Elianto Make Up Membership Day | You Beli You Dapat Cash. Macam Mana Tu?

Wednesday, April 24, 2019


Nama Elianto rasanya semua orang kenal. Hello, sebelum Sephora tu masuk Malaysia, Elianto la tempat kita selalu try calit calit eyeshadow dekat tangan kan? At least for me la. Masa awal awal baru nak berjinak jinak nak main make up ni, Elianto la brand terawal yang aku selalu guna. Sebab masa zaman study study dulu, mana la mampu awak nak beli make up mahal mahal. Range harga produk Elianto pula semuanya berpatutan dalam RM20-RM50 je kalau setakat nak beli basic basic punya make up.



Tapi masa dulu aku selalu pergi Elianto yang warna hijau tu. Yang ada skincare sekali tu. Sekarang Elianto Make up dengan yang skincare tu dah di asingkan. Elianto Make up focus menjual produk kosmetik je. Aku lagi suka tema Elianto Make up ni sebab nampak clean dan exclusive, bertemakan hitam putih. Susun atur barang pun lebih cantik, senang nak main swatch swatch. Dan ada vanity table juga untuk kita cuba full face make up.



Haritu aku pergi Elianto Make up Membership Day di IOI Mall Puchong. Fokus pada hari tu ialah memberi peluang kepada orang ramai yang belum lagi mendaftar sebagai ahli, untuk mendaftar secara PERCUMA.




Sebab lepas lepasni, kalau nak mendaftar, kena bayar RM100 tau! 

"eh, kenapa mahal sangat nak daftar sebagai ahli?" 





Haaaaa sebab, Membership Reward Programme Elianto Make up ni unik, dan lain daripada lain. Tak sama macam membership make up brand yang lain. Ni konsep dia, the more you buy, the more you earn.

Tahu tak, upon signing up, bila korang beli mana mana produk Elianto Make up, korang akan terus boleh enjoy 10% cashback? 

Yups! Contohnya korang dah sign up sebagai member, lepastu korang beli barangan Elianto Make up (tak kisah secara online atau di kedai) , misalnya RM100. Okay 10% cashback,dapatla RM10 kan? RM10 tu akan dimasukkan kedalam e-wallet korang dan yang lagi best tuuuu....

RM10 tu korang boleh pilih sama ada ;

Nak beli barang lain ataupun;
Nak withdraw cash!

Cool kan? So setiap kali korang introduce pasal Elianto Membership ni dekat kawan kawan korang, korang boleh earn commission juga.  Dan setiap kali kawan kawan korang membeli belah, korang pun akan dapat point juga! wehooo kan best kalau semua membership didunia macam ni hehe.



Puas hati kalau join membership reward program ni tau. Sebab produk produk Elianto pun semuanya best best. Ranging from color cosmetics, skincare, nail color, accessories and fragrances. Nak cari apa semuanya lengkap. 




Untuk full face make up pun, serba lengkap. Primer ada, setting powder ada, foundation ada, blusher ada, eyeshadow ada, even sets of brushes pun ada. And surprisingly, brush dia semua best best! Very soft and dense. Product distribution pun senang. Haritu niat aku nak beli sebenarnya tapi sebab rushing nak balik, boleh lupa pulak. Tapi takpe, sebab nanti boleh beli online je since aku dah daftar jadi ahli dah hehehe. *smart*

Personally loving this one! Primer ni bau peach, and tak rasa silicon-y

Ni antara brush yang ada dekat Elianto. Brush for eye, face semua ada


Sekarang ni, Elianto Make up masih lagi buka peluang untuk mendaftar secara PERCUMA sebagai ahli. Dan biasanya diorang buat di selected outlet sahaja. Kalau nak tahu minggu ni, outlet mana yang ada buat Membership Day, korang boleh follow facebook dan instagram rasmi Elianto Make up.

Facebook: Elianto Make Up
Instagram: @elianto_make_up

Tapi kalau korang jauh, tak boleh nak pergi outlet outlet tu untuk mendaftar, itsokay! You can also register online! Click Here





Okay, cepat cepat register tau sementara masih FREE ni. Rugi kalau tak register sekarang. Sambil shopping sambil boleh earn passive income. Siapa tak nak kan? 










Related search : cara daftar ahli elianto, elianto membership reward programme, macam mana cara membership elianto berfungsi, cara dapat duit dengan elianto, jana pendapatan dengan elianto, cara earn money with elianto

11 comments

  1. Mrs. A pun suka jugak guna Elianto ni dah pernah guna lipstick and lipglose.
    Unfortunately outlet yang kat Aeon S2 ni dah tutup susah sikit la nak terjah-terjah ni

    ReplyDelete
  2. This range of elianto make up looks so beautiful

    ReplyDelete
  3. Dulu guna jugak brand ni.. banyak pilihan dan produk dia agak menarik..

    ReplyDelete
  4. Dulu selalu la cousin dok cerita pasal Elianto ni. Sebab dia memang guna. Kita tak berapa pandai dengan barang mekap ni. Kalau tak, memang shopping saja la kot. Syok jugak kan.

    ReplyDelete
  5. Alaaa... Ruginya tak pergi masa Farah ajak hari tuuu... Kalau dah dah dpt free membership

    ReplyDelete
  6. suka sangat eyeshadow dan blusher Elianto. dulu memang suka shopping make up di Elainto.

    ReplyDelete
  7. mmg betullah dedulu brand elianto ni mmg jadi gilaan wanita .tp skrg diorg dahbm ada 2 line make up n skin care ye...baguslah..nak try usha2 nti

    ReplyDelete
  8. Dah lama xpi store elianto.. Dulu first bljo makeup guna elianto juga. Hahaha.. Skrg last bli kt MPO pun blusher dia..

    ReplyDelete
  9. Peegh bgus betul dia punya membership. Beli lepas tu dapat duit pulak.. Lama tak masuk elianto ni. Nak kene survey ni

    ReplyDelete
  10. Elianto punya produk TB tak pernah try lagi.. maybe sebab harga dia kot tapi memang femes amos brand elianto ni.. sebut je orang dah tau

    ReplyDelete
  11. I have some of their makeup also, its decent and price are very affordable. Will check out their brushes.

    ReplyDelete

On My Instagram