Surya S Great Grain Minuman Padat dengan Bijirin Membekal Tenaga | Minum Masa Sahur Bagus ni!

Saturday, May 11, 2019


Angkat tangan sikit, siapa sini asal breakfast je nak pekena nasi lemak? Roti canai banjir? Nasi dagang? Uhuii aku pun angkat tangan sekali hahaha lepastu complaint badan makin gemuk. Sendiri tak tengok apa sendiri makan lepas tu bising wakakaka. 

Kadang tu bukan sebab sedap semata mata kita makan benda benda ni, tapi sebab it is readily available. On the way pergi kerja, ada je orang meniaga nasi lemak along the road kan? Dah kalut kalut tu beli jela nasi lemak nya. Tak semak nak fikir dah nak breakfast apa.

Tapi kalau diberi pilihan, kita pun nak mulakan hari dengan makanan sihat kan? Nak kurus, nak badan sihat, taknak cepat kena darah tinggi ke apa kan? Tapi nak prepare masakan berkhasiat pagi pagi tu yang renyah, kan?

Now tak de alasan dah tak sempat nak breakfast atau prepare makanan berkhasiat, sebab Surya S Great Grain dah ada! 

Surya S Great Grain; Padat dengan kebaikan bijirin



S Great Grain ni mengandungi 18 jenis bijirin dan 5 jenis bahan istimewa makanan sunnah. 5 makanan sunnah tu termasuklah Madu, Buah Tin, Buah Zaitun, Habbatussauda & Delima. Setiap satu ni kalau nak beli sendiri, 100g pun dah mahal bebenor. Tapi S Great Grain ni cuma jatuh dalam RM2.70 je sepaket, tapi padat dengan pelbagai kebaikan.

S Great Grain sesuai diminum oleh semua golongan umur. Kanak kanak pun boleh. Even ibu mengandung pun sesuai. Tapi kalau rasa ragu ragu, boleh dapatkan nasihat doktor dulu. S Great Grain ni sesuai lah untuk diamalkan masa sahur bulan Ramadhan ni. Sebab memang bagus sangat untuk bekalkan tenaga.



Antara senarai bijirin yang terkandung dalam Surya S Great Grain ialah :


Red rice, red bean, mung bean, green bean, job's tear, lotus seeds, flaxseed, brown rice, corn, soya bean, wheat, millet, black sesame, walnut, apricot kernel, black bean, chia seed, glutinous rice, pomegranate extract, olive extract, black seed extract, honey extract, fig extract


Rasa dia macam mana? 

Rasa nya sedap! Mula mula aku sceptical juga kot kot la rasa dia macam aneh aneh ke, rasa susu sangat ke, or rasa macam ubat hehe. But surprisingly, rasa dia mild je. Tak terlalu manis. Sekali hirup macam rasa soya sikit, dua kali hirup macam Horlicks, lagi sekali hirup eh macam nestum pulak haha. Tak kisah lah tapi yang penting sedap. So budak budak pun contirm suka. 



Cara Penyediaan?

Cara nak sediakan Surya S Great Grain ni senang je. Cuma bancuh dengan air suam atau air panas. Kalau sejuk macam tak berapa umphhhh sangat. Aku suka minum masa tengah suam sikit. Rasa extra nikmat. Satu hari tak kisah nak minum berapa banyak sebab ni bijirin je tapi disarankan ambil la 2 sachet sehari .



Selain daripada untuk diminum, Surya S Great Grain ni boleh juga di bancuh untuk dijadikan kek atau dessert. Haritu masa media event S Great Grain ni, diorang hidangkan cupcake yang buat guna S Great Grain. Sedap! Tapi resepi nak buat cupcake tu aku tak sure pulak macam mana. Nanti aku try carikan kot kot korang berminat nak tahu k?

Surya S Great Grain ni boleh di dapati di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia. Harga sepaket pula cuma RM39.90 dan ada 15 packs dekat dalam tu.  Selain daripada S Great Grain, Surya terkenal dengan Apple Cider Vinegar dia tau. Tu pun boleh didapati di Watsons. 

And jangan risau, Surya S Great Grain ni diyakini HALAL dan pengilangan mendapat status GMP, HACCP & MESTI. 



So , alang alang di bulan puasa ni, boleh la stock up Surya S Great Grain ni untuk sahur, gantikan roti atau pun nasi. Sambil tu boleh la kuruskan badan sekali hehe.

Selamat menyambut bulan Ramadhan gais!


Post a Comment

On My Instagram