Zaman kegemilangan kebaya dah lama lepas. Kalau boleh kita nak la 'Makes Kebaya Great Again'. Macam yang kita biasa tengok dalam filem melayu lama lama tuuuu. Cantik cantik je kan diorang berkebaya, badan ramping bebenor. Tapi disebabkan peredaran masa, kebaya banyak dah dimoden kan. Sekali pandang tak rupa kebaya dah. Banyak yang dah di innovate jadi gaya peplum la, fishtail la. Nak dapatkan yang design original kebaya, bersulam cantik tu susah. Kalau ada pun, harga mesti cecah RM300-RM400.
Ada yang kata taknak berkebaya sebab segan, badan tak selim (aku lah tu hahaha). Nak pakai kebaya tu uhuii rasa macam confident level tu drop tergolek golek sebab risau kot ada lelemak derhaka tersembul . Nak nak lagi kalau pakai time raya. Bayangkan lah baru nak tunduk hidang air, uik apa yang bonjol dekat belakang tu hahaha (merujuk kepada lemak). Sadisnya hidupku T_T
Kalau boleh untuk kebaya tu nak la ada option. Option yang lebih muslimah gitew. Yang tak terlalu body fitting (nak bagi boleh sorok lemak) , tak nampak sexy, dan yang masih sesuai nak digayakan walaupun bertudung, serta ofcos la nak yang selesa.
Sekarang ni, jenama kebaya yang ramai dok sebut sebut ialah ByHisDaisy . Byhisdaisy ni memang specialties dia menghasilkan kebaya je. Yang aku faham, kebaya dekat Byhisdaisy ni ada 2 jenis.
1. Kebaya
2. Kutubaru
Apa beza antara kebaya dengan kutu baru? Okay tengok gambar rajah di bawah hehe
Nampak tak beza nya? Kebaya biasanya cutting lebih loose, lebih labuh dan tak terlalu menampakkan bentuk badan. Labuh baju pun menutup punggung. Yang membezakan dua dua kebaya dan kutu baru ialah bahagian butang dekat dada tu. Ada tambahan kain di tengah. Kain tu menghubungkan sisi kiri dan sisi kanan pada bahagian dada dan perut. Dan cutting kutu baru biasanya lebih mengikut bentuk badan, beri ilusi bentuk badan yang cantik dan kebiasannya agak singkat. Selalunya paras setengah punggung.
Haritu aku dapat jemputan ke fashion show sulung Byhisdaisy yang dinamakan MAGIKA RAYA 2019 - menampilkan beberapa koleksi raya 2019. Katanya belum habis release lagi semua koleksi raya. Yang ada masa fashion show tu cuma 3 collection je. Banyak rupanya koleksi ByHisDaisy tahun ni. Maksudnya lagi banyak lah pilihan korang untuk raya nii.
antara koleksi yang digayakan |
Yang aku pakai ni Kebaya Sulam Qaleeda. Masa pakai ni Qaleeda belum release lagi. Insyaallah before raya ni memang release dah. Cantik sangat! sulamannya kemas dan nampak mahal. Tapi harga? Sangat mampu milik.
Masa fashion show haritu, majoriti yang datang semuanya berkebaya. Cantik sangat! Venue pula dekat The Stripes Hotel, setup semua nampak elegan dan eksklusif tambah pula ada background music yang bunyi macam enchanting sangat. Macam suasana datang kenduri kahwin zaman dulu dulu hehe. Tahniah diucapakan kepada team ByHisDaisy atas kejayaan laksanakan Fashion Show ni.
Founder ByHisDaisy ni kawan aku dari zaman study lagi. Cik Puan Syafnita ni memang kental kalau sebut bab berniaga. Aku ingat lagi zaman zaman dia jual tudung, drift dengan viva hitam dia tu haha. Sekarang , ByHisDaisy dah makin dikenali ramai. Aku tumpang happy untuk dia. She deserved it sebab memang beliau sejenis tak reti rehat k. Aku tengok pun naik penat haha sebab sentiasa produktif, sentiasa cari idea dan sentiasa nak upgrade diri. Congrats Kak Syaf! Semoga Byhisdaisy terus sukses!
===================================
Kesemua koleksi ByHisDaisy ni dijual berasingan. Top dan kain pario dijual berasingan. Yela kadang ada yang nak pakai kain sedia ada kan, so beli jela top sahaja. Tapi kalau ambil in set (combo) lagi berbaloi.
Cara cara nak order boleh pilih salah satu ;
1) Go to official Website [WWW.BYHISDAISY.COM.MY]
2) Order from BYHISDAISY #bhdapprentice
3) BHD HQ at +60196061751 (whatsapp)
4) Walk-in to BYHISDAISY Showroom [Byhisdaisy HQ, Alam Damai, Cheras]
No 2 tu, nak order dengan aku pun boleh hehe sebab aku dah sign up sebagai BHDApprentice yeehuu!
So lagi sekali nak tanya,
Kalau nak cari kebaya cantik bersulam dan selesa, cari dekat mana?
BYHISDAISY!
Kalau nak cari kebaya harga mampu milik , cari dekat mana?
BYHISDAISY!
Kalau nak cari kebaya yang ada size up to XXL, material tak panas, warna cun cun dan kemasan jahitan nya memuaskan, cari dekat mana?
BYHISDAISY!
Okayy, pandaiii. Sila duduk hehe
3 comments
baju cantik and model pun comel2 semuaaa
ReplyDeleteRasa seronok diberi peluang datang masa event Byhisdaisy that day. Anda collection dia pun semua cantik-cantik. Rugi kalau you guys yang dah baca entry Farah yang ni tak dapatkan kebaya Byhisdaisy ni. Kan Farah kan? :D
ReplyDeleteBaru 1st time dengar ada jenis Kutubaru...cantik juga.
ReplyDelete