Terliur Tiap Kali Tengok Scene KDrama Makan BBQ? Takpayah Ke Korea, SeoulNami Korean BBQ di The Gardens Mall Ada!

Saturday, April 20, 2019
Adakah korang sejenis layan K-Drama? Time time ada scene diorang makan barbecue daging, lepastu balut dalam salad, ada tak macam uuuuuu teringinnya nak makan macamtu!! Kalau ya, kita geng!

Aku selalu la telan air liur melayan K-Drama ni. Tengok dia sedut ramen dekat kedai runcit pun nampak tempting haha. Tapi part diorang selalu layan makan BBQ lepastu grill grill daging, sotong, ayam,  tu uii memang mengancam.

Aku perhati banyak je restoran berkonsepkan macam tu dekat Malaysia. Problemnya ialah, restoran restoran tu kebiasaannya mesti non halal. Non halal dari segi ada serve daging tak halal ke, atau sumber daging tu dari source tak halal ke, ataupun masakan ada campur alcohol. Potong stim kan? 

Tapi finally aku dah jumpa dah restoran Korean BBQ yang Halal ni. Memang bahan digunakan semuanya daripada pembekal yang bersijil halal, dan restoran ni pun tak serve alcohol. Dimana tu Faa? Ceritakan lah kepada kami *suara suara pembaca yang curious kahkah*

Baiklah, kini kita semua boleh nikmati Korean BBQ Halal di SeoulNami!




SeoulNami berlokasi di The Gardens , MidValley. Nak senang, kau cari parking dekat The Gardens (South), lepastu parking area dekat dekat dengan Ladies Parking. Naik escalator sampai tingkat 1. Tadaaaa sudah sampai. Bersebelahan Robinsons sahaja.

Jangan risaukan bau baju busuk asap hamis hamis sebab setiap meja lengkap dengan serombong amenda orang panggil, ventilator ke? gitu la gamaknya untuk menyedut segala asap asap durjana punca bau kepam pada baju.

Setiap ayam di perap dengan perapan yang special. Korang boleh sama ada nak cuba "Spicy Hot Pepper" , "Sweet Honey Butter" , "Savoury Ganjang" dan "Salty Salted Chicken". Dan kesemua ayam ni menggunakan bahagian 'thigh' sahaja untuk pastikan ayam tu lembut dan berjus oyeahh.




Bila sampai di SeoulNami, usahlah order benda boring boring. Orderlah makanan yang fancy fancy barulah berbaloi kau meredah Federal Highway untuk sampai ke sini. Maka, berikut ialah cadangan lauk pauk menarik dan berbaloi untuk korang cuba di SeoulNami .

1. Signature Tasting Set (RM269) 3-4 pax

Kalau datang dalam 3-4 orang, boleh lah pilih "Signature Tasting Set" . Dalam set ni korang boleh pilih 3 daripada 4 jenis perapan yang aku listkan tadi.  Dalam set ni juga termasuk dengan beberapa dish yang lain iaitu crabby kimchi jjigae, fist rice / Seoul spicy noodles, and kimchi trio (3 jenis kimchi) .  Dan dapat juga 2 jug air dan dessert. So berbaloi la kan? 

Untuk dipping sauce pula, ada 4 jenis : Seoul spicy sauce, sea salt, ssamjang, & soy powder . tapi kalau tak makan dengan sos pun dah sedap dah bagi aku. Paling suka ayam Spicy Hot Pepper tu. Memang sedap! Tapi agak pedas lah.

Nak lagi best dan nak fefeling macam dalam K-Drama, kita buatlah wrap tu. Yang balut ayam/ daging guna salad. Macam mana caranya?

1. Ambil daun salad sebagai tapak ssam,
2. Letakkan daging/ayam/ sos/ ban chan ah sukahati la nak letak apa
3. Balut dan dan terus ngapppppp!


2. Beef platter (RM119)




Untuk beef platter ada 3 jenis daging ; Bulgogi, Beef Ribs Fingers dan Beef Belly. Ketiga jenis ni semuanya sedap! Yang menjadikan lagi sedap tu sebab dibakar menggunakan arang. Arang biasanya akan sentiasa digantikan dengan yang baru. So takpayah la susah susah nak control api tu nak besar mana. Lagipun, memang akan ada staff yang tolong monitor kan masakan kite tu. Supaya tak overcooked ataupun mentah. Takpayah gi Korea pun takpe nak merasa makan macam ni. Dekat Malaysia pun ada wakk.

Daging digunakan memang berkualiti sebab boleh rasa betapa berjusnya daging ni. Tapi sayangnya daging ni nipis nipis je haha. Makan sikit tak puas. Nak makan banyak nangis pulak tengok bil karang haha makanya, ayuh kita makan benda lain pulak.

3. Spicy Octopus (RM39)

photo credit : FB SeoulNami BBQ

Ni lagi satu kegemaranku! Masa awal awal staff tu hidang, ingatkan boleh terus makan haha. Nasib baik tak ngap terus. Rupanya kena grill dulu. Octopus ni memang manis manis pedas yang best. Tak reti nak explain macam mana. Texture liat liat octopus tu pun sedap je bila dikunyah uwwuwuuu tulis sambil imagine.

Tapi yang ni tak banyak pun untuk satu set tu. So kalau ramai yang minat sotong, order lebih sikit. Kalau tak, bersedia lah untuk berebut.


4. Fist rice (RM29)



Fist rice ni kalau korang tak ambil Tasting set tadi, haruslah cuba juga yang ni. Seronok sebab masa di hidangkan memang nampak boring, nampak 'amendee ni?' . Tapi cara nak makannya ialah, korang kena pakai glove, lepastu gaul rata kesemua bahan sampai sebati. Dan lepastu gumpal gumpalkan jadi bebola kecik kecik. Sebab tu la namanya Fist Rice . Rasa Fist Rice ni macam onigiri . Nasi kepal yang ada lauk. Tapi bagi aku, memang compliment sangat bila makan Chuncheon BBQ chicken takpun beef, sekali dengan fist rice ni. Lagipun kenyang sikit bila makan dengan nasi kan?


5. Steamed Egg (Free with purchase of any chicken/ beef set)



Bila order mana mana set Chuncheon Chicken ataupun Beef platter, memang SeoulNami bagi complimentary satu Steamed Egg wehoo. Steamed egg ni ala ala macam scrambled egg. Biasanya ni lah yang terawal diorang akan hidangkan. Mula dengan serve kan side dishes, lepastu steamed egg ni, lepastu baru set up kan api untuk main bakar bakar daging dan ayam.

6. Kimchi Trio



Nampak sama tapi tak serupa. Setiap daripada kimchi ni semuanya dengan rasa berbeza. Ada Fresh, Fried dan Smoked. Tahap kemasaman berbeza, kepedasan pun berbeza. Tapi yang paling unik ialah Smoked tu. Hanya di SeoulNami sahaja ada Smoked kimchi tau. So wajib cuba bila makan dekat sini, ok?

7.  Signature Drink

Dah makan haruslah order air kang tercekik pula ye dak? Makanya boleh cuba salah satu minuman signature SeoulNami ni. Antaranya :


  • Out of This World Lemonade
  • Binggrae Banana Uyu Colada*
  • Sparkling Orange Cream Soda
  • Fizzy Sour Plum Cooler


Yang aku * kan tu yang aku paling sukaa. Dibuat menggunakan susu pisang korean yang femes gilo tu. Sedap ni masam manis lemak lemak sikit rasa dia.

8. Goguma On Fire & Burnt Cheese Cake



Sweet potato & Cheese cake ni di letakkan dekat bawah bersama arang masa awal awal nak masak daging/ayam semua tu. By end of the meal, dua ni dah siap masak dah. Dah boleh makan yahuu. Aku suka sangat cheese cake tu. Sedapp yakmat! Tak terlalu manis dan sedap pula makan cheese cake panas panas.


===============================================

Cerita punya cerita pasal menu sampai ke point no 8, timbul pula soalan,

HALAL KE NI???

Ayuh ke segmen penerangan di bawah ;

SeoulNami Korean BBQ ni dalam proses mendapatkan sijil halal daripada JAKIM. and for your info, nak request sijil halal bukan macam kau datang buat passport ye. Datang pukul 8 pagi, pukul 12 dah siap. Sebabkan aku pernah intern dulu dan buat filing untuk permohonan sijil Halal, ianya ialah suatu process yang panjang, complicated dan lama. Sebab nak kena failkan dah go through secara teliti termasuklah sumber bahan mentah tu datangnya dari mana. 

Dan pointnya disini nak jelaskan, semua bahan masakan dan bahan mentah digunakan oleh SeoulNami Korea BBQ ialah Halal dan diikitiraf JAKIM serta restoran ini tidak menyajikan sebarang Alcohol wehooo! (Sebab ada certain restoran, dapur dia dapat halal tapi sebab ada jual arak juga makan restoran tu secara kesuluruhannya tak boleh diberikan sijil Halal)

Makanya, boleh la makan dengan gumbira. Tapi kalau was was juga, takpe. tunggu sikit je lagi diorang dapat sijil Halal. Tak lama dah tuu.

photo credit : FB SeoulNami BBQ

Mari ajak sedara mara jiran tetangga serta rakan taulan makan ramai ramai dekat SeoulNami Korean BBQ. The more the merrier omputih kata. For more info, terus ke facebook atau instagram rasmi diorang. 


















Related search : Restoran korea halal, bbq restoran korea, cara buat ayam korea, resepi ayam korea, resepi bbq korea, tempat makan korean sedap kl, restoran korea malaysia, restoran best di midvalley, masakan korean halal, bbq ala korea di malaysia halal, menu seoulnami, harga makanan seoulnami, mahal tak seoulnami, seoulnami dekat mana, seoulnami tingkat berapa

Post a Comment

On My Instagram