, dalam gambar pun kerja nak sengih je sebab gigi dah lawo Alhamdulillah. Gigi dah setel, cuma nak kurus je belum fullfil dalam wish list aku.
Personal Shopper Christy Ng
Haritu, aku saje la jenjalan event jualan raya dekat Menara Bank Rakyat. Lepastu ternampak Christy Ng ada buat sale. Nak jadikan cerita, aku saja la ambik gambar and post dekat facebook. Tapi tengok tengok ramai request mintak aku tolong belikan. Maka dengan tak sengajanya, aku terjadi la Personal Shopper Christy Ng. Dalam tempoh 3 hari, dapatla aku collect 80 pcs bag. patah pinggang juga nak packing sebab benda nya kena wrap elok elok. Tapi ramai juga yang datang cod and collect sendiri. So jimat sikit tenaga aku dekat situ. Sebabkan aku banyak ambik order haritu, manager dia offer untuk aku jadi official personal shopper diorang . So lepasni, any sale updates, aku share dengan korang k? wiwiwiww
Selamat Hari Raya!
Raya aku rasa macam lebih kurang je dengan tahun tahun sebelum ni. Cuma sedih jela atuk and nenek dah takde. Tapi still balik kampung. Haritu aku balik both side aku dengan Hilmi. Belah aku dekat Pahang (Jengka & Kuantan). Hilmi pulak Kelantan. Disebabkan aku dah tak keje, maka secara automatik, aku cuti raya sebulan hahaha.
Actively creating content on Instagram
Aku lately start rajin sikit buat video and edit. Banyak video aku, video makeup makeup. Walaupun aku makeup takde la lawo, pro pun idok. tapi aku anggap tu exercise untuk bagi aku gunakan masa aku dengan benda bermanfaat and sambil tu dapatla naikkan engagement instagram aku. At least aku share benda beneficial and content sendiri. Bukan post campaign or promote barang je manjang. Kan kan?
L'Occitane The Gardens ; Demo Youth Oil
Ni event semalam aku pergi. Diorang demo kan macam mana oil ni berfungsi pada kulit. Oil ni bantu untuk serum kita dapat bertindak lebih pantas dan cepat. Sebab macam bagi support untuk bantu produk tu penetrate into deeper layer of our skin. Dalam botol tu dia isi air je. Aku memula taktahu. Time ambik gambar tetiba ada benda meleleh and macam tumpah. Cuak weh sebab oil tu mahal. Ingatkan memang oil yang terkeluar, rupanya air huhuhu.
p/s : harga untuk 30 ml : RM480 #pengsan tapi oil ni power gila. Banyak review bagus bagus.
okay dalam ni baru ada oil. bukan air hehe |
Okayla sampai sini je dulu aku summarized kan. Sebab tetiba otak aku tepu and aku malas nak scroll cari gambar lelama haha (dasar pemalas) . Baiklah kawan kawan. Sehingga bertemu dalam post akan datang. Bai bai
1 comment
All the best , walaupun dah tak kerja, still ada rezeki buat kerja lain ... Semoga dpt kerja yg diidamkan...
ReplyDelete