GMBB Faces of Life Good Market : Ada banyak workshop kraftangan menarik yang korang boleh cuba!

Monday, May 27, 2019
Note : Ini entry lama yang aku lupa publish T_T

=======================================


Dah lama tak update cerita "My Weekend Story" kan? sebab dari awal February haritu sampai lah early April, tersangat lah hectic. Dengan nak setelkan pindah rumahnya, dengan kes PayPal Malaysia tutupnya - eh? taktahu cerita eh? haha takpe itu cerita kemudian. Sekarang nak cerita dulu pasal GMBB Mall dan apa yang ada dekat sana?

GMBB Mall ni mall baru. Memang baru yang tahap kau masuk dalam kedai, boleh bau lagi simen dan cat haha. Kedai pun banyak belum bukak. Rasanya ada 9 tingkat semuanya. Tahu pun sebab nak pergi surau dekat tingkat 9 and tingkat paling atas. Mall ni special dan tak sama macam mall lain tau. So, apa yang specialnya?

Dekat GMBB Mall ni, ianya berkonsepkan artisanal/artistik. Banyak bahagian bahagian dalam mall ni mempamerkan hasil hasil karya artis (ni artis seni tau bukan artis pelakon tu) dari dalam dan luar negara. Aku suka GMBB mall ni. Banyak sudut sudut yang instagrammable haha. Selain daripada hasil seni tu di 'showcase' kan, ianya juga dibuka untuk jualan. 





Pada hari minggu pula, kebiasaannya akan ada bazaar atau pasar seni. Untuk bulan April, event market yang ada ialah "Faces of Life Good Market" pada hari Sabtu dan Ahad, 6-7 April dan 27-28 April.  Biasanya bila ada market macam ni la, akan ada banyak aktiviti dan workshop diadakan.


Time ni lah untuk korang cuba belajar explore skill baru. Contohnya boleh belajar cara buat lilin yang fancy fancy tu (candle making workshop), canvas drawing and painting, pottery , belajar main ukulele dan buat barangan kraf daripada kulit. 



Haritu aku dengan Hilmi join kelas "Doodle and Carving For Rubberstamp Character" . Rubberstamp yang cop cop tu, haa aku dengan Hilmi belajar cara nak create character, lepastu transfer kan character tu jadi seketul rubberstamp. 



Kekok tu memang normal la sebab tak pernah pernah buat kan. Cikgu yang mengajar tu muka sabor je melayan aku yang tak paham paham bahasa. Pegang pisau asyik senget senget je haha tapi Alhamdulillah sisturr menjadi juga la rubberstamp aku ni. Nampak la rupa seorang gadis comel yang menggambarkan aku ahgitteww kahkah.



Kelas carving ni RM60 tapi kalau datang as couple cuma RM100 je. Pergi la ajak partner korang dating and join workshop macam ni. Seronok tau sesambil ada benda kenangan untuk disimpan jadikan cenderahati. Boring la asyik asyik dating pergi window shopping takpun buat aneh aneh dekat Beaniplex TGV tu haha ada faedahnya korang pergi dating buat aktiviti macam ni. At least, dapat explore new skills. kan?

Dekat bawah ni ada senarai workshop dan kelas kelas yang ada untuk Faces of Life Good Market 27-28 April 2019 ni nanti. Aku rasa macam nak join belajar ukulele la pulak. Boleh eksyen dekat member member kahkah niat yang salahhh!



Oh lupa nak cakap. GMBB Mall ni terletak dekat dengan kawasan pudu. Daripada Hotel Swiss Garden, depan sikit dan slow down je untuk masuk kiri. Bertentangan dengan Hospital Tung Shin. Parking dekat bahagian basement. If nak parking luar luar boleh je tapi kalau abang DBKL saman aku tak de kaitan tau hehe. oh by the way, toilet dia lawa. Warna pink muehehe k nak cakap tu je. Bye bye dan selamat bersuka ria.



Post a Comment

On My Instagram