Victoria Sloane Lancarkan Koleksi Spring Summer 2019

Tuesday, April 23, 2019
Hello para wanita cantik sekalian yang membaca belog ini, tahulah bahawasanya , you're beautiful, and awesome! tak kisah apa warna kulit, apa size badan, kita semua cantikkkk. betul kann?

Gitu. Perenggan awal dimulai dengan ayat ayat positif ya. Baru lah perenggan seterusnya dibaca dengan hati yang senang dan gembira hehe.

Post kali ni bercerita pasal handbag. Bukan sebarang bag tapi dari jenama Victoria Sloane. Gitu, nama dia internasional ya adik adik, tapi tahukah anda ianya MALAYSIAN MADE wehooo! Pengasasnya ialah Rita Dato' Sosilawati dan minggu lepas, iols dapat jemputan untuk ke hari pelancaran koleksi Victoria Sloane yang terbaru iaitu koleksi "Spring Summer 2019" di The Majapahit @ Marc Residence, KLCC

Rita Dato' Sosilawati


Awalnya aku ingatkan majlis ni cuma dikalangan rakan media dan blogger je, tapi alangkah terkejut dan potatonya aku bila sampai, omgeeee ramainya artis! Perasaan dia seakan melangkah ke lounge tempat artis artis lepak before nak jalan dekat red carpet nak pergi malam anugerah tau. Even Rita sendiri pun cakap dia tak sangka ramai rakan artis dan media hadirkan diri pada hari tu. Memang meriah dan buatkan lagi meriah tu sebab ramai teruja tengok koleksi terbaru rekaan handbag Victoria Sloane. To be honest, mula mula tu aku macam agak sceptical. Fikir macam "ohh balik balik mesti design sama je" but nope, aku salah. SEMUA CANTIK OKAAAY?

In photo : Warwick handbag


Design handbags yang ditampilkan kali ni memang berbeza kalau nak dibandingkan design Victoria Sloane yang terdahulu. Ada 5 designs kesemuanya iaitu Warwick, Essex, Holborn, Abbey dan Kew. Dan setiap design ni hadir dengan pelbagai pilihan warna. Bab harga pula, bagi aku sangat berpatutan , sesuai dengan craftmanship pada bag, material digunakan dan kemasan stitching. 


Material digunakan untuk kesemua bag ialah Faux Leather. Berbeza dengan kebanyakan bag yang menggunakan normal PU Leather yang kadang boleh jadi terlalu keras, atau terlalu lentur. Aku suka bag yang material faux leather sebab material macam ni tiru characteristics leather tapi boleh dijual pada harga yang lebih berpatutan. Sebab full cowhide atau leather ni biasanya cecah la RM500 keatas. Lagipun, faux leather lebih versatile dan mudah diolah untuk dihasilkan menjadi designs yang pelbagai. And lagi satu character faux leather yang aku suka ialah, ia lebih tahan lasak. Kalau over time dia kena air, humidity, hujan ke apa .. ianya takkan cepat terkopek dan tahan lama. Dan kalau terpenyek kan ke apa, bag takkan mudah ada kesan lipatan atau rosakkan struktur bag. So yeap, faux leather is a smart move hehehe.

Antara daripada 5 koleksi Victoria Sloane Spring Summer 2019


Range harga bagi kesemua koleksi Spring Summer 2019 Victoria Sloane ialah daripada RM169 ke RM199 sahaja. And most designs comes with detachable straps. Boleh nak digayakan without strap, nak slip ke, terpulang. Bergantung pada cara kita nak sesuaikan dengan our outfit.

Dalam banyak banyak design, aku paling suka Warwick. Sebab saiznya tak terlalu besar, tak terlalu kecik dan walaupun berbentuk rectangle tapi tak nampak terlalu boxy. Padanan warna pada bag pun cantik. Ada detachable straps dan compartment dalam pun banyak. Design bag ni nampak fresh dan sesuai for both casual and formal wear sebab warna dia tak terlalu bold.

Warwick | RM199

Kesemua koleksi Spring Summer 2019 kini boleh didapati di Shopee. Dan kalau korang nak dapatkan koleksia Victoria Sloane pada 10% discount, boleh gunakan code dekat bawah semasa checkout. *minimum spend of RM120* (discount capped at RM12)

CODE : VSLOANE




So, bolehla beli handbag Victoria Sloane je as your bag raya kan? Pilihan warna pun banyak. Senang nak sesuaikan dengan apa saja tema baju raya korang tahun ni :)
















Related search : handbag Rita Sosilawati,victoria sloane, discount code shopee, shopee kod diskaun, shopee discount voucher victoria sloane

4 comments

  1. Replies
    1. Kann! Harga pun mampu milik and sesuai dgn kualiti

      Delete
  2. cantik2 handbagnya simple je,warna puncantik....eh tuan blog pun makin cantik ni hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh laa beli satu kak kat shopee. Ada 10% off tu hehehe.

      Ececeh sempat dia puji hehe

      Delete

On My Instagram