Bio Life Mega - C Plus Bioflavonoid Dalam Bentuk Sachet : Tanpa Tambahan Gula & Selesa Untuk Perut

Monday, February 18, 2019
Bio Life Mega - C Plus Bioflavonoid Dalam Bentuk Sachet : Tanpa Tambahan Gula & Selesa Untuk Perut  | Daripada kecik, vitamin terawal yang aku tahu, ialah Vitamin C. Lepastu dalam kepala memang dah faham. Kalau Vitamin C sumbernya dari buah oren/citrus. Vitamin lain susah sikit nak hafal hahaha sebab macam macam jenis dan sumbernya daripada pelbagai jenis buahan dan sayuran.

Selalu Vitamin C sinonim dikatakan penting untuk kuatkan sistem imunisasi badan. Tapi bab ni aku setuju. Daripada dulu, macam dah jadi terbiasa. Bila rasa badan lesu lesu, macam rasa nak demam or selsema tu, mesti siap siap ambil Vitamin C. Tak kisah lah jenis tablet ke, softgel ke, chewable ke, aku belasah je. Asalkan vitamin C

----------------------------------------------------------

Masa intern dulu, memang kerja teruk sangat sebab dekat bahagian operation. Sepanjang hari berdiri je. Lepastu masuk dapur lagi, pergi ambil stock masuk dalam walkin freezer pulak. Suhu sejuk panas sejuk panas tu senang la buat badan terkejut and hari hari rasa macam nak demam. Tapi aku amalkan vitamin c je. Ambil pagi masa breakfast, dengan before tidur. Alhamdulillah rasa cergas je, and demam ngada ngada tu selalu nya tak menjadi.

Lepas dah kahwin pun, selalu paksa Hilmi ambil Vitamin C juga bila dia start mengadu cakap tak sedap badan. For me, kalau rasa macam baru baru nak demam tu, better cegah dengan kuatkan sistem imun kot daripada makan paracetamol terus. Cara ni lagi efektif (untuk aku dan family) nak elakkan demam tu. Selain daripada boleh nyahkan demam tu (atas izin Allah juga) Insyaallah esok bangun badan lagi rasa fresh!

Sebabkan dah selalu amalkan jenis tablet , haritu ternampak ada produk baru daripada Bio Life, 

Bio Life Mega - C Plus Bioflavonoid



Yang ni jenis serbuk. Pack dalam sachet kecik kecik. Senang nak selit bawa pergi mana mana. Masa tengah 'outstation' pun boleh bawa selit dalam bag. Yang aku perasan, Bio-Life punya vitamin C punya produk mesti ada Bioflavanoinds . Bagus bila ada gabungan Vitamin C sekali dengan Bioflavonoid.


Kenapa? 




Sebab Bioflavonoid berfungsi membantu tingkatkan penyerapan dan penggunaan Vitamin c dalam badan. Lebihan tu pula disingkirkan melalui air kencing. So jangan pelik pulak bila kencing warna pekat semacam bila minum Vitamin C ni.



Kepentingan Vitamin C dengan Bioflavonoid ialah termasuk :

  • Menguatkan sistem kesihatan badan
  • Membanteras kerosakan yang disebabkan oleh radikal radikal bebas
  • Mengekalkan kesihatan umum
  • Antikoksidan yang tinggi

Korang rasa korang macam tak perlukan pengambilan vitamin c secara harian? Ha fikir balik.

Ada tak masalah masalah macam dekat bawah ni?  :

  • Skurvi
  • Gusi berdarah
  • Luka lambat sembuh
  • Hidung selalu berdarah
  • Rambut kering dan bercabang
  • Kulit kering dan bersisik


Kalau ada, maksudnya korang terdedah kepada masalah kekurangan Vitamin C. Ala tak salah pun kalau amalkan Vitamin C daripada sekarang. Boleh cantikkan kulit juga. Tahu kan suplemen kecantikan dan kosmetik banyak ada letak bahan vitamin c dalam produk untuk bantu atasi masalah pigmentasi dan macam macam lagi. Tu topically (aplikasi luaran). Kalau ambil orally (secara minum/makan) lagiiii berganda ganda berkesan. Rawatan injection (suntikan) vitamin c pun femes untuk dapatkan kulit cantik. Takpayah susah susah, minum je Bio- Life Mega - C Plus Bioflavonoid. Lagi senang.



Campur dengan air , lepastu minum. Rasa tak masam ,tak manis. Lagipun memang tak ada tambahan gula pun. So bagus untuk korang yang titik beratkan bab bab gula tambahan ni .



Okaylah meh nak ajar cara bancuh sekali 

STEP 1: Koyakkan satu sachet MEGA - C Plus Bioflavonoid dan campurkan dengan segelas air (kalau sejuk lagi sedap)
STEP 2: Kacau sampai rata
STEP 3: Enjoy! Minum satu hari satu sachet je tau!


Dari pendapat aku sendiri , tak banyak beza pun nak amalkan antara vitamin c dalam bentuk serbuk, atau apa apa jenis lah. Yang penting dose tu kena lah bersesuaian. Setiap sachet MEGA-C Plus Bioflavonoid ni mengandungi 1000mg vitamin c dose. Dimana ini agak tinggi. Tapi dalam kuantiti bersesuaian lah . Kira berbaloi . Dan satu hari cuma minum satu sachet je. Lagi senang. Takpayah bancuh & minum banyak kali. Lagipun senang bawa kemana mana. Rasa rasa nak lepak mamak, order je air kosong satu lepastu bancuh 1 sachet. Settle! Sesuai untuk orang yang ada gaya hidup yang sibuk.

Dan lagi satu yang bagusnya, Mega-C Plus Bioflavonoid ni tak buatkan perut rasa tak selesa. Ada sesetengah vitamin c, bila kita makan, lagi lagi kalau perut tu tak makan lagi, mesti rasa tak sedap perut. Macam kembung atau pedih sikit. Tapi yang ni tak . So siapa ada gastric ke, gert ke,  boleh je minum ni. Dan disebabkan ada Bioflavonoid, proses penyerapan Vitamin C dalam badan kita lebih tinggi. So takdelah tersia sia jadi 'waste' je tanpa diserap sepenuhnya oleh badan.

So, salah satu azam 2019 ni nak amalkan gaya hidup lebih aktif dan sihat . Nak mula bersenam, dan nak mula istiqomah makan supplement. Taknak lembikkan diri, nak kekal aktif dan selalu bertenaga. So yang ni, dah akan jadi kewajipan untuk diamalkan tiap hari.

Ala 1 hari 1 sachet je pun. Korang pun boleh buat juga. Kita amalkan vitamin C sama sama nak? Baru lah boleh kekal cantik & aktif sesama.

Bio Life Mega - C Plus Bioflavonoid boleh didapati di Farmasi Caring, Guardian dan Watsons. Harga pula cuma RM55.00


Beli / Untuk info lanjut, click sini : http://Biolife.2.vu/MegaCPlus



cheers!









Related search : jenis vitamin c yang bagus, jenama vitamin c yang bagus, jenama vitamin c sedap, vitamin c jenis bancuh, kebaikan vitamin c untuk kulit, tips cantik dengan vitamin c, vitamin c untuk kulit cantik, vitamin c untuk elokkan demam, kuatkan imunisasi badan dengan vitamin c, kelebihan minum vitamin c masa demam, pantang larang vitamin c, vitamin c tak boleh makan dengan apa, keburukan vitamin c, jenama vitamin c yang halal, vitamin c selamat

1 comment

On My Instagram